The Agent Gang | bbb ft. ea f...

By nezttiey

33.6K 2.7K 603

Apa jadi kalau sebenarnya Ali adalah salah satu anggota Tapops seperti Boboiboy dan Boboiboy dan kawan kawann... More

Part 1 : misi
Part 2 : hadiah
Part 3 : kantoi ke tak?
Part 4 : habislah aku
Part 5 : rumah Ali
Part 6 : barang
Part 7 : siapa kau?
Part 8 : apa jadi?
Part 9 : curiga
Part 10 : Tag
Part 11 : marah
Part 12 : perlawanan
Part 13 : hilang
Part 14 : plan
part 16 : free time
part 17 : game 1.0
part 18 : game 2.0
Part 19 : game over?
part 20 : wad
chap 21 : weekend

Part 15 : call

1.2K 127 49
By nezttiey

Boboiboy merenung alat komunikasi berbentuk bulat yang berada didalam genggamannya. Dia tak pasti kenapa kebelakangan ini dia sering mempunyai perasaan tidak sedap hati. Namun, dia cuba menepis perasaan itu.

'Mungkin tu perasaan aku je kut..'

Jam di dinding ditilik. Pukul 10 malam. Rakan-rakannya masih lagi berada di ruang tamu, menonton movie apa entah.

Manakala dia hanya berkurung di dalam biliknya berseorangan.

Pada mulanya, dia bercadang untuk menelefon ayahnya melalui Syncall, alat hubungan berbentuk bulat dan agak leper. Namun, dia tahu bahawa ayahnya sibuk pada waktu begini kerana ayahnya suka bekerja sehingga larut malam.

Sambil menunggu panggilan dari ayahnya, dia melihat langit pada waktu malam dari tingkap biliknya. Nafas dihela perlahan.

Mindanya berputar pada kejadian yang berlaku siang tadi.

.

.

.

FLASHBACK

Boboiboy POV

"Boboiboy!"

Aku yang sedap-sedap minum air dengan amannya dalam bilik aku tersedak. Aku menoleh ke arah pintu bilik aku. Kelihatan Ali berdiri di situ dengan wajah bersalah nak nangis. Cengeng betullah budak ni sorang.

"Aku okaylah.. Kenapa kau datang?" soalku.

"Takde pape pun. A-aku saja je. Ma-mana aku tau kau mi-minum air m-masa aku masuk."

Aku menarik nafas perlahan. Time ni jugaklah kau nak nangis aishh.. Aku patut bawak dia pergi jumpa doctor ni.. Mana tau ada duality. Susah aku.

"Lorh.. Kan aku dah cakap aku okay. Hah, duk sini. Apa kau nak tanya aku?" Aku tanya dia straight to the point terus. Dia yang duduk di sebelah aku menghayunkan kakinya kedepan dan kebelakang.

Maklum, katil ni tinggi. Mana la kaki dia nak sampai kat bawah tu. Nak naik tadi pun dah struggle lain macam. Patutla ayah dia bagi dia katil cam budak budak punya..

"Uhm.. Kitorang just tertanya kenapa kau nampak lain kebelakangan ni?" soalnya. Heh, aku dah agak. Ni mesti diorang hantar Ali untuk korek rahsia aku en.

"Kitorang?" aku menyoalnya semula. Dia memandang ke bawah dan aku boleh nampak dia mengetap bibirnya. Serentak, aku tertawa kecil membuatkan dia kembali memandang aku.

"Kenapa kau boleh fikir yang aku ada masalah pulak? Lagipun aku okay jela."

Ali menggeleng berkali-kali. Aku mengangkat satu kening.

"Kau.. nampak resah. Kau taknak share ke masalah kau?"

Aku terdiam. Walaupun aku dah cuba sehabis baik untuk sorok masalah aku, diorang masih lagi tahu yang aku ada masalah.

Diorang yang terlampau peka ke aku yang tak pandai acting?

"Taklah.. Aku okay je. Tapi tula.." Aku mengangkat bahu. "Tch entahlah."

"Dahlah. Baik kau gi mandi. Tak silap aku kau nak keluar ngan Viktor nanti, kan?" Dia hanya mengangguk. Aku mengusap kepalanya perlahan sebelum dia melangkah keluar dari bilik aku.

Haih.. Sampai bila aku nak sorokkan benda ni? Aku bukan taknak bagi tahu diorang tapi aku cuma belum bersedia lagi. Aku tak tahu dari mana nak mula.

Aku risau kalau diorang akan terlibat sekali. Cukuplah. Aku hampir kehilangan ayah aku dulu.. Aku taknak kehilangan kawan aku pulak.

End Boboiboy POV

END FLASHBACK

.

.

.

Boboiboy menarik nafas panjang. Tablet yang berada di atas meja berdekatan katil dicapai. Aplikasi 'Library Space' dibuka.

Aplikasi ni adalah aplikasi yang mengandungi pelbagai maklumat tentang angkasa lepas dan sejarah-sejarah anggota Tapops berserta musuh-musuh mereka.

Boboiboy ralit membaca. Dari satu topik ke topik yang lainnya.. Tanpa sedar, jarum jam mula mengarah ke angka 1.

"Eh! Dah pukul satu! Aku patut call ayah malam ni!"

Dengan pantas dia mengambil Syncall lalu disimpan dalam poket. Kepala terjengul keluar dari pintu bilik, mengawasi kalau-kalau masih ada yang belum tidur.

'Okeh! Line clear! Senang kerja aku!'

Boboiboy berjalan terjengket-jengket menuruni tangga seterusnya keluar dari rumah. 

Langkah dihala ke kawasan belakang rumah.

Syncall yang terletak didalam poket dikeluarkan. Butang merah ditengah ditekan tiga saat.

Namun, setelah hampir lima kali mencuba, dia putus asa. Patutnya butang merah tersebut bertukar hijau. Kali ni langsung takde apa-apa hasil.

"Eh, Boboiboy?"

Boboiboy terkaku menghadap ke hadapan tanpa terdetik untuk pusing ke belakang. Dahlah pukul 1 pagi.

'Sape tuh? Suara dia macam Uncle Ghazali. Tapi.. bukan ke Uncle call Ali cakap yang dia tak boleh balik hari ni? Habis.. sape belakang aku nih?! Kalau aku pusing, dia akan cekik aku ke tak eh? '

"Boboiboy? Okay tak ni?"

Boboiboy tersentak akibat terasa bahunya disentuh perlahan. Siyes tak tipu. Dia betul-betul rasa nak nangis sekarang ni. Matanya perlahan-lahan berair.

"Hm? Boboib- "

"Ayah! Hantu panggil Boboiboy! Huwargh!! Hisk.. " Tanpa menunggu lebih lama, Boboiboy berlari masuk ke dalam rumah dengan menutup mata. Dan yep, dia langsung tak pandang belakang. Takut bebenor.

Bersemangat lari sampai tak tengok jalan, dia tersadung masa nak naik tangga.

"Ahk! Ayah! Hantu tarik kaki Boboiboy! Huwaa!! " Sekali lagi dia berlari lintang pukang masuk ke bilik. Nasib kali ni dia bukak mata. Tapi masih tak berani pandang belakang.

Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci. Terus dia naik katil dan berselubung dalam selimut. Jelas terlihat badannya terketar-ketar. Takut punya pasal.

Si hantu alias Dr. Ghazali terkebil-kebil di luar rumah. Gosh.. dia huduh sangat ke sampai kena panggil hantu? Bukannya dia pakai kain putih pun. Comel apa pajama dia. Warna biru lagi.

Dia sebenarnya nak bertegur dengan Boboiboy setelah seharian bekerja di pejabat. Memang dia ada call Ali, memaklumkan yang dia tak boleh pulang pada hari tu.

Alih-alih dia baru teringat dokumen yang tertinggal pagi tadi. Jadi, dia buat keputusan untuk balik last minit. Lebih kurang pukul 12 setengah.

Lepas mandi, terus dia turun ke ruang tamu dan ternampak Boboiboy kat luar rumah. Dah nampak macam Boboiboy tenung something, dia pun panggillah Boboiboy.

Nak panggil buat kali ketiga, dia dipanggil hantu. Hm, bertuah betul.

Baru je nak masuk kedalam rumah, matanya terpandang suatu alat yang bersinar di atas tanah. Tangannya segera mencapai alat tersebut. Dahinya berkerut seketika.

"Syncall? Dia nak call Amato ke tadi? Dah tu kenapa tak call? " soalnya kepada diri sendiri.

Butang merah ditekan. Tapi hasilnya sama seperti Boboiboy.

"Lah. Rosak ke? " Ghazali terangguk-angguk faham. Patutlah budak tu termenung je. Sebab Boboiboy tak bawa alatan untuk baiki Syncall tu.

Ghazali memasukkan Syncall kedalam poket sebelum masuk kedalam rumahnya.

.

.

.

"Hachum!"

"Haiya.. Kau okay tak ni Boboiboy? " soal si gadis cina. Wajahnya ketara memaparkan riak risau. Begitu juga dengan kawan kawannya yang lain.

"A-aku o-hachum! Okay. Hachum! " Sapu tangan ditekap pada mulut dan hidung.

"Macam mana kau boleh demam panas sangat ni? Semalam okay je aku tengok. " soal Fang.

Dia orang last yang berjumpa Boboiboy semalam. Ketika itu Boboiboy kelihatan sihat je. Pagi ni tetiba demam panas.

"A-aku jumpa hantu semalam. Hachum! " Fang dan yang lain mengerutkan dahi. Boboiboy ada sixth sense ke apa? Kenapa dia baru tahu?

"Kau boleh nampak benda tu ke Boboiboy? " soal Gopal takut - takut. Matanya meliar ke sekeliling bilik Boboiboy.

Soalan Gopal dibalas dengan gelengan perlahan oleh Boboiboy.

"Habis? " soal Gopal lagi. Ali hanya terdiam memandang Boboiboy. Kelihatan wajah Boboiboy memerah akibat demam panas.

"Kau ni Gopal. Tunggulah dia sihat dulu kalau nak tanya soalan pun. Haih.. " marah Fang. Yaya dan Ying turut memandang Gopal dengan pandangan membunuh.

"Erk! Okay okay! " Tangannya diangkat ke sisi tanda mengalah. Takut bhai kalau kena hempuk sekali lagi. Trauma.

Ali memandang Boboiboy risau.

"Nanti aku kena pergi sekolah. Korang kena pergi MATA. Habis, siapa yang akan jaga Boboiboy. Teruk semacam je demam dia ni. " ujar Ali. Yang lain terdiam.

Kali ni mereka tak boleh skip training sebab first training memang akan sibuk. Tambah tambah lagi ada perjumpaan penting dengan ketua teras. Rizwan dan Dos juga akan turut serta.

Tak tau sebab apa tetiba ada urgent call yang inform mereka tentang meeting yang jelas secara tiba-tiba itu.

"Uncle boleh jaga. " Serentak, kesembilan pasang mata memandang Ghazali yang baru memasuki bilik yang dihuni Boboiboy.

Setelah beberapa bab diabaikan, akhirnya Bellbot, Cattus dan Comot membuat comeback dalam cerita ini.

"Uncle tak kerja ke hari ni? " Soal Yaya kebingungan. Ali angguk mengiakan.

Ghazali menggelengkan kepala. "Tak. Lagipun Dato' Othman takkan perasan pun kalau Uncle tak datang kerja hari ni."

Mereka mengangguk dengan polos. Lol. Diorang tak tahu kalau Ghazali sebenarnya dah batalkan semua meeting dia pada hari itu. Nasib baik takde meeting penting bersama Dato' Othman.

"Okaylah kalau macam tu. Ali pergi dulu. " Ali melambai sebelum mencapai skuternya di pintu bilik Boboiboy.

"Kami pun. " ujar Fang. Serentak, mereka berlima berjalan keluar dari situ.

"Oh! Btw, Uncle. Kami dah sediakan breakfast dengan bubur kat dapur. Makan tau! Kami pergi dulu! " ujar Yaya sebelum menghilang di balik dinding.

Ghazali memandang Boboiboy sekilas sebelum mendudukkan dirinya di samping Boboiboy.

"Ahem.. Uncle.. nak mintak maaf. " ujarnya tanpa berselindung. Boboiboy menaikkan keningnya hairan.

"Kenapa? " soalnya dengan suara serak akibat sakit tekak.

"Semalam Uncle ternampak Boboiboy kat ruang tamu. Tu sebab Uncle tegur. Tak tahulah kalau Boboiboy boleh demam lepas Uncle tegur. " terang Ghazali panjang kali lebar.

Boboiboy membulatkan mata. Shock habes. Wajahnya yang memerah memaparkan wajah sebersalah.

"Boboiboy pun nak mintak maaf se-Hachum! Sebab panggil Uncle hantu. Hachum! " pinta Boboiboy tersekat - sekat. 

"Jap Uncle gi ambik panadol."

"Ta-Takpe.. Boboiboy o-Hachum! Okay.. " Boboiboy cuba melarang. Tapi Ghazali buat dunno je.

Wajah Boboiboy berkerut tidak suka. Selimut ditarik menutupi tubuh. Sejuk!

Nafas ditarik. Urgh! Dia benci kalau dia demam panas. Nak buat apa pun tak boleh! Bercakap pun dah macam apa dah.

Tak lama, Ghazali datang membawa panadol, semangkuk bubur dan segelas air putih.

"Meh makan dulu. Pastu makan ubat. "

Boboiboy menggelengkan kepalanya pantas. Ghazali memandang Boboiboy dengan wajah derp. Budak ni nak kena ni.

"Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Meh makan. " panggilnya sekali lagi. Dan mendapat reaksi yang sama.

"Kita gi hospital. " Tanpa bantahan, Boboiboy terus menganggukkan kepalanya bersetuju untuk makan. Dia benci ubat. Secara automatik membenci hospital, tempat ubat - ubatan dilahirkan. Full of aroma. Dahlah pahit.

Dengan penuh rasa tidak rela, Boboiboy makan semangkuk bubur dan sebiji panadol.

"Rehat dulu. Nanti Uncle ada something nak cakap. " Pesan Ghazali sekali lagi dibalas dengan anggukan.

Lantas, Ghazali keluar agar tidak mengganggu waktu rehat Boboiboy.

.

.

.
__________

Bonjour! Sorry for the long waiting! Harap suka dengan chap nih even ayat terbalik apa sume.

Thanks for reading! Do vote and comment kay. Ia buat Nez bersemangat menjalani hari dengan hebat-pfft jk.

Tbh, Nez rasa semangat nak update bila dapat vote and positive comment dari you guys. It shows your support to me.

K, i guess that is it. So, bye guys! C u in the next chap soon! I guess ;-;

Continue Reading

You'll Also Like

597K 30.2K 59
A Story of a cute naughty prince who called himself Mr Taetae got Married to a Handsome yet Cold King Jeon Jungkook. The Union of Two totally differe...
668K 24.4K 99
The story is about the little girl who has 7 older brothers, honestly, 7 overprotective brothers!! It's a series by the way!!! 😂💜 my first fanfic...
184K 6.6K 94
Ahsoka Velaryon. Unlike her brothers Jacaerys, Lucaerys, and Joffery. Ahsoka was born with stark white hair that was incredibly thick and coarse, eye...
1M 39.8K 92
𝗟𝗼𝘃𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗮𝘀 𝗹𝗶𝗸𝗲 𝗽𝗹𝗮𝘆𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗳𝗶𝗿𝗲, 𝗹𝘂𝗰𝗸𝗶𝗹𝘆 𝗳𝗼𝗿 𝗵𝗲𝗿, 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗲𝘀 𝗹𝗼𝘃𝗲 𝗽𝗹𝗮𝘆𝗶𝗻𝗴 𝘄𝗶𝘁𝗵 �...