๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

By MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... More

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 21

800 69 17
By MrHazReyz

     Sebuah beg bagasi bewarna coklat gelap miliknya diletakkan ke sisi meja. Wajah yang dipantulkan cermin di hadapannya itu direnung lama. Senyuman manis terukir di bibir setelah teringatkan wajah lelaki kesayangannya.

     "Tak kira apa pun yang terjadi, awak tetap akan jadi milik saya Fred." Senyuman yang manis itu bertukar menjadi senyuman seorang pesakit mental.

     Dia menginginkan lelaki itu lebih daripada segala-galanya. Jika dia tahu Freddy akan baik-baik saja seperti sekarang, pasti sudah lama dia bertindak. Tidak sangka begitu mudah Freddy menerimanya walaupun hanya sebagai kawan biasa. 

     "Nanti kita nikah ya Fred?" Miya mengusap pipi kanannya. Mata dipejam rapat teringatkan sentuhan tangan Freddy pada pipinya semalam.

     "Miya?" Sapa Shira yang berada di muka pintu. Miya memalingkan wajahnya ke belakang bersama senyuman manis.

     "Ada orang nak jumpa awak kat bawah..."

     "Siapa?" Dahi Miya berkerut. Shira menggeleng kecil tanda tidak tahu.

     Miya berdiri di anak tangga yang terakhir. Lehernya dipanjangkan bagi melihat tetamu yang ingin bertemu dengannya namun tiada kelibat sesiapa pun di ruang tamu besar itu.

     "Miya..." Seorang lelaki menyentuh belakang bahu Miya membuatkan gadis itu tersentak lalu terus memalingkan tubuhnya ke belakang.

     Dia berundur beberapa langkah setelah melihat wajah lelaki tua itu tersenyum memandangnya.

     "A... Ayah buat apa kat sini?" soal Miya tergagap-gagap.

     "Ayah datang sini nak jumpa kamu. Ketat sangat kawalan rumah ni sampai ayah kena tinggalkan semua barang-barang ayah pada guard," kata lelaki tua itu bernada biasa.

     "Miya selamat tinggal kat sini. Ayah boleh balik sekarang, Miya tak nak Fred tahu ayah datang." Miya menggeleng kecil sambil melangkah ke arah pintu utama.

     "Tapi ayah nak ajak anak ayah ni minum petang. Fred pasti okey..."

     Minum petang? Dia tidak mungkin percayakan ayahnya.

     "Miya tak nak keluar daripada rumah ni tanpa Fred sebab Miya rasa tak selamat. Miya hidup dalam ketakutan macam ni pun disebabkan ayah. Ayah kena pergi sekarang." Miya membalas renungan redup ayahnya.

     "Dengan ayah pun Miya rasa tak selamat?" Lelaki tua itu menjongketkan sebelah keningnya.

     Miya diam tanpa ada rasa untuk membalas. Pandangannya dilemparkan ke luar. Apa yang ayahnya mahu sehingga perlu mencarinya di sini? Bukankah lelaki tua ini terlalu sibuk menguruskan kerjayanya yang haram itu?

     "Miya, ayah tanya ni..."

     "Disebabkan ayah, Miya takut nak berhadapan dengan Fred. Sekarang Miya dah dapat dia, ayah tak perlu sibuk hal Miya. Apa yang Miya buat tak ada kaitan langsung dengan ayah." Nada suara Miya mula berubah. Renungan ayahnya langsung tidak dibalas.

     "Miya marahkan ayah sebab tak cari Miya?"

     "Tak langsung! Semua benda yang ayah buat cuma akan merosakkan masa depan Miya! Miya bahagia tinggal dengan Fred, dia bagi perhatian yang cukup untuk Miya. Ayah baliklah, Miya tak nak Fred kenal ayah..." Suara Miya mula mengendur.

    Dia menunduk memandang lantai. Air mata yang mengalir di sisi wajahnya diseka oleh satu tangan kasar. Miya mengangkat wajah. Darahnya berderau melihat Freddy yang berdiri di sisinya.

     "Kenapa menangis?" soal Freddy tanpa nada. Wajah lelaki tua yang berdiri berhampiran dengannya dikerling. Dia seperti pernah melihat wajah lelaki tua itu. Tetapi di mana?

     "Awalnya awak balik, nak makan? Jom saya temankan awak..." Miya menarik lengan Freddy namun lelaki itu langsung tidak bergerak.

     "Siapa lelaki ni? Kenapa menangis?" Semakin bertambah soalan Freddy terhadapnya. Dia tidak dapat mengecam identity lelaki tua itu oleh kerana tidak memakai lens.

     "Pak cik mintak diri dulu," pamit lelaki tua itu sebelum dia melangkah pergi. Dia tidak mahu Freddy mengecam wajahnya. Semua itu hanya akan menimbulkan masalah baru buatnya.

     "Miya, siapa lelaki tadi?" soal Freddy bernada lembut. Kedua-dua belah bahu Miya dipegang. Anak mata gadis itu direnung.

     "Ayah saya." Laju saja Miya menjawab tetapi dalam nada yang sungguh perlahan.

     "Habis tu kenapa biarkan dia pergi?"

     "Saya tak suka dia datang sini Fred..."

     "Kau tak patut layan ayah kau macam orang luar," kata Freddy dingin sebelum dia melangkah pergi mengejar lelaki tadi.

     Sampai saja di pintu pagar. Pandangan Freddy diliarkan ke sekeliling namun susuk tubuh lelaki tadi sudah tidak lagi kelihatan.

     "Uncle tadi dah balik bos. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" soal pengawal keselamatan mereka yang sedang bekerja.

     Freddy menggeleng kecil. Buat masa ini, dia tidak berminat untuk mengambil tahu.

     Langkah terhenti setelah merasakan getaran pada kocek seluarnya. Lama dia merenung nama yang tertera pada skrin sehingga nama itu hilang. Beberapa saat kemudian, telefonnya kembali berdering. Punat hijau ditekan.

     "Bro! Kenapa kau balik bro?! Kata nak pergi isi perut dulu..." Suara Herith kedengaran terjerit-jerit di dalam talian.

     "Kau orang pergilah, aku dah sampai rumah ni," jawab Freddy malas.

     "Miya tu tak lari ke mananyalah. Jom lepak-lepak dulu! Kau start kereta, datang tempat biasa. Aku tunggu! Adios!" (Bye!) jerit Herith lagi membuatkan Freddy menjauhkan jarak telefonnya dari telinga. Cakap dalam telefon pun menjerit-jerit. Bodoh betul.

     Freddy mengubah haluan menuju ke arah kereta sport miliknya. Dari jauh, Miya melihat kereta Freddy bergerak laju keluar daripada kawasan rumah. Hatinya terasa seperti disiat-siat.

     "Tengok apa yang ayah dah buat?" soal Miya mendatar. Sepasang matanya mula berkaca-kaca. Jika sikap Freddy berubah, dia pasti akan menyalahkan orang tua tak guna itu.

     Enrique menunjuk satu klip rakaman video pada Herith. Video yang memaparkan rakaman seorang lelaki sedang makan di sebuah kafe membuatkan dahi Herith berkerut teruk.

     "Kalau kau tak faham bermakna otak kau memang tak berguna, elok tanggalkan lepas tu bagi anjing makan." Kata Enrique bernada biasa sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "What the heck?" Herith memandang wajah kacak Enrique.

     "Kau ni bodohlah! Cuba jadi bijak sikit!" Enrique menunjal kuat dahi Herith.

     "Huh?" Herith masih menayangkan wajah bodohnya.

     "Lebih baik kau jadi bijak sebelum aku cekik kau sampai mampus." Enrique mula bangun daripada kerusinya.

     "Nak buat macam mana lagi? Aku cakap tak faham tu, tak fahamlah!"

     Enrique tidak membalas malah dia terus meluru ke arah Herith sebelum leher lelaki itu dicekik kuat. Herith menjerit nyaring, lengan Enrique ditolak dan dicubit geram. Kekecohan yang dilakukan mereka berdua mengundang perhatian pelanggan lain.

     "Aku tak bo... arkkk!"

     "Aku tak apa? Jawab!" Leher Herith semakin dicekiknya. Wajah Herith sudah mula berubah pucat.

     "Err sir... Please stay away from our customer..." tegur seorang gadis yang berpakaian seragam kafe bewarna merah dan putih.

     Enrique melepaskan leher Herith. Bebola matanya diputarkan ke arah wajah polos gadis yang telah menegurnya itu. Bibirnya menarik senyuman senget yang kelihatan kacak dan macho. Rambutnya digosok bagi menampakkan gaya messy.

     "Kalau aku tetap ganggu dia, apa yang kau akan buat?" soal Enrique bernada tenang.

     "Saya terpaksa halau encik keluar," jawab gadis itu dengan penuh keberanian. Enrique tersenyum sinis.

     "Pergi panggil bos kau," arah Enrique sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Herith hanya menjadi pemerhati, tangannya masih mengurut leher yang terasa perit.

     Gadis yang bernama Sara itu terus melangkah ke bilik pejabat yang menempatkan majikannya sebelum pintu itu diketuk beberapa kali. Beberapa minit kemudian Sara kembali bersama seorang lelaki berpakaian formal.

     "What's up bro?" Enrique mengangkat tangan kanannya bersama senyuman lebar melihat wajah majikan kafe itu.

     "Tak payah nak buat-buat baik kat sini. Apahal kau buat hal dalam kafe aku? Dah teringin sangat nak mati ke?" soal lelaki yang bernama Alif itu.

     "Pekerja kau ni banyak bunyilah. Aku rasa semak. Dia tak bagi aku cekik Herith sampai mampus, tak guna betul," adu Enrique. Hujung jari telunjuknya mengetuk meja beberapa kali.

     "Siapa? Dia ni ke?" Alif menunding jari ke arah Sara yang berdiri di sebelahnya. Enrique mengangguk kecil.

     "You nak kena buang kerja ke?" Alif memandang sisi wajah Sara.

     "What?" Sara mengerutkan dahinya. Apa yang lelaki ini cakapkan? Salahkah dia menegur?

     "I buang you karang baru reti bahasa. Pergi sambung kerja," kata Alif bernada lembut sebelum tangannya mengusap kepala yang berlapikkan tudung itu.

     "Whatever..." Sara terus melangkah pergi.

     "Bercinta dengan pekerja sendiri? Eeeuu..." Enrique menayangkan wajah jijik.

     "Perempuan lawa tadi awek dia ke?" soal Herith ingin tahu. Enrique mengangguk kecil.

     "Tak padan langsung. Perempuan tadi comel tapi muka Alif hodoh nak mampus, macam katak kembung sial," kata Herith bersahaja.

     "Cinta tak kenang rupa... pfft!" Enrique mengepit bibirnya menahan tawa.

     "Jangan nak hina-hina aku. Aku ni tiga kali ganda handsome daripada kau dengan kau." Alif menunjuk wajah Enrique seterusnya beralih pula pada wajah Herith.

     "Tapi kau watak tambahan je. Kalau kau mati pun tak ada orang kisah. Aku dengan Herith ni watak utama, ramai gila yang akan sedih kalau kita orang mati." Enrique tersenyum sinis.

     "Bla bla bla..." Alif menayangkan wajah menyampah. Dalam fikirannya berdo'a semoga author membunuh Enrique dengan kejam. Tapi ada ke yang setuju?

     "Aku dengar cerita ada perempuan melekat dengan Fred sekarang." Alif melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi kosong.

     "Perempuan tu dahlah gila. Apa entah yang Fred suka sangat. Aku tengok dia biasa-biasa je," kata Herith bersahaja.

     "Aku rasa Fred pun sama je macam lelaki-lelaki kaya kat luar sana. Bila dah dapat perempuan tu, dia akan tinggal dan cari perempuan lain." Enrique mula menggunakan otaknya yang terlebih bijak.

     "Kau pun sama?" Alif memandang Enrique.

     "Tak. Aku mafia yang setia. Lelaki bodoh dan pengecut je permainkan perasaan perempuan, sumpah cakap." Bibir Enrique menarik senyuman sinis.

     "Wah bagusnya dia ni! Ciri-ciri lelaki idaman para gadis di luar sana!" jerit Herith kuat tanpa ada rasa malu dengan pelanggan sekeliling.

     "Over," sampuk seorang lelaki yang baru mengambil tempat di kumpulan mereka.

     "Eh Zack! Lamanya tak jumpa! Aku rindu kau sangat-sangat!" Herith terus bangun daripada kerusinya sebelum dia melangkah ke arah Zack lalu dipeluknya tubuh lelaki itu dari tepi. Pipi kanannya digesel-geselkan pada sisi kepala Zack.

     "Janganlah." Zack menolak kuat kepala Herith menjauhinya.

     "Mana kau pergi selama ni?" soal Alif pada Zack.

     "Kerja. Aku nak kahwinlah. Mana Ricky ek? Lambat lagi ke dia balik? Aku nak bincang tarikh yang sesuai ni." Zack menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "Ricky dah mampus, kau tak tahu ke?" soal Enrique bersama mimik wajah biasa.

     Mulut Zack sedikit ternganga mendengar jawapan ringkas itu. Benarkah? Patutlah beberapa minggu ini, dia telah menelefon dan menghantar pesanan kepada Hezrick namun langsung tiada sebarang jawapan. Lelaki itu sudah seperti tidak wujud di atas dunia ini.

     "Kau jangan percaya cakap kaki kencing ni. Abang aku tengah busy honeymoon kat pantai. Bulan depan kut dia balik sini, tak pun dia terus je tinggal kat sana. Dia dah tak perlukan kita semua lagi," jawab Herith bersahaja.

     "Dia masih perlukan aku." Enrique menghalakan skrin telefon bimbitnya ke arah mereka bersama senyuman sinis. Nama Ricky yang tertera membuatkan Herith menguntum senyuman lebar.

     "Bro..." Enrique memulakan perbualan mereka.

     "Fred ada kat situ tak?" soal Hezrick yang berada ditalian. Herith, Alif dan Zack melepaskan tawa kecil melihat wajah cemberut Enrique.

     "Tak ada, kenapa?" soal Enrique malas.

     Talian mereka terus diputuskan Hezrick membuatkan mata Enrique membulat besar. Telefon bimbitnya digenggam kuat. Bibirnya dikepit bagi mengawal carutan yang bakal meletup keluar.

     "Tolong jangan lepaskan, kawal mulut jahanam kau tu..." Herith meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

     "Aku okey. Eh jomlah gerak sekarang." Enrique menguntum senyuman nipis sebelum dia bangun kemudian melangkah pergi meninggalkan mereka.

     Zack menggeleng kecil melihat belakang tubuh tegap Enrique yang kian menjauh. Dia dapat merasakan aura lain wujud di dalam diri Enrique. Tetapi mengapa ya?

     "Macam mana dengan Fred?" Dahi Herith berkerut melihat Zack yang turut berdiri.

     "Pandai-pandailah dia nak hidup," jawab Zack bersahaja sebelum dia berlalu pergi.

     Dua buah kereta sport memasuki sebuah kawasan markas yang luas. Zack menggeleng kecil melihat beberapa orang lelaki yang tidak berbaju sedang mandi di dalam kolam.

     "Ejad mana?" laung Enrique. Suaranya kedengaran tenggelam timbul akibat bunyi kekecohan yang dilakukan anak-anak buah mereka yang lain. Soalannya diendahkan mereka.

     "Anak-anak buah kau ni memang babilah. Elok mati je masuk neraka, kan senang," bebel Enrique sambil melangkah ke arah pintu utama.

     Herith dan Zack berpandangan sesama sendiri. Sejak bila lelaki gila itu pandai membebel?

     Freddy menolak sebuah pintu bilik yang menempatkan segala komputer dan alat-alat elektrik yang lain. Pandangannya terus melekat pada Enrique, Herith, Zack dan Ejad yang duduk di ruang bersantai.

     "Kau kenal tak muka-muka ni?" Ejad menolak beberapa keping gambar ke arah Freddy.

     Tanpa membalas, Freddy terus mengambil gambar-gambar itu lalu ditelitinya satu persatu. Dia menggeleng kecil sambil meletakkan kembali gambar itu ke atas meja.

     "Kau ada musuh ke Fred?" Zack memandang ke arah Freddy yang sedang melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di sebelah Herith.

     "Kau perasan ada orang ikut kau selama ni?" soal Herith pula.

     "Aku perasan cuma malas peduli. Bukan penting pun. Lebih baik aku siapkan kerja aku yang berlambak tu," jawab Freddy tenang.

     "Anjing-anjing dalam gambar tu ikut kau sampai sini. Tak penting lagi ke macam tu?" Giliran Enrique menolak komputer riba yang berada di atas meja itu ke arah Freddy.

     Rakaman semasa kamera litar tertutup memaparkan sebuah kereta jenis jeep elok terpakir beberapa ratus meter daripada kawasan markas ini. Wajah lelaki yang sama dengan dalam gambar tadi jelas kelihatan melalui tingkap yang separuh terbuka.

     Tanpa banyak bunyi, Freddy pantas melangkah keluar daripada bilik itu. Pandangannya melekat pada kereta jeep tadi, langkah dilajukan. Dia perlu tahu siapakah si gerangan yang sering mengekorinya dan apa yang mereka mahukan.

     Kereta jeep itu mula bergerak dengan pantas membuatkan Freddy terus mengeluarkan sepucuk pistol yang terselit di belakang seluarnya lalu dia melepaskan beberapa das tembakan tepat mengenai belakang kereta itu.

     Bang! Bang! Bang!

     "Apa yang kau orang nak daripada aku?!" jerit Freddy bengang. Nafas kasar dihela keluar. 


Hai, selamat membaca!

Continue Reading

You'll Also Like

643K 36.3K 108
Seorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjian dan jasa Dato itu kepada ibu bapanya d...
530K 20.1K 28
Sebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Ti...
6.2M 188K 76
"Awak, saya nak balik.." rengek Sophia. Adam tersenyum sinis. "No. Kau akan tinggal sini. Selama-lamanya," sejurus itu pintu bilik di hempas kuat la...
131K 4.5K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...