๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 24

714 77 17
By MrHazReyz

     Wajah tenang Freddy yang sedang lena direnung. Dia tidak akan pernah jemu menatap wajah kacak ini setiap masa mahupun setiap saat. Lelaki ini terlalu baik, lebih baik daripada sangkaannya. Perjuangan ini tidak mungkin dia tamatkan begitu sahaja.

     "Ehem."

     Miya menggelabah menjauhi Freddy sebaik sahaja terdengar deheman kasar itu. Dia menoleh ke arah Herith yang elok berdiri di muka pintu bilik Freddy. Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

     "Saya cuma tengok dia..."

    "Ada aku tanya ke? Tak ada kan? Bermakna aku tak nak tahu, ha tak nak tahu langsung. Suka hati kaulah nak buat apa. Bukan senang nak dekat dengan Fred." Herith menjeling gadis itu. Menyampah! Semua nak ambil kesempatan.

     "Pergi bersembang dekat luar. Aku nak rehat." Freddy mengubah posisi tidurnya. Bantal ditarik sebelum dipeluk erat.

     "Rehat? Apa kau merepek ni? Robot mana ada rehat. Bangunlah makan. Aku ada beli burger kegemaran kau. Yang lain semua tengah tunggu kau." Herith menghampiri katil Freddy.

     Freddy tidak menayangkan sebarang reaksi. Matanya hanya dipejam seperti sedang tidur. Entah sejak bila dia mempunyai makanan kegemaran.

     "Bangunlah! Kau ni kan! Bangun pagi pergi kerja, balik rumah terus tidur. Lepas tu setiap hari ulang benda sama. Mana masa kau untuk keluarga huh?! Bangunlah Fred!" Selimut dan bantal Freddy ditarik lalu dilempar ke tepi katil.

     "Yang kau memekak dalam bilik aku ni apahal? Aku tak kacau kau tolong jangan kacau hidup aku. Keluar." Freddy masih mampu mengawal kemarahannya.

     "Sampai sekarang aku tak boleh terima lepas seorang demi seorang tinggalkan aku disebabkan orang asing yang baru kenal. Dahlah! Kau tunggulah nanti aku bawak balik anak aku dekat rumah ni!" Herith melintasi Miya yang sejak tadi berdiri sambil melihat pertengkaran itu.

     "Kau pun sama! Aku akan pastikan anak aku lagi comel daripada kau orang semua. Tak guna punya manusia!" Sempat Herith menjerit di muka pintu sebelum dia melangkah pergi.

     Freddy bersandar pada kepala katil dengan mata yang terpejam. Mungkin salahnya membuatkan Herith terasa hati disebabkan hal kecil ini.

     Bukan niatnya untuk bergaduh atau bermasam muka dengan sesiapa namun dia cukup tertekan dengan kerja yang perlu dia hadap. Miya yang masih berdiri di tepi katil dipandang. Tidakkah gadis itu rasa bersalah atas segala yang berlaku?

     "Tolong berhenti. Aku dah tak boleh hadap lagi..." kata Freddy.

     "Apa yang awak merepek ni Fred?" Jantung Miya berdegup kencang.

     "Kau sabotaj kerja aku."

     Freddy merenung Miya. Riak Miya berubah cuak mendengar soalannya. Jika bukan Miya, siapa lagi? Hanya gadis itu yang tiada kerja lain selain memerhatikannya selama ini.

     Beberapa bulan ini, tugasnya yang telah disiapkan kerap hilang. Seperti telah dihapuskan dari mana-mana file atau pendrive. Semua tempat dia cari namun jejak kerjanya juga tidak ditinggalkan. Siapa lagi yang hebat dalam bahagian IT dan tidak mencurigakan?

     Dia selalu membawa Miya ke pejabat sehingga lewat malam, gadis itu menemaninya menyiapkan tugas. Sejak beberapa hari ini, dia tinggalkan Miya di rumah setelah tersedar yang dia telah menyiapkan kerja yang sama berulang kali. Dia tidak pernah cuai jika berkaitan tugasan di pejabat.

     Semua ini membuatkan tubuhnya lesu sehingga dia tiada masa untuk keluarga di rumah seperti selalu. Mungkin ini kesempatan terbaik Miya untuk terus mendekatinya. Apa sebenarnya yang perempuan ini fikir?

     "Kenapa diam?" Soalannya membuat Miya tersentak.

     "Jawab Miya."

     "Ya! Saya yang padam semua kerja awak! Sebab saya boleh teman awak buat kerja. Bila awak lenguh, saya boleh urutkan bahu awak. Saya boleh tengok awak tertidur dekat meja kerja... Saya suka bila awak bagi perhatian pada saya macam tu..." Miya meramas jari-jarinya sambil tersenyum malu. Dia yakin Freddy akan memahami kehendaknya.

     "Perhatian? Aku dah stress teruk macam ni kau masih nak perhatian aku? Kau nak aku mati ke apa??" Freddy turun dari katil.

     Miya menelan air liur. Adakah semua itu keterlaluan bagi Freddy?

     "Saya cuma nak sentiasa bersama awak..." Suara Miya jelas ketakutan. Miya berundur sehingga belakang tubuhnya melekat pada dinding.

     Sekelip mata tubuhnya ditolak kasar ke atas katil. Sepasang mata merah Freddy menikam wajahnya. Nampaknya dia sudah tersilap langkah. Tidak sangka Freddy akan mengamuk begini.

     Rahangnya dicengkam kuat oleh tangan kasar Freddy. Dada Freddy yang menindihnya ditumbuk-tumbuk. Sakit, itulah perasaannya ketika ini.

     "Sakit Fred..." Agak susah untuk dia membuka mulut. Air matanya deras mengalir di sisi wajah.

     "Krisis apa pulak ni? Gempaklah. Bunuh dia Fred. Jangan biarkan perempuan bodoh macam tu hidup. Cekik dia kuat lagi Fred!" Enrique yang sedang berdiri di muka pintu menyokong Freddy sambil mengunyah waffel coklat.

     "Apa yang kau buat ni?!" Zieymo menarik kuat tubuh Freddy sehingga terandas ke belakang. Miya terbatuk-batuk mencari nafas.

     Freddy membulatkan mata, kedua-dua belah tangannya yang hampir membunuh Miya dilihat. Tidak percaya yang dia akan melakukan hal seperti ini terhadap Miya. Tekanan ini membuatkan dirinya rasa tidak terkawal.

     "Asal kau halang? Kacau ah dia ni. Baru nak happy happy tadi. Memang patut pun Fred bunuh dia. Nampak polos tapi bukannya baik sangat pun. Perangai macam celaka. Sama je macam yang seorang lagi." Enrique menayangkan riak menyampah.

     Miya mengesat air matanya sambil melangkah keluar namun ditahan Enrique di muka pintu.

     "Merah dah pipi, kesian dia... Kalau tak ubatkan ni jantung boleh terhenti sekelip mata. Kau tak takut mati ke?" Enrique tersenyum sinis sambil membelek kesan cengkaman Freddy pada kedua-dua belah pipi Miya.

     Tangan itu ditepis lalu meneruskan langkah tanpa mempedulikan soalan Enrique. Dia sedar Enrique tidak menyukainya namun itu bukan masalah besar. Lebih banyak perkara yang perlu dia fikir untuk terus bersama Freddy.

*****

     "Kau okey?" Hezrick mengambil tempat di kerusi hadapan Freddy.

     Freddy mengangguk. Air di dalam gelasnya diteguk habis.

     "Aku ada hal nak bincang dengan kau." Freddy membalas renungan Hezrick.

     "Pasal Miya?"

     "Sebelum keadaan jadi makin teruk, aku nak hantar dia balik rumah ayah dia. Aku rasa dia mula ambil kesempatan pada aku dan aku langsung tak boleh tahan."

     "Bukan ke dia dengan ayah dia tak beberapa baik?" Hezrick mengerutkan dahi.

     "Kalau dia terus lari macam ni, kau fikir dia orang ada masa untuk berbaik ke? Lagipun Miya tak ada bukti atas tuduhan dia, entah-entah menipu je tu."

     Hezrick termenung seketika. Sangkaannya meleset, Freddy langsung tiada perasaan terhadap Miya. Baru-baru ini dia terfikir ingin memberi cadangan kepada Freddy supaya lelaki itu cepat bernikah. Apabila keadaan menjadi begini, Miya seakan tidak layak hidup bersama mereka.

     "Kau dah fikir masak-masak ke? Macam mana kalau tuduhan dia betul? Kau nak jumpa mayat Miya dalam rumah orang tua tu lepas kita hantar dia?"

     Mereka telah mendengar penjelasan Miya yang sering dipukul oleh ayahnya sehingga dia melarikan diri dan tinggal di sebuah rumah kosong kerana tidak ingin menjadi seorang pelacur.

     Miya yang meminati Freddy sejak dulu mula membuat keputusan untuk mendapatkan perlindungan daripada keluarga mafia ini.

     "Kenapa kau tanya macam tu?"

     "Herith ada siasat latar belakang Azmir, dia memang bukan orang yang baik. Aku pun tak rasa dia orang yang sesuai untuk jaga Miya." Hezrick menggeleng kecil.

     "Kenapa dia datang sini cari Miya kalau dia tak sayangkan anak dia?" Freddy teringat akan pertemuan pertamanya bersama Azmir di hadapan rumah agam ini beberapa minggu lepas.

     "Mungkin dia tak nak Miya laporkan pada polis atas apa yang dia dah buat. Dia tahu anak dia bijak dalam teknologi sebab Miya pernah belajar dengan guru persendirian, mungkin guru tu seorang hacker." Hezrick menerangkan semua yang dia dengar daripada Herith semalam.

     "Jadi, dia nak gunakan Miya untuk tutup atau hapuskan semua bukti jenayah yang dia dah buat selama ni?"

     "Kau stress macam ni pun boleh fikir lagi, kan?" Hezrick tergelak kecil.

     "Aku tetap tak nak duduk serumah dengan dia. Semua ni menyusahkan aku. Suruh Herith carikan apartment untuk dia. Dia kena pindah sebelum aku jadi gila."

     "Kau ni, cubalah pujuk dia baik-baik. Beritahu dia apa yang boleh buatkan kau marah. Mesti dia dengar cakap kau." Hezrick tersenyum kecil memandang riak tenang Freddy.

     "Aku dah pun beritahu." Freddy teringat akan pesanannya pada Miya seminggu yang lepas.

     Miya sedang menulis sesuatu di atas kertas kosong. Dia mengangkat muka memandang Freddy yang duduk bertentangan dengannya. 

     Walaupun Freddy sedang menyiapkan tugas di pejabat ini, lelaki itu tetap melayan setiap kata-katanya. Ini membuatkan dia rasa lebih dihargai. Semakin dia yakin tentang perasaan Freddy terhadapnya.

     "Tengok ni."

     Freddy menoleh ke arah kertas yang ditunjuk Miya. Ayat yang tertulis dengan marker itu dibaca perlahan.

     'Masa depan saya pasti bersama awak!'

     "Serius?" Freddy mengerutkan dahi memandang Miya.

     "Yup. Saya nak bagi harapan penuh pada perasaan saya ni. Mungkin awak tak dapat larikan diri lagi sebab kita dah melekat. Macam ni..." Miya mengangkat tinggi kedua-dua belah tapak tangannya yang bersatu.

     "Kalau aku cakap aku dah ada someone special dalam hati aku ni, macam mana?"

     "Penipu. Bertahun-tahun tau saya ikut perkembangan awak. Awak tak pernah bercinta, sama macam saya." Miya tersenyum bangga.

     "Ye ke? Kau macam dah ada pengalaman dengan cinta." Freddy tersenyum kecil memandang Miya.

     "Ish jangan main-mainlah."

     "Nak hidup dengan aku, ada syaratnya."

     "Yang tulah saya nak tahu. Senang saya nak jauhkan apa yang awak tak suka," ujar Miya penuh yakin.

     "Jangan masuk campur dalam urusan kerja aku, tu je. Aku dah biasa hidup dengan kerja dan Ricky perlukan aku dalam syarikat dia."

     "Senang sangat tu. Saya janji takkan masuk campur..." Miya mengangkat tapak tangannya bersama senyuman lebar.

     Freddy menghela nafas panjang. Miya telah memungkiri janji dan benar-benar menganggu urusan kerjanya sedangkan gadis itu mempunyai pilihan lain, contohnya meminta sesuatu dengan cara yang lebih baik daripada ini.

     "Kau janganlah marah dia, dia budak mentah lagi tu. Mungkin dia fikir kau okey je dia buat macam tu."

     "Mentah tak mentahlah, campur dalam urusan kerja aku bukan benda yang kelakar..." Freddy menggeleng kecil.

     Hezrick hanya tersenyum melihat Freddy. Dia perasan Freddy dan Miya agak rapat sejak akhir-akhir ini. Tidak sangka mereka berdua itu akan bergaduh hanya disebabkan ini. Cadangannya patut disimpan saja.

*****

     Hubungannya bersama Freddy semakin teruk. Mereka renggang dan semakin renggang. Sudah masuk lima hari mereka tidak bersua muka. Lelaki itu lebih rela tidur di hotel.

     Tiada peluang untuk dia memohon kemaafan daripada Freddy. Dia akan mencari ruang atau peluang itu. Hubungan mereka harus diperbaiki.

     Setiap gerak hatinya sebelum ini berjaya walaupun bukan untuk jangka masa yang lama. Kali ini, dia nekad untuk melakukan apa sahaja untuk menjadikan Freddy miliknya.

     "Kayla..."

     "Awak menangis lagi? Habis bengkak mata tu. Awak okey tak sekarang?" Mikayla tidak jadi untuk menuruni anak tangga. Dia mendekati Miya yang berdiri di hadapan pintu bilik gadis itu.

     "Saya ada perkara nak cakap dengan awak..." Air mata Miya kembali mengalir di pipi. Wajah sembab gadis itu jelas kelihatan yang dia telah menangis sepanjang malam.

     "Cakaplah, kenapa?" Mikayla memegang kedua-dua belah tangan Miya yang terketar. Ya, emosi gadis ini lebih mudah terganggu kerana dia masih remaja. Lebih teruk apabila Miya perlu menghadapi pelbagai masalah keluarga sebelum ini. 

Continue Reading

You'll Also Like

2.9K 159 11
Aleshya Rose, sebut sahaja namanya, pasti warga di kelab tahu dan kenal orangnya. Memiliki wajah yang cantik bak bidadari, badan yang menjadi igauan...
60K 2.5K 38
Tuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke...
312K 17.5K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
1.4M 40.2K 84
LOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepa...