Dusta Puteri Palsu

By Qayssz

81.7K 9.8K 2.3K

Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap... More

prolog
kisah - 1
Kisah - 2
Kisah - 4
Kisah - 5
Kisah - 6
Kisah - 7
Kisah - 8
Kisah - 9
Kisah - 10
Kisah - 11
Kisah - 12
Kisah - 13
Kisah - 14
Kisah - 15
Kisah - 16
Kisah - 17
Kisah - 18
Kisah - 19
Kisah - 20
Kisah - 21
Kisah - 22
Kisah - 23
Kisah - 24
Kisah - 25
Kisah - 26
Kisah - 27
Kisah - 28
Kisah - 29
Kisah - 30
Kisah - 31
Kisah - 32
Kisah - 33
Kisah - 34
Kisah - 35
Kisah - 36
Kisah - 37
Kisah - 38
Kisah - 39
Kisah - 40
Kisah - 41
Kisah - 42
Kisah - 43
Kisah - 44
Kisah - 45
Kisah - 46
Kisah - 47
Kisah - 48
Kisah - 49
Kisah - 50
Kisah - 51
Kisah - 52
Kisah - 53
Kisah - 54
Kisah - 55
Kisah - 56
Kisah - 57
Kisah - 58
Kisah - 59
Kisah - 60
Kisah - 61
Kisah - 62
Kisah - 63
Kisah - 64
Kisah - 65
Kisah - 66
Kisah - 67
Kisah - 68
Kisah - 69
Kisah - 70
Kisah - 71
Kisah - 72
Kisah - 73
Kisah - 74
Kisah - 75
Kisah - 76
Kisah - 77
Kisah - 78
Kisah - 79
Kisah - 80
Kisah - 81
Kisah - 82

Kisah - 3

1.9K 246 58
By Qayssz

  Arjuna menyarungkan pedangnya yang telah dilap kembali ke dalam sarung pedang. Dia kemudiannya melangkah meninggalkan perkarangan hutan penuh berdarah itu. Mayat mereka akan diuruskan oleh orang lain. Tugasnya sudah selesai dia harus segera pulang ke istana untuk memberitahu tuanku bahawa selepas ini tiada lagi ancaman merbahaya bagi peniaga dan penduduk Tarawangsa.

  Langkah diteruskan menuju ke jalan keluar hutan tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala matanya mengangap kelibat seseorang berpakain serba hitam. Perlahan-lahan dia bergerak dalam diam ke arah insan tersebut sambil tangan kirinya erat menggenggam pemegang pedang.

  "Ini pasti salah seorang dari perompak tadi." Bisiknya dalam hati. "Tetapi hairan, tubuhnya tidak sasa seperti yang lain.."

  Adalia leka memerhati seluruh tempat tersebut  tanpa menyedari ada insan yang sedang menunggu waktu untuk sesuai untuk menyerangnya.

  Arjuna semakin menghampiri insan tersebut. Selangkah yang terakhir, pedangnya ditarik keluar dari sarungnya dengan pantas lalu dihunus di sisi leher insan tersebut.

  "AAAHHH!!" Spontan Adalia menjerit akibat terkejut dengan sergahan serta merta itu.

  Serentak dengan itu, bakul cili yang berada kemas dalam genggaman Adalia terlepas jatuh ke tanah. Dia tidak mampu bergerak kerana takut pedang tajam itu akan mengoyakkan lehernya.

  Arjuna tersentak tatkala mendengar suara jeritan itu adalah milik seorang gadis. Lantas dia menjarakkan sedikit pedang itu dari leher gadis tersebut dan perlahan-lahan bergerak ke sisi gadis itu untuk melihat wajahnya.

  Adalia yang ketakutan masih tidak bergerak. Seumur hidupnya tidak pernah dia dihunus pedang di lehernya sebegini rupa. Sudahlah baru sahaja lepas jatuh bergolek dalam hutan, tiba-tiba ada orang menghunus pedang ke lehernya pula. Banyak sungguh kejutan hari ini.

  Perlahan-lahan Adalia melirik ke arah Arjuna walau dirinya dalam keadaan gemuruh yang teramat sangat. Arjuna memandang wajah Adalia yang bertutup dengan pelitup muka hitam.

  "Gadis?" Arjuna berbisik kecil. Wajah jelita Adalia ditatapnya. Matanya bertentang dengan mata jelita Adalia yang berada dalam ketakutan itu. Bisikan nakal syaitan mula berbisik, maka Arjuna serta merta memalingkan mukanya ke tepi.

  "Astaghfirullahalazim..."  Arjuna mendengus perlahan tetapi boleh didengari Adalia yang masih kaku berdiri di situ.

  "Jj-jangan apa-apakan saya... A-apa salah saya.." perlahan Adalia memohon dengan menggunakan nada dan intonasi bahasa melayu yang biasa digunakannya.

  "Siapa kau? Apakah kau bersekongkol sama dengan gerakan perompak tersebut?" Adalia tersentak mendengar nada dan intonasi pemuda itu. Seperti nada orang dulu-dulu.

  "A-aku tidak tahu apa yang kau maksudkan te-tetapi aku bukan orang jahat. Aku tidak pernah merompak sesiapa." Terketar-ketar Adalia menjawab soalan pemuda tersebut. Posisinya masih kekal dalam keadaan kaku begitu. Tahap gemuruh sudah mencapai tahap maksimum. Mahu sahaja dia menangis di situ tetapi atas dasar rasionalnya dia harus menyelamatkan dirinya terlebih dahulu walau gentar bagaimana sekalipun. Matanya dikatup rapat takut ingin memandang wajah sang pemuda itu.

  Arjuna memandang Adalia lama sebelum kembali membuka bicara.

  "Sekiranya begitu, mengapa pakaianmu serba hitam. Wajahmu juga ditutup persis seorang perompak atau apakah kau memakai purdah? Tetapi muslimah berpurdah lain bentuk purdahnya." Balas Arjuna.

  Adalia mula menerima hakikat bahawa dia berada di Zaman Kesultanan Tarawangsa yang wujud beribu tahun dahulu walaupun agak tidak masuk akal, dia menerima hakikat itu buat sementara waktu sahaja.

  'Ah pelitup mukaku!' Adalia baru teringat tentang pelitup mukanya yang masih belum dicabutnya. Bagi zaman dahulu sudah tentulah ini akan dianggap sebagai perompak jika bukan seorang yang berpurdah.

  "A-aku memakai pelitup muka ini bukan sebab aku ini perompak mahupun wanita berpurdah tetapi demi menjaga diriku dari sebarang virus." Jelas Adalia yang masih tidak mahir dengan nada dan intonasi Bahasa Melayu klasik. Ayatnya juga bercampur dengan Bahasa Melayu moden.

  "Virus?"

  "Ah! Mana mungkin mereka faham apa itu virus." Adalia berbisik di dalam hati.

  "Aahh..ahh..umm..maksud aku.. wabak." Jelasnya sekali lagi dalam kosa kata yang mungkin difahami Arjuna. Mata Adalia mula bertukar merah sepertinya tahap ketakutannya sudah berada di puncak tertinggi dunia. Terpancar ketakutan tidak terperi dari pandangan matanya.

  Arjuna menarik nafas panjang. "Jangan risau, aku tidak mencederakan wanita." Arjuna menyarungkan pedangnya kembali ke dalam sarungnya. Lalu dia menjarakkan sedikit dirinya dari Adalia kerana menyedari wanita itu takut dengan tindakannya sebentar tadi.

  Adalia menghela lega. Pelitup mukanya dicabut bagi mengelakkan rasa sangsi pemuda itu terhadapnya. Arjuna hanya memandang gerak-gerinya.

  Pakaiannya seperti baju kurung tetapi tidak seperti baju kurung yang pernah dilihatnya. Apakah ini gaya terbaru yang tidak diketahuinya? Nada dan intonasi gadis itu juga menunjukkan dia bukan orang Tarawangsa tetapi tidak juga dia kelihatan seperti mana-mana bangsa selain melayu kerana wajahnya sahaja terserlah kecantikan gadis melayu itu sendiri. Siapalah gadis aneh di hadapannya ini?

  Arjuna bermonolog sendiri. Hatinya sedikit terusik dengan kecantikan Adalia sebaik sahaja gadis itu mencabut pelitup mukanya. Segera dia beristighfar memohon agar dijauhkan dari bisikan syaitan.

  "Lihat. Aku orang biasa bukan perompak. Mana mungkin aku merompak, berdosa." Tegas Adalia menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada pemuda itu. Tetapi sebaik sahaja dia membuka pelitup mukanya, pemuda itu memalingkan wajahnya ke tepi seraya beristighfar. Hairan Adalia dibuatnya.

  "Hodoh sangatkah wajahku sehingga engkau memalingkan wajahmu daripada terus memandang aku?"  Soal Adalia sedikit terasa dengan tindakan pemuda itu.

  Arjuna menggeleng. "Tidak. Bukan begitu. Maafkan aku andai tindakan aku mengguris hatimu."

  "Siapa nama kau?" Arjuna mengubah topik tidak mahu melanjutkan perbualan sia-sia dengan yang bukan mahram. "Mengapa pakaianmu kelihatan sedikit aneh berbanding biasa? Kau orang mana, kau tahu Bahasa Melayu tetapi cara dan nada kau berbicara berbeza sungguh dengan yang biasa aku dengari."

  Adalia bermonolog sendiri dalam hati. 'Bagaimana aku mahu memberitahu dia bahawa aku dari masa hadapan? Betulkah aku dari masa hadapan? Bagaimana aku mahu menerangkan situasi aku kepada dia? Mahukah dia mempercayai aku?' berbagai persoalan meluncur di benak fikirannya.

'nama? Haruskah aku memberitahu nama sebenar aku? Atau patutkah aku menggunakan nama samaran? Kalau nama samaran, nama siapa mahu aku rembat? Aduh pening!' satu idea tiba-tiba terpacul di minda Adalia untuk menggunakan nama samaran yang diambil dari maksud namanya sendiri iaitu Adalia yang bermaksud dahlia.

  Arjuna memerhati Adalia yang lama terleka dalam fikiran sendiri.

  "Dahlia!"

  Tersentak Arjuna dengan sergahan yang tiba-tiba itu.

  "Aahh..umm. Maksud aku nama ku Dahlia. Cahaya Dahlia." Jelas Adalia. Cahaya Dahlia berasal dari nama sebenarnya iaitu Nur Adalia.

  "Cahaya Dahlia? bukan Seri Dahlia?" Arjuna bertanya kerana kebiasaanya orang menukarkan Cahaya kepada Seri.

  "Umm.Seri Dahlia pun boleh.." balas Dahlia sopan.

  "Dahlia.. hmm aku pula panggil sahaja aku Arjuna. Maafkan aku atas perilaku tidak beradab ku sebentar tadi. Aku sangkakan kau salah seorang ahli gerakan perompak yang harus aku langsaikan hutang darah dengan mereka. Ternyata kau gadis biasa tetapi kau tetap mencurigakan kerana kau tidak menafikan bahawa kau bukan orang sini dan tidak juga kau beritahu kau dari mana." Arjuna memohon maaf atas kesilapannya tadi.

  Dahlia bingung bagaimana mahu menceritakan peristiwa bagaimana dia tiba ke sini. Namun digagahi juga untuk dia menceritakan segalanya dengan  terperinci walaupun dia tidak tahu sama ada Arjuna akan mempercayainya atau tidak.

_______________________•••____________________

  "Jadi ke mana hala tuju kau sekarang ini?" Soal Arjuna selepas mendengar kisah Dahlia.

  "Aku tidak menyangka kau percaya kata-kata aku sedangkan aku sendiri pun sukar mempercayainya." Balas Dahlia kagum.

  "Aku tidak mempercayai kau sepenuhnya kerana mana ada orang boleh datang dari masa hadapan tidak boleh diterima akal langsung." Ujar Arjuna. "Tetapi apa yang aku boleh percaya sekarang ini selain dari itu? Makanya buat sementara waktu, akan aku cuba menghadam bicara mu."

  "Aku baru sahaja tiba di sini dan tiba-tiba ada pedang dihunus kepada ku. Sungguh aku tidak tahu apa-apa. Mahu ke mana pun aq tidak tahu atas tujuan apa."Dahlia melepaskan satu keluhan berat.

  "Hmm.." Arjuna berfikir sejenak.

  "Aku merasakan kau harus ikut aku menghadap Tuanku. Biar Tuanku Ratu Melawati lah yang membantumu kerana aku sendiri buntu mahu bantu bagaimana. Lagipula, kau tetap mencurigakan kerana boleh jadi kau merupakan perisik dari kerajan musuh." Jelas Arjuna.

  "Menghadap Tuanku? Kau masih sangsi dan ragu-ragu terhadap aku?" Dahlia gusar. Sudahla dia tidak mahir dengan Bahasa Melayu klasik ditambah pula dia harus bercakap dalam bahasa istana. Inilah padahnya tidak belajar bahasa tradisi sejak dahulu. Tetapi nasib baik Dahlia seorang yang meminati sejarah maka dia mengenali ratu yang dimaksudkan. Ratu Melawati merupakan antara ratu termashyur di Kesultanan Tarawangsa.

  "Tidak salah berwaspada. Istana Tuanku berada dekat dengan kawasan bandar. Agak jauh dari sini. Jika menunggang kuda, kira-kira 2 hari baru dapat tiba di lokasi." Jelas Arjuna sambil berjalan mendahului Dahlia.

  "Tetapi sebelum itu, kau harus menyalin pakaianmu dahulu bimbang orang curiga melihat kau." Mereka kamudiannya bergerak ke kedai-kedai berhampiran.

Continue Reading

You'll Also Like

Atin By mrk1921

Adventure

62.8K 524 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
27.7K 1.9K 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas...
361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
24.1K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...