H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N57

2.1K 318 63
By leimonadd

DENGAN fikiran yang kosong, Wareesa bawa sahaja kaki dia melangkah tanpa arah. Memang plan asal nak terus ke universiti tapi kalau ke universiti pun, kelasnya masih belum mula. Masih ada lagi dua jam. Sengaja dia keluar awal. Tak mahu berdepan dengan Cik Puan Tihani.

Perbualan pendek dengan Hayyan tadi berlegar dalam kepala macam kaset rosak. Lebih-lebih lagi pada kata maaf Hayyan.

Mengingat kembali ucapan Hayyan, tambah dengan wajah kecewa lelaki itu dalam kepala buat hati Wareesa jadi berat tiba-tiba. Entah kenapa rasa sejak akhir-akhir ini Hayyan seperti sudah lembut perlahan-lahan dengannya. Tidak sejahat dulu. Tapi, nak kata Hayyan okey sepenuhnya pun tidak juga sebab ada sahaja masa yang dia rasa nak bunuh lelaki itu.

"Haih..."

Nafas berat dihelakan. Entah berapa banyak dah ni. Tak baik dah harinya dimulakan dengan keluhan tanpa henti. Sepatutnya dia gembira hari ini. Tapi itu lah... Hanya kerana Hayyan, semuanya berubah.

Malas mahu fikir dah, Wareesa bawa keluar telefon dari poket bajunya. Earphone dipasang dan playlist dibuka. Lagu berentak slow menjadi penemannya ke tempat menunggu teksi. Biar dia layan kejap perasaannya.

Sedang Wareesa begitu, melayan perasaan sambil melangkah kemas tiba-tiba sahaja bunyi hon yang kuat menghentikan langkah kakinya. Berkerut dah dahi kerana itu dan makin bertambah kerutan bila lihat ada sebuah kereta Proton Axia berhenti di sebelahnya.

Kiri kanan Wareesa pandang. Memang dia seorang sahaja yang ada di sini. Takde orang lain. Takkan kereta ini berhenti untuk dia kut?

'Ke orang jahat? Penculik?'

Terus bulat mata Wareesa. Badan dah kejung keras. Kemungkinan itu boleh jadi. Zaman sekarang, bukan van putih aje yang boleh menculik. Kereta comel macam ni pun boleh.

Mula lah Wareesa mahu ambil langkah besar lari dari situ.

"Wareesa!"

Namun terbantut langkahnya bila dengar nama dia dipanggil kuat. Memang nama dia. Maknanya orang yang dia kenal lah kan?

Lambat-lambat Wareesa menoleh untuk melihat si pemandu. Dan badan yang terasa keras mula lembut bila lihat senyum yang tertampal di wajah Nafis. Dan bila lelaki itu melambai riang kepadanya, Wareesa tak dapat tahan selain senyum dan melambai lambaian lelaki itu kecil.

"Nafis." Sapa Wareesa dan mata terus melekap pada Nafis yang mampir ke arahnya. MUrah senyuman lelaki itu, buat dia turut rasa ingin senyum.

"Good morning!" Balas Nafis mesra.

Wareesa senyum dan membalasnya ceria. Kemudian kiri kanan dia pandang. Rasa hairan mula datang bila fikir bagaimana Nafis boleh ada di kawasan perumahannya. Pelik. Lelaki itu bukan tinggal di sini pun.

Seolah-olah faham, Nafis terus garu kepala. Mula untuk menerangkan.

"Awak mesti pelik macam mana saya boleh ada kat sini." Bicara Nafis.

"Haah." Wareesa mengiyakan.

Nafis senyum.

"Saya dari rumah Khan. Assignment grup kitorang kat dia tapi sadly, he's unwell right now. So, kenalah saya bertabah pagi-pagi ambil assignment daripada dia. Sekian." Cerita Nafis dengan nada yang kononnya sebak. Gedik sungguh. Tapi, terhibur sekejap Wareesa.

"Oh. Sekarang dah dapat lah?" Soal Wareesa.

Nafis angguk sekali. "Safe and sound with me."

Wareesa terangguk-angguk kecil dan diam. Takde dah topik yang hendak dibualkan.

"Awak? Awak jalan kaki ni dari mana nak ke mana?" Soal Nafis. Penampilan Wareesa ditilik dalam diam. Tudung bawal putih, kemeja labuh berwarna lilac dan wide pantas warna putih juga. Kasut pula, nampak gadis itu lebih selesa dengan kasut kanvas hitam. Simple tapi menarik.

"Saya dari rumah nak ke uni." Balas Wareesa jujur. Takde nak belok-belok.

"Awak jalan kaki nak ke uni?" Soal Nafis terkejut. Atas bawah dia pandang Wareesa. Dah lah gadis ini kurus. Jauh ni kalau nak berjalan kaki. Makin kurus nanti. Tak seronok nak peluk.

Eh? Eh eh?

Wareesa gelak kecil. Entah lelaki ini memang polos atau buat-buat tak tahu untuk ceriakan perbualan. Sangka baik, anggap sahaja lah Nafis buat-buat tak tahu. Polos tu... macam lembab sangat lah pulak. Hehe.

"Saya naik teksi lah. Macam melampau aje nak jalan kaki. Elok-elok kurus jadi kobeng terus." Balas Wareesa, turut bercanda.

Nafis lepaskan tawa kecil.

"Saya pun terfikir. Kalau awak serius, memang kurus betul." Beritahu Nafis.

"Alang-alang ni, meh lah saya hantar awak. Saya pun nak ke uni. Kita kan satu jalan. Jom?" Pelawa Nafis seterusnya. Senyum yang memang lebar dilebarkan lagi, tunjuk dia memang mempelawa Wareesa dengan hati yang rela. Bukan paksa.

Dengar pelawaan Nafis, Wareesa jadi segan. Mula lah mata tak boleh fokus satu tempat. Melilau kerana ingin mencari jawapan menolak pelawaan Nafis dengan cara baik.

Melihatkan Wareesa, Nafis senyum.

"Jom lah. Bukan selalu. Lagipun save duit awak. Boleh makan steak lunch nanti." Ajak Nafis lagi. Kali ini sekali dengan perbuatan dia membuka pintu kereta buat Wareesa.

Tergelak Wareesa dengar ayat terakhir Nafis. "Macam melampau aje save duit sampai dapat makan steak."

Nafis ikut ketawa.

"Okey lah tu. Kalau tak dapat juga, call saya. Saya belanja awak. Come?"

Wareesa senyum dan mengalah. Langkah diambil mahu bolos masuk ke dalam kereta. Beraduh juga lah selepas itu sebab Nafis berkeras mahu tutupkan pintu untuk dia. Eh, eh. Dia dah cukup segan lelaki itu pelawa dan bukakan pintu untuknya. Ini nak ditutup pula.

"Let me be a gentleman."

Dan kata-kata Nafis itu sekali lagi buat Wareesa mengalah. Biar sahaja Nafis tutupkan pintu untuknya. Dan selepas itu, Wareesa terus tarik dan pakai tali pinggang keledar. Risau pula Nafi nak jadi gentleman lagi. Mahu dia buka langkah taekwando YouTube dia di situ.

Nafis bolos masuk di sebelah. Senyum lelaki itu ukir saat tali pinggang keledar dipakai. Wareesa hanya memerhati. Murah senyuman betul Nafis ni. Macam Ibu Ayunin dah. Nama pun anak, walaupun sekadar anak angkat. Tapi, didikan yang baik jelas terlihat.

"Kita pergi breakfast dulu okey tak? Awak dah breakfast?"

Pulak. Terkebil-kebil Wareesa pandang Nafis yang dah mula memandu.

"Ini macam dah belok ke lain ni." Sakat Wareesa dan Nafis hanya tersengih.

"Boleh lah teman saya. Boleh eh?" Pinta Nafis. Menyempat buat suara gedik. Walhal tengah memandu.

Wareesa menggeleng dan pandang luar tingkap. "Ikut awak lah, Nafis."

"Yes!" Tak berlapik, yes kuat terus Nafis di situ. Dan itu buat Wareesa tergelak kecil.

Dan seterusnya, entah di mana Wareesa boleh rasa selesa dan berbual banyak topik dengan Nafis. Gelak pun banyak. Hilang sekejap berat yang melanda hati dan jiwanya. Lupa semuanya. Terima kasih untuk itu dia ucap buat Nafis dalam diam.

Sedang mereka rancak berbual, deringan telefon pintar berjenama Apple berbunyi kuat. Terdiam terus mereka berdua. Nafis pandang Wareesa sekilas dan Wareesa pula pandang telefon Nafis yang ada di dashboard.

Pandang Nafis, dia nampak Nafis tersenyum senget. Pelik tapi dia biarkan sebab Nafis dengan normal jawab panggilan itu. Wareesa pula lebih selesa pandang luar tingkap. Tak mahu lah tunjuk dia menyibuk.

"Ha."

Tapi tu lah. Telinga ni dapat berfungsi. Tak boleh elak lah daripada mendengar.

"Eh, aku tengah drive. Tak boleh satu tangan." Kata-kata itu buat Wareesa menoleh.

Nampak Nafis macam tak selesa. Macam kedua-dua tangannya memang perlu ada di stereng kereta. Dan kerana itu, telefon lelaki itu terpaksa dikepitkan di antara bahu dan telinga lelaki itu. Kesian pula Wareesa melihatnya.

"Nak saya pegangkan?" Soal Wareesa perlahan bila Nafis memandang ke arahnya.

Nafis senyum dan mengangguk. Terus dia hulur telefon kepada Wareesa cepat-cepat sebelum tangan memegang terus stereng dengan kejap.

"Awak cakap dengan dia kita nak pergi breakfast." Dah elok Wareesa pegang, Nafis suruh dia jawabkan pula. Terkejut Wareesa. Eh, Nafis ni! Memang suka belok ke lain eh?

"Hah?"

Nafis angguk. "Cakap kita nak pergi breakfast."

Teragak-agak Wareesa lekapkan telefon ke telinga.

"Apis?" Suara lelaki. Macam baru bangun tidur.

"Ummm... kitorang nak pergi breakfast." Wareesa ikut sahaja skrip yang diberi.

Talian sana diam. Hanya dengar deru nafas tenang sahaja.

Wareesa toleh pandang Nafis. Minta skrip lagi.

"Dia tak tanya ke siapa awak?" Soal Nafis. Senyum masih di bibir lelaki itu. Eh, pelik. Awatnya si Nafis macam suka pulak?

Wareesa geleng sebagai jawapan.

Nafis senyum.

"Bagilah tahu."

"Huh?"

Nafis senyum dan mengangguk perlahan. Seperti meyakinkan.

Wareesa teragak-agak lagi.

"Ummm."

Talian sana masih diam.

"Saya Wareesa."

Diam. Masih nafas tenang yang kedengaran. Tunggu lima saat dan masih tak dapat sebarang balasan, Wareesa gerak tangan nak bei telefon kepada Nafis.

"Hmm. Tahu." Namun suara serak-serak basah itu menghentikan tangannya. Dada berdebar.

"Huh?"

"Bestnya dapat dengar suara Reesa pagi-pagi macam ni." Suara garau itu ungkap kata lagi. Panjang pula ayatnya kali ini.

"Huh?" Tapi, Wareesa yang konfius masih dengan balasan pendeknya.

Nafis dia pandang.

"Siapa ni?" Soalan dituju kepada Nafis dengan telefon masih melekap di telinga. Tanpa sedar dah bertanya soalan yang sama kepada dua orang yang berlainan. Dan jawapan yang dia dapat pun berlainan.

Nafis yang jongketkan bahu. Dan...

"Waseem lah." Suara serak-serak basah si pemanggil yang makin buat dia berdebar.

I knew it! Patut pun dah rasa gugup semacam. Eee, Nafis ni! Memang sengaja ke macam mana?!

*💐 ੈ♡

KERETA yang dah memasuki garaj rumah Ibu Ayunin dan Ayah Yahya buat Wareesa gugup. Peluh dingin dah tak berdaya nak dilap lagi. Terlalu gugup. Lagi-lagi bila nampak Ibu Ayunin yang tersenyum menyambut dia dan Nafis di muka pintu. Ya ampun! Macam mana boleh dia tersesat pula ke sini! Ish! Semua salah Nafis lah ni!

Nafis dijeling sekilas. Nampak lelaki itu senyum sahaja dan melambai kecil ke arah Ibu Ayunin. Seronok betul lelaki itu! Dia juga yang kena hadap gugup seorang diri. Lelaki itu bukan tahu apa yang dia rasa.

Nafas dihela lemah.

"Nak breakfast kan? Breakfast rumah Waseem lah." Suara Waseem masuk menampar gegendang telinga lepas dia diam tak bersuara dengar 'perkenalan' Waseem tadi.

Wareesa diam. Kepala yang tidak gatal digaru. Nak jawab 'tak nak' sebab memang tak lah dia nak setuju! Pagi-pagi dah kena buat senaman jantung dengan Waseem. Tak nak lah! Mahu semput tak dapat nak pergi kelas nanti.

"Err..."

"Hmmm?" Allah! Sumpah mencair Wareesa dengar 'hmmm' Waseem. Dah lah lelaki itu macam baru bangun tidur!

"Kenapa?" Nafis yang bertanya buat Wareesa menoleh. Telefon dijauhkan dari telingan dan lubang speaker dia tutup. Tak mahu Waseem dengar perbualan tak berapa penting dia dan Nafis.

"Emm. Waseem suruh breakfast kat rumah." Beritahu Wareesa.

Nafis yang mendengar terus senyum. "Okey. Pastu?"

Wareesa terkebil-kebil pandang Nafis. Eh ini lagi seorang. Rasa berdebar geram pula dia pandang. Selamba tak selamba juga yang seorang ini. Memang sesuai lah jadi adik-beradik dengan Encik Crush.

"Kita kan nak pergi breakfast tempat lain." Wareesa beritahu. Mana lah tahu Nafis amnesia tanpa sebab tiba-tiba.

Nafis gelak kecil.

"Bila masa pula kita nak pergi tempat lain?" Soal Nafis dengan gelak kecil yang masih berbaki.

Dahi Wareesa dah berkerut. Badan dah mengiring menghadap Nafis. Atas, bawah dia pandang Nafis yang tenang dengan senyuman. Dia yang melihat pula jadi panas tiba-tiba. Eh, eh.

"Awak kan yang cakap tadi?" Soal Wareesa.

Nafis pandang Wareesa. Lampu isyarat yang dah bertukar jadi merah membolehkan Nafis memandang Wareesa sepenuhnya.

"Saya cakap kita pergi breakfast aje. Lokasinya saya tak plan lagi." Balas Nafis selamba.

Wareesa pula terkebil-kebil sendiri. Dia dah kena game dengan Nafis ke macam mana?

"Eh, awak ni."

Nafis mengekek ketawa. Lampu isyarat dah betukar hijau.

"Jangan lama-lama sembang dengan saya. Bitter nanti orang dalam talian." Tegur Nafis sambil sambung ketawa. Pedal minyak dah ditekan dan kereta kembali bergerak.

Dengar kata Nafis, Wareesa terinagt Waseem. Haah lah. Dia tak habis sembang lelaki dengan Waseem. Eh. Sembang ke?

Telefon dilekapkan kembali rapat ke telinga. Debar rasanya. Sekejap-sekejap mata kerling Nafis. Tapi, nampak macam lelaki itu juga berbuat yang sama dengannya. Cuma bezanya, dia gugup dan Nafis senang hati. Apa yang seronok sangat pun tak tahu lah.

"Emmm." Mukaddimah deham sebelum nak sambung kata.

"So?" Tiada lagi suara serak-serak basah Waseem. Pelik sekejap. Suara Waseem macam dah segar.

"Dah mandi?" Terpacul soalan tanpa sengaja. Dan kerana keterlanjurannya, terus tangan tutup mulut. Dan bila sedar Nafis ada di sebelah, tangan dibawa kembali atas riba. Berlagak tenang walau dah tahu Nafis nampak kalut dia sekejap tadi.

Waseem diam sebelum Wareesa dengar gelak kecil Waseem. Haloh, akhi! Jangan begitu!

"Yalah. Lama sangat Reesa dengan Nafis. Sempat lah mandi." Waseem menjawab seterusnya.

"Oh."

Dan kemudian Waseem gelak kecil lagi.

"Takde lah. Waseem cuci muka, shave sikit. Nanti nak mandi. Nak jumpa someone special. Kena wangi-wangi."

Terkelu Wareesa. Merah pipi.

"Ehem." Betulkan tekak sekejap. Tersekat pula air liur ni.

"Breakfast sini eh? Ibu masak sedap dah ni." Waseem mengajak lagi.

"Emmm." Berkira-kira walau tahu tempat akhirnya di rumah lelaki itu juga.

"Okey, jumpa nanti Reesa." Dan terus talian mati tanpa sempat Wareesa membalas.

Nafis senyum bila Wareesa pandang dia. Jongket kening dua tiga kali.

"Welcome home, Wareesa."

Dan kerana itu lah dia boleh ada di sini.

Pintu ditutup perlahan sebelum kaki menapak menghampiri Ibu Ayunin yang dah mampir dahulu mengalu-alukan kedatangannya. Tersenyum Wareesa tanpa paksa walau tadi berat sahaja kaki nak ambil langkah.

"Anak ibu. Balik pun!" Itu ungkap Ibu Ayunin bila Wareesa ditarik masuk ke dalam pelukan wanita berumur itu.

Wareesa agak kaget tapi tak lama. Pelukan Ibu Ayunin dibalas mesra.

"Ibu ni. Nampak bakal menantu, tak ingat dah anak-anak yang lain." Nafis bersuara, sengaja menyakat.

Terkejut kali kedua Wareesa mendengar kata Nafis. Lancar sahaja sebut menantu! Dengan siapa dia nak berkahwin? Nafis? Waseem? Ilman? Atau anak lelaki Ibu Ayunin yang lain yang namanya dia dah tak ingat sebab jarang jumpa. Memandai betul!

Menerima sakatan Nafis, Ibu Ayunin hanya menggeleng kecil. Malas melayan.

"Mari Reesa. Makan sama-sama. Banyak ibu masak tadi bila tahu Nafis bawa Reesa balik." Ramah Ibu Ayunin berbicara. Buat Wareesa terasa disambut dengan ikhlas.

Wareesa senyum.

"Untung lah Wareesa. Lepas ni nak makan banyak, kena selalu bawa Wareesa balik lah. Dah boleh buat jadual ambil Wareesa ni." Nafis selamba menyakat lagi. Tak peduli dengan jeingan tajam dan tak puas hati Ibu Ayunin kepadanya.

"Anak ibu yang seorang ni lah! Bercakap macam sebelum ni ibu tak pernah masak banyak! Semalam aje ibu dah masak banyak. Apis minta macam-macam kan dekat ibu semalam?" Ibu Ayunin meluah. Sambil itu kaki dah bergerak masuk ke dalam rumah. Wareesa ditarik ikut sekali.

Dengar sahaja lah Wareesa gurau manja dua beranak itu. Gurau manja tu sampai Ibu Ayunin tarik geram telinga Nafis. Wareesa tergelak kecil. Dan gelak mati saat kaki melangkah masuk dan Waseem berdiri tegak di tepi pintu. Macam pak guard. Terkejut juga Wareesa. Mujur tak terloncat sahaja.

"Eh, Waseem! Sejak bila kat sini?" Soal Ibu Ayunin kehairanan.

Waseem hanya senyum. Kemudian dia pandang Waseem semula. Tak nampak dah Ibu Ayunin yang menggeleng sa,bil tersenyum kecil melihat perilakunya.

"Jom masuk, Reesa." Ajak Ibu Ayunin dan berlalu pergi dahulu. Masih dengan Nafis. Eh, lelaki itu. Tiba-tiba dia rasa maca dengan Waseem ke rumah ini. Bukan dengan Nafis.

Selamba!

Kecil besar sahaja Wareesa pandang Nafis.

"Assalamualaikum." Dan salam yang Waseem beri buat mata Wareesa beralih.

Pandang sahaja Waseem, mata Wareesa digula-gulakan dengan senyuman manis Waseem. Mula lah semut-semut hitam nak penuhi mata. Hah, dah tak betul!

Kanan kiri Wareesa pandang. Memang sah dah Waseem beri salam kepadanya.

"Waalaikumussalam." Balas Wareesa buat-buat tenang. Tapi, rasanya Waseem dah nampak pipi dia yang makin berona merah.

Sumpah Wareesa tak boleh nak angkat muka. Kalau angkat muka pun, mata takkan boleh statik pada satu tempat. Akan melilau sana sini. Semua kerana seorang Waseem Ahda.

"I'm glad to see you this soon. Kalau hari ni tak dapat jumpa, sumpah..." Waseem hentikan kata.

Kening Wareesa terjongket kecil.

"Sumpah?" Tanya Wareesa. Dah ayat tergantung. Dia tak faham.

Waseem hanya senyum. Tak membalas sebaliknya dia buat isyarat tangan menggamit Wareesa untuk teruskan langkah. Ke meja makan mungkin.

Pelik Wareesa namun dia turutkan aje. Tak nak lah buat memandai. Nanti salah ruang, dah termalu sendiri.

Sampai di meja makan, Wareesa disambut mesra sekali lagi oleh Ibu Ayunin. Namun tidak seorang sahaja. Ayah Yahya pun sambut dia dengan mesra.

"Come. Kita breakfast sama-sama. Selesai breakfast kita borak panjang." Pelawa Ayah Yahya seraya menunjuk ke arah sebuah kerusi kosong.

Wareesa senyum. Kerusi dihampiri namun belum sempat Wareesa nak pegang, ada tangan lain terlebih dahulu yang menarik kerusi buatnya.

Toleh dan ia adalah Nafis. Terkebil sekejap Wareesa.

Nafis sengih.

"Sorry. Tadi awak dengan saya kan. Saya biarkan awak dengan Seem pulak." Kata Nafis sambil tersengih.

Okey. Itu Wareesa faham. Tapi mata tu sibuk menjeling Waseem yang berdiri di sebelah tu kenapa?

Yang Waseem pun. Apasal senyum tu lain macam sahaja? Ke mata dia yang salah menilai?

"Tak payah nak mula bergaduh. Duduk makan!" Ibu Ayunin menegur.

Wareesa kerut dahi. Aik? Sejak bila pula dua lelaki ini nampak macam nak bergaduh? Eh, risaulah!

Mata bertembung dengan Ibu Ayunin dan segera dia labuhkan duduk bila nampak isyarat suruh duduk daripada wanita itu. Beg yang disandang dibuka dan disandarkan di kaki kerusi. Lalu, duduk dibetulkan sambil malu-malu. Segan bila semua mata memandangnya.

Dah duduk, Wareesa pandang Waseem dan Nafis yang masih belum duduk. Dua lelaki itu masih berdiri di belakang kerusinya. Berkerut dahi Wareesa melihat mereka berdua. Dah kenapa masing-masing nak berdiri tak mahu duduk pula ni? Pening lah.

Diam-diam Wareesa beri isyarat kepada Ibu Ayunin dan Ayah Yahya.

Ibu Ayunin hanya menggeleng perlahan dan Ayah Yahya hanya tersenyum sebelum teh di cawan dihirup perlahan.

"Duduk lah. Pening lah ibu bila masing-masing buat perangai macam budak-budak ni." Ibu Ayunin menggeleng lagi.

Waseem dan Nafis mengerti. Terus mereka bergerak pergi dari belakang kerusi Wareesa. Ada dua kerusi kosong di sebelahnya. Wareesa malas nak berdebar dah. Sama ada Waseem atau Nafis yang labuhkan duduk di sebalahnya, Wareesa tak mahu ambil peduli. Dua-dua pelik. Turn off dia mahu terbangkan rama-rama dalam perut.

Nasi lemak yang dihulur Ayah Yahya Wareesa sambut dan cedok ke dalam pinggannya sendiri. Sambal diletak begitu juga dengan ayam goreng, telur dan timun. Basuh tangan dan sedia untuk makan.

Baru nak suap, ketawa kecil di sebelah buat dia menoleh. Sekali lagi dia pelik bila Nafis yang dah duduk di sebelahnya sedang ketawa seperti mengejek kepada Waseem yang dah tayang muka bosan sendiri.

"Hehehe."

Berkerut lagi dahi Wareesa. Dah kenapa ni gelak-gelak?

"Hai, Wareesa." Sapa Nafis sambil senyum. Siap jongket-jongket kening lagi.

Wareesa tak tahan. Terus dia mendekat mahu berbisik kepada Nafis. Nafis faham dan dia merapat, memberi telinga.

"Awak tak jauh sangat dari orang kurang siuman. Lapan puluh peratus sama." Selamba.

Habis sahaja ucap Wareesa, Nafis mengekek ketawa sendirian. Memang sah kurang siuman. Lagi kurang siuman bila Nafis pukul lengan Waseem. Kuat tak kuat, pedih juga telinga yang mendengarnya.

"Annoying." Dan itu kata Waseem sambil menolak bahu Nafis menjauh.

Wareesa angguk setuju. Nafis dipandang, Memang annoying. Sekejap cuma pandangannya pada Nafis sebelum mata beralih kepada Waseem. Waseem pun memang tengah pandang dia, buat dia kalut nak larikan mata. Nak cover. Tapi, tak sempat cover matanya dah tangkap dulu riak wajah Waseem yang buat matanya membulat kecil.

Pandang pinggan dan mata terkelip-kelip laju.

'Dah kenapa tunjuk muka macam tu dekat aku?'

*💐 ੈ♡

PENUH tumpuan Wareesa memandang telefon di tangan. Sengaja dia buat-buat busy semasa tunggu Nafis keluar dari rumah. Tak lah terasa seperti lonely sangat. Tapi rasanya macam dah lama sangat lah pula dia beri tumpuan pada telefonnya. Si Nafis masih juga belum keluar rumah. Kata nak ambil kunci kereta. Lelaki itu pergi memancing sekali ke macam mana dengan kunci kereta tu?

Bosan menunggu, Wareesa mula melilaukan mata memandang perkarangan rumah Ibu Ayunin dan Ayah Yahya. Terbit senyum kecil melihat ruang yang luas lagi kemas itu. Sejuk mata memandang, tenang hati yang melihat buat kaki Wareesa melangkah tanpa paksa untuk lebih meneroka.

Senyum makin melebar bila mata menangkap pokok-pokok bunga yang tertanam cantik di sekeliling halaman. Ada pelbagai namun yang paling menarik perhatian Wareesa ada deretan bunga melati yang putih bersih.

"Cantiknya." Ujar Wareesa sambil mencangkung kecil di hadapan deretan bunga itu.

Tak mehanan, terus dia keluarkan telefon dan beberapa keping gambar diambil. Hasilnya buat senyum makin melebar.

Puas menilik, Wareesa bangun dan mula mahu bergerak kembali ke garaj. Namun, pusing sahaja dia ke belakang hampir terlompat dia apabila lihat Waseem yang berdiri elok di belakangnya.

Segan. Bukan sebab keberadaan Waseem di situ sahaja. Tapi juga sebab telefon lelaki itu yang lurus menghala ke arahnya.

"Awak tangkap gambar saya ke?" Spontan Wareesa bertanya. Segan segan pun, dia beranikan diri juga untuk bertanya. Yalah. Privasi dia kut. Tiba-tiba nak tangkap gambar dia kenapa, jika tekaannya betul? Motif?

Waseem turunkan telefon. Muka selamba namun ada senyum senget di hujung bibir.

"Jom." Ajak Waseem tiba-tiba tanpa menjawab soalan Wareesa.

Wareesa gelak sinis. Eh, eh. Ini stok-stok menyakitkan hati juga. Tak sangka ada juga perangai yang satu ini pada Encik Crush.

"Meh telefon." Pinta Wareesa. Tangan dia tadahkan.

Kening Waseem terangkat. Terkejut sedikit namun sekejap cuma sebelum dia lepaskan tawa kecil. Langkah diambil untuk hampiri Wareesa dan bila dah hampir, tangan Wareesa yang masih menadah dipandang.

"Okey, sorry. Tapi, pilih dulu. Phone satu ke, phone dua. Tiada penukaran jawapan." Tiba-tiba Waseem mahu buat kuiz dengan Wareesa. Tangan disorokkan di belakang badan sambil mulut senyum manis buat Wareesa. Macam biasa bila dia dengan Wareesa.

Auto buat muka blur Wareesa di situ.

"Apa kena mengen---"

"Phone satu atau phone dua?"

Degil. Satu komen buat Waseem.

Hela nafas berat dan julingkan mata kecil sebelum Wareesa berikan jawapan dengan jari. Jari telunjuk diangkat separuh ikhlas.

Waseem senyum dan tanpa kata dia keluarkan telefon dari totebagnya. Dan di situ Wareesa tahu, itu bukan telefon yang dia minta. Telefon yang dia minta ada dalam poket lelaki itu. Terus Wareesa malas melayan.

"Dah lah. Bukan phone tu pun awak ambil gambar saya kan?" Soal Wareesa. Kaki mula mengorak langkah meninggalkan taman bunga.

Wareesa yang melepasinya, Waseem pandang dengan senyum kecil. Pusing badan dan ikut langkah Wareesa diam-diam. Tak banyak bunyi. Tapi ada sesuatu yang tergendala tadi dia sambung lakukan. Hehehe. Dan bila Wareesa menoleh, dengan muka stone dan tanpa serba salah, Waseem hentikan perbuatannya.

"Ish!" Desus Wareesa tak puas hati. Waseem yang sedang simpan semula telefon dalam tote bag dengan selamba dia pandang geram.

"Apa?"

Dia buat lagi! Ingat innocent sangat lah kalau buat muka macam tu?

"Awak ambil gambar saya kan?" Tanya Wareesa.

Waseem cuma senyum dan jongketkan bahu.

"Annoying." Kena setepek. Tak fikir dah Encik Crudh atau panggilan cringe lagi manja. Yang dia nampak sekarang adalah Waseem Ahda yang mengganggu privasi seorang Wareesa Jameela.

Mendengar kata Wareesa, terhambur gelak Waseem. Dan percaya lah, apa yang Wareesa rasa poof! hilang macam itu sahaja bila lihat wajah gelak Waseem. Yang ada sekarang rasa rama-rama dalam perut.

Tak tahu kenapa, tapi Waseem rasa terhibur. Wareesa kelihatan lucu! Lucu banget!

"Okey. Reesa pun annoying. So jom." Ajak Waseem.

Ting! Toleh tepi terus Wareesa. Pipi yang terasa hangat disentuh kejap-kejap. Mula lah nak gelabah ni.

"Jom lah." Waseem tak berhenti mengajak buat Wareesa jeling kecil lelaki itu. Orang tengah malu ni, jom-jom pulak. Hempuk satgi baru tahu.

Waseem senyum. Beg sandang Wareesa dipegang perlahan.

"University date."

Hik! Auto sedu Wareesa jadinya di situ. Muka makin memerah. Ya ampun Encik Crush.

"Eee, apa ni? Date date?" Malu! Malu! Terus Wareesa tarik beg sandangnya. Tak mahu Wasee terus mendatangkan debar di hati dengan perbuatan kecil dan lembut lelaki itu.

Hilang senyum di wajah Waseem. Tangan disilang rapat ke dada.

"Dah tu. Takkan awak nak date dengan Nafis?" Soal Waseem.

Wareesa tayang muka pelik.

"Bila masa pula saya nak date dengan dia? Kan nak pergi U." Balas Wareesa. Sambil tu atas bawah pandang Waseem. Dah kenapa tiba-tiba bertukar mood pula ni? Tadi bukan main senyum dan gelak bagai. Sekarang tiba-tiba stone.

"Sama lah tu."

"Mana ada."

Waseem julingkan mata ke atas. Tanpa kata, dia terus tadah tangan kepada Wareesa, seperti meminta sesuatu. Berkerut dahi Wareesa nak faham perbuatan tiba-tiba lelaki itu. Sudahnya, Wareesa jongket kening sahaja tanya 'apa' dalam diam.

"Nak beg awak." Pinta Waseem. Masih muka kekalkan riak sama. Tanpa senyum.

"Buat apa?" Laju Wareesa bertanya pelik sambil peluk beg sendiri. Sekali lagi atas bawah dia pandang Waseem.

"Ish."

"Hah, marah!" Kata Wareesa.

Waseem pantas geleng.

"Tak marah. Geram. Awak annoying." Balas Waseem sambil ambil langkah.

Wareesa mencebik.

"Eh. Awak pun sama ya. Cakap kita pulak." Balas Wareesa antara dengar tak dengar. Tapi rasanya Waseem dengar. Jika tidak, pasti lelaki itu tak menoleh. Tapi, itu lah. Toleh-toleh sambil senyum pulak tu. Apa masalah lelaki ini sebenarnya.

"Yalah. Dah awak cakap kat kita. Kita cakap kat awak balik."

Keras Wareesa di situ. Pipi merah semula. Ya ampun! Apasal dia mencair sekarang ni? Nak dengar sekali lagi boleh tak kita-kita tu.

Waseem senyum.

"Come. Kita pergi U. Nafis dah tinggal kita lama dah sebab kita seronok buat drama kat taman bunga ni." Kata Waseem sambil tarik keluar kunci kereta dari poket seluar lelaki itu.

Melihatkan itu, mata Wareesa membulat. Garaj dia pandang. Ternganga mulut bila lihat Axia yang memenuhi ruang garaj tadi sudah tiada. Kosong! Yang ada hanya kereta Toyota Almera berwarna merah sahaja. Entah siapa punya.

"Awak serius lah?" Soal Wareesa tak percaya. Dan sebagai jawapan, Waseem hanya angguk sahaja.

"Ya. See? Takde kan?" Kata Waseem sambil tunjuk garaj yang kosong. Sambil tu tekan punat kereta.

"Ish!"

"Hah, marah!" Waseem ulang dialog Wareesa.

"Annoying."

Waseem senyum.

"Ya, Reesayang. Jom." Dan pintu dibuka luas buat Wareesa dengan pakej senyum manisnya.

Puff! Wareesa malu!

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
257K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...