๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

98.7K 7.3K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 27

713 85 24
By MrHazReyz

     ASNIYA menjerit sambil melemparkan semua bantal-bantal ke atas lantai. Hatinya sakit disebabkan kata-kata Enrique. Dalam pada masa yang sama, dia malu dengan diri sendiri. Ramai pelanggan kelab di kawasan ini mengenalinya, maruahnya tercalar disebabkan hal semalam.

     Mengapa dia terlalu cuai? Enrique itu lelaki yang licik dan bukan juga lelaki yang boleh dibawa berbincang walaupun dengan cara menawarkan tubuh badan. Susah payah dia mengekori gerak-geri Enrique sejak tahun lepas.

     Benarlah, rasa susah pula semenjak tidak bekerjasama dengan 'dia'. Tiada orang yang mampu menghapuskan semua bukti seperti 'dia'. Enrique tidak akan mengetahui hal ini sekiranya 'dia' masih bersamanya ketika ini.

     "Aku susah-susah dekat sini, tapi kau? Tengah berseronok dengan orang-orang kaya dekat sana? Kau kena kembali, perempuan sundal!" jerit Asniya sehingga menarik perhatian teman serumahnya.

     "Apa yang buatkan kau marah sampai macam ni Asniya?" soal Lina yang berdiri di muka pintu.

     "Rancangan aku kantoi sekelip mata je semalam beb!" Asniya memegang tangan Lina.

     "Oh yang kau tiba-tiba matikan handphone tu? Serius dah kantoi?"

     Asniya mengangguk laju.

     "Okeylah tu kau hidup lagi. Enrique bukan calang-calang orang yang kau boleh permainankan macam datuk-datuk sebelum ni. Dia terlalu bahaya untuk perempuan macam kita." Lina mengusap belakang tubuh Asniya.

     "Kau tengok kan sebelum ni aku okey je perhatikan dia? Tak lain tak bukan, semua ni salah perempuan sundal tu." Asniya tersenyum sinis.

     "Budak lembab yang pernah tinggal dengan kita dulu?"

     "Perempuan tu memang kurang ajar! Berani dia larikan diri daripada aku." Asniya tersenyum jahat.

*****

     Freddy mengelap tangannya pada kain lap yang tersidai di sebelah singki. Dia berpaling ke belakang, mata biru lautnya bersama sepasang mata berair bewarna hitam milik Miya itu bersambung tepat. Nafas kecil dihela. Dia melangkah tanpa mempedulikan Miya.

     "Fred..." Miya memegang lengan Freddy. Freddy menepis tangan itu.

     "Kayla dah bagitahu kau ke belum pasal pindah tu?"

     Riak Miya berubah. Pindah?

     "Aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni, jadi kau boleh kemas barang-barang kau. Esok pagi ada anak buah Ricky datang untuk ambik kau. Kau duduklah dekat apartment yang Ricky belikan tu." Freddy langsung tidak memandang wajah Miya.

     "Aik? Bukannya awak ke yang beli apartment tu?" sampuk Mikayla bersama kerutan di dahi.

     Freddy hanya diam. Menganggu saja si Mikayla ni.

     "Saya takkan tinggal jauh daripada awak." Miya menggeleng kecil.

     "Aku tak bagi kau pilihan, ini arahan aku." Freddy terus berlalu pergi.

     "Fred... Saya tak nak pergi... Saya nak hidup dengan awak!" Miya memegang lengan Freddy namun sekali lagi ditepis kasar.

     "Aku tak nak hidup dengan kau, faham? Kalau bos aku bagi kebenaran aku blah daripada rumah ni, dah lama aku blah tahu tak?? Kau tak ada hak untuk tinggal dalam rumah ni lagi." Freddy menunding tepat wajah Miya.

     "Awak kena bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada saya!" jerit Miya.

     Mikayla membulatkan mata melihat pertengkaran itu. Jadi, benarlah Freddy telah merogol Miya? Kenapa Miya masih bangkitkan hal ini sekiranya tidak benar?

     "Aku tak pernah rogol kau, Miya..." Freddy menggeleng kecil.

     "Awak dah rogol saya..." Miya mengesat air matanya yang semakin laju keluar dari tubir mata.

     "Miya..." Kedua-dua belah bahu gadis iti dipegang. Freddy menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan. Marahnya dikawal.

     "Pandang aku Miya... Kau tahu tak rogol tu apa?" soal Freddy lembut.

     Miya mengangguk perlahan sambil membalas renungan redup Freddy.

     "Masa bila aku buat semua tu?"

     "Atas sofa... Dekat..."

     "Itu bukan rogol tau, itu kau yang serah diri kau untuk layan aku." Suara Freddy kedengaran lembut menerangkan apa yang telah terjadi.

     "Oh my god... Jadinya awak dengan dia pernah 'bersama' lah kan?" Mikayla menekup mulutnya yang ternganga.

     "No. Aku tak pernah melebih. Kalau kau tetap nak cakap aku rogol kau, kita check dekat hospital then buat laporan polis. Ada bukti, barulah aku akan bertanggungjawab, faham?" Freddy masih merenung Miya.

     "Kenapa kita tak bernikah je Fred?" Suara Miya kedengaran bergetar.

     "Aku tak nak berkahwin dengan perempuan yang tak tepati cita rasa aku." Freddy menggeleng kecil. Bahu Miya dilepaskan.

     "Kenapa saya tak tepati cita rasa awak? Dekat mana silap saya? Saya nak betulkan dan saya sanggup buat apa je demi awak Fred..."

     "Memang sifat kau melebihkan orang lain berbanding diri sendiri, kan? Hidup kau boleh rosak tau disebabkan perangai yang lemah macam ni. Kau bernasib baik sebab berjumpa dengan aku dulu."

     "Fred..." Miya memegang tangan Freddy. Tapak tangan mereka disatukan.

     Freddy hanya diam merenung Miya. Terasa pipinya dielus lembut. Sepasang mata sembab di hadapannya direnung. Miya kelihatan ikhlas setiap kali gadis ini menangis.

     "Kalau awak tak nak hidup bersama saya, untuk apa saya bertahan sejauh ni? Lepas apa yang jadi, saya mungkin tak dapat bertahan lagi. Hidup saya betul-betul dah musnah..." Miya memeluk tubuh Freddy. Dia menangis semahu-mahunya di dada lelaki kesayangannya itu.

     Freddy mengusap belakang tubuh Miya. Matanya memandang Mikayla yang duduk di kerusi.

     Mikayla menjongketkan kedua-dua belah bahu. Freddy banyak berubah sejak kehadiran Miya di sini. Hati lelaki itu menjadi lebih lembut. Tidak mungkin dia sanggup melihat Miya bersedih lagi.

*****

     Hezrif yang duduk di atas riba Hezrick sedaya upaya memanjangkan tangan untuk mencapai gelas yang berada di hadapannya.

     "Ha nak buat apa tu?" soal Hezrick sedikit tegas membuatkan tingkah laku Hezrif terhenti.

     Budak itu terus minta untuk turun. Ayahnya terlalu garang untuk diajak bermain. Terkedek-kedek dia melangkah menuju ke arah Herith yang sedang melayan Yalina. Dengan tidak bersalah dia duduk di atas riba Herith.

     "Kenapa? Daddy dera Hez lagi ke? Nak kena daddy ni, tunggulah Hez pergi mengadu dekat mummy nanti. Biar mummy belasah daddy sampai patah riuk tulang dia, kan Hez kan?"

     "Ba ba ba baba..." Hezrif membebel. Itu saja yang dia pandai sebut ketika ini.

     "Ha betul betul. Kita mengadu macam tu dekat mummy. Mesti kecut perut daddy Hez yang tak guna tu. Dia fikir dia bagus sangat ke sampai nak marah-marah Hez, kan?" Dan Herith membuat-buat faham apa yang Hezrif bebelkan.

     "Birthday party siapa ni? Siapa Yalina?" soal Zieymo yang baru melangkah masuk bersama Shira.

     "Yalina anak aku." Herith menunding ke arah Yalina yang sedang bermain tanah liat di hadapannya.

     "Birthday budak ni sama dengan birthday unclelah..." Zieymo melangkah menuju ke arah Yalina.

     Enrique yang berada di dalam tandas mengeluarkan telefon bimbitnya yang bergetar sejak tadi. Punat hijau ditekan.

     "Asniya dalam perjalanan ke rumah Ricky. Kami tak pasti untuk apa tapi dia tak ada bawak barang merbahaya."

     "Okey tak apa, mungkin dia dah give up dengan hidup dia." Enrique mematikan talian sebelum dia melangkah keluar. Jika Asniya ke sini, rancangannya akan berjaya.

     "Oh shit." Enrique terus berlari keluar setelah terdengar jeritan Ferliy.

     Ferliy meronta-ronta minta dilepaskan Asniya yang mengunci lehernya menggunakan lengan. Tanpa Ferliy sedar akan sebelah tangan Asniya sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya.

     "Jangan dekat Enrique!" Jarum besar itu dihalakan pada leher Ferliy.

     "Sorry boss, my mistake." Pengawal keselamatan rumah agam itu meminta maaf sambil menunduk. Enrique mengangguk kecil

     "Dia bukan girlfriend akulah. Dia langsung tak ada kena mengena dalam hal ni. Kitakan dah putus? Jadi, lepaskan Ferliy sekarang. Dia tak bersalah, janganlah seksa orang yang tak bersalah macam Ferliy tu..." Enrique memujuk Asniya.

     "Jangan mintak aku lepaskan dia. Kau ni memang lelaki bodoh! Kau gunakan aku sebagai rakan kongsi untuk tarik semua kawan-kawan aku masuk kelab kau dan sekarang kau buang aku macam tu je!" tengking Asniya.

     Tengkingannya menarik perhatian penghuni di dalam rumah. Orang pertama yang keluar adalah Herith. Enrique menoleh ke arah Herith.

     "Herith! Kau tengok dua orang ni bergaduh sebab rebutkan aku. Dua-dua nak hidup bersama aku. Aku tak pandailah nak pujuk-pujuk perempuan ni. Tolonglah aku Herith! Tolong hentikan dia orang ni..." Enrique membuat muka sedihnya.

     "Alah apa susahnya, pilihlah yang terbaik dan sesuai untuk kau," jawab Herith bersahaja. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

     "Dua-dua aku tak nak. Famousnya aku sampai perempuan rela membunuh disebabkan aku. Aduh susahlah macam ni..." Enrique menyentuh hujung dagunya seperti sedang berfikir.

     "Aku rasa lebih baik pilih Ferliy sebab dia dahlah lawa, muka dia ada iras kawan kita pulak tu. Dia paling sesuai dengan kau..." Herith mengangguk kecil.

     "Aku bunuh dia!" ugut Asniya. Sakit hatinya mendengar perbualan yang entah apa-apa itu. Sungguh dia tidak faham dengan situasi ini. Mereka kelihatan masih bermain-main walaupun nyawa Ferliy berada di tangannya.

     "Tapi kau bukan tandingan Ferliy." Enrique menggeleng kecil bersama senyuman sinis.

     "S... T... K..." Enrique menyebut satu-persatu huruf itu.

     Air muka Asniya berubah. Ferliy terus bertindak menyiku perut Asniya sehingga lehernya dilepaskan sebelum dia berpaling kemudian menendang perut Asniya. Pergerakan Asniya serta merta dikunci Ferliy.

     "Siku, tendang dan kunci. Tiga langkah ni pun dah buatkan kau tak mampu bergerak. Dengar sini, perempuan-perempuan dalam rumah Ricky ni terlatih tau. Dia orang bukan duduk saja-saja dekat rumah." Enrique mendekati Asniya sebelum dia bercangkung di hadapan gadis yang telah dikunci kaki dan tangannya itu.

     "Kau dengan orang-orang dalam rumah tu boleh pergi matilah!" jerit Asniya bengang.

     "Aku tak pukul perempuan, tapi aku ada ramai perempuan untuk pukul kau. Lepaskan dia, Ferliy. Aku nak bagi hadiah sikit." Kedua-dua belah pergelangan tangan Asniya digari.

     "Apa yang kau buat ni Enrique?! Lepaslah!" Jeritan Asniya itu menggemakan kawasan hutan sekeliling rumah Hezrick.

     "Bisinglah anjing kurap," kata Herith.

     "Kaulah anjing kurap! Kau dengan dia sama-sama bangsat! Dan kau pulak betina sundal, kau bagi badan kau untuk bernikah dengan orang kaya ni kan?! Kau pelacur!"

     "Eh saya pulak yang kena?" soal Ferliy sambil menunding ke arah wajahnya.

     "Biasalah tu, dia ada masalah ni..." Herith memusing-musingkan jari telunjuk pada sisi kepalanya.

     "Kenapa ni Herith?" soal Mikayla dari belakangnya.

     "Ni ha ada babi hutan, Enrique tengah call orang untuk angkut babi ni bawak pergi jauh daripada kawasan rumah." Herith menjawab dengan serius.

     Sebuah kereta polis dipakir di hadapan rumah Hezrick. Seorang polis perempuan melangkah keluar dari perut kereta dan terus meluru ke arah Asniya yang sedang melutut di atas jalan.

     "Pandai guna undang-undang rupanya." Mikayla mengangguk kecil.

     "Lepaskan aku bodoh! Kau orang tak ada bukti yang aku bersalah! Lepaslah!" jerit Asniya sehingga pintu kereta ditutup.

     "Aku malas nak besar-besarkan hal kecik ni. Lagipun Asniya memang ada rekod mengedar dadah." Enrique terus masuk ke dalam rumah sebaik sahaja kereta polis itu pergi.

     "Kau orang perasan sesuatu tak?" soal Herith kepada Mikayla dan Ferliy.

     "Enrique nampak makin kacak?" soal Ferliy.

     "Dia dah matang?" teka Mikayla pula.

     "Bukanlah... Dia dah tak membunuh... Kalau ikutkan tadi, boleh je dia bunuh perempuan tu macam biasa..." bisik Herith.

     Mikayla dan Ferliy mengangguk faham. Betul juga apa yang Herith cakapkan tadi. Mereka juga sudah lama tidak mendengar Enrique membunuh dalam beberapa bulan ini. Adakah Enrique sedang berubah?



Saya berterima kasih sebab masih setia dengan The Mafia. Tak tahu kenapa, saya rasa macam jauh sangat dari pembaca saya. Apa-apa pun, jaga diri semua!


Continue Reading

You'll Also Like

847K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
1.3M 41.5K 38
[#Wattys2016] "Pulp!" Seseorang menutup mulut Raisha sehingga dia pengsan "Kau nak apa ha?" Soal Raisha yang masih diikat pada kerusi "Aku nak kau ka...
320K 19.1K 53
โ™”๏ธŽ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐๐จ๐ž๐ฌ๐ง'๐ญ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐ž๐ง๐ ๐ฐ๐ž๐ฅ๐ฅ, ๐›๐ž๐š๐ฌ๐ญ๐ข๐žโ™”๏ธŽ " I love You Rayden Anaqi..." " I love you too Nellisa Adelle..." Liar! Lia...
1M 70.1K 35
๐‘จ๐’…๐’‚๐’Ž ๐‘ซ๐’“๐’š๐’‚๐’ ~ ๐‘จ๐’š๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚ " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...