H | ππŽπ“πˆπ‚π„

Por leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 MΓ‘s

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N55

1.8K 292 93
Por leimonadd

PANDANG kiri kanan, Wareesa, Cik Zee, Sara dan Fara pastikan line clear. Wareesa baru selesai mandi di bilik Cik Zee dan sekarang dia perlu kembali ke rumahnya untuk kembali jalankan hukumnya. Betapa payah keadaan mereka tiga hari ini. Cik Puan Tihani pun, entah sampai bila nak beri Wareesa perintah berkurung begini. Bukan libatkan Wareesa seorang sahaja, malah tiga orang yang lain. Haih! Menyusahkan.

Bila pasti betul-betul tiada siapa di runag itu, penuh berhati-hati Wareesa ambil langkah. Terhinjut-hinjut namun Cik Zee sedia membantu. Sara dan Fara pun. Dua gadis itu sibuk jaga line di pintu masuk dapur. Walau memang jarang akan ada yang turun seawal jam 5 pagi ini ke dapur, tapi erjaga-jaga itu perlu.

Arahan Cik Puan Tihani kut. Siapa yang berani ingkari? Kalau rasa nak balik kampung tanam jagung, boleh lah cuba-cuba ingkar.

"Cik Zee minta maaf Reesa sebab Cik Zee tak dapat buat apa-apa." Bicara Cik Zee saat Wareesa dipapahnya. Wareesa dipandang penuh sayu. Makin sayu bila lihat wajah Wareesa yang tersenyum dalam dia cuba menyembunyikan sakitnya.

"Takde apa lah Cik Zee. Cik Zee doa untuk Reesa kan? Itu dah cukup-cukup membantu." Ayat untuk senangkan hati risau Cik Zee, Wareesa lemparkan dengan ceria.

Sudah -sudah lah dia susahkan Cik Zee. Dia dah rasa serba salah sangat dah ni.

Cik Zee senyum. Tapi, senyumnya perlahan-lahan hilang bila lihat wajah Wareesa yang menahan sakit. Rasa serba salah muncul. Entah macam mana dia nak bantu gadis malang ini. Seluruh tubuh Wareesa punya lebam. Dia nak memapah pun tak berani hendak pegang kuat-kuat kerana tahu di mana-mana pun ia sentuh, Wareesa akan rasa pedihnya.

"Cik Zee minta maaf sangat-sangat." Ucap Cik Zee sekali lagi seraya melepaskan peganggannya daripada lengan Wareesa. Tangan gadis itu digenggam erat kemudiannya.

Wareesa senyum dan menggeleng kecil.

"Terima kasih, Cik Zee. Cik Zee jangan sedih-sedih. Reesa janji Reesa akan kuat. Okey?" Wareesa memujuk lagi. Tangan Cik Zee dikucupnya penuh kasih dan kemudian dia senyu buat wanita tua itu.

Cik Zee mengangguk dan kembali mengawasi langkah Wareesa yang masih terhinjut-hinjut kecil. Bila agaknya bengkak di tulang kering itu akan surut. Risau dia. Bukan setakat bengkak. Warna lebamnya pun dah unggu kebiruan.

Pernah untuk dia cadang Wareesa ke klinik. Pastinya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Cik Puan Tihani, tetapi bersungguh Wareesa menolak. Katanya tak nak orang sekelilingnya ambil risiko yang besar semata-mata kerana dia. Haih. Sedih hati tua ini mendengar. Dalam diri yang tak berapa nak terurus dan sihat pun, Wareesa masih tetap memikirkan orang lain. Sungguh Cik Puan Tihani tidak layak mendapatkan anak buah sebaik Wareesa. Sungguh!

"Cik Zee, tolong bukakan pintu dapur ni." Permintaan Wareesa menyentakkan Cik Zee.

Tanpa lengah, Cik Zee terus membantu. Dilepaskan pegangan tangan Wareesa dan tombol pintu dipulas. Wareesa pula menanti dengan sabar. Hanya dipandang Cik Zee yang sibuk membuka mangga dari grill.

Cik Zee tersenyum sebai sahaja grill dibuka luas buat Wareesa. Tangan kembali menggenggam erat tangan Wareesa. Sedikit sahaja sebelum Wareesa akan sampai ke rumahnya semula.

Kaki masing-masing melangkah. Namun satu suara mengakukan pergerakan semua. Baik Wareesa mahupun Cik Zee.

"Reesa?"

Wareesa telan air liur. Cik Zee pula dah menoleh ke belakang dengan tangan disatukan rapat ke depan. Kepala pun tunduk pandang lantai bak seorang pesalah.

"Reesa? Is that you? Kan Kak Fara?" Suara Hayyan yang bertanya buat Wareesa pejam mata serapat-rapatnya. Habis dah kantoi. Macam mana Fara boleh cuai ni?

"Bila kau balik?" Suara Hayyan sangat dekat tatkala soalan itu dilemparkan.

Kaki diluruskan dan riak sakitnya disembunyikan. Cukup kantoi sekali sahaja. Dia tak mahu nanti jadi lebih teruk. Yang kena hadap juga, pasti dia. Bukan orang lain.

Tenang, Wareesa menoleh pandang Hayyan. Terkejut sekejap bila dapati Hayyan memang berdiri betul-betul di belakangnya, Terlalu rapat sampai pusing-pusing terus pandangan bertembung dengan dada lelaki itu.

Kepala terus didongak dan berkerut kehairanan bila lihat Hayyan yang manis tersenyum kepadanya. Dah kenapa pula dengan mamat ni? Kena sampuk apa pagi-pagi begini. Terlalu awal sangat rasanya untuk seorang Hayyan Hadiy tersenyum. Lagi-lagi bila tengok wajah itu memang jelas seperti baru sahaja bangun daripada tidur yang panjang.

Cik Zee dipandang sekilas. Wanita itu masih dalam keadaan yang sama. Tak berganjak. Terus dia sentuh tangan Cik Zee. Bagi isyarat supaya tak nampak macam pesalah sangat. Hayyan ni cepat sahaja pekanya. Kantoi, sia-sia aje.

Hayyan turut pandang Cik Zee sekilas sebelum perhatian diberi sepenuhnya kepada Wareesa.

Wareesa pandang Hayyan. Kening dijongket sedikit, bertanya apa dalam diam.

Hayyan senyum.

"Bila balik?" Soal Hayyan.

Terkebil-kebil mata Wareesa. Teringat pesanan WhatsApp lelaki itu yang tidak dia balas semalam.

"Malam semalam." Jawab Wareesa pendek. Mata elak untuk bertembung pandang dengan Hayyan.

Hayyan terangguk-angguk.

"Tak dengar pun."

Dahi Wareesa berkerut. Hayyan dipandang serong.

"Takkan aku nak menjerit bagitahu satu rumah kut? Kau ingat aku ni, kau?" Sempat Wareesa memerli. Memang tepat perliannya. Baik Hayyan mahupun Niliyyah, kedua-duanya sama sahaja. Asal buka aje pintu rumah bukan nak beri salam. Malah kuat menjerit 'I'm home'.

Bila Fara dan Sara beri salam, sentap pula. Apa? Rumah orang Islam kan? Buat lah cara Islam. Ini tidak...

Hayyan tergelak kecil. Mata digosok perlahan. Allah. Berdebar sekejap Wareesa melihat itu. Dengan muka baru bangun tidur. Dengan bad hair. Dengan senyum boyishnya. Allah. Boleh tahan hensem.

Cik Zee mencuit perlahan, membuat pandangan Wareesa teralih. Senyum kekok dia di situ. Kantoi.

"Bukan lah. Aku tidur kat depan. Tak dengar pun kau buka pintu atau bagi salam." Soal Hayyan ingin tahu.

Wareesa kerutkan dahi.

"Memang lah. Aku mana pernah dapat izin masuk ikut pintu depan." Perli lagi.

Hayyan senyum. Wareesa dipandang senang.

"Aku akan pastikan satu hari nanti, kau dapat masuk ikut pintu depan." Balas Hayyan penuh lembut namun ada bias semangat dan yakin di balik katanya. Buat dahi Wareesa dan Cik Zee berkerut hebat. Pandang belakang Hayyan, riak Fara dan Sara pun sama seperti mereka.

"Kau kena sampuk apa sebelum subuh macam ni?" Sinis Wareesa bertanya.

Hayyan senyum lagi dan menggeleng kecil.

"Tak kena sampuk. Kau pegang kata-kata aku ya?" Hayyan persis memujuk dan Wareesa yang menerima kata itu berbelah bahagi mahu terima atau tidak pujukan itu.

"Apa-apa aje lah. Aku nak masuk rumah aku." Wareesa terus minta oamit memandangkan dia sudah berlama di sini. Kalau Hayyan boleh ada di sini waktu begini, macam tak mustahil pula ahli rumah yang lain akan ada di sini juga. 'Masak' dia nanti.

Melihat Wareesa yang ingin berlalu pergi, cepat Hayyan menghalang. Tak fikir panjang terus dia menggenggam erat lengan Wareesa dan kerana tak jangka akan itu, terus Wareesa menjerit kuat di situ juga. Terkejut semua yang ada di situ. Lagi-lagi Hayyan.

"Eh. Wh-what happened?" Risau nada Hayyan. Wareesa yang riaknya seperti menahan sakit itu dipandang tak lepas. Hati mula rasa tak sedap.

"Takde ap- Hei!" Belum habis kata, Wareesa dah menjerit dek terkejut bila Hayyan dengan selamba menarik lengan bajunya. Habid terdedah lengannya di hadapan lelaki itu. Laju tangan nak menarik lengan bajunya kembali tapi Hayyan menghalang keras.

"Apa ni?!" Menjerit marah Hayyan di situ. Lebam dan luka di lengan Wareesa dipandang penuh tajam. Rasa marah mula menguasai diri melihat lengan Wareesa begitu.

Wareesa menepis kasar pegangan Hayyan namun Hayyan tak peduli. Dipegang semula lengan Wareesa dengan kasar tanpa sengaja buat Wareesa mendesis sakit. Cik Zee dah teragak-agak mahu menghalang. Lagi-lagi bil alihat wajah tegang Hayyan.

"Siapa buat ni, Reesa?!" Hayyan bertanya. Nadanya marah betul. Tak tertahan.

"Ish! Lepas lah! Sakit!" Wareesa meminta, juga dengan marah.

Hayyan buat tak dengar. Malah dia dengan selamba menarik sebelah lagi lengan Wareesa. Tak tunggu lama, terus dia tolak ke atas lengan baju gadis itu. Marah makin membuak bila lihat ada juga lebam dan kesan luka di situ. Berkobar-kobar marahnya.

"Kat mana lagi ada ni? Baik kau bagitahu aku!" Suara Hayyan memang tak boleh dikawal dah. Memang dah tinggi habis.

"Tak payah sibuk lah!" Wareesa juga tak mahu kalah. Tak peduli apa dah. Apa yang dia tahu, dia mahu larikan diri sekarang. Dia tak betah lagi. Satu persatu tersingkap di hadapan Hayyan walau dia tahu Hayyan masih samar-samar dengan apa yang telah terjadi kepadanya.

Ssekali lagi, Wareesa tepis kasar pegangan Hayyan. Dia mahu lari. Tak tunggu lama selepas pegangan Hayyan terlepas, Wareesa pusingkan badan dan mula ingin berlalu. Namun kaki yang terhinjut-hinjut menghalangnya sekalilagi apabila Hayyan perasan akan itu.

"What happened to you, Reesa?!" Hayyan betul-betul tak tahan.

"Ish! Jangan--- hei!" Wareesa menjerit kuat bila dah rasa Hayyan memegang kakinya. Tajam dia pandang Hayyan yang dah melutut di hadapannya.

"Stay still!" Tegas suara Hayyan mengarah. Tajam mata Hayyan memandangnya. Tersekat sekejap air liur di kerongkongnya.

Hayyan pandang Wareesa tajam. Tanpa menyelak seluar yang dipakai Wareesa, ibu jari mula menekan beberapa tempat. Mula-mula tiada riak daripada Wareesa namun bil aibu jarinya kuat menekan pada tulang kering gadis itu, melolong kesakitan Wareesa di situ.

"Aaaaah!" Terlepas jeritan Wareesa buat sekian kalinya.

Amarah Hayyan menggunung lagi. Tak peduli, terus dia tarik ke atas hujung seluar Wareesa. Tepat ke tempat yang buat Wareesa melolong tadi. Dan bila matanya menyapa kaki gadis itu, membulat besar terus matanya. Terkejut melihat lebam dan bengkak yang dah biru keungguan di situ. Besar pula tu ukurannya.

"Maaf, tuan muda!" Dan tak sempat Hayyan menilik lebih, Cik Zee lebih cepat bertindak. Ditariknya kembali seluar Wareesa biar aurat gadis itu tertutup kembali.

Hayyan angkat pandangan kepada Wareesa. Wajah Wareesa yang dah basah dengan air mata itu dia tatap. Dia masih marah, namun air mata gadis itu buat dia resah sendiri. Terus wajah diraup dan berdiri.

Wajah Wareesa merah menahan malu dan sakit.

"Who did this?" Soal Hayyan dingin.

Wareesa diam. Tidak mahu beri jawapan. Dan sebetulnya, otak sudah tepu ingin mencipta alasan. Sungguh. Dia rasa penat tiba-tiba.

"Reesa?" Hayyan memanggil tapi Wareesa masih diam. Lihat Wareesa berdegil begitu, marahnya naik kembali.

"Siapa?!" Berdentum jeritan Hayyan memenuhi ruang dapur itu.

"Apa dah jadi ni?" Dan tidak semena-mena suara Tuan Fauhad mencelah.

Tubuh Wareesa terus jadi lemah. Air mata makin membasahi pipinya. Dia tahu, sangat tahu nasibnya akan jadi sangat malang mulai hari ini. Dan mengenangkan itu dia hampir terjelopok jatuh namun pantas Cik Zee menyambutnya.

Hayyan tidak menoleh. Wareesa dipandang.

"Apa bising pagi-pagi buta ni? Hayyan? Cik Z---" Kini dengar suara Cik Puan Tihani pula. Dan suara itu tak dapat habiskan ayatnya, buat Hayyan dapat menangkap semuanya. Tambah lagi bila lihat wajah pucat lesi Wareesa dan Cik Zee yang jelas terpampang di hadapannya.

Amarahnya makin mencanak naik.

"Kenapa ni?" Soal Tuan Fauhad kehairanan. Jelas terasa suasana tegang di ruang dapur ini. Sudah lah suara menjerit beberapa kali di dengar. Bila turun bawah, terkejut bila lihat semua kecuali Niliyyah berkumpul di sini.

"Hayyan?" Tuan Fauhad memanggil. Dan tika itu baru dia perasan kehadiran Wareesa di situ.

"Eh, Reesa. Bila balik?" Soalnya kemudian. Berkerut pelih dahinya. Makin pelik bila lihat air mata di wajah gadis itu.

"Kenapa menangis ni? Apa dah jadi?" Nada risau kedengaran. Wareesa dan Hayyan mula dihampiri.

Cik Puan Tihani yang melihat itu terus menggenggam penumbuk di sisi. Habis! Semua akan bocor dan doia tidak boleh biarkan perkara ini terjadi. Terus dia tangkap lengan Tuan Fauhad, menahan si suami terus mengambil langkah.

Menoleh kehairanan Tuan Fauhad jadinya.

Wareesa dah menggigil takut. Terketar-ketar tangan naik menyapu air mata di pipi dan kemudian dengan berani dia menentang pandangan tajam Hayyan yang masih belum lepas dari wajahnya.

"It's mom, right?" Bisik Hayya. Cukup untuk Wareesa dan Cik Zee mendengarnya.

Mendengar tebakan Hayyan yang tepat, buat Wareesa terkedu. Tangan Cik Zee digenggam erat dan sudah terlambat untuk menutupnya bila Hayyan lebih perasan tindak-tanduknya.

"This is too much!" Bisik Hayyan geram. Terus dia menoleh dan wajah Cik Puan Tihani dipandang garang.

"Apa awak ni?" Soal Tuan Fauhad. Si isteri yang seperti beri isyarat untuk dia tak masuk campur dipandang pelik. Masing-masing tak perasan tatapan bak helang Hayyan sekarang. Tatapan yang khusus untuk Cik Puan Tihani.

Lihat pasangan itu tidak perasan, Wareesa dengan kekuatan yang berbaki sedikit terus menarik belakang baju Hayyan. Dia perlu tutup mulut Hayyan. Dia tak mahu kena lebih teruk. Dia tahu, kalau perkara ini terbongkar, lebih teruk dia dikerjakan nanti. Biar lah penipuan terhasil. Buat masa sekarang.

Hayyan menoleh pandang Wareesa. Tatapan helangnya masih belum hilang.

Tangan Wareesa jatuh. Sekejap cuma sebelum terketar-ketar ia naik memegang hujung baju Hayyan. Tak peduli air mata yang dah makin membasahi pipi. Dia benar-benar takut sekarang ini.

"Please..." Berbisik. Wareesa merayu.

Cik Zee dah menangis senyap. Sungguh dia kasihan melihat Wareesa sekarang.

"I'm begging you, Hayyan..." Penuh payah Wareesa mengucapkan itu. Dengan tangan terketar-tekar takut. Dengan suara uang tertahan-tahan menahan tangis.

Melihat keadaan Wareesa begitu, Hayyan jadi lemah. Sangat lemah. Bukan ini yang dia mahukan daripada Wareesa. Bukan rayuan gadis itu yang menyuruh dia diamkan diri. Bukan. Sangat bukan. Terlalu bukan.

"Saya nak tengok kenapa tu." Suara Tuan Fauhad menyapa telinga.

"Tak payah lah abang!" Suara Cik Puan Tihani pun.

Wareesa makin menggenggam erat hujung baju Hayyan.

"Please, Hayyan..."

Hayyan pejam mata.

"Apa pula tak payah? Awak ni pula dah kenapa?"

Hayyan buka mata. Wajah Wareesa dipandang simpati.

"I hate you, Reesa." Bisiknya perlahan.

"Abang!" Jeritan Cik Puan Tihani buat masing-masing tahu yang pujukan Cik Puan Tihani tak berjaya.

Jelas tampak wajah Wareesa yang makin ketakutan di mata Hayyan.

"I really hate you."

Ditolak lembut tangan Wareesa dari terus menarik hujung bajunya dan laju dia berpaling. Wareesa tak sempat nak bertindak apa-apa bila Hayyan dah terlebih dahulu melangkah laju dari situ untuk menghadap Tuan Fauhad.

"Nothing, pa. Reesa nampak tikus tadi. But, no worries, Hayyan dan Cik Zee dah settlekan." Suara ceria Hayyan kedengaran. Sambil itu dipeluk mesra bahu Tuan Fauhad sebelum dia pusingkan langkah Tuan Fauhad supaya mereka beredar dari situ segera.

Melihatkan itu, longlai lutut Wareesa kerana lega. Mujur Cik Zee sempat menyambutnya sekali lagi.

"Tikus?!" Kali ini suara Cik Puan Tihani pula kedengaran. Memang terkejut betul wanita itu, tunjuk kata-kata Hayyan tadi dipercayai.

"Ya, ma. A big one. Yan rasa kena panggil pest control lah nanti, ma." Mesra suara Hayyan melayan bicara Cik Puan Tihani. Seolah lenyap habis sifat helang pemburu Hayyan tadi. Bahu wanita itu juga dipeluk mesra.

"Are you sure?" Tuan Fauhad seakan tidak terpujuk.

"Betul pa. Takpe, come. Kita naik atas. Buat persiapan Subuh. Lambat dah ni. Jom, jom." Dan Hayyan terus memujuk. Bahu kedua-dua ibu bapanya masih erat dipeluk dan ditarik mereka berdua supaya mengikut langkahnya yang ingin beredar dari situ dengan segera.

Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani tak boleh nak beriak apa. Masing-masing dengan penuh teragak-agak ikut juga langkah Hayyan beredar dari situ. Dan bila hilang sahaja tiga beranak itu, terus Wareesa dipeluk erat oleh Cik Zee.

Wareesa yang menerima pelukan itu terus mengogoi di situ. Tangisannya pecah perlahan-lahan.

"Cik Zee, Reesa takut..." Dan kata-kata itu tak henti keluar dari seulas bibir Wareesa walau kaki masing-masing dah menapak untuk kembali ke rumah Wareesa semula.

"Cik Zee, tolong Reesa. Reesa takut."

Dan mungkin, ia takkan berhenti.

Seguir leyendo

TambiΓ©n te gustarΓ‘n

1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
88.6K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...