Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.8K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 7

1.5K 206 27
By Qayssz

Arjuna dan Iskandar menyelit-nyelit dalam kerumun orang ramai. Cuba bergerak dengan lebih pantas mencari Dahlia.

"Arjuna!" Jeritan Ratna memberhentikan langkah Arjuna. Segera dia menoleh. Kelihatan Ratna sedang duduk di dalam warung. Tetapi Dahlia tiada di sisinya.

Arjuna bergerak mendekati Ratna. "Ke mana Dahlia menghilang?" Soal Arjuna. Nafasnya sedikit turun naik.

"Dia bilang mahu memanggilmu. Disuruhnya hamba untuk menunggu di sini sementara dia mencari engkau, Arjuna." Balas Ratna. "Kenapa ini? Kau kelihatan tercungap. Ada sesuatu yang buruk berlakukah?" Soal Ratna risau.

Arjuna menggeleng. Iskandar di belakangnya terus bergerak meninggalkan mereka terus mencari Dahlia.

"Teruskan menunggu di sini. Jangan ke mana-mana." Tegas Arjuna. Dia kemudiannya pantas mengekori Iskandar mencari Dahlia.

_______________________•••____________________

"Kau patut bersyukur tuan aku tidak membenarkan aku mencederakan kau! Jikalau tidak sudah lama kau aku habiskan. Sakit bukan kepalang tahu tak batu yang kau ketuk di kepalaku tadi!" Si misteri mula bersuara bengang.

Dahlia masih terhuyung-hayang. Setiap kali bangun, dunia bagaikan senget dan berpusing. Tidak terkira sudah berapa kali dia gagahi jua untuk bangkit bersiaga kerana tahu musuh di hadapannya namun kesan hentakan tadi masih berbisa.

Matanya masih berpinar namun dia tetap bersiaga mengepal penumbuknya dengan batu di tangan sebelah kiri. Sungguh dia hanya mampu memanjatkan doa sebanyak yang mungkin agar diselamatkan dari sebarang kecelakaan.

"Dengar, aku tidak mahu mencederakan kau. Cukup sekadar kau mengikuti aku, tidak akan aku apa-apa kan kau lagi" jelas Si Misteri itu.

"Aku tidak akan mengikut kau sampai bila-bila sekalipun!" Batu besar di tangannya dihayun kuat ke arah musuh namun dia sempat mengelak.

"Benar-benar melampau!" Dengus Si Misteri itu lalu bergerak pantas ke arah Dahlia dan menampar pipi wanita itu. Dia tidak menggunakan seluruh tenaganya dalam tamparan tersebut namun kekuatan tenaga biasanya sudah cukup membuatkan wanita itu terhumban ke tanah lagi sekali. Darah merah pekat terkeluar dari mulutnya.

Dahlia cuba bangkit mengengsot ke belakang sedikit demi sedikit berusaha sehabis baik menjauhkan dirinya dari pemuda tersebut kerana sungguh Si Misteri itu terus menerus menyerangnya tanpa memberikannya waktu untuk membetulkan keadaan kepala dan mindanya yang berpusing itu.

Dahlia berjaya bangkit dan berundur. Si Misteri tidak terus menyerang kerana dia tahu Dahlia sudah tidak mampu lari ke mana-mana lagi. Jikalau dia mahu lari sekalipun, lariannya yang huyung-hayang itu tidak mampu melawan kelajuan larian Si Misteri. Maka cubaan Dahlia hanyalah sia-sia.

Setapak demi setapak Dahlia cuba berundur dari Si Misteri. Cuba melengahkan waktu daripada dirinya terus diserang. Sakit tidak terperi dengan serangan Si Misteri itu tadi.

"Maafkan aku kerana telah melukakan wajah jelita engkau. Memang tuan aku tidak membenarkan aku mencederakan kau tetapi dia juga berpesan agar aku menggunakan sedikit kekerasan sekiranya kau berkeras." Si Misteri tersenyum sinis. Walaupun dia memakai pelitup muka, kenyitan matanya yang semakin mengecil menunjukkan bahawa dia sedang tersenyum sinis.

Dahlia tetap berundur setapak demi setapak dengan kudrat yang berbaki. Namun Si Misteri yang sudah tidak mahu menunggu lama bergerak pantas ke arah Dahlia segera melepaskan serangannya.

"Dahlia!!" Jeritan Arjuna menyedarkan Dahlia yang hampir rebah.

"Arjuna..." Lega hati gadis itu apabila mendengar suara Arjuna. Dari jauh samar-samar dilihatnya Arjuna sedang bergerak pantas ke arahnya. Walaupun dalam keadaan separa sedar, lega terpalit di hati melihat kelibat Arjuna sudah datang ke mari.

Iskandar turut sama berlari pantas ingin menyelamatkan Dahlia yang disangkakan sebagai Puteri Dahlia.

"Ohh kau ada rakan ya.." Si Misteri bersiaga dengan keris di sisinya dalam genggaman tangan tatkala melihat Arjuna meluru pantas ke arahnya.

Satu tendangan hebat meluru ke arah Si Misteri. Bengang Arjuna melihat Dahlia diperlakukan sebegitu rupa.

"Dasar tidak tahu malu! Menjatuhkan imej kaum Adam! Di mana maruah kau sebagai seorang lelaki jika kau mencederakan wanita?!" Tegas Arjuna menengking Si Misteri sasa itu. Walaupun sasa, tendangan penuh bertenaga Arjuna tadi berjaya membuatkan Si Misteri berundur beberapa tapak. Arjuna juga bersiaga dengan keris di tangannya.

Iskandar meluru ke arah Dahlia. "Tengku! Apakah Tengku baik-baik sahaja? Sebentar, aku mempunyai kain." Iskandar mengeluarkan kain kecil dari soket bajunya lalu dihulurkan kepada Dahlia. Walaupun risau akan keadaan 'Tengku' nya, dia tetap tidak menyentuh Dahlia walaupun gadis itu sudah jatuh ke lantai bumi.

'Tengku? Siapa mamat ini?Apa benda dia merepek ini?' Dahlia berbisik kecil dalam hati namun kepalanya yang pening lebih diutamakan. Dia kekal lama dalam posisi sebegitu cuba meredakan kesakitan kepalanya. Istighfar tidak lekang dari bibirnya.

Alhamdulillah perlahan-lahan rasa peningnya hilang. Dia sudah boleh melihat dunia seperti biasa. Tiada lagi huyung-hayang. Darahnya di lap menggunakan kain yang diberi Iskandar.

Dahlia memandang Iskandar penuh kehairanan. 'siapa dia ini? Baik pula orangnya...' bisik Dahlia dalam hati. Namun tidak mahu membuka cerita tentang itu dia segera menoleh ke arah Arjuna yang sedang berlawan dengan Si Misteri tadi.

Arjuna dan Si Misteri terus menerus melepaskan serangan dan mengelak dari serangan. Pertempuran sengit antara dua insan itu menyebabkan Dahlia tidak sedap hati dan menyuruh Iskandar membantu Arjuna.

Pantas Iskandar menuruti perintah itu dan bergerak ke arah Arjuna.

Menyedari Iskandar berlari ke arah situ dan pertempuran akan menjadi dua lawan satu, Si Misteri membuka langkah untuk melarikan diri tetapi Arjuna menghalang.

Maka dilepaskan tumbukan dan sepakan bertubi kepada Arjuna hingga dia terhumban jatuh ke tanah lalu masa yang diambil Arjuna untuk bangkit itulah yang digunakan Si Misteri untuk dia cabut melarikan diri.

"Jangan risau, Arjuna akan aku dapatkan dia." Iskandar menepuk bahu Arjuna dan berlari pantas mengejar Si Misteri itu.

Dahlia yang sudah mula mendapatkan semula pertimbangannya bangkit dan bergerak ke arah Arjuna yang sedang berlari anak ke arahnya.

"Apakah kau baik-baik sahaja?" Soal Arjuna risau.

"Alhamdulillah kau datang tepat pada masanya. Terima kasih telah membantu aku." Dahlia tersenyum manis menyerlahkan bahagian bibirnya yang koyak ditampar Si Misteri itu.

Arjuna mengeluh perlahan melihat koyakkan agak besar di bibir Dahlia. Kemudian matanya beralih ke arah kain darah di tangan Dahlia.

"Maafkan aku gagal tiba lebih awal. Gagal menjaga kau dengan lebih baik." Arjuna melepaskan satu keluhan berat. Kesal sungguh meninggalkan Dahlia keseorangan begitu.

"Tidak mengapa. Bukan salah kau pun. Memang aku yang meminta untuk bersiar-siar di pekan. " Dahlia cuba menenangkan.

Tidak lama kemudian Iskandar kembali. "Ampun Tengku,dia terlepas. Ampunkan patik, Tengku." Ujar Iskandar sambil tertunduk.

Dahlia berkerut. Baru sahaja dia ingin menanyakan soal itu tetapi dia teringat tentang Ratna.

"Ratna di mana? Apakah dia baik-baik sahaja?" Dahlia menoleh ke arah Arjuna semula. Wajahnya sedikit mendongak memandangkan pemuda itu lebih tinggi berbanding dirinya.

"Dengan izin Allah dia pasti tidak apa-apa. Aku menyuruhnya menunggu di warung." Balas Arjuna. Langsung terlupa tentang berita bahawa Dahlia merupakan puteri Wantachitra.

"Ayuh lekas ke Ratna." Dahlia segera berpusing menoleh ke belakang untuk pergi ke tempat Ratna berada. Namun kesan terkejut tadi masih ada, lututnya masih menggigil.

Arjuna perasan akan keadaan itu namun dia hanya mendiamkan diri.

_______________________•••____________________

"Kakanda Dahlia!" Ratna berlari ke arah Dahlia tatkala matanya menangkap kelibat Dahlia.

"Apa yang berlaku? Bibir kau terkoyak!" Risau Ratna melihat keadaan Dahlia luka begitu.

"Tidak apalah, sikit sahaja ini. Aku terjatuh tadi." Dahlia mengusap lembut kepala Ratna lalu memimpinnya masuk ke dalam warung.

"Dahlia, ini Iskandar. Kau tunggu sebentar bersamanya. Aku mahu membeli sesuatu." Kata Arjuna sebelum bergerak keluar dari warung. Dahlia hanya mendengar dan mengangguk. Ketiga-tiganya duduk semeja di warung tersebut.

Mereka hanya berdiam. Tiada sebarang perbualan berlaku antara mereka.

Seketika kemudian Arjuna datang. Di tangannya terdapat minyak gamat dan kain. "Rawatlah luka kau terlebih dahulu Dahlia. Sekiranya kau malu merawatnya di sini kita boleh singgah di masjid belakang sana." Ujar Arjuna.

Dahlia terpana terkejut dengan tindakan Arjuna yang terlalu mengambil berat. Dia hanya luka kecil sahaja. Tidak perlulah minyak gamat itu semua. Hatinya dicuit bahagia melihat Arjuna mengambil berat tentangnya sebegitu sekali.

"Aku luka kecil sahaja tetapi harus juga dirawat. Terima kasih Arjuna." Dahlia bangun menadah tangan menerima kain dan minyak gamat yang diberi. Tangannya masih tidak hilang menggigil tetapi diusaha sedaya upaya agar Arjuna tidak perasan akan hal itu.

Melihat Dahlia bangun menandakan dia mahu bergerak ke masjid yang dimaksudkan. Iskandar dan Ratna turut bangun sama. Mereka berempat bergerak ke Masjid Tok Kijang.

Arjuna dan Iskandar menunggu di liar masjid. Hanya Ratna menemani Dahlia ke dalam.

Sesampainya Dahlia ke dalam masjid, lututnya serta merta lemah. Dia terus terduduk. Gigilan badannya menjadi lebih teruk.

"Ratna.." perlahan Dahlia memanggil Ratna yang sibuk menutup penghadang ruang solat wanita. Suaranya menggigil.

Ratna menoleh. Dahlia tidak terus menyambung ayatnya. Mukanya merah, begitu juga dengan matanya. Dia cuba menahan tangis. Tangan menggigil didepakan memberi isyarat agar Ratna mendakapnya.

Sungguh dia sudah tidak mampu menahan tangisnya lagi. Tadi di hadapan Arjuna dan Iskandar dia hanya berpura-pura tenang sedangkan dia sangat terkejut dengan kejadian tadi.

Ratna yang melihat wajah Dahlia semakin pucat lesi segera berlari mendapatkannya. Sudah disangkanya ada yang tidak kena kerana Dahlia yang sentiasa ceria dan suka berceloteh itu tiba-tiba mendiamkan diri lama.

Serentak dengan itu gugur air mata Dahlia membasahi pipi mulusnya. Ratna tidak mengeluarkan sebarang kata. Tubuh Dahlia didakapnya erat dan ditepuk perlahan menenangkan gadis itu.

Alhamdulillah walaupun Ratna masih budak, dia tetap memahami Dahlia dengan baik. Dapat dirasakan seluruh tubuh Dahlia menggigil. Sungguh ini pertama kali dalam hidup Dahlia dia berada dalam ancaman sebegitu rupa. Fizikalnya dia tidak apa-apa namun tidak bagi mentalnya. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya dia dalam situasi itu.

Sangkanya juga dia kuat dan baik-baik sahaja walaupun selepas diancam sebegitu namun tubuhnya lebih mengetahui dirinya. Longgar lututnya akibat takut.

"Shh...shh...sh" Ratna menenangkan Dahlia yang sedang mendakapnya erat. Alhamdulillah ada Ratna di sisinya kerana sejak dia tiba di sini tiada siapa tempat untuk dia meluah. Sebelum ini dia punyai neneknya dan sahabat baiknya, Rina namun di sini di hanya berseorangan menelan segala kerisauan dan berpura-pura dirinya dalam keadaan baik walaupun sebenarnya tidak.

Tangisan Dahlia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Tangannya yang menggigil mengenggam baju Ratna dengan erat. Sungguh gadis itu benar-benar takut.

Continue Reading

You'll Also Like

24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
27.7K 1.9K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
36.8K 5.7K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
150K 8.5K 63
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaj...