H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N49

1.9K 312 89
By leimonadd

PINTU kereta ditutup sebelum kereta yang berlalu pergi Wareesa hantar dengan pandangan mata sahaja. Sekejap cuma sebelum dia menoleh memandang Waseem. Terkejut sekejap bila nampak mata lelaki itu terarah kepadanya. Lagi, bibir lelaki itu tak lekang daripada senyuman. Buat Wareesa terpaksa pandang arah lain sebab segan.

Teringat sesuatu, laju Wareesa geledah tote bag sendiri. Nak keluarkan purse dan duit. Tambang Grab tadi, Waseem yang bayarkan. Tak sempat dia nak mendengar sebut harga, laju lelaki itu kata keep the change. Abang Grab pun bukan main happy lagi.

"Berapa duit tambang tadi? Saya bayar semula." Soal Wareesa. Tangan dah mula mengira berapa not kertas yang dia punya. Harap-harap lah cukup. Hampir sejam juga mereka berada dalam Grab tadi. Itu sahaja dah tunjuk yang perjalanan mereka jauh dari sini.

Tidak mendengar sebarang balasan buat Wareesa angkat kepala. Dan serentak bila pandangannya jatuh pada wajah Waseem, lelaki itu tersenyum dan menggeleng kecil. Berkerut dahi Wareesa dibuatnya.

"Apa?"

"Tak payah bayar. Saya belanja." Ucap Waseem sambil tersenyum kecil.

Wareesa hanya diam dan pandang Waseem kosong sebelum dia mengangguk kecil tanda bersetuju. Apa-apa sahaja lah. Dia tak mahu gedik-gedik buat tarik dan sorong duit di depan pagar rumah ini. Sudah lah Pak Mujib pun memerhati aje di pondok pengawal.

Duit disimpan semula, begitu juga dengan purse dusty pinknya. Dan sesudah itu, dia curi lihat Waseem. Alih pandang terus bila tertangkap dek Waseem. Lah! Mana dia tahu lelaki itu juga pandang dirinya.

Diam antara mereka. Tak tahu nak buat apa. Bagi Wareesa, takkan dia nak jemput Waseem masuk pula ke dalam rumah. Satu, ini bukan rumah dia. Rumah dia yang betul, di stor sederhana besar di belakang rumah itu. Kedua, gila ke apa nak bawa anak teruna orang masuk rumah malam-malam begini? Kalau mahu kena parang dengan Cik Puan Tihani, mahu kena bedal dengan Cik Zee, persilakan lah.

Waseem pandang Wareesa yang hanya kosong memandang pagar rumah. Dan bila pandangan mereka bertembung, tenang dia ukirkan senyum kecil.

"Kenapa awak kat sini ya?" Dan soalan itu muncul setelah lama mereka berdiam diri. Soalan daripada Wareesa semestinya.

Waseem hanya senyum sekali lagi. Tangan yang berada dalam poket seluar dibawa naik memeluk tubuh sendiri. Pagar besar rumah banglo tiga tingkat dipandang kosong.

"Hantar awak balik lah." Balas Waseem mudah. Tak sedar balasan itu dah hangatkan pipi Wareesa.

"Saya boleh balik sendiri." Omel Wareesa perlahan.

Waseem senyum lagi. Wareesa yang dah tunduk pandang kaki dia pandang tak lepas.

"Takpe lah saya nak hantar. Tahu tak sebab apa?" Soal Waseem.

Wareesa angkat wajah. Dahi berkerut. Allah! Jangan kata Encik Crush ni nak buat pick-up line pula depan pagar rumah malam-malam begini. Tak kuasa dia nak melayan. Tak tertahan nanti jantung menerimanya.

"Kalau saya tak nak tahu boleh?" Pinta Wareesa.

Kini, dahi Waseem pula yang berkerut. Tapi, bersama kerutan itu, ada senyuman di bibirnya.

"Kenapa pula tak nak tahu?"

"Sebab mungkin akan kedengaran cringe." Balas Wareesa selamba.

"Awak tak cakap lagi pun, saya rasa bulu tengkuk saya dah meremang." Tanpa sempat Waseem balas, Wareesa sambung lagi katanya.

Mendengarkan balasan Wareesa, lepas terus tawa Waseem. Wareesa yang tak tahu kenapa Waseem ketawa turut terhibur. Lebih kepada terpukau dahulu sebenarnya.

'Ya Allah. Aku dapat dengar dan lihat ketawa dia depan mata aku sendiri! In person! Bukan dalam phone! Indahnya!'

"You made my day, Reesa. You really do." Habis tawa, ucapan itu yang Waseem lontarkan.

Pipi memerah sedikit. Ini memang luar sangkaan. Macam mana dia yang baru berjumpa dengan Waseem ini, boleh dilabel lelaki itu sebagai seorang yang menceriakan hari lelaki itu. Apa sepanjang hari lelaki ini sedih ke?

"And you're cute too."

Tak sangka, makin memerah pipi Wareesa. Terkebil-kebil dia di situ memandang Waseem dengan pipi merahnya. Ya ampun, lelaki ini! Tiba-tiba sangat!

"You're even cuter when you blush."

Terus Wareesa pegang pipinya. Wajah pun dikalihkan. Mata tertutup rapat. Sudah! Nak tutup macam mana ni perasaan malu dia kini. Eee, pipi ni! Biasa-biasa aje lah! Jangan lah gatal sangat nak ubah-ubah warna. Waseem pun! Diam aje lah! Ini sibuk nak menegur. Buat dia punya pipi jadi makin merah ada lah. Tak membantu langsung!

"Ish!" Sudahnya itu sahaja yang Wareesa mampu ucapkan.

"Awak balik lah." Dan setelah itu, Wareesa menghalau. Lantak lah dikata sombong ke, kerek ke, apa ke. Dia tak peduli. Dia lagi peduli dengan keadaan dirinya yang mungkin boleh pengsan bila dengan Waseem untuk waktu seterusnya.

Waseem hanya senyum.

"Tapi saya tak bagitahu lagi kan kenapa saya nak hantar awak balik."

Wareesa pandang Waseem dengan dua tangan di pipi. Dahi berkerut. Pelik dengan Waseem yang beria hendak beritahu. Lelaki ini mungkin ada masalah tak boleh terima jawapan tidak agaknya. Tadi, dia dah pun tolak ajakan Waseem untuk lari bersama. Tapi, tengok. Ikut juga dia sampai depan rumah. Sekarang ini, dia tak nak dengar sebab pun, lelaki itu masih nak beritahu.

"Boleh tahan degil juga ya awak ni." Kutuk Wareesa selamba.

Waseem lepaskan tawa.

"Awak pun apa kurangnya."

Wareesa julingkan mata.

"Mungkin sebab tu kita selalu berjumpa. Mungkin jodoh?"

Boom! Wareesa tak dapat tahan dah. Terus dia hentak kaki sekali dan terus dia pusing badan, mahu beredar dari situ. Tak peduli dah dengan Waseem. Makin dia berlama, makin dia boleh jadi gila.

Melihatkan riaksi Wareesa, Waseem lepaskan tawa sebelum laju dia menahan Wareesa dengan menarik tote bag yang tergantung di bahu Wareesa. Terhenti Wareesa di situ. Dia senyum tenang, tapi tak tahu yang Wareesa tengah tahan hati sekarang. Nak je dia menjerit halau Waseem. Dah dah lah tu buat jantung dia jadi tak berapa normal tiba-tiba.

"Kejap lah. Jangan masuk rumah lagi." Waseem meminta tenang.

Wareesa kehairanan. Tote bag direntap sedikit sebelum dia menoleh pandang Pak Cik Mujib yang dah makin seronok memerhati di pondok pengawal. Kemudian, dia pandang Waseem. Dah kenapa tiba-tiba perangai Waseem jadi macam ni? Ke lelaki ini memang macam ni? Apasal macam gedik pula ni? Crush dia macho ya. Bukan gedik macam ni.

"Awak nak apa ni? Gedik lah." Sekali lagi, Wareesa melepaskan kata dengan selamba sehingga terletus tawa kecil Waseem.

"Tak boleh ke nak gedik-gedik macam ni?" Soal Waseem, melayan lepas kata Wareesa.

Wareesa buat muka menyampah.

"Buat lah kat orang lain. Kat girlfriend awak ke."

Waseem senyum lembut.

"Tengah buat lah ni."

Boom! Wareesa sekali lagi tak dapat tahan. Terus dia menoleh mahu pergi dari situ. Tapi, belum sempat dia pusing, Waseem lebih cepat menarik tote bag yang dipakainya, buat Wareesa terdorong sedikit ke belakang. Tak tahan, Wareesa hentak kaki dan mengerang tidak puas hati di situ.

"Eee! Mengada lah! Nak apa ni?" Soal Wareesa. Nada tak kasar, tapi lebih kepada penat nak melayan Waseem versi yang dia langsung tak pernah lihat dan bayang pada diri Waseem.

Waseem lepaskan pegangannya dari tote bag Wareesa. Dan Wareesa hanya melihat tanpa bersuara.

"Saya dah hantar awak balik. Sekarang giliran awak pula." Kata-kata Waseem buat Wareesa keritkan dahi entah umtuk kali ke berapa. Pelik sangat lah Waseem ni. Macam mana dia boleh end up dengan lelaki ini sekali lagi? Tak termasuk dek akal betul lah.

"Huh?"

Waseem hanya angguk dan peluk tubuh.

"So, awak nak saya hantar awak balik pula lah. Macam tu?" Soal Wareesa sambil peluk tubuh juga. Tak puas hati aje dia pandang Waseem sekarang. Dia sudah lah dah mula penat. Encik Crush depan ni pula sibuk nak tunjuk perangai pelik-pelik pula.

Waseem diam. Riak wajahnya seperti sedang fikirkan sesuatu.

"Well..."

Waseem jatuhkan tangan.

"Saya tak terfikir pula macam tu. Tapi, kalau awak nak hantar saya balik takde masalah. Boleh awak jumpa ibu. Sejak ibu tertengok sekali live Yara dengan awak, ibu tak habis-habis sebut nama awak." Tanpa Wareesa minta, Waseem dah ceritakan sesuatu yang kembali buat pipi Wareesa hangat.

Satu, lelaki itu okey dengan idea dia menghantar lelaki itu pulang.

Dua, fakta yang Ibu Ayunin sertai live dia bersama Yara. Sertai. Maknanya, lelaki ini buka dan lihat sebelum Ibu Ayunin join sekali tengok.

Tiga, Ibu Ayunin yang tak henti-henti sebut namanya kerana ingin berjumpa.

Apakah?

"So, jom." Waseem mengajak namun Wareesa pantas menggeleng.

"Tak nak?" Soal Waseem. Dan Wareesa mengiyakan. Gila apa balik jumpa Ibu Ayunin. Itu ibarat jumpa mak mertua tahu tak? Sudah lah dia tengah selekeh sekarang.

"Okey. Kalau macam tu, come."

Dahi Wareesa berkerut tak faham. Sah Waseem ni degil. Atau tak faham bahasa. Kenapa diajak lagi sedang dia memang menolak tadi?

"Chop! Kan saya cakap tak nak. Lagi satu..." Wareesa hentikan kata. Argh! Dia mungkin akan benci diri sendiri sebab ternampak kerek di hadapan Waseem, tapi apa-apa sahaja lah. Dia tak suka didera begini. Waseem semacam memberi harapan yang dia sendiri takut untuk percaya.

Waseem menunggu dengan sabar.

"Awak come come, jom jom dengan saya ni, nak ke mana? Awak tahu tak yang kita ni tak kenal pun antara satu sama lain. Hanya nama. Saya Wareesa, awak Waseem. Tu je! Kita tak lebih dari tah---"

"That's why, come." Waseem memotong kata Wareesa dengan ajakan lembut sekali lagi.

Kelu ludah Wareesa. Tiba-tiba penat. Penat berdebar dengan setiap satu perbuatan dan kata Waseem.

"Ke mana?" Lemah Wareesa bertanya.

Waseem senyum. Dia menghampiri Wareesa sebelum dia pegang bucu tote bag Wareesa.

"Get our simple dinner and do some ice breaking."

Terkebil-kebil mata Wareesa. Jap. Nak hadam.

"I want to know more than just your name."

Pipi hangat seraya kaki bergerak sendiri mengikut Waseem yang dah mula menarik tote bagnya perlahan. Damn! Wareesa dah macam kena pukau. Hailaa Waseem Ahda!

*💐 ੈ♡

BARU sahaja tangan Wareesa ingin menolak pintu kaca kedai serbaeka Family Mart, tangan Waseem lebih cepat bergerak dan menolaknya. Terkebil-kebil seketika Wareesa melihat Waseem yang dah senyum kecil dan membuka pintu luas untuk dia masuk dahulu. Dengan senyum kekok, Wareesa ucap terima kasih dan boloskan diri masuk ke dalam premis kedai itu.

Dah masuk, dia tunggu Waseem. Dan bila Waseem berdiri sebelah dirinya, Wareesa bagi isyarat untu Waseem ambil langkah terlebih dahulu. Biar dia ekori di belakang sebab dia sendiri tak jelas kenapa mereka di sini. Bukan tadi Waseem kata nak 'simple dinner' ke? Kenapa mereka di sini pula?

Loading... Otak macam terfikir sesuatu bila persoalan itu datang dalam kepala. Dan tak lama selepas itu, satu soalan muncul. Soalan yang buat dia pandang Waseem dengan pelik. Sampai tak jadi orang tu nak angkat kaki dan ikut arahan Wareesa tadi.

"Kenapa?" Waseem yang perasan dengan riak pelik Wareesa, mula bertanya soalan.

Terkebil-kebil sekejap mata Wareesa sebelum dia peluk tubuh. Pandang Waseem yang setia menunggu apa yang dia akan katakan tanpa banyak bunyi. Malah Wareesa perasan yang lelaki itu makin galak tarik senyum ada lah. Apa yang buat lelaki itu suka pun dia tak pasti.

"Kita datang sini untuk...?" Wareesa gantungkan ayat. Nak suruh Waseem fill in the blank.

Waseem senyum lagi. "Get our simple dinner of course."

Dan usai kata begitu Waseem terus ambil langkah dan berlalu pergi. Ke kaunter yang menjual Oden. Wareesa hanya pandang sebelum dia ikut melangkah ke arah yang bertentangan.

Menuju ke rak yang tersusun penuh pelbagai jenis makanan. Haih. Dia nak datang sini pun fikir dua tiga kali sebab makanan-makanan yang dijual boleh tahan mahal juga. Untuk dia yang berjimat ini, mahal lah.

Ingatkan lelaki ini nak bawa pergi kedai Tom Yam. Hehehe.

"Tak perlu nak berharap sangat lah. Kau bukan girlfriend dia sampai dia nak ajak pergi makan kat restoran bagai." Omel Wareesa perlahan.

Makanan yang tersusun di hadapannya dipandang penuh teliti. Nak tengok sedap ke tak, satu. Nak tengok mengenyangkan atau tidak, dua. Nak tengok mahal ke tak, tiga. Dia bukan bawa banyak duit pun. Kalau Waseem tak bayar duit tambang tadi, dah kosong dah purse dusty pinknya. Hanya ada beberapa kupang duit sahaja.

Jadi, pilihan kena betul dan berbaloi!

"Nak makan apa lagi?"

Dan terlompat kecil Wareesa di hadapan rak makanan bila ditegur Waseem tiba-tiba. Auto jeling tajam dia kepada lelaki itu. Tapi, Waseem tenang sahaja senyum dan ucap kata maaf. Lembut aje. Yang nak marah pun, tak jadi nak marah. Haih. Ini payah bila hati dah suka sangat. Cepat aje hati cair jadi air.

Berdiri tegak, Wareesa jongket bahu. Beberapa makanan dia sentuh tapi takat sentuh sahaja lah sebab tiada yang menarik seleranya lagi.

"Tak tahu. Saya tak biasa beli makanan dekat sini." Kata Wareesa seraya mula bergerak. Mahu tengok makanan lain pula.

Waseem mengangguk kecil dan mengekori Wareesa dari belakang. Diam-diam dia pandang Wareesa. Setiap gerakan tangan Wareesa dia perhati. Setiap raut wajah Wareesa dia perhati. Dan tanpa sedar, dia sudah tersenyum kecil.

"Nak saya tolong?" Soalan Waseem buat Wareesa menoleh.

'Lah! Mamat ni kat sini lagi? Ingatkan dah pergi.' Bisik Wareesa dalam hati. Tak sangka Waseem sabar mengekorinya.

Wareesa senyum dan menggeleng kecil.

"Takpe, takpe. Awak bayar lah makanan awak." Rasa menolak penuh sopan seraya menghalau Waseem dalam diam. Dia dah mula rasa diri tak normal dia nak mai ni.

"Kita bayar sekali lah. Saya belanja." Kata-kata Waseem buat tangan Wareesa terhenti.

"Hah?"

"Kan saya ajak awak ke sini, jadi saya belanja lah." Balas Waseem.

Terdiam Wareesa.

"Oh."

Waseem mengangguk.

"Tak nak lah."

"Nak lah."

Terkebil-kebil Wareesa mendengar suara separuh merayu Waseem. Mak aih! Lembut betul! Lunak betul! Gedik betul! Rasa nak tumbuk-tumbuk Waseem sekarang ini. Siapa suruh comel sangat ni?! Hati dia tak boleh terima lagi!

"Saya konfius lah. Awak memang gedik macam ni ke? Dalam IG Live awak lain." Tanya Wareesa. Lurus dia pandang Waseem tapi bila dia lihat riak terkejut Waseem, dahi berkerut pelik.

'Aku ada salah cakap ke?'

Ulang tayang kembali kata-katanya dalam kepala.

"Saya konfius lah. Awak memang gedik macam ni ke? Dalam IG Live awak lain."

"Dalam IG Live awak lain."

"Dalam IG Live awak lain."

Macam kaset rosak, buat mata Wareesa makin membulat setiap putaran kata itu bermain dalam kepala. Laju kemudiannya dia menoleh untuk sorokkan pipi yang dah hangat. Kantoi masuk IG Live Encik Crush!

'Bengong, Reesa! Bengong!'

Menoleh kembali kepada Waseem, dia nampak lelaki itu dah senyum senget. Allah! Maca, kena ejek depan muka oleh Waseem. Masa tu bukan main kerek tanya nak kena follow IG ke bagai. Last-last, kantoi sendiri. Walau tak follow tapi ikut sertai Live yang dibuat lelaki itu.

"Awak nak belanja kan?" Wareesa terus tukar topik. Kalut tapi smooth aje. Tambah lagi dengan tangan tak henti tarik satu persatu makanan yang dia lihat dan letak dalam bakul yang Waseem pegang.

Waseem hanya menggeleng kecil seraya hamburkan tawa kecil. Setiap langlah Wareesa dia ekori dengan tenang namun tawa kecil kadang-kadang terpacul keluar juga. Tak tahan lihat sisi Wareesa yang kalut nak cover diri sendiri. Dah kantoi tu, kantoi aje lah.

Waseem tak boleh nafi rasa hangat yang singgah dalam hatinya sekarang.

"Comel lah." Kata Waseem selamba.

Wareesa buat bodoh. Dia tak nak malukan diri sekali lagi. Mana tahu Waseem sebut comel kepada mana-mana desert yang ada di depannya ini. Cukup sekali tadi. Dia tak nak ulang dah. Wareesa kalau dah bengong, takde siapa yang boleh halang selain dirinya sendiri.

Waseem senyum. Perasan yang Wareesa tak nak melayan. Dan dia pun tak kesah. Tengok pipi merah itu dia dah puas hati. Dah cukup mencuit hati lelakinya.

"Awak ambil banyak-banyak ni boleh habiskan tak?" Soal Waseem. Bakul yang dia pegang dilihat sekilas. Dah setengah bakul penuh dengan makanan sahaja. Tak masuk lagi minuman nanti.

Tangan Wareesa berhenti. Dia pandang ke dalam bakul. Kemudian dia pandang Waseem.

"Tak nak belanja dah ke kalau banyak macam ni?" Soal Wareesa spontan dan itu buat Waseem hamburkan tawa.

"Takde lah. Saya belanja, saya belanja. Awak nak apa lagi?" Kata Waseem. Tak mahu Wareesa salah faham. Dia okey aje nak belanja gadis itu. Dengan berbesar hati.

Wareesa macam ragu-ragu. Serba salah pula. Banyak juga dia ambil ni. Dah lah main ambil aje, tak tengok harga. Entah berapa puluh ringgit berhabis ini. Dah lah dia tengok dalam bakul ini semua makanan yang dia seorang sahaja ambil. Makanan pilihan Waseem tiada pun.

"Macam mahal aje. Saya simpan balik lah." Kata Wareesa. Tangan dah bergerak mahu keluarkan beberapa jenis makanan tapi bila bakul ditarik pergi oleh Waseem, tangan Wareesa berhenti separuh jalan.

"Hmm?" Soal Wareesa.

"Takde yang mahal untuk future. Jadi, jangan segan-segan."

Puff! Pipi hangat semula. Bengong! Yang tak nak segan pun boleh jadi segan lah kalau dengar ayat macam tu!

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
89.6K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
45.7K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...