Beautiful Broken Rules βœ“

Por qkeiyaaaaa

1.5M 92.3K 38.6K

"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan H... Mais

Prolog √
Bab 1 √
Bab 2 √
Bab 3 √
Bab 4 √
Bab 5 √
Bab 6 √
Bab 7 √
Full Teaser BBR ❗
Bab 8 √
Bab 9 √
Bab 10 √
Bab 11 √
Bab 12 √
Bab 13 √
Bab 14 √
Bab 15 √
Bab 16 √
Bab 17 √
Bab 18 √
Bab 19 √
Bab 20 √
Bab 21 √
Bab 22 √
Bab 23 √
Bab 24 √
Bab 25 √
Bab 26 √
Bab 27 √
Bab 28 √
Bab 29 √
Bab 30 √
Bab 31 √
Bab 32 √
Bab 33 √
Bab 34 √
Bab 35 √
Bab 36 √
Bab 37 √
Bab 38 √
Bab 39 √
Bab 40 √
Bab 41 √
Bab 42 √
Bab 43 √
Bab 44 √
Bab 45 √
Bab 46 √
Bab 47 √
Bab 48 √
Bab 49 √
Bab 50 √
Bab 51 √
Bab 52 √
Bab 53 √
Bab 54 √
Bab 55 √
Bab 56 √
Bab 58 √
Bab 59 √
Bab 60 √
Bab 61 √
Bab 62 √
Bab 63 √
Bab 64 √
Bab 65 √
Bab 66 √
Bab 67 √
Bab 68 √
Bab 69 √
Epilog √
Farewell Beautiful Broken Rules πŸ’Ž
SPIN-OFF BBR
EBOOK SHATTERED LOVE

Bab 57 √

21.7K 1.3K 705
Por qkeiyaaaaa

"Doktor? Macam mana dengan keadaan adik saya?" Tanya Qafeel kepada doktor yang bertanggungjawab menjaga adiknya itu.

Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah. Adik awak dah sedar. Boleh lah kalau awak nak masuk jenguk dia" Kata doktor itu kepada Qafeel.

Qarizh yang berada di sebelah abang sulongnya sama mengucapkan syukurnya terhadap Ilahi kerana telah menyelamatkan adiknya.

Semalam, doktor hanya memberitahu bahawa Qaireen memerlukan rehat yang cukup selepas dia selamat melahirkan anaknya. Qaireen terlalu penat dan menyebabkan dia pengsan selepas sahaja dia melahirkan puteri kecilnya.

"Along masuk lah dulu tengok Reen, Rizh nak call Adyan kejap. Nak bagitahu dia" Kata Qarizh sambil mengeluarkan telefon pintarnya.

Qafeel menganggukkan kepalanya. Dia terus melangkah masuk ke dalam ward yang menempatkan Qaireen. Qaireen juga telah dimasukkan semula ke ward biasa selepas dia sedar dari tidurnya.

"Hai adik!" Sapa Qafeel kepada Qaireen.

Qaireen tersenyum melihat abangnya yang baru sahaja masuk ke dalam ward yang menempatkan dirinya.

"Hai along. Angah mana?" Tanya Qaireen. Dia menyelesakan duduknya di atas katil di dalam ward VVIP itu.

"Angah dekat luar tengah buat phone call kejap. Reen nak apa-apa tak? Lapar tak?" Tanya Qafeel prihatin. Lega hatinya apabila dapat melihat senyuman yang terukir di bibir mekar Qaireen.

Qaireen menggelengkan kepalanya.

"Tak nak la. Reen tak lapar lagi. Hmm along..." Panggil Qaireen.

Qafeel mengangkat keningnya.

"Kenapa?" Tanya Qafeel kepada adiknya itu.

"Reen nak tengok baby boleh? Reen nak tengok anak Reen" Tanya Qaireen.

Qafeel tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

"Boleh. Kejap eh. Along pergi panggil nurse untuk ambilkan anak Reen"

Qaireen menganggukkan kepalanya. Dia melihat sahaja langkah abangnya keluar dari ward itu. Bibirnya mengukirkan senyuman indah.

Tak sabar nak tengok muka anaknya.

"Rizh. Pergi masuk. Tengokkan Qaireen jab. Aku nak pergi panggil nurse suruh bawakan baby. Reen nak jumpa anak dia" Kata Qafeel.

"Okay"

Selesai sahaja dia mematikan talian, Qarizh terus melangkah masuk ke dalam ward adiknya.

Adyan dan ahli keluarganya akan tiba tak lama lagi. Seronok Qarizh mendengar suara teruja Adyan tadi. Mesti dia paling tak sabar nak jumpa dengan Qaireen.

"Hai Reen!" Sapa Qarizh pula. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Qaireen.

"Hai angah. Angah call siapa tadi?" Tanya Qaireen.

"Kawan angah" Jawab Qarizh. Sengaja dia taknak Qaireen tahu tentang itu.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"So, how's everything? Reen okay tak ni? Ada sakit mana mana lagi?" Tanya Qarizh.

Qaireen tersenyum.

"Reen okay la angah. Angah jangan lah risau. Sakit melahirkan anak tu perkara biasa. Reen okay hehe" Tutur Qaireen sambil tersengih.

"Lega angah bila tengok Reen senyum ni macam. Semalam masa doktor cakap Reen pengsan lepas lahirkan baby, Adyan terkejut gila. Dia nak masuk tengok Qaireen tapi doktor tak benarkan. Takut betul dia masa tu" Terang Qarizh kepada adiknya.

Qaireen tersentak.

"Adyan tunggu Reen sambil Reen selesai bersalin ke angah?" Tanya Qaireen. Dia hanya ingat, Adyan akan balik ke rumah semula selepas dia berjumpa dengannya di dalam labour room.

"Haah, sampai dia lambat balik semalam sebab nak tengokkan baby" Tutur Qarizh lagi.

Qaireen tergamam. Dia mengeluh seketika.

"Reen? Angah nak tanya sikit boleh?" Tanya Qarizh.

"Angah nak tanya apa?"

"Reen tak nak berbalik semula dekat Adyan?" Tanya Qarizh berhati-hati.

Qaireen tersenyum kelat.

"Mungkin jodoh Reen dengan Adyan sampai sini je angah. Reen tak harapkan lebih pun." Kata Qaireen sambil tersenyum nipis.

Betul, dia tak berharap lebih. Memang dia masih sayang, cintakan Adyan. Tapi untuk berbalik semula dengan bekas suaminya itu, dia tidak memikirkan tentang itu selama ini. Sekarang apa yang penting hanyalah anaknya.

"Reen tak kesiankan anak Reen? Susah dia nak dapat kasih sayang ayah dia nanti bila dia dah besar" Ujar Qarizh lagi.

"Reen takkan halang Adyan jumpa, beri kasih sayang dekat baby. Itu kan anak dia. Reen tak kesah kalau Adyan nak jaga anak kami" Terang Qaireen pula.

Qaireen tahu, selama dia mengandungkan anak mereka, Adyan selalu berada dengannya. Baju bayi, barang-barang bayi yang abangnya selalu bawa pulang tu, Qaireen tahu semua itu dari Adyan. Cuma Adyan sahaja yang tidak mahu Qarizh atau Qafeel memberitahu Qaireen tentang hal itu.

Qaireen juga tahu, Adyan sentiasa menjaga dia dan baby dari jauh. Sesekali Qaireen ada juga terperasan Adyan berada di hadapan rumah arwah mama dan papanya. Qaireen tahu semua itu.

Dan Qaireen bersyukur, Adyan masih mengambil peduli tentang anak mereka.

"Angah harap, Reen boleh fikirkan tentang ni. Angah tahu, Reen dengan Adyan masih lagi sayang antara satu sama lain. Selagi ada peluang untuk bahagia, angah harap Reen rebut peluang tu. Okay?" Pesan Qarizh serba sedikit.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"InsyaAllah" Kata Qaireen sambil tersenyum nipis.

Tok..tok..

Pintu bilik ward Qaireen dibuka dari luar.

"Hai mommy, baby datang ni" Kata Qafeel seraya menolak katil bayi yang digunakan di hospital itu.

Qaireen tersenyum lebar.

Qafeel terus mengambil anak buahnya itu yang sedang tidur itu dan diberikan kepada Qaireen.

Qaireen tergamam melihat anaknya. Sebak dia rasa apabila dia melihat muka comel anaknya yang sedang tertidur itu.

"Assalamualaikum anak mommy" Sapa Qaireen. Air matanya menitik di pipi. Sebak. Sangat sebak. Tak sangka dia masih lagi boleh melihat muka anaknya.

Qafeel dan Qarizh tersenyum melihat adiknya yang sedang menggendong puteri kecilnya.

"Comelnya awak ni. Muka awak sebiji macam daddy awak tau" Kata Qaireen sambil tersengih.

Sejujurnya, memang muka puteri kecilnya itu photocopy dari muka Adyan. Warna mata, bentuk hidung semuanya mengikut Adyan. Lekuk bibir anaknya itu sahaja mengikut Qaireen.

Adyan Hayder versi perempuan check!

"Siapa nama anak Reen ni?" Tanya Qafeel kepada adiknya. Dia juga turut melabuhkan duduk di kerusi sebelah Qarizh.

"Adyan tak bagi lagi nama dekat baby ke?" Tanya Qaireen pelik.

Qafeel menganggukkan kepalanya.

"Adyan nak Reen yang bagi nama untuk anak korang tu. Reen kan yang mengandungkan dia, bersalinkan dia, so Adyan takde hak nak bagi nama dekat baby. Sebab tu dia nak tunggu Reen sedar, baru dia akan pergi daftar nama untuk baby korang" Terang Qafeel panjang lebar.

Sekali lagi Qaireen tergamam. Sampai macam tu sekali Adyan fikir? Kenapa dia kata dia takde hak? Kan baby ni anak dia juga. Jadi, dia masih lagi ada hak untuk berikan nama dekat anak kami.

"Hmm apa eh mommy nak beri nama dekat awak ni?" Fikir Qaireen.

Tok..tok...

Sedang Qaireen mengelamun memikirkan nama anaknya, pintu ward Qaireen diketuk dan dibuka dari luar.

"Kak Reen!" Laung Adelia Hayra yang baru sahaja masuk itu. Bersinar-sinar dia melihat baby yang berada di dalam gendongan kakak iparnya itu.

Ops! Bekas kakak ipar okay.

Tengku Hashim dan Tengku Dariah menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah anak perempuannya itu.

"Assalamualaikum Qaireen.." Sapa Tengku Dariah.

Qaireen tersenyum.

"Waalaikumsalam. Umi, walid. Masuk lah" Kata Qaireen kepada bekas mertuanya itu.

Tengku Hashim dan Tengku Dariah menganggukkan kepalanya. Tengku Hashim terus melabuhkan punggungnya di atas sofa yang disediakan di dalam ward VVIP itu, manakala Tengku Dariah terus meluru ke arah Qaireen yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

"Qaireen sihat?" Tanya Tengku Dariah sambil mengusap kepala Qaireen yang sempat mencapai tudung itu.

"Reen sihat umi. Alhamdulillah" Kata Qaireen sambil tersenyum.

Dia sempat mencari kelibat Adyan apabila umi dan walidnya datang tadi, tetapi dia tidak nampak langsung kelibat lelaki itu.

Adyan tak datang ke?

"Alhamdulillah"

"Err, maaf aunty, uncle, Qafeel dengan Qarizh keluar dulu eh. Uncle dengan aunty berborak lah dulu dengan Qaireen" Pamit abang-abang Qaireen.

"Okay. Terima kasih" Balas Tengku Hashim.

Qafeel dan Qarizh menganggukkan kepalanya dan terus melangkah keluar dari ward Qaireen.

"Comelnya anak akak! Muka dia macam abang Adyan!" Kata Adelia Hayra teruja.

Qaireen tergelak kecil.

"Kan? Muka dia sebiji macam abang awak Adel" Kata Qaireen pula.

Adelia Hayra menganggukkan kepalanya. Sibuk dia mencucuk-cucuk pipi bayi itu.

"Boleh umi nak pegang cucu umi?" Tanya Tengku Dariah kepada Qaireen.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"Boleh umi" Terus Qaireen memberikan anaknya kepada bekas ibu mertuanya.

Dengan berhati-hati, Tengku Dariah mengambil bayi itu dari Qaireen. Tersenyum dia melihat comel putih kemerahan cucunya itu.

Comel!

"Comelnya cucu kita abang.." Kata Tengku Dariah kepada Tengku Hashim.

Tengku Hashim bangun dari duduknya dan datang menghampiri isterinya. Dia juga turut tersenyum.

"Mestilah comel. Mommy dengan daddy dia pun good-looking" Seloroh Tengku Hashim.

Qaireen hanya tersengih.

"Apa nama cucu walid ni, Reen?" Tanya Tengku Hashim.

Qaireen tersenyum.

"Tengku Aiyana Hadiya" Kata Qaireen sambil memandang anaknya yang berada di dalam dukungan Tengku Dariah.

Tengku Hashim, Tengku Dariah dan juga anak perempuannya tersenyum mendengar nama yang diberikan kepada bayi itu.

"Sedapnya nama awak baby!" Kata Adelia pula.

Qaireen tersenyum lagi. Sebenarnya lama dah dia fikirkan tentang hal itu. Sebelum Adyan dan dia bercerai lagi. Dia berangan nak berikan nama itu kepada bakal anaknya. Dan sekarang, dia berjaya berikan nama itu kepada puteri kecilnya.

*****

Di luar ward, Adyan duduk di bangku yang disediakan di situ. Sengaja dia tak nak masuk dahulu sebab dia tak nak Qaireeneen tak selesa bila nampak dia di situ. Biarlah umi, walid dan Adelia dulu yang masuk untuk berjumpa dengan Qaireen dan juga baby mereka.

Qafeel dan Qarizh pula sudah ke cafe bawah untuk mencari alas perut. Sempatlah mereka berbual sebentar tadi.

"Adyan?" Sapa seorang doktor yang berjalan di aras bangunan hospital itu.

Adyan terus mengangkat mukanya untuk memandang ke arah pemilik suara yang menegurnya itu.

"Kashaf.." Sapa Adyan kembali. Dia terus bersalaman dengan lelaki itu.

"Buat apa dekat sini?" Tanya doktor Kashaf kepada Adyan. Dia duduk di sebelah Adyan. Sekarang lunch hours, jadi sempatlah kalau dia mahu berborak dengan Adyan.

"Takde. Datang melawat seseorang" Kata Adyan lagi.

"Someone special?" Tanya doktor Kashaf.

Adyan tersenyum.

"Sangat special. Aku datang melawat bekas isteri aku" Jawab Adyan jujur.

Ameer Kashaf tersentak seketika.

"Dah kahwin lah ni?" Tanya doktor Kashaf kepada lelaki itu.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Err Kashaf aku nak tanya kau something boleh tak?" Giliran Adyan pula bertanya.

"Nak tanya apa?"

"Kau Obstetrician-Gynecologist kan?"

Ameer Kashaf menganggukkan kepalanya.

"Aku nak tanya something. Apa effect yang orang akan dapat bila seseorang itu ada kanser serviks?" Tanya Adyan.

Ameer Kashaf menceritakan serba sedikit tentang kanser serviks kepada Adyan. Dia tahu, mesti ada sebab kepada Adyan tanya itu ini.

"Kenapa kau tanya?" Tanya doktor Kashaf apabila dia selesai menerangkan hal itu kepad Adyan.

Adyan menggelengkan kepalanya.

"Takde apa. Aku saja tanya. Nak tambah pengetahuan je" Kata Adyan sambil tergelak kecil.

Ameer Kashaf tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia tahu, Adyan menipu.

"Okay lah. Aku nak sambung kerja dulu. Kalau ada masa, boleh lah kita jumpa lagi" Pamit doktor Kashaf.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"InsyaAllah." Balas Adyan pula.

Dia hanya melihat sahaja langkah Ameer Kashaf pergi meninggalkan tingkat 3 bangunan hospital ini.

"Adyan?" Sapa Tengku Dariah.

"Eh umi? Dah nak balik ke?" Tanya Adyan sambil bangun dari duduknya.

Tengku Dariah menganggukkan kepalanya.

"Haah dah nak balik ni. Lagi pun kejap lagi walid ada kerja sikit nak kena buat" Kata tengku Dariah kepada anaknya itu.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Yan kalau nak masuk tengok Reen dengan anak Yan, Yan masuk lah dalam tu. Reen sorang je tu" Kata tengku Dariah lagi.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Hati-hati drive walid" Pesan Adyan apabila melihat langkah ahli keluarga pergi dari hospital itu.

Adyan menenangkan diri. Teragak-agak dia untuk masuk ke dalam ward Qaireen.

Nak ke Qaireen jumpa aku? Omel Adyan. Dia mengeluh perlahan.

"Assalamualaikum" Sapa Adyan apabila dia menolak pintu ward Qaireen dari luar.

Qaireen mengangkat mukanya memandang figura yang dicari-cari dari tadi. Tergamam dia apabila dia melihat mata Adyan memandang terus ke arah dirinya.

"Wa--waalaikumsalam" Jawab Qaireen.

Adyan tersenyum nipis. Dia mendekati Qaireen. Sekarang dia kena jaga jaraknya dengan Qaireen. Adyan kena faham, dia dan juga Qaireen bukan lagi suami isteri seperti dahulu.

"Kau sihat?" Tanya Adyan kepada wanita itu.

"Sihat. Alhamdulillah" Kata Qaireen sambil tersenyum nipis.

"Ada sakit dekat mana-mana lagi tak?" Tanya Adyan.

Qaireen menggelengkan kepalanya.

"Sakit tu dah hilang lepas saya dapat tengok muka anak saya" Kata Qaireen lembut. Dia tersenyum memandang ke arah anaknya yang digendongnya.

Adyan tersenyum. Dia juga turut memandang ke arah anaknya tetapi matanya lebih tertacap pada semangkuk bubur yang tidak usik langsung yang berada di meja bersebelahan dengan katil Qaireen.

"Kau tak makan lagi?" Tanya Adyan.

"Tak. Tak lapar lagi" Jawab Qaireen pula. Kekok pula apabila berduaan dengan Adyan pada masa ini.

Adyan terus mengambil mangkuk bubur itu.

"Makan dulu. Lepastu nanti boleh kau rehat" Kata Adyan kepada bekas isterinya itu.

"Tapi saya tak lapar la--"

"Meh sini baby. Kau makan dulu. Biar aku pegangkan baby" Cantas Adyan.

Qaireen memandang Adyan dan Adyan turut memandang ke arah Qaireen.

"Yelah yelah" Keluh Qaireen. Dia menyerahkan anaknya itu kepada Adyan. Mangkuk bubur yang diberikan oleh Adyan diambil juga. Dengan perlahan, dia memakan bubur itu.

Adyan tersenyum. Makan pun.

"Assalamualaikum princess daddy" Sapa Adyan kepada anaknya itu.

Terus mata bayi itu tercelik sedikit sebelum dia menyambung tidurnya.

Adyan tergelak kecil.

"Tidur je princess daddy ni kan?" Adyan mencuit pipi anaknya itu.

Qaireen tersenyum melihat cara Adyan. Hatinya tersentuh tiba-tiba.

Untung awak baby, dapat daddy yang care pasal awak. Omel Qaireen dalam hati.

"Reen dah bagi nama dekat baby?" Tanya Adyan. Dia memandang ke arah wanita itu.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"Dah"

"Apa nama dia?"

Qaireen tersenyum.

"Tengku Aiyana Hadiya" Kata Qaireen sekali lagi.

Adyan juga turut tersenyum.

"Tengku Aiyana Hadiya binti Tengku Adyan Hayder. Such a beautiful name, baby" Kata Adyan sambil memandang ke arah anaknya.

"Pandai mommy awak berikan nama dekat awak." Puji Adyan lagi. Tetapi kali ini dia memandang ke arah Qaireen.

Qaireen yang perasan mata Adyan memandang dirinya, terus dia berdehem lembut.

"Nama tu dah lama saya pilih. So, awak okay tak dengan nama tu? Kalau awak nak tukar pun saya--"

"Nope. Aku suka nama tu. Cantik. Cantik macam anak kita nanti. Cantik juga macam kau.." Kata Adyan lagi.

Qaireen menundukkan mukanya. Dia tak nak bereyes-contact dengan lelaki itu.

"Awak boleh tolong daftarkan nama baby tak? Kalau awak busy, takpe, saya boleh uruskan lepas saya keluar ward nanti" Tanya Qaireen berhati-hati. Dia tak nak menyusahkan lelaki itu.

Adyan menganggukkan kepalanya.

"Boleh. Nanti aku pergi daftarkan nama anak kita. Kau jangan risau. Fokus dekat kesihatan kau dulu okay?" Pesan Adyan.

Qaireen melihat Adyan.

"Awak mesti dah tahu pasal--"

Adyan menganggukkan kepalanya.

"I know everything about you, flower. Takde satu pun yang aku tak tahu" Cantas Adyan.

Qaireen terdiam.

"Kau jangan risau Reen, aku akan sokong kau untuk fight dengan sakit kau. Kita sama-sama okay?" Kata Adyan lagi apabila dia melihat air muka Qaireen keruh. Dia tahu Qaireen risaukan tentang kesihatan dia.

Qaireen tersenyum.

"Awak jangan pedulikan tentang hal saya. Saya okay. Awak fokus untuk diri awak okay? Fokuskan untuk Alanna sekali" Kata Qaireen. Dia tak nak Adyan terlebih risau akan kesihatan dia, dan dia tak nak pun belas kasihan dari Adyan.

Dia nak Adyan bahagia dengan hidup dia, dan dengan itu pun akan membuatkan Qaireen bahagia.

Adyan hanya mendiamkan diri. Tak mampu dia nak membalas kata-kata Qaireen. Dia malu, malu dengan Qaireen. Dan memang dia rasa bersalah atas segalanya.

"Aku minta maaf Qaireen" Kata Adyan sambil memandang ke arah wanita itu.

Qaireen hanya tersenyum tanpa membalas. Dia tahu maaf yang diungkapkan oleh Adyan itu untuk apa. Dan dia pun sudah lama memafkan Adyan.

Melihat Qaireen sudah selesai makan, Adyan menyerahkan kembali Aiyana kepada Qaireen.

"Muka Aiyana macam awak. Sebiji macam awak" Kata Qaireen sambil tergelak kecil.

Adyan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Memang betul.

"Dah besar nanti mesti Aiyana cantik macam mommy dia kan?" Kata Adyan pula dan Qaireen hanya tersenyum.

"Princess daddy, dah besar nanti jadi cantik macam mommy tau. Jadi baik macam mommy juga. Ikut semua perangai mommy sebab mommy baik" Tutur Adyan lembut sambil mencuit pipi anaknya.

"Anak mommy pun dah besar nanti ikut perangai daddy juga tau? Daddy bertanggungjawab, daddy caring dengan awak. Beruntung awak dapat ayah macam daddy" Tutur Qaireen pula sambil memandang ke arahnya.

"Jangan bagi dia ikut perangai aku Reen. Aku selalu sakitkan---"

"Baby dah besar tolong jaga daddy okay? Jangan nakal-nakal tau, nanti kesian daddy" Cantas Qaireen. Dia taknak dengar apa yang ingin diperkatakan oleh Adyan. Dia tahu Adyan masih lagi rasa bersalah dengan hal yang pernah terjadi sebelum ini.

Adyan mengeluh perlahan. Dia hanya memandang Qaireen dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Tok..tok..

"Qaireen!!" Sapa Afeeya dan Izyan serentak apabila pintu ward Qaireen dibuka dari luar.

Terkejut Qaireen dan Adyan mendengar suara wanita-wanita itu.

"Oi Izyan! Feeya! Slow sikit lah suara. Dekat hospital ni kan" Tegur Dayyan.

Izyan dan Afeeya tersengih.

"Sorry" Kata Afeeya pula.

Dayyan, Carl Syafiq dan Adam hanya menggelengkan kepalanya.

"Masuklah korang semua" Ajak Adyan. Dia memberikan ruang kepada Afeeya dan Izyan untuk duduk di kerusi di sebelah katil Qaireen.

"OMG Reen! Comel gila anak kau!" Kata Afeeya teruja.

"Betul tu! Muka dia macam Adyan lah Reen!" Kata Izyan pula. Bersinar-sinar matanya melihat Adyan & Qaireen junior.

Qaireen tersenyum mendengar itu.

"Siapa nama anak kau Yan?" Tanya Adam pula.

"Tengku Aiyana Hadiya" Kata Adyan kepada rakan-rakannya.

"Fuh! Sedap gila nama anak kau" Kata Adam lagi.

Adyan tersengih.

"Mommy dia yang berikan nama tu" Tutur Adyan sambil memandang Qaireen.

"Hebat lah anak kau dengan Adyan nanti. Nama sedap, muka lawa. Package lengkap ni." Seloroh Afeeya.

"Aku dah cop anak Adyan dengan Reen untuk jadi menantu aku nanti" Kata Adam tiba-tiba.

Dayyan memandang sahabatnya itu.

"Sedar diri bro, kau single. Mana kau nak cari anak untuk kahwinkan dengan anak Adyan nanti?" Ejek Dayyan.

Adam menjeling Dayyan.

"Nanti aku kahwin lah. Kau tak payah nak sibuk-sibuk. Kau pun single" Marah Adam.

Dayyan tersengih.

Mereka semua hanya tergelak melihat perbalahan itu. Macam budak-budak perangai.

"Ni mana Qafeel dengan Qarizh ni? Tak datang ke?" Tanya Carl Syafiq.

"Ada tadi tapi dia kata pergi cafe. Makan. Makanan apa tah diaorang pesan sampai sekarang tak--"

"Assalamualaikum semua!"

Ha tu dia.

Speak of the devil.

"Baru nampak muka? Puas makan?" Kata Adyan kepada dua orang manusia itu.

Qafeel dan Qarizh tersengih-sengih di muka pintu ward Qaireen.

"Kitaorang sengaja bagi kau dengan Qaireen masa" Kata Qafeel tersengih-sengih.

Qaireen hanya memandang tajam abang-abangnya itu.

Mereka semua rancak berbual sesama sendiri. Gelak tawa mereka, macam hospital itu mak bapak diaorang punya. Suka-suka hati je nak bising-bising. Nasih baik lah ward Qaireen tu ward VVIP. Takdelah bercampur dengan pesakit lain

Hampir beberapa jam mereka berada di situ, kawan-kawan Adyan dan juga Reen meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Bye baby. Nanti aunty datang tengok baby lagi okay? Cepat membesar, nanti kita boleh main masak-masak" Kata Afeeya sambil mencium pipi anak Qaireen.

"Bye Reen. Jaga diri tau. Nanti kitaorang datang lagi" Kata Izyan pula.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"Thanks sebab sudi datang jenguk baby aku" Kata Qaireen pula.

Mereka semua mengangguk dan tersenyum.

"Kitaorang balik dulu" Kata Carl Syafiq kepada Adyan dan abang-abang Qaireen.

"Hati-hati drive bro" pesan Qarizh pula.

Adam, Dayyan dan Carl Syafiq mengangguk kepalanya.

"Jangan bagi anak kau cari lelaki lain tau Yan. Aku dah cop dia awal-awal" Sempat Adam berpesan kepada Adyan.

Adyan menjulingkan matanya.

"Pergi cari bini dulu sebelum nak cop anak aku" Kata Adyan pula.

Adam mencebik. Nanti aku cari lah!

Melihat semua orang sudah keluar dari ward Qaireen, Adyan terus meminta izin untuk pulang.

"Err.. Aku balik dulu lah eh? Nak pergi daftar nama baby kejap sebelum balik" Pamit Adyan.

Qafeel dan Qarizh menganggukkan kepalanya.

Selangkah Adyan ingin membuka pintu ward Qaireen, dia terdengar wanita itu memanggil namanya.

"Adyan!"

Adyan memandang ke arah Qaireen.

"Terima kasih" Kata Qaireen sambil tersenyum.

Adyan tersenyum nipis membalas.

"Anything for you, flower" Kata Adyan sambil melangkah keluar dari ward Qaireen.

Qafeel dan Qarizh yang melihat hal itu hanya tersenyum.

"Dik, along dengan angah balik kejap eh? Nak mandi. Malam nanti kami datang semula. Boleh?" Tanya Qarizh.

Qaireen menganggukkan kepalanya.

"Balik lah. Rest. Angah dengan along pun perlukan rehat. Jangan risau pasal Reen" Tutur Qaireen pula.

Kedua-dua lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"Rest tau Reen. Bye. Kami balik dulu" Pamit Qafeel.

Qaireen hanya melihat sahaja langkah Qafeel dan Qarizh pergi keluar dari wardnya itu.

Tidak lama selepas itu, seorang nurse datang untuk mengambil semula anak Qaireen.

"Doktor Qaireen, boleh saya ambil baby? Saya kena pantau lagi keadaan dia di pediatric ward. Nanti malam saya bawakan baby kembali kepada puan untuk diberikan susu" Kata nurse itu kepada Qaireen.

Dia memanggil Qaireen doktor sebab nurse itu kenal akan Qaireen. Qaireen pun bersalin di hospital tempat dia bekerja. Jadi, memang kenal sangat lah.

"Boleh. Terima kasih ye" Ucap Qaireen pula.

Nurse itu menganggukkan kepalanya dan terus dia menolak katil bayi itu untuk keluar dari ward.

Baru sahaja Qaireen mahu merehatkan tubuh badannya, pintu ward Qaireen dirempuh kuat dari luar.

"Hai Qaireen.."

Qaireen terus memandang ke arah suara itu.

"Alanna?"

Alanna tersenyum sinis.










Sibuk lah Alanna tu 😒

◍•ᴗ•◍

- Kanser serviks juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim -

◍•ᴗ•◍

Continuar a ler

TambΓ©m vai Gostar

484K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.9M 86.9K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
4.4M 262K 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang d...
2.4K 147 12
This story is based on a true story, my anorexia story. I'm average your age, 14 years old. I thought i'd share my story. Anorexia nervosa is an eati...