๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

98.7K 7.3K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 29

702 73 17
By MrHazReyz

     DIA tersedar daripada lena yang panjang. Kepala yang terasa pening dipegang. Senjata apa yang digunakan si bangsat itu sehinggakan tiada ruang untuk dia mengelak? Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya.

     Keadaan bilik yang gelap itu membuat dia tertanya-tanya, di mana pula monyet-monyet liar itu menempatkannya? Flashlight pada telefon bimbitnya dipasang lalu dihalakan pada sekeliling.

     "Tempat apa pulak dah ni..." Hezrick berdiri dan meluru ke arah pintu.

     Dahinya berkerut melihat ruang besar yang lapang itu. Ini seperti bangunan baru. Tetapi mengapa Herith dan Enrique meninggalkannya di ruang ini?

     "Ricky... Kau boleh nampak aku tak?" soal Herith dari arah belakang.

     "Tempat apa ni bro?" Hezrick berpaling ke belakang namun tiada sesiapa di situ.

     "Aku tak takutlah dengan permainan pengecut macam ni. Kau fikir kau boleh perbodohkan aku ke?" Hezrick melangkah ke hadapan sebelum kakinya dilayangkan mengenai sesuatu.

     "Aduh! Sakitlah bodoh!" Suara Herith itu kedengaran hampir dengannya.

     Hezrick mengerutkan dahi. Dia teringat akan cerita Enrique beberapa bulan lepas.

     "Dalam dunia ni, ada tiga orang je yang pernah keluarkan kain halimunan itu. Salah seorangnya dia nilah. Keturunan Scilert memang semuanya hebat nak mampus. Aku bangga sial ada saudara macam dia ni..." Enrique memeluk Zieymo dari tepi.

     "Gila. Aku tak percaya mulut busuk macam kau ni bercakap tanpa bukti." Hezrick menggeleng kecil.

     "Aku ni paling wangi di antara kau orang semua. Bayarlah kalau nak tengok kain halimunan tu!" Enrique menghulurkan tangannya.

     "Asyik mintak duit je kau ni. Padanlah muka pun dah macam pengemis aku tengok. Baju dengan seluar pun koyak-koyak. Style zaman apa entah..." Hezrick membebel sambil mengeluarkan kad kreditnya yang bewarna emas lalu dihulurkan kepada Enrique.

     "Aku nak habiskan duit dalam kad ni untuk keturunan aku sekali tau." Enrique menyimpan kad itu ke dalam kocek seluar.

     "Keturunan apanya? Kahwin pun tak lagi. Aku risau kau tak sempat nak buat keturunan baru je nanti." Hezrick menayangkan riak menyampah sambil mengekori Enrique yang mula melangkah.

     "Alah kau sabar jelah dengan si tolol tu. Dia nampak je jahat tapi sebenarnya dia takkan sentuh pun duit dalam kad tu. Aku yang akan guna kad tu nanti." Zieymo tersenyum kecil memandang Hezrick.

     "Pergi mampuslah dua-dua. Keturunan Scilert memang keturunan tak guna. Dasar ahli neraka..." omel Hezrick bengang.

    "Tada!" Enrique menunjuk sesuatu yang terletak di atas meja.

     Hezrick memandang permukaan meja sebelum wajah Enrique direnung tajam. Apa yang si bodoh ini cuba buat sebenarnya?

     "Kau nak kena maki jugak ke? Aku tunjuk kain halimunan dah sah-sahlah kau tak nampak kain tu!" Enrique mengambil kain itu lalu dilemparkan ke atas kepala Hezrick.

     Zieymo melepaskan tawa melihat Hezrick yang hanya berdiri dengan diam sebelum dia menarik kain yang agak tebal itu.

     "Cantik jugak kain ni, harga?" Hezrick membelek kain itu. Benarlah, kain itu akan menyamarkan sesuatu yang berada di bawahnya.

     "Bersamaan 10 buah mansion yang dilengkapi perabot mewah." Zieymo menjawab tenang.

     "Alah kalau nak, kita tukarkan dengan Kayla je." Enrique tersenyum nakal. Zieymo menepuk bahu Enrique sebelum dia melepaskan tawa besar.

     Hezrick merenung Enrique dan Zieymo dengan tajam. Babi dua ekor ni tak pernah nak serius.

     Hezrick terus menarik kain itu. Kelihatan Herith yang sedang duduk sambil menggosok-gosok kepalanya sakit.

     "Sampai hati kau tendang kepala aku. Terkeluar otak aku tadi. Nasib baik aku pandai masukkan balik..."

     "Tak payah nak over bodoh. Tempat apa ni?" soal Hezrick yang masih hairan.

     "Tak payah nak tanya bodoh." Herith mula berdiri.

     "Asal kau suka main-main macam ni ek? Aku didik kau dah habis elok sebelum ni. Makan, pakaian kau semua aku tanggung tahu tak? Yang kau pergi ikut perangai setan Enrique tu kenapa??"

     "Tak payahlah marah aku. Jangan marah Enrique jugak. Akukan membesar dengan Enrique, mestilah aku nak jadi hebat macam dia. Betul cakap dia, aku tak layak kerja sebagai kuli..." Herith menggeleng kecil.

     "Aku nak berhenti kerja dengan kau sebab aku dah dinaikkan pangkat. Aku dah jadi bos dekat tempat ni. Nampak tak? Ni syarikat aku dengan Enrique..." Herith tersenyum teruja sambil mendepakan tangan.

     "Pastikan kau dengan Enrique berjaya dengan perniagaan baru ni. Kalau tak, aku hantar kau balik Sepanyol. Kau duduk dengan mummy daddy dekat sana. Sumpah aku kurung kau macam anjing." Hezrick berkata tegas sebelum dia melangkah pergi.

     Herith berfikir sejenak sebelum langkah Hezrick dikejar. Jadi, dia perlu lebih bersungguh-sungguhlah demi perniagaan ini dan kebebasan hidupnya?

     Memandangkan keturunannya adalah keturunan usahawan, Enrique terus memberi pangkat bos besar itu kepadanya. Dia tidak hairan kerana dia tahu, Enrique sememangnya tidak suka menggunakan nama sendiri demi kemajuan namun lelaki itu tetap akan mengagung-agungkan keturunan Scilert.

*****

     Freddy memakirkan kereta mewah miliknya di dalam perkarangan sebuah markas. Matanya mengerling ke sekeliling melihat beberapa orang lelaki sedia menunggu dengan kepala yang menunduk.

     Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh di sini. Mengapa mereka kelihatan seperti takut kepadanya? Mungkinkah kerana dia berkawan rapat dengan Hezrick dan Enrique yang berpengaruh besar dalam dunia mafia?

     "Selamat datang bos. Mari saya tunjukkan jalan..." Seorang lelaki menyambutnya dengan sopan.

     Freddy hanya mengekor lelaki itu sehingga di hadapan sebuah bilik. Lelaki itu memberinya isyarat tangan sebelum melangkah pergi.

     Tombol pintu ditolak ke bawah. Kakinya melangkah masuk sambil melihat ke sekeliling bilik yang kelihatan seperti sebuah bilik pejabat itu.

     Gambar-gambar di bilik itu diteliti. Hanya seorang yang dia kenal. Seorang lelaki yang telah lama dia tidak berjumpa. Kali terakhir perjumpaan mereka adalah sewaktu dia berusia tujuh tahun.

     "Bro..." Seseorang menegurnya. Lelaki itu adalah lelaki yang dia pukul kelmarin.

     "Kenapa kau jemput aku datang sini?" soal Freddy.

     "Aku nak buktikan yang aku tak menipu. Sekarang kau nampak kan yang aku betul-betul nak mintak tolong kau?" Zirul melabuhkan punggungnya di sebuah sofa.

     "Jadi, anak-anak buah kau yang ikut aku selama ni?" soal Freddy sambil melihat gambarnya juga tersusun di situ.

     "Aku mintak maaf pasal tu. Sejak aku tahu kau rapat dengan cucu Scilert, aku terus arahkan orang-orang aku awasi kau. Scilert bukan kawan kita."

     "Enrique atau Zieymo bukan ancaman untuk aku. Lagipun, aku dah berkawan dengan Enrique sejak kecik. Aku kenal dia luar dan dalam. Kau boleh tarik balik arahan tu. Aku tak suka orang ikut atau perhatian gerak-geri aku." Freddy memandang Zirul.

     "Aku dah agak kau takkan percaya tapi kau akan tahu lebih lanjut kalau kau ikut aku balik New York."

     "Bukan sekarang. Aku tengah sibuk dengan masalah sendiri."

     "Okey faham. Kau uruskanlah dulu apa yang patut cuma aku nak pesan, jangan terlalu percayakan Enrique atau Zieymo. Dua orang ni akan jadi ancaman kepada kau satu hari nanti."

     Zirul memberi pesanan itu kerana dia juga pernah berkawan dengan beberapa orang cucu Scilert namun semuanya berakhir dengan sesuatu yang tidak baik. Bagi mereka, Scilert adalah keturunan pemusnah.

     Freddy tidak menunjukkan sebarang reaksi kepada Zirul. Baginya pula, Enrique adalah kawan terbaik walaupun lelaki itu mempunyai kecacatan otak yang agak teruk sehingga mampu memusnahkan sebuah negara sekelip mata.

*****

     Angin menampar halus wajah mulus Miya yang sejak tadi tersenyum. Bunyi air ombak bertembung kedengaran menenangkan jiwa pasangan yang sedang melepak di tepi pantai itu.

     "Suka?" Freddy menegur Miya setelah beberapa minit mereka diam.

     "Mestilah suka. Tenang je dekat sini. Lagi tenang sebab awak ada dengan saya sekarang..." Miya tersenyum bahagia membalas renungan Freddy.

     "Lepas ni aku akan selalu ada di sisi kau."

     "Awak serius ke Fred?" Miya mengubah posisi duduknya, kini dia menghadap Freddy.

     "Ada nampak aku main-main ke? Kau nampak terdesak sangat nakkan aku. Tak salah pun aku balas cinta perempuan yang berani tergila-gilakan aku, kan?"

     "Saya dah naik pangkatlah ni?" Miya tersenyum teruja.

     "Kau nak pangkat yang macam mana?"

     "Permaisuri, saya nak jadi permaisuri awak."

     "Tapi kau budak lagi. Belum layak jadi permaisuri aku." Freddy menggeleng kecil.

     "20 tahun belum layak? Muda-muda pun saya dah banyak pengalaman tau. Semua saya tengok dalam internet je."

     "Tengok apa?" Freddy mengerutkan dahi. Ha sudah perempuan ni, takkan layan pornografi kut?

     Miya hanya diam.

     "Okey faham." Freddy tersenyum kecil.

     "Tapi saya tengok benda yang eloklah macam hal-hal negara."

     "Miya..." seru Freddy lembut.

     "Ya?"

     "Aku tak boleh terus bersama kau. Keputusan yang aku buat ni baik untuk masa depan kita berdua." Freddy menggenggam erat tangan Miya.

     "Ap... Apa maksud awak?"

     Freddy menghela nafas melihat sepasang mata Miya mula berkaca-kaca memandangnya. Gadis ini terlalu sensitif. Semua tingkah lakunya mampu membuatkan Miya menangis. Bagaimana Miya hendak bahagia walaupun dia tahu kesedihan akan mengkuburkan kebahagiaan itu?

     "Maksud aku, aku tak boleh bersama kau sebagai seorang kawan atau kekasih. Aku nak halalkan hubungan ni."

     Miya terus memukul dada Freddy yang mula tersenyum itu.

     "Ish awak ni main-main tau! Geram saya!"

     "Mesti hati kau tengah berbunga-bunga sekarang, kan?" soal Freddy yang tersenyum nakal.

     Miya menolak Freddy yang ingin melihat wajahnya yang bertukar merah. Tidak pernah dia melihat Freddy yang sekarang. Lelaki ini kelihatan ikhlas dengan kata-katanya.

Continue Reading

You'll Also Like

813K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
509K 23.5K 34
"Aku tak faham betul kenapa ada lelaki yang perasan macam tu. Nasib baik dia hensem. Tapi dia hensem pun, perangai nauzubillah." - Nisha "Nisha, kau...
710K 28.5K 62
RAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki yang jutuwan di Malaysia. Juga mempunya...
41.9K 3.1K 25
( DESCRIPTION akan diupdate selepas diedit :) ) [Versi Remake/Edit]