𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡

By romeoow

2.9M 168K 37K

𝟏.𝟎 | 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐋𝐮𝐭𝐡 [IN EDITING] [OLD VERSION] [COMPLETED] ❝Jadi perempuan simpanan... More

𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 ©
C H A P T E R 1 (NV)
C H A P T E R 2 (OV)
C H A P T E R 3 (OV)
C H A P T E R 4 (OV)
C H A P T E R 5 (OV)
C H A P T E R 6 (OV)
C H A P T E R 7 (OV)
C H A P T E R 8 (OV)
C H A P T E R 9
C H A P T E R 1 0
C H A P T E R 1 1
C H A P T E R 1 2
C H A P T E R 1 3
C H A P T E R 1 4
C H A P T E R 1 5
C H A P T E R 1 6
C H A P T E R 1 7
C H A P T E R 1 8
C H A P T E R 1 9
C H A P T E R 2 0
C H A P T E R 2 1
Q N A 🎭
F L A S H B A C K
C H A P T E R 2 2
C H A P T E R 2 3
C H A P T E R 2 4
C H A P T E R 2 5
C H A P T E R 2 6
C H A P T E R 2 7
C H A P T E R 2 8
C H A P T E R 2 9
C H A P T E R 3 0
C H A P T E R 3 1
C H A P T E R 3 2
C H A P T E R 3 3
C H A P T E R 3 4
C H A P T E R 3 5
C H A P T E R 3 6
C H A P T E R 3 7
C H A P T E R 3 8
C H A P T E R 3 9
C H A P T E R 4 0
C H A P T E R 4 1
C H A P T E R 4 2
C H A P T E R 4 4
C H A P T E R 4 5
C H A P T E R 4 6
C H A P T E R 4 7
C H A P T E R 4 8
C H A P T E R 4 9
C H A P T E R 5 0
C H A P T E R 5 1
E N D I N G
HANZEL | HASNAH
Ebook

C H A P T E R 4 3

44.4K 2.6K 57
By romeoow

TANGAN kecil isterinya digenggam erat. Bunga Qaisarah membalas pegangan Luth Arreyan. Mereka berbalas senyuman.

“Mengikut pemerhatian saya, lumpuh pada kaki Puan Qaisarah bukan lumpuh yang kekal. Boleh dirawat menggunakan rawatan fisioterapi untuk memulihkan Puan Qaisarah dari lumpuh sepenuhnya.” Nasihat doktor perempuan itu. Luth angguk perlahan.

Lega hati Bunga Qaisarah mendengarnya. Maknanya dia masih ada peluang memulihkan lumpuh pada bahagian kakinya dan tidak sepenuhnya akan kekal lumpuh. Syukur ke hadrat Ilahi.

“Sesi fisioterapi sangat bermanfaat buat Puan Qaisarah kerana ia akan melatih posisi yang lebih baik untuk isteri Encik serta mengurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit.” Jelas Doktor itu lagi.

Luth menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor wanita itu.

“Sesi fisioterapi dimulakan dengan perlahan-lahan. Mungkin Encik boleh upah mana-mana ahli fisioterapi untuk menolong proses rawatan Puan Qaisarah nanti.’’ Sambung doktor itu. Kedua-dua pasangan muda yang berada dihadapannya ini mungkin tidak seberapaa faham dengan rawatan fisioterapi jadi oleh kerana itulah dia menyarankan untuk mengupah mana-mana ahli fisioterapi untuk membantu mereka.

Ada sahaja yang merawat diri sendiri dengan dibantu oleh keluarganya. Tetapi lebih baik jika ada yang lebih berpengalaman dalam mengurus hal ini.

“Baik doktor. Terima kasih atas nasihat. Kami pergi dulu.” Pamit Luth selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor wanita itu. Beliau hanya membalas dengan senyuman lebar yang terukir jelas dibibir.

Luth mencempung tubuh kecil isterinya. Bunga melingkarkan tangan dileher Luth.

“Awak boleh je letak saya kat kerusi roda. Tak perlu nak susahkan diri awak nak angkat saya. Saya ni dahlah berat.” Beritahu Bunga. Malu pun ada sebab dari tadi lagi mereka menjadi perhatian orang sekeliling. Macam pelik pula bila suaminya terus menerus mengangkat dirinya.

Tangan tu tak sakit ke?

Aip, aku tak kesah sangatlah sayang. Kau bukannya berat mana pun. Setakat angkat kau, dua puluh empat jam pun aku rela nak angkat.” Balas Luth. Tubuh Bunga didalam cempungan dibetulkan sedikit kedudukannya.

Bunga ketawa kecil. Eleh, cakap je lebih. Padahal dalam hati dah merungut nak angkat dia yang berat ni.

“Kalau penat turunkan saya. Nanti tangan awak sakit pula.” Kesian pula tengok suaminya. Dia bukannya ringan sangat.

Shh, diam. Suka hati akulah nak angkat kau pun.” Geram betul dia dengan Bunga. Macamlah dia tak dapat nak tampung tubuh kecil isterinya itu.

Bunga hanya pasrah. Nanti dia membantah tak pasal-pasal kena kata melawan dengan suami. Dia cakap pun Luth takkan dengar punya.

Sampai sahaja ditempat letak kereta, Luth cuba membukakan pintu kereta untuk Bunga. Macam susah pula. Bunga tahan gelak. Hah, tadi nak sangat angkat dia. Kan dah susah.

“Meh, saya tolong.” Bunga angkat sikit tubuhnya lalu dia membuka pintu kereta itu. Luth senyum suka. Saling bantu membantu.

“Terima kasih, sayang.” Ujar Luth. Dia memasukkan Bunga didalam roda empat pacuan itu. Lalu dia pula yang masuk kedalam tempat duduk pemandu.

Luth memakaikan isterinya tali pinggang keledar. Untuk keselamatan. Tak nak kejadian dahulu berulang kembali kerana kecuaian dirinya. Dia tidak mahu lagi kehilangan Bunga. Cukuplah untuk jangka masa yang lama itu.

“Kita nak pergi mana lagi?” Tanya Bunga. Sebenarnya dia rasa lapar sekarang tapi malu pula nak bagitahu Luth.

“Kita pergi makan dulu, okey?” Tahu yang isterinya sebenarnya mahu melahap sesuatu. Bukan dia tidak dengar bunyi perut Bunga yang berkeroncong dari tadi. Kesian isteri dia, lapar.

Bunga jerit suka. Yes!

“Okay!” Terukir senyum lebar yang membuatkan Luth turut gembira. Apa-apa sahaja untuk isterinya. Semua dia akan turutkan.

Kali ini, dia takkan biarkan Bunga sedih lagi.

Dia akan terima segala kekurangan Bunga.

Dia akan menyanyangi Bunga sepenuh hati.

Dia akan mencintai Bunga.

Kerna Bunga adalah bidadari dunia dan akhirat miliknya.

InshaaAllah.

Kepala Bunga diusap. Satu ciuman dilabuhkan dibibir isterinya. Hanya sesaat tapi cukup membuatkan Bunga blushing!

“Janganlah...” Mukanya cemburut walaupun dalam perut sudah terasa seperti ada rama-rama yang berterbangan.

“Eleh padahal kau suka.” Usik Luth dengan sengaja. Makin cemberutlah wajah Bunga.

“Mana ada.” Nafi Bunga. Kena tunjuk mahal sikit.

“Yalah sayang. Nanti aku cium kau hari-hari sampai kau suka ya?”

“Eish, main-main pula!”

Luth gelak kecil. Ei, comelnya isteri dia. Macam nak gigit!

HAIRIN MEDINA DAN MAXI MARWELL kedua-duanya merendamkan kaki dikolam air. Medina kemam bibirnya. Banyak persoalan yang dia mahu soalkan kepada Maxi. Tapi dia takut nanti dia dikatakan sebagai penyibuk hal orang.

Lagipun hubungan dia dengan Maxi hanyalah sekadar abang dan adik angkat. Tak lebih dari itu.

Angin malam menerpa tubuh mereka. Rasa sejuk menyusup hingga ketulang.

“Medina ada apa-apa nak tanya ke?” Soal Maxi tiba-tiba. Dia memandang Medina yang menundukkan kepalanya.

“Hah?” Soalan Maxi menyentakkan Medina yang dari tadi mengelamun.

“Medina ada nak tanya apa-apa?” Maxi mengulang semula soalan yang dia tanyakan tadi.

Medina mengukir senyum paksa. Nak tanya ke tak? Tapi kalau tak tanya memang tak tenang fikiran dia memikirkan hal itu. Asyik berlegar-legar hingga dia tak tenteram. Macam nak cari jawapan sekarang juga. Tapi orang dah pelawa takkan nak tolak kan?

“Kalau Medina tanya abang Maxi marah ke? Takut Abang Maxi marah je.” Ujar Medina takut-takut. Kalau-kalau Maxi tidak selesa dengan soalan yang ditanyannya nanti.

Seram sangat kalau Maxi dah marah serupa singa yang nak melahap mangsanya. Ei, tak sanggup dia bayangkan kalau Maxi marah dia. Seram seram.

“Aik, belum tanya dah fikir aku marah. Memang Medina nak tanya apa?” Penasaran juga dia. Macamlah dia makan orang. Selama dia hidup ni dia pernah makan makanan yang halal untuk dimakan je. Belum pernah berniat nak makan manusia.

“Emm...” Medina masih berkira-kira mahu bertanya ataupun tidak. Rugi pula kalau tak tanya.

Maxi masih menunggu.

Medina menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus keluar dengan perlahan. Kita reda jelah.

“Bunga tu siapa?” Akhirnya keluar juga soalan yang dia ingin tanyakan selama ini. Bunga tu siapa sebenarnya. Bekas kekasih Maxi ke? Lepas tu yang dia hairan, bila Luth juga mempunyai hubungan dengan perempuan bernama Bunga tu.

Kelu lidah Maxi untuk menjawab. Senyap. Suasana menjadi canggung. Medina pula sudah rasa bersalah. Soalan dia tadi tu keterlaluan ke? Kan dia tanya Bunga tu siapa.

“Panjang ceritanya.” Itu sahaja yang dibalas oleh Maxi. Dia mengeluarkan kakinya dari kolam. Sejuk pula.

“Bekas kekasih abang ke?”

Maxi menggeleng. Menidakkan. Rasa bersalah semakin mencengkam didada. Betulkah kematian Bunga itu penyebabnya adalah diri dia sendiri?

“Aku tak tahu.”

Sukar untuk dia jelaskan.

Medina turut mengeluarkan kaki dari kolam air. Dia menghadapkan dirinya menghadap Maxi. Medina menyilangkan tangan didada. Memeluk dirinya.

Ketika ini dia hanya memakai singlet hitam yang melekap ditubuhnya dan juga seluar pendek paras bawah lutut.

“Ah, maaflah kalau soalan Medina tadi tu buat abang tersinggung.” Medina meminta maaf. Serba salah dengan pertanyaannya tadi.

No, its okay. Ada lagi nak tanya?” Maxi berdiri. Memandang Medina.

Medina geleng kepala. Biarpun dalam otaknya banyak lagi soalan yang belum keluar untuk ditanyakan. Yang dua soalan tadi tu pun, Maxi tak jawab. Acuh tak acuh sahaja.

Maxi angguk kepala. Dia membuka bajunya. Lalu terjun didalam kolam. Cuba menenangkan fikirannya yang tiba-tiba terasa kusut apabila diajukan soalan sebegitu.

Medina pula menongkat dagu dengan lututnya ditarik rapat kedada. Cincin yang tersarung dijari hantunya ditilik. Tak lama lagi dia akan melangsungkan perkahwinan pula. Pula tu dengan orang yang dia tak suka, cinta apa lagi memang tak ada pun rasa tu.

Tapi Luth mesti tahu Bunga siapa dan kaitannya dengan Maxi. Kalau dia tanya Luth belum tentu lelaki tu nak jawab soalan dia. Silap hari bulan kena marah adalah.

Lagi-lagi bila mereka sekarang memang tak sebulu. Medina melihat Maxi yang sedang berenang ditengah kolam air itu.

Kenapalah tak Maxi je kahwin dengan dia. Kalau tak dialah perempuan yang paling bahagia kat dunia ni.

Hm.

Hidup ni memang complicated kan?

Continue Reading

You'll Also Like

47.7K 2.3K 33
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak st...
101K 4.4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
292K 9.5K 51
𝐋𝐔𝐊𝐄 𝐌𝐈𝐂𝐇𝐀𝐄𝐋 & 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 🤍 Arabella Alana yang terpaksa menikah dengan Luke Michael menggantikan kakak kembarnya Anabel...
198K 6K 19
A mafia dark romance Ethan De Luca Cold, ruthless, irresistible Armel Green Desperate, defenseless, vulnerable Gara-gara sebab yang Armel sendiri tak...