Dusta Puteri Palsu

Galing kay Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... Higit pa

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 3
Kisah - 4
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 5

1.8K 213 59
Galing kay Qayssz

  "Jikalau tidak keberatan, izinkan hamba ikut sama dalam perjalanan kalian berdua. Kalian ingin ke bandar bukan? Lebih mudah untuk aku cari abangku di kawasan sebegitu." Ratna memberanikan diri bertanya sebelum Dahlia dan Arjuna berangkat pergi.

  "Aku setuju kerana aku tidak mahu berduaan dalam perjalananku. Risau ada yang ketiga." Sahut Arjuna bersetuju. "Ayuh lekas. Semoga perjalanan kita diberkati Allah."

  Dahlia tersenyum lalu segera membantu Ratna naik kereta kuda tersebut. Dia juga bersetuju dengan cadangan Ratna kerana akhirnya dia punyai seseorang untuk bersembang. Dahlia merupakan seorang yang suka bercakap tetapi apabila dia bersama Arjuna mulutnya bagai dikunci rapat kerana tingkah laku pemuda itu seperti benar-benar tidak mahu bercakap dengannya.

  Perjalanan ke pekan diteruskan. Sesekala mereka akan berhenti di masjid berdekatan untuk menunaikan solat. Dahlia perasan setiap kali solat pasti Arjuna mengambil masa yang lama menunaikan solat-solat sunatnya.

  "Arjuna, kau ini orang alim ya?" Soal Dahlia membuka bicara memecah kesunyian perjalanan.

  "Jauh dari alim. Aku cuma berusaha menuju ke syurga-NYA." Balas Arjuna seraya beristighfar risau timbul riak dalam hati.

  "Jika kau mahu tahu, di zaman aku sukar sekali untuk berjumpa dengan golongan seperti kau ini. Solat dan ikhtilat kau jaga sebaik mungkin. Bercakap dengan aku pun kau tundukkan pandangan. Kagum aku melihatnya." Kepala Ratna yang terlena disisinya diusap lembut sambil dia berbicara dengan Arjuna.

  Arjuna menunggang memandang ke hadapan manakala Dahlia duduk di atas kereta kuda sambil memandang ke arah bertentangan.

  "Maksud kau, di masa hadapan kaum Adam tidak ramai yang menundukkan pandangan lagi?" Tunggangan kuda diperlahankan agar suara Dahlia dapat didengari dengan baik.

  "Iya tetapi tetap wujud juga golongan alim seperti kau pada zaman aku." Dahlia memandang langit cerah. Hanya langit sahaja satu-satunya medium di masa itu yang sama dengan zamannya. Tenang jiwa melihat awan terasa seperti dia sudah pulang ke tempat asalnya.

  "Sudah aku katakan aku bukan alim. Tolong jangan menggelar aku sebegitu lagi." Tegas Arjuna.

  "Baiklah." Dahlia tertawa kecil sebelum menyambung bicaranya. "Aku lihat kau banyak menunaikan solat sunat setiap kali lepas solat. Selain daripada solat sunat qabliah dan ba'diah, kau solat apa?" Soal Dahlia.

  Arjuna menarik nafas sebelum menyahut soalan itu. "Aku menunaikan solat hajat dan taubat." Balasnya pendek tidak mahu menceritakan hajat yang dipohonnya.

  "Ouhhh..." Menyedari hal itu, Dahlia tidak meneruskan bicaranya. Suasana kembali sepi. Hanya kicauan burung dan bunyi roda kereta yang kedengaran.

  Seketika kemudian Dahlia kembali memecah kesunyian. Memang dia tidak boleh berada dalam keadaan sunyi. Cepat bosan katanya. "Jika aku tidak silap, adakah ini Kesultanan Tarawangsa?"

  Arjuna tersentak. Dia tidak pernah menyebut soal itu di hadapan Dahlia. "Bagaimana kau tahu jika kau bukan pada zaman ini?"

  "Aku belajar sejarah lah. Kesultanan ini sangat terkenal pada masa ini." Balas Dahlia teruja apabila Arjuna kelihatan berminat untuk bicara dengannya.

  "Iyakah? Tetapi aku tetap tidak percaya kau dari masa hadapan. Terlalu mustahil untuk dihadam." Kata Arjuna.

  "Aku tidak suruh kau hadam apa-apa pun. Aku sendiri pun tidak boleh percaya aku berbalik ke masa lampau. Sudahlah tidak tahu jalan pulang. Sesudah menghadap Tuanku nanti aku mahu lekas mencari jalan pulang." Ujar Dahlia sedikit terkesan dengan tindakan Arjuna yang terus menerus curiga dengannya.

  Sudahlah dia dituduh sebagai perisik musuh! Arjuna juga melayannya endah tidak endah sahaja membuatkan dia menyangka pemuda itu membencinya dalam diam. Tidak ditambah lagi Arjuna memalingkan wajahnya dari memandang Dahlia saat dia mencabut pelitup mukanya. Sekiranya ada orang memalingkan muka daripada terus memandangnya pasti itu disebabkan sama ada wajahnya terlalu hodoh atau terlalu jelita. Amat mustahil bagi Dahlia merasakan wajahnya terlalu jelita maka dia menyangka wajahnya terlalu hodoh menyebabkan Arjuna benci dengannya.

  Tetapi itulah, menyangka yang bukan-bukan sedangkan Arjuna memalingkan wajahnya dari terus memandang adalah kerana kecantikan dan kejelitaannya bukan disebabkan kejelekan. Haihh, Dahlia...Dahlia... Amalkanlah sifat bertanya terlebih dahulu ya.

  "Maafkan aku andai kata-kataku sedikit kasar tetapi usah risau, Tuanku pasti membantu kau mencari jalan pulang." Balas Arjuna.

  Dahlia hanya melepaskan keluhan berat. Perjalanan diteruskan dengan lebih pantas sebelum matahari mula menyembunyikan diri meninggalkan dunia tanpa cahaya memberi ruang bulan pula menyerlah.
_______________________•••____________________

  Permaisuri Kuntum menggulung keratan surat yang diterimanya daripada perisik miliknya. Satu keluhan berat dilepaskan.

  Seketika kemudian kedengaran  bunyi beberapa orang tiba di perkarangan istana.

  "Kanda." Sahut Permaisuri Kuntum perlahan. Dia segera bergerak ke perkarangan istana menyambut kepulangan suami tercinta yang baru pulang dari menunaikan solat di masjid. Tangan tua suaminya dikucup penuh kasih sayang. Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam sambil diiringi beberapa hulubalang istana.

  "Sepertinya dinda ada sesuatu yang ingin dibicarakan?" Soal Sultan Muadzam menyedari tingkah laku isterinya itu.

  Permaisuri Kuntum melepaskan satu keluhan berat sebelum memulakan bicaranya. "Dahlia masih tidak dijumpai. Itu berita dari Iskandar."

  "Dari Sudamarji?" Tekaan Sultan Muadzam menyatakan mereka menerima dua surat pada hari ini.

  "Kerajaan Sulantara sudah menyediakan pelbagai kelengkapan perang. Mereka punyai meriam terhebat." Ujar Permaisuri Kuntum risau. Kerajaan Sulantara yang awalnya berbaik dengan Kerajaan Wantachitra kini menjadi musuh ketat apabila pinangan Raja Muda, Sang Kuwadamarti yang merupakan pemimpin Sulantara itu ditolak Puteri Seri Dahlia, puteri kepada Permaisuri Kuntum dan Sultan Muadzam.

  Penolakan pinangan Sang Kuwadamarti itu membuatkan dia begitu malu sehingga memutuskan hubungan baik dengan Wantachitra dan mengisytihar mereka sebagai musuh.

  Sudah berkali-kali Sultan Muadzam menghantar utusan membawa hadiah tanda memohon ampun dan meminta agar dua buah kerajaan ini tidak bertelingkah lagi namun semuanya ditolak.

  Katanya, "Tiada kemaafan bagi mereka yang memalukan baginda dan menjatuhkan maruahnya serta tiada perbincangan secara baik selagi Puteri Seri Dahlia tidak memohon ampun atas tindakannya itu."

  Puteri Seri Dahlia pula sudah tiga bulan lamanya menghilang tanpa berjaya dikesan. Pada awalnya mereka menyangka ini angkata Sulantara yang menculik Puteri Dahlia dalam diam namun berdasarkan maklumat dari perisik, Dahlia tidak berada di Sulantara malah dia menghilang ketika dia berada di Tarawangsa.

  Hilang secara tiba-tiba tanpa kesan, tanpa sebab. Apakah dia melarikan diri? Atau dia diambil musuh? Selamatkah puteri sulungnya itu? Segala persoalan muncul di benak fikiran Permaisuri Kuntum. Namun perkara ini tidak boleh diberitahu di khalayak ramai melihatkan kerajaan musuh sudah bersedia untuk menyerang. Mereka hanya mampu  melengahkan masa sehabis baik.

  Tentera besar terbaik berada di bawah pimpinan Puteri Dahlia. Sultan Muadzam menghadiahkan Dahlia sejumlah pimpinan tentera kerana menyedari dirinya makin tua dan tidak mampu memimpin tenteranya sehabis baik. Hanya Dahlia bijak mengatur tenteranya sendiri namun sekarang Dahlia hilang entah ke mana menyebabkan mereka perlu bergegas mencarinya atau seluruh Wantachitra berada dalam bahaya.

_______________________•••____________________

  "Tuanku perisik dari Tarawangsa mengirim surat." Ujar seorang hulubalang istana sambil melangkah ke hadapan menuju ke singgahsana Raja Kuwadamarti dengan penuh beradab menghulurkan surat tersebut kepada baginda.

  "Yang ditunggu surat dari Wantachitra, yang diterima surat dari Tarawangsa?" Raja Sang membuka pucuk surat. Seketika kemudian dahinya berkerut.

  "Apa ini?" Nada suaranya sedikit meninggi selepas membaca surat tersebut.

  "Ada apa yang tidak kena kah, Tuanku?" Soal penasihat Raja Sang yang berdiri di sisi baginda.

  "Katanya Puteri Dahlia berada di Tarawangsa? Bersama seorang pemuda pula itu! Juga seorang kanak-kanak perempuan? Permainan apa ini?" Surat diserahkan kepada Wan Panji yang berada di sebelahnya.

  Surat ditatap Wan Panji. "Puteri Dahlia keluar tanpa ditemani Dewi dan hulubalangnya. Hairan sekali. Bagaimana boleh berlaku sedemikian..." Wan Panji mengusap janggutnya cuba memcantumkan cebisan maklumat yang diterimanya.

  Raja Sang Kudawamarti murka. Dadanya membuak dengan perasaan marah. Api cemburu bergelora dalam jiwa. Penumbuknya dikepal kuat.

  "Siapakah gerangan pemuda tersebut?!!" Suara garaunya bertempiak kuat mengejutkan seluruh isi istana. Terperanjat hulubalang di sekeliling istana. Masing tunduk dan gerun untuk mendongak kerana kelihatan seperti emosi Raja Sang sedang tidak stabil.

  Wan Panji terperanjat sama tetapi hanya diam di sisi Raja Sang. Sungguh ini bukan waktu terbaik untuk dia membuka mulut. Risau silap haribulan, putus urat badan terpisah dengan leher.

   Dalam suasana tegang itu, kedengaran pintu istana dibuka. Seorang hulubalang istana pula datang membawa surat.

  "Patik menghadap membawa kiriman surat dari perisik di Wantachitra, Tuanku." Hulur sang hulubalang itu kepada Raja Sang.

  Segera dirampas surat tersebut dari tangan hulubalang itu dengan keras. Nafasnya turun naik menandakan api di jiwa masih membara.

Seketika kemudian matanya terbuntang besar bengang membaca berita dari Wantachitra itu. Surat dibalingnya lalu pedang ditarik keluar dari sarung kemudian Raja Sang memancung kepala hulubalang tidak bersalah di hadapannya itu kerana geramnya tidak dapat dibendung lagi.

  Darah terpercik melukis corak di lantai istana. Seluruh hulubalang hanya mampu berdiam diri dalam ketakutan. Dayang-dayang berhampiran menutup mata terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan mereka itu.

   Itulah ciri-ciri orang tidak beriman. Habis kepala manusia tidak bersalah yang putus dipancungnya. Wan Panji menelan air liurnya melihat kejadian itu lalu mengutip surat yang jatuh di lantai itu.

  Isi surat menyatakan bahawa puteri Dahlia tidak berada di Wantachitra. Langsung tidak dapat dikesan. Sama ada dia tidak keluar dari istananya langsung atau dia memang tiada di situ.

  "Patik mohon agar Tuanku bertenang terlebih dahulu. Patik tahu jiwa Tuanku sedang bergelora dengan api kemarahan tetapi dengarkanlah apa yang ingin patik sampaikan. Ini sangat penting, Tuanku." Jelas Wan Panji dengan tegas.

  Raja Sang menjeling ke arah Wan Panji dengan jegilan yang amat tajam. Benar benar menggerunkan apabila terdapat percikan darah pancungan tadi di wajahnya. Nafasnya didengus berkali-kali dengan hembusan ganas yang menaikkan bulu roma seluruh hulubalang istana.

  Raja Sang memusingkan badannya menghadap Wan Panji. Walau dalam keadaan begitu dia bersedia mendengar apa yang ingin disampaikan penasihatnya itu.

  "Puteri Dahlia tidak berada di Wantachitra tetapi penduduk Wantachitra tidak mengetahui akan hal itu. Sang Puteri juga berada di Tarawangsa tanpa pengawalnya. Ada sesuatu yang kita tertinggal di sini. Seperti ada lagi satu maklumat yang kita belum tahu. Puteri Dahlia tidak pernah meninggalkan Dewi walau ke mana dia pergi. Lagipula dia pergi ke Tarawangsa. Mustahil Dewi tidak bersamanya. Agak tidak masuk akal maklumat yang kita baru terima ini, Tuanku." Jelas Wan Panji panjang lebar.

  "Kesimpulannya?" Soal Raja Sang garang.

  "Patik menyangkakan Puteri Dahlia hilang dari istana baginda tetapi mungkin Sultan Muadzam dan Ratu Kuntum belum mengetahui keberadaan puteri mereka. Jelas perisik kita lebih handal berbanding mereka."

  Raja Sang tetap terus mendengar.

  "Walaupun patik masih tidak mengerti mengapa Puteri Dahlia yang berada di Tarawangsa tidak pulang ke istananya sendiri, tetapi patik mempunyai satu cadangan."

  Raja Sang memandang tepat ke wajah Wan Panji menanti dia menyambung kata-katanya.

  "Kita dapatkan Puteri Dahlia sebelum Sultan Muadzam berjaya mendapatkannya. Dengan itu kita boleh mengugut Sultan Muadzam untuk mengahwinkan puterinya dengan Tuanku." Wan Panji menghela nafas panjang bangga dengan cadangannya itu.

  Raja Sang tersenyum lebar. Benar-benar persis syaitan apabila matanya mula bersinar membayangkan dia akan dapat kekasih hatinya itu tidak lama lagi. Darah di pipinya mengerikan lagi senyumannya itu.

  Rancangan nakalnya mula bermain di minda. Seketika kemudian dia ketawa terbahak-bahak dengan lantang memenuhi seluruh ruang istana dengan suara ketawanya yang gerun dan mengerikan itu.

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

462K 34.8K 53
γ€Ž Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 βŠ±β”€β”€β”€β”€β”€β”€ {β‹…. β™› .β‹…} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tuju...
2M 152K 53
" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pu...
36.8K 5.7K 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan...
852K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...