๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.3K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 38

697 65 29
By MrHazReyz

     MEREKA semua sedang bersantai di halaman belakang rumah termasuk si kecil Lorleyn Grey yang asyik melekat pada Herith. Entah kenapa anak kucing bewarna kelabu itu langsung tidak mahu menjejakkan kaki ke atas rumput. Lebih seronok didukung Herith ke sana ke sini. Mungkin kerana masih tidak biasa.

     Herith, Zieymo, Freddy, Firaz dan Hezrick sibuk bersembang di tempat duduk masing-masing manakala Hezrif dan Yalina bermain barang permainan mereka di atas rumput tanpa menghiraukan kekecohan suara Herith yang menggemakan rumah agam itu.

     "Aduh sakitlah! Tajam sangat kuku kau ni. Tunggulah nanti aku potong sampai tak ada terus kuku." Herith menarik Lorleyn Grey yang memanjat sehingga ke bahunya.

     "Tak baik buat kucing macam tu. Saya report polis nanti, baru tahu!" Ferliy yang sedang mengambil tempat di kerusi kosong itu memandang Herith.

     "Reportlah, ingat aku takut ke? Setakat polis tu, anak aku boleh handle. Tunjuk muka comel sikit je dah 'jalan', kan sayang kan?" Herith menarik-narik telinga kecil anak kucing itu.

     "Banyaklah awak punya jalan. Kalau tak nak jaga elok-elok, lebih baik kembalikan dia ke tempat asal. Macam manalah muka budak tak matang macam ni boleh diterima sebagai penjaga baru kucing?" Shira mengecilkan matanya. Pengurus tempat penjagaan kucing itu butakah?

     "Jaga mulut kau tu sikit! Aku sumbat taik anak aku dalam mulut kau nanti baru tahu. Banyak sangat cakap, asyik nak cari salah aku je dari semalam." Herith membebel bengang.

     "Mestilah kena bercakap! Awak tak pandai jaga kucing tapi sibuk nak bela kucing. Apa yang awak tengah fikir huh? Awak tu pembunuh, bukan penyayang!" jerit Shira kuat sehingga menarik perhatian yang lain.

     Shira yang perasaan akan semua mata yang tertumpu ke arahnya itu mula tersenyum kekok sambil menggaru-garu kepala. Dia sudah terlepas cakap! Zieymo yang sedang mengurut dahi itu dipandang. Habislah!

     "Cakap jelah yang kau cemburu aku ada anak kucing. Aku tahu Zieymo tak suka kucing. Mesti kau nak kucing ni kan? Boleh, boleh pergi mampus!" Herith menjeling Shira sebelum mengatur langkah menuju ke arah Yalina dan Hezrif.

     Lian yang hanya diam melihat pertengkaran tadi mula terfikir. Kepalanya digeleng kecil. Tidak mungkin Herith yang kelihatan baik itu membunuh orang. Mungkin mereka hanya bergurau. Dia kembali memilih makanan.

     Terasa haba di sisi tubuhnya. Dia menoleh memandang Enrique yang sedang menekan-nekan skrin telefon bimbit itu. Senyuman dihadiahkan buat Enrique yang juga memandangnya. Enrique hanya beriak biasa merenung Lian yang tinggi separas dadanya itu.

     "Letak makanan untuk aku, aku tunggu dekat sana." Enrique menjuihkan bibir ke arah satu set kerusi meja yang kosong. Wajah Lian kembali dipandang sekilas sebelum beredar.

     Lian terus meletakkan beberapa jenis makanan ke dalam pinggan. Walaupun nervous setiap kali bertentangan mata dengan Enrique, dia percaya dia boleh lakukan! Teringat akan cara yang diajar Miya. Mungkin dia patut gunakannya pada hari ini.

     "Cuba ambil hati dia dengan cara bertanya macam-macam. Dia lagi suka awak sibuk nak tahu tentang hidup dia, mungkin dia akan layan awak berbeza daripada kawan-kawan yang lain."

     Nafas ditarik sebelum memulakan langkah mendekati Enrique. Tetapi bagaimana dia hendak mengambil hati orang yang belum tentu punya hati?

     "Ni untuk awak..." Lian meletakkan pinggan dan segelas air di atas meja hadapan Enrique sebelum mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

     "Err awak tengah buat apa?"

     Enrique mengangkat wajah memandang Lian sebelum skrin telefon bimbitnya dihalakan pada gadis itu. Dapat dilihat jelas beberapa buah rakaman semasa dalam telefon itu. Rakaman mereka juga ada di situ. Lian memandang siling mencari kamera litar tertutup namun tiada.

     "Kamera dekat sana." Enrique memuncungkan bibirnya pada tiang tidak jauh dari mereka. Lian memandang kamera itu. Rumah besar, mestilah banyak kamera litar tertutup.

     "Kenapa aw..."

     "Sebab aku suka. Semua yang kau buat dalam rumah ni aku nampak walaupun aku tak ada. Sampai aku rasa nak letak kamera dalam tandas bilik kau..." potong Enrique bersahaja. Lian menggeleng tidak mahu.

     "Kenapa? Aku tak boleh tengok kau mandi?"

     "Bu... Bukan macam tu..." Wajah Lian sudah bertukar merah.

     "Jadinya bolehlah? Sekarang jugak aku pergi pasang..." Enrique berura-ura untuk bangun. Lengannya dipegang Lian. Dia kembali duduk bersama senyuman kecil melihat Lian yang mula menunduk.

     "Semua makanan ni, aku tak nak makan selagi kau tak suap." Enrique masih mengusik Lian. Seronok dia melihat Lian yang ketakutan dan sedang malu itu.

     Tanpa berkata, Lian terus mencucuk ketulan ayam lalu disua pada mulut Enrique. Dia menyebut bismillah perlahan. Lagaknya seperti sedang menyuap bayi makan. Enrique mengunyah sambil merenung Lian. Entah mengapa dia gemar melihat Lian yang natural manis ini.

     Hezrick memuncungkan bibirnya ke arah Enrique yang disuap Lian. Mata Freddy, Firaz dan Zieymo terus tertumpu pada pasangan itu. Mereka hairan melihat Enrique yang sengaja mengambil tempat jauh dari mereka semata-mata ingin berdua bersama Lian.

     "Baguslah kalau dia dah mula layan Lian. Kesian aku tengok perempuan tu, dah kahwin tapi macam belum. Nasib baik rajin kemas rumah. Bukan macam perempuan lain dalam rumah ni, pemalas nak mampus." Zieymo berkata sebelum tersenyum kecil.

     "Kau tak rasa Enrique yang suruh dia buat kerja rumah ke?" soal Firaz kepada Hezrick.

     "Asal pulak Enrique nak suruh dia? Enrique tu sama pengotor macam Herith, dia takkan kisah punyalah pasal kebersihan." Hezrick menggeleng kecil.

     "Bini kau pun boleh tahan pengotor." Freddy mengangguk kecil sambil memandang Zieymo.

     Zieymo terus menoleh ke arah Shira, plastik makanan bersepah di tepi kerusi gadis itu.

     "Woi! Buang dalam tong sampahlah!" Laungan Zieymo menyentakkan Shira.

     "Sabarlah! Kejap lagi saya buang!" laung Shira pula.

     "Kejap lagi kepala otak kau! Pergi buang sekarang!" marah Zieymo.

     "Hesy jantan ni..." Shira tetap mengutip sampah-sampah di atas rumput itu.

     "Kejap lagi lepas tu tinggal macam tu je... Dia fikir plastik-plastik tu boleh terbang sendiri ke?" omel Zieymo.

     Suapan terakhir itu ditolak Enrique. Sudu bertukar tangan lalu terus disuapkan pada mulut Lian. Moodnya yang hilang sejak petang tadi mula kembali sedikit demi sedikit. Tidak jadi untuk dia 'menyembur' Miya pada malam ini kerana Lian lebih menarik perhatiannya.

     "Jom..." Enrique bangun daripada duduk lalu menghulurkan tangan.

     "Kejap, saya nak basuh pinggan dulu." Lian ingin mengangkat pinggan namun ditahan Enrique.

     "Tak payah. Ramai lagi yang ada tangan."

     Langkah Enrique tetap dibontoti walaupun dia berasa serba salah meninggalkan pinggan yang telah digunakan begitu sahaja.

     Beberapa jenis bungkusan plastik di atas meja bilik komputer Enrique dilihat bersama dahi berkerut. Plastik itu dipegang dan dibalik-balikkan untuk melihat isi dalamnya.

     "Jangan pegang," larang Enrique.

     "Apa ni awak?" soal Lian sambil memegang bungkusan plstik kecil yang terisi beberapa jenis pil.

     "Dadah," jawab Enrique sambil mengambil tempat di sofa.

     Riak Lian berubah. Bagaimana dadah boleh berada di dalam bilik Enrique tanpa lelaki itu rasa bersalah seperti sekarang? Ini bukan perkara yang boleh dibawa main.

     "Apa yang awak buat dengan semua dadah tu?" Lian sudah berdiri di tepi sofa memandang Enrique yang sedang bersantai.

     "Aku jual dadah. Kenapa? Kau tak boleh terima?"

     "Perempuan mana yang boleh terima suami dia jual dadah?" Dengan berani Lian bersuara.

     "Aku tanya, jawab! Bukannya bagi soalan pada aku!"

     Lian tersentak mendengar tengkingan itu. Air matanya yang bertakung di tubir mata mula pecah. Mengapa sikap Enrique cepat berubah begini? Dia fikir perbualan mereka yang panjang di luar tadi dapat membetulkan keadaan.

     Perlahan-lahan Lian membuka langkah menuju ke pintu. Dia harus memberitahu yang Lain tentang hal ini. Tidak mungkin dia sanggup membiarkan suaminya melakukan perkara haram.

     "Kau nak pergi mana?" Enrique menahan pintu lalu dikunci. Kedua-dua belah tangan Lian ditarik menuju ke katil.

     "Duduk sini teman aku buat kerja," kata Enrique bernada biasa.

     Lian menarik selimut menutupi seluruh tubuh. Dia menangis semahu-mahunya melepaskan segala yang terpendam selama ini. Suaminya berkelakuan pelik, dia masih sedar akan hal itu namun sebelum ini dia berfikiran positif kerana tidak mahu bersangka buruk. Mengapa Enrique membuat kerja begini?

     Enrique memejamkan mata. Kerjanya terganggu dek tangisan Lian. Pesanan dihantar kepada seseorang sebelum langkahnya diatur ke arah katil. Comforter bewarna kelabu cerah itu dipandang. Mengapa Lian perlu menangis sehingga begini? Tengok dadah pun sedih ke?

     "Lian..."

     "Jangan ganggu saya!"

     "Kau bising sangat sampai aku tak boleh fokus." Enrique memegang bahu Lian yang dibaluti selimut itu.

     Lian terus menangis menambahkan kemarahan Enrique. Comforter itu ditarik kasar.

     "Bangun. Kau bangun sekarang!" Enrique menarik lengan Lian mendorong gadis itu duduk.

     "Apa masalah kau ni sebenarnya? Tak suka kahwin dengan aku?"

     "Saya rindu bonda... Saya nak balik rumah bonda..." Lian menunduk. Esakannya dikawal.

     "Sekarang kau pilih aku atau orang tua tu?" soal Enrique bernada tegas.

     "Bonda, saya pilih bonda..." Lian menjawab perlahan.

     Enrique menggeleng kecil. Giginya diketap geram. Berani Lian memilih orang lain berbanding dirinya? Kini dia rasa Lian sudah bosan hidup sebagai isterinya selama dua minggu lebih ini.

     Tubuh Lian ditolak sehingga terlentang di atas katil. Dia menindih Lian lalu menarik kasar tudung gadis itu. Lian lebih cantik tanpa tudung di kepala.

     "Tolong ja..."

     Bibir Lian dikucup tanpa sebarang isyarat. Buat pertama kali dia merasakan sesuatu yang aneh seperti ini. Dia sendiri tidak sanggup berkasar namun Lian begitu menaikkan marahnya pada malam ini.

     Terjaga dari lena, Enrique berlari ke tandas. Segala isi perutnya dimuntahkan. Tidak lain tidak bukan, kepalanya pening oleh kerana bertukar waktu tidur secara tiba-tiba begini. Tubuhnya terasa lemah. Dia sendiri tidak bersedia dan takut akan malam pertama mereka. Kini dia sedar yang dia sememangnya takut menyentuh perempuan.

     Dua biji ubat tahan loya ditelan. Tangan yang sedikit terketar itu mengusap lembut kepala Lian. Nafasnya dihela. Sekurang-kurangnya dia telah mencabar diri untuk menyentuh Lian pada malam ini.

Continue Reading

You'll Also Like

490K 21.9K 37
Berkahwin dengan seorang lelaki yang panas baran dan kaki pukul bukan lah satu hal yang mudah. Setiap hari pasti akan ada pukulan dan cacian yang aka...
939K 25.1K 81
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang dibeli oleh seorang Mafia kerana ayahnya yang gagal membayar hutang . Pada mulanya perasan benci membua...
602K 27K 37
ZEO KEVEN : Jejaka berbahaya dan digilai oleh ramai wanita kerana ketampanan dan kekayaan nya. Namun disebalik wajah yang kacak serta dingin, dia m...
259K 11.2K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | ๐ŸšซCRINGE ALERT๐Ÿšซ Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...