H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N47

2K 300 66
By leimonadd

WAREESA menunggu Yara bersendirian di sebuah meja kosong di penjuru dewan. Rasanya dah hampir sepuluh minit juga gadis itu dan itu buat Wareesa menggeleng perlahan dan tersenyum kecil. Dalam kepala dapat bayangkan bagaimana gembiranya Yara melihat makanan-makanan yang disajikan. Mesti suka sangat! Lagi-lagi di bahagian dessert. Itu yang lama dibuatnya. Dia pun sempatlah tengok tetamu yang sama beberapa kali.

Kepala menunduk lihat dress yang tersarung di tubuhnya. Menatap segala perincian di dress itu, Wareesa tarik senyum. Siapa sangka dia berpeluang pakai dress mewah seperti ini. Tanpa sedar, tangan dah mengusap perlahan setiap perincian mutiara di dress itu. Sambil itu senyum kecil, namun sekejap cuma sebelum telinganya menangkap merdu alunan piano. Terus wajah diangkat.

Mata melilau mencari dari mana datangnya alunan piano itu dan tidak lama kenudian matanya terarah pada satu arah. Di situ ada piano. Dan di situ ada seorang lelaki yang nampak tenang menekan setiap papan piano sehingga terhasil satu alunan yang sangat merdu.

Wareesa sedar, dengan adanya alunan piano itu, dewan yang tadinya agak bising mula hilang bisingnya sedikit demi sedikit. Mungkin mereka juga terkesima sepertimana dia terkesima sekarang. Tapi, mungkin tak tongkat dagu dan tersengih seperti dia lah. Hehehe.

"Hei!"

Tersentak kecil Wareesa bila ditegur tanpa sedar dari arah belakang. Suara Yara mengekek ketawa buat dia menoleh dan menjeling tajam gadis itu. Tapi, Yara menjadi Yara. Mana lah dia nak takut dengan sebuah jelingan sahaja.

"Kau tahu, rambang mata aku nak pilih makanan. Rasa nak makan semua benda!" Cerita Yara sambil meletakkan dua buah pinggan yang penuh dengan makanan di atas meja. Steelah itu, kerusi di sebelah Wareesa ditarik dan didudukinya.

Wareesa menggeleng perlahan.

"Ini makanan aje semua. Mana air kau? Dan aku agak terkejut sebab kau tak ambil dessert." Kata Wareesa. Makanan yang ada di atas pinggan dia pandang. Memang macam semua makanan ada pada pinggan Yara. Bertuah!

Yara sengih.

"Apa kata kau ambilkan? Aku tak cukup tangan dah nak ambil. Penuh tangan." Kata Yara, separuh merayu. Mata dikelip-kelip laju. Ingat comel lah tu?

Sekali lagi Wareesa menggeleng perlahan dengan perangai Yara. Tapi, apa boleh buat. Dah namanya kawan.

"Ramai orang tak?" Tanya Wareesa. Dia mula bangun dari duduknya. Giliran dia pula ambil makanan.

Yara menggeleng perlahan sambil sibuk terjenguk-jenguk seperti sedang mencari sesuatu. Melihatkan tingkah Yara itu, dahi Wareesa berkerut. Pelik. Apa yang Yara cari?

"Kau cari apa?" Tanya Wareesa, tanpa sedar dah ikut terjenguk-jenguk juga.

Yara pandang Wareesa. Wareesa pandang Yara. Kemudian Wareesa jungkitkan kepala tanya apa guna bahasa isyarat.

"Mana datang bunyi piano tiba-tiba ni?" Tanya Yara.

Wareesa julingkan mata. Itu sahaja rupanya. Terjenguk-jenguk macam cari jodoh yang mungkin takkan munculkan diri. Tanpa kata, Wareesa tunjuk satu arah dan Yara ikut pandang. Terus senyum dia. Hah. Senyum tu bukan senyum biasa tau. Macam ada biasan gatal sikit.

"Hensem noh!" Yara memuji. Mata masih memandang tapi tangan dah mula capai garfu dan cucuk makanan, ngap selamat masuk mulut.

"Boleh lah aku bayangkan dia tengah buat persembahan istimewa untuk aku di tengah-tengah dinner date kitorang." Ayat ulat bulu akhirnya muncul setelah sekian lama ia disimpan rapi. Mula dah dia. Mula dah...!

"Berangan lah kau!" Kata Wareesa sambil menolak lembut bahu Yara. Gadis itu tak marah, cuma sengih sahaja.

"Romantik sungguh!" Sambung Yara.

"Ikut kau lah! Kau jangan buat perangai gila bawa makanan duduk kat sebelah piano pulak. Buat malu aje nanti." Perli Wareesa dan itu datangkan cemberut di wajah Yara.

"Tahu lah! Dah pi sana! Ha, kau tu! Jangan lama sangat ambil makanan." Pesan Yara.

"Kau ingat aku macam kau ke? Dah sepuluh minit tapi bila sampai, tak sudah lagi makanan yang nak kena ambil." Sekali lagi Wareesa memerli.

Yara senyum sinis.

"Memang lah. Mana tahu, kau dah siap ambil makanan tiba-tiba tengah jalan muncul jodoh mata biru. Cayaq kau kat situ. Stuck lah aku seorang diri kat sini. Forever alone ditinggalkan." Kali ini, giliran Yara pula memerli.

Wareesa julinglkan mata dan sekali lagi dia tolak bahu Yara perlahan. Malas nak cakap dengan Yara. Ada sahaja akal mahu melawan kata. Sudahnya, Wareesa mula mengorak langkah ke tempat makanan. Penuh berhati-hati.

Sepanjang perjalanan nak ke tempat makanan, telinga Wareesa dihalwakan dengan bunyi alunan merdu piano yang dimainkan. Terasa macam watak utama dalam sebuah cerita pula dia rasa. Tambah lagi dengan dia yang berpakaian begini serta mata-mata yang tak putus-putus memandangnya sepanjang dia berjalan. Lepas tu, dia kena senyum pula kepada mereka apabil pandangan mata bertembung.

"Oh, Wareesa. Cukup lah Yara seorang sahaja yang berangan." Bisik Wareesa perlahan. Tak mahu didengari siapa-siapa.

Wareesa terus berjalan. Alunan piano terus menemain. Pandangan mata terus mengekori. Sumpah Wareesa rasa, ini adalah detik yang paling lama dia lalui setelah berdiri di atas pentas waktu pembukaan majlis tadi. Ya Allah!

Wareesa dapat rasa wajahnya dah mula hangat sendiri. Buat dia terpaksa tekup pipi dengan tangan sendiri. Memang hangat. Oh! Pasti pipinya dah memerah saat ini.

Mata pandang hadapan. Dia mula nampak tempat makanan. A few steps more!

"Rileks, Reesa. Rileks!" Kata Wareesa perlahan sambil menghembus nafasnya perlahan-lahan. Tak mahu nampak dia terlalu gelabah sekarang.

Lima langkah.

Empat langkah.

Tiga langkah!

Dua langkah!!

Satu langkah!!!

Dan Wareesa lepaskan nafas lega sambil tersenyum lebar sendiri. Pelayan yang memberinya pinggan disapa dengan senyuman lebarnya. Pelayan itu pun senyum kembali. Cair sekejap sebab manis senyumannya. Hahaha! Apa-apa pun, mari kita kembali mengambil makanan.

Setiap satu juadah yang dihidangkan Wareesa pandang sambil menelan air liur perlahan. Mak aih! Baru dia tahu kenapa Yara lama sangat di sini tadi. Memang rambang mata betul! Memang macam nak pilih semua makanan!

Rasa macam tengah tak senonoh, Wareesa pandang kiri kanan. Mujur dia seorang sahaja yang berada di sini. Pelik juga dia kenapa dia seorang sahaja di sini. Wareesa malas mahu ambil peduli. Makanan kembali dipandang. Satu persatu nama makanan yang terhidang Wareesa baca.

The Courtyard Chicken Rice, The Pavilion Nasi Goreng, Spaghetti Aglio E Olio, The Club Sandwich, Mushroom Cream Soup, Soto Ayam Berempah, Classic Caesar Salad, Keropok Lekor dan Vietnamese Spring Rolls.

Terkebil-kebil mata Wareesa. Mak aih! Memang berpinar matanya sekarang. Tu tak tengok lagi bahagian dessert.

Crispy Fried Chinese Pancake And Lotus Paste, Chilled Mango Sago, Pandan Kaya Creme Brule, Double Chocolate Cake dan Ice Creams! Urgh! Mengiurkan.

"Faham kenapa Yara lama. Faham." Omel Wareesa sendiri. Sambil itu tangan dah mula bergerak nak ambil makanan.

Wareesa ambil sesenduk Nasi Ayam kemudian apa yang di samping dengannya. Timun sepotong, tomato sepotong, salad sekeping tapi ayam bahagian wing diambil dua ketul. Wareesa sangat sukakan chicken wing!

Wareesa bergerak lagi. Kali ini mahu ambil segulung spaghetti letak atas pinggan. Semasa dia sedang ambil itu, tiba-tiba sahaja ada satu suara garau yang menegur dari arah belakang.

Menoleh Wareesa dan tak sangka orang yang menegur itu boleh buat dia terkesima seketika.

"Hai."

Atas bawah, atas bawah Wareesa pandang Nafis.

"Why you're looking at me like that?" Nafis bertanya. Bibir dah ukir senyum.

Wareesa geleng kepala seraya menunduk. Uih! Bahaya sungguh mata. Macam tak pernah tengok lelaki pakai tuxedo aje. Tapi, meh tengok lagi sekali. Nafis nampak lain hari ini. Bukan sebab tuxedo blue black yang dia pakai. Bukan juga kerana bow tie yang berwarna putih itu. Hmmm.

"Jangan salah sangka, tapi awak nampak lain sikit." Kata Wareesa seraya mengalihkan pandangan. Malu lah tengok anak teruna orang lama-lama. Mari larikan fokus sepada makanan pula.

Nafis tergelak. Walau Wareesa tidak pandang, rambutnya yang baru sahaja dia potong undercut disentuh. Sengih suka bila ada yang perasan.

"Saya potong rambut." Usai Nafis memberitahu, Wareesa terus menoleh pandang rambut Nafis. Dia cuba ingat semula bagaimana penampilan Nafis sebelum potong rambut. Dia ingat-ingat lupa pula. Takpe lah, tak penting.

"Nice." Puji Wareesa pendek sebelum dia pandang makanan semula. Bukan sombong, tapi malu.

Weh! Nafis dah di sini! Maknanya Waseem dan Ilman juga di sini. Oh, tidak! Nafis dah nampak dia begini. Maknanya peratus untuk Waseem nampak dia begini juga tinggi lah kan? Oh tidak! Dia mahu naik bilik hotel dan tukar baju sekarang juga! Waaahhhh! Mula lah ni langkah nak jadi cangung. Badan nak jadi keras.

'Okey, Reesa. Tenang.' Mode kawal diri on.

Nafis senyum. Sebuah pinggan yang dihulur pelayan dia sambut. Wareesa yang dah merah muka dan tunduk sahaja semasa ambil makanan dia kerling. Seketika sebelum dia memandang kiri dan kanan. Takde sesiapa.

"Awak tak nak tanya ke saya sampai bila, dengan siapa, dah jumpa uncle ke?" Nafis bertanya sambil tangan turut sibuk membawa makanan masuk ke dalam pinggan seperti Wareesa juga.

Sekilas Wareesa memandang Nafis. Dan bila tembung mata dengan Nafis, laju dia larikan pandangan mata.

"Oh. Awak dah lama sampai?" Soalan pertama seperti yang Nafis inginkan, Wareesa lontarkan.

Nafis senyum.

"Baru aje. Dalam lima belas minit yang lepas." Jawapan, Nafis berikan.

Wareesa lepaskan nafas lega. Bagus! Maknanya tak dilihatlah kan dia di atas pentas tadi? Bagus!

"De---Dengan siap---siapa awak datang?" Eh, gagap tiba-tiba! Tibeh sangat nyah! Muka pun tak payah cakap. Makin menyerlah gamaknya natural blush dia.

Nafis senyum.

"Ilman dan of course." Nafis diam. Wareesa terus pandang Nafis. Yalah. Tiba-tiba berhenti kata.

"Waseem." Tepat nama itu disebut Nafis bila Wareesa menoleh. Damn!

Puff!!! Suhu wajah makin meninggi. Terus Wareesa alih pandang.

'Calm down, calm down, my heart!'

Parah ni. Baru sebut nama, dah jadi tak keruan begini. Kalau tuan badan yang muncul bagaimana?

"Oh." Wareesa diam lepas satu oh. Bagus. Dah tak reti bercakap.

Nafis senyum.

"Kitaorang dah jumpa uncle tadi. Give him our wishes and he ask us to take a place. Eat and chatting with one of her angel."

Kaku Wareesa. Lambat-lambat dia pandang Nafis dan Nafis, bila menerima pandangan Wareesa terus tarik senyum manis. Kiri kanan dia pandang sebelum dia pandang Wareesa kembali.

"And I guess you are the angel. Kan?"

Puff!

Kelu. Malu. I blushing, you!

Splash!

"Haaa?"

Buntang mata Wareesa, melopong mulut Nafis. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum pandangan masing-masing jatuh pada dress putih Wareesa yang sudah basah dan bertompok warna merah di bahagian perut. Lelaki yang baru sahaja tersadung dan tertumpahkan minuman di dress Wareesa, dipandang tanpa berkelip.

"Oh, miss! I'm sorry. I'm so sorry!" Lelaki itu segera memohon maaf dengan bersungguh. Mata-mata yang memandang mereka langsung tidak dihiraukan bahkan dia berkali-kali mengulangkan kata maaf.

Wareesa tak mampu kata apa. Hanya mampu pandang tompokan merah besar itu dengan fikiran yang dah kosong. Otak masih terkejut mungkin.

"I'm so sorry!" Ujar lelaki itu lagi. Sapu tangan yang terlipat cantik pada poket tuxedonya ditarik keluar dan tanpa fikir panjang terus dia menyapu bahagian dress yang bertompok merah itu.

"Hei!" Terjerit Wareesa di situ kerana terkejut. Lelaki itu pun terkejut sama bila dengar jeritan kecil Wareesa itu. Terhenti gerakan tangannya.

Wareesa malu. Dia tak tahu nak sorokkan wajahnya. Dia malu. Kaki dia pun terpaku, tak mmapu nak larikan diri.

"Kenapa ni?" Dan tika itu, dia terdengar suara Tuan Fauhad. Dengar juga suara Cik Puan Tihani. Terus rasa gerun datang.

'You ruined it, Reesa! You ruined this event!'

Mata dah berkaca pandang Cik Puan Tihani yang membuntang marah memandang ke arahnya. Semerta, menggigil tangan Wareesa. Tambah makin menggigil bila melihat jumlah pasang mata yang memandang ke arahnya. Bisikan-bisikan juga kedengaran.

"War---"

"Move over." Kata-kata Nafis dipotong oleh satu suara garau. Seraya itu, badan Wareesa dibaluti dengan sehelai jaket berwarna hitam. Terkejut, Wareesa terus alihkan pandangan. Dan itu buat dia makin terkejut.

Zzup!

Pandangan matanua bertemu dengan pandangan mata Waseem kepadanya.

"Apa dah jadi ni?" Bagai angin lalu Wareesa dengar suara Tuan Fauhad bertanya.

Waseem pandang dia sebelum pandang hadapan.

"Accident do happen everywhere."

Tuan Fauhad mengeluh perlahan. Lelaki yang menumpahkan air ke dress Wareesa tadi dia pandang.

"It's okay, boy. You may go." Kata Tuan Fauhad. Dah nampak macam takut sangat lelaki itu. Dan memang betul apa yang dia sangka kerana sebaik habis sahaja katanya, terus mencicit pergi lelaki itu daripada sini.

"Where's Hayyan?" Tuan Fauhad mencari. Niat mahu suruh anak lelakinya itu bantu Wareesa. Bawakkan Wareesa ke bilik hotel dan panggil pihak pengurusan hotel untuk uruskan laundry Wareesa. Tapi...

"Kalau uncle bagi izin, let me take care of her."

... Ya. Ayat yang terpacul keluar dari mulut Waseem itu buat dia hentikan mata melilau mencari Hayyan. Sebaliknya, tunak pandangan matanya memandang Waseem, sama seperti pandangan mata Wareesa kepada lelaki itu.

Tuan Fauhad perasan akan sesuatu lalu Cik Puan Tihani dipandang.

"Just let them go! Habis rosak event ni!" Bisikan geram Cik Puan Tihani kedengaran.

Waseem dipandang. Lama.

"You got my permission."

Dan habis kata itu, Waseem terus mengajak Wareesa bersedar dari situ.

"Come." Lembut sahaja suara Waseem, buat jantung Wareesa makin berdetak hebat. Tak dapat dikawal. Dia rasa Waseem pun boleh dengar detak jantungnya sekarang.

Jaket dibetulkan sebelum dia tarik bahagian lengan jaket itu, menyuruh Wareesa mengekorinya. Wareesa? Dia macam dipukau. Hanya menuruti dengan pipi yang makin merona merah dan kepala menunduk. Biarkan Waseem yang memimpin arah langkah kakinya.

Waseem dan Wareesa dihantar pergi oleh semua orang dengan pandangan mata sahaja. Dan sebaik sahaja hilang sahaja mereka berdua dari pandangan, Tian Fauhad terus menarik perhatian ramai dengan menyuruh mereka sambung menjamu selera.

Teralih sahaja pandangan semua orang, Cik Puan Tihani terus beredar manakala Tuan Fauhad, dia masih berdiri di situ. Nafis dipandang.

Menerima pandangan itu, Nafis hanya tersenyum manis dan angkat sedikit pinggannya.

"Makan, uncle."

Tuan Fauhad tersenyum dan mengangguk. Dia berfikir sejenak.

"Selama ni, aku salah lah ya?"

*💐 ੈ♡

TANGAN yang tidak lepas memegang lengan jaket tuxedo itu Wareesa pandang tidak berkelip. Masih tak dapat nak hadam situasi yang dia alami sekarang. Betul ke Waseem yang tarik dia pergi ni? Kalau ya, macam mana boleh jadi Waseem? Bukannya lelaki itu ada di tempat kejadian pun. Tahu-tahu sahaja muncul. Betul ke ni?

Wareesa pandang hadapan. Telan air liur dia bila dapati pemilik tangan dan jaket tuxedo ini memang milik Waseem. Dan makin telan air liur bila dia bertembung mata dengan Waseem yang tiba-tiba sahaja menoleh ke arahnya. Muka terus terasa hangat.

Langkah kaki terhenti dan Wareesa, dia masih belum putuskan pandangan matanya daripada sepasang mata milik Waseem. Gila bukan? Dia sendiri tidak tahu apa yang merasuknya kini sampai dia mampu jadi seberani ini.

Waseem yang perasan mata Wareesa masih melekat kepadanya terus berdeham kecil sebelum dia alihkan pandangan mata. Sekejap cuma sebelum dia pandang Wareesa, hanya untuk mendapati gadis itu masih tidak berkelip memandangnya. Muka terasa hangat.

"Ehem." Waseem berdeham sedikit kuat dan pusing arah lain.

Mata Wareesa terkelip laju seperti baru sedar. Dan terus dia halakan pandangan ke arah lain juga. Pipi makin teras hangat, begitu juga dengan telinganya. Ini sesuatu yang normal bila berhadapan dengan Waseem. Normal.

Masing-masing elak pandang sesama sendiri sebelum mereka serentak menunduk. Arah pandang hanya satu. Pada tangan Waseem yang masih menggenggam erat jaket tuxedo yang tersarung di tubuh Wareesa.

Kelip mata dua kali sebelum masing-masing angkat pandangan.

Waseem pandang Wareesa.

Wareesa pandang Waseem.

"Eh!" Waseem bersuara kecil seraya melepaskan pegangannya. Kemudian, tangan naik megusap perlahan leher sendiri. Mata kemudiannya kerling Wareesa. Terlihat gadis itu sedang pandang ke arah lain sambil mata terkelip laju. Bibir pun dikemam rapat. Macam nak simpan senyum pun ada.

Wareesa tenangkan diri sendiri. Dan untuk itu, dia mula mengundur dua tapak ke belakang. Dan mungkin Waseem perasan, sebab itu lelaki itu memandangnya lurus. Tapi, Wareesa buat tak tahu sahaja. Pandang sekeliling dan... cup! Baru dia perasan yang mereka berada di tepi swimming pool.

Kiri kanan, depan belakang Wareesa pandang. Dahi berkerut. Dan melihat perbuatannya, Waseem ikut sama menoleh arah yang sama. Kiri kanan, depan belakang kemudian pandang dia semula. Dahi turut berkerut.

"Kenapa?" Tanya Waseem.

Wareesa menggeleng perlahan. "Kenapa kita kat sini?"

Soalan Wareesa buat Waseem terkedu. Dia dah buka mulut menjawab tapi, tak ada patah kata yang keluar. Sudahnya mulut dikatup rapat dan senyum segaris dia ukir. Wareesa pula hanya melihat tanpa riak. Ikutkan hati nak menjerit sebab Waseem comel gila tapi, tahan. Kita kena nampak senormal mungkin geng bila depan crush. Take a note!

"Oh..." Wareesa keluarkan satu perkataan dan Waseem mengangguk.

"Saya kena masuk balik." Kata Wareesa, berura-ura mahu pergi.

"Serius?" Tapi, kata-kata Waseem dengan nada yang sedikit terkejut itu buat Wareesa terdiam sendiri. Lama dia diam dan pandang Waseem sebelum dia mengangguk lambat-lambat.

"Majlis belum habis. Dan saya sebahagian daripada majlis." Kata Wareesa bersama segaris senyuman. Tak ikhlas.

Dia tak rasa dia jadi sebahagian daripada majlis dengan apa yang telah terjadi tadi. Cik Puan Tihani tak akan izinkan dia kembali ke dewan. Itu yang pasti sebab 'dia' buat kesalahan. Hmmm.

Waseem diam. Dress Wareesa dipandang dan Wareesa perasan itu. Kesan tompokan merah disebabkan kejadian tadi. Air sirap mungkin ini. Atau punch. Dia sendiri tak tahu tapi baunya manis dan... wangi. Sebab bercampur dengan haruman jaket tuxedo Waseem yang tersarung di tubuh kini. Wajah bertambah hangat.

'Wanginya.' Bisik hati Wareesa.

'Oh, aku harap ini bukan mimpi aku yang terlalu tinggi. Nanti jatuh katil, sakit!' Tambahnya lagi.

"Awak okey?"

Ting!

Terkelip mata pandang Waseem. Blur. Ya Allah, dia mengelamun apa tadi?

"Muka awak merah sangat. Awak okey?" Suara Waseem bernada risau. Risau lah kadang dengan Wareesa ini. Asal mereka berjumpa aje, muka gadis itu mesti merah. Dia terfikir juga mungkin sebab cuaca panas buat muka gadis itu merah. Yalah, Wareesa pun berkulit putih. Tapi, sekarang. Elok aje sejuk malam-malam begini. Mana datangnya sebab wajah gadis itu merah hebat?

Wareesa angkat tangan pegang pipi sendiri. Ugh! Hangat betul! Tak boleh jadi ni! Semua sebab jaket milik Waseem ini. Siapa suruh wangi sangat?

"Okey. Saya kena balik dewan semula. Ni jaket awak..." Wareesa berhentikan kata. Tangan mula bergerak mahu buka jaket Waseem. Tak boleh lama-lama. Lepas ni tak tahu apa yang hangat pula.

"Keep it." Simple sahaja kata-kata Waseem, tapi itu dah buat Wareesa kaku. Terkelip-kelip mata pandang Waseem. Tangan pun tak bergerak dah. Dan bila Waseem mengangguk dan senyum pada dia, hik! Tersedu terus Wareesa di situ.

Hik!

Membulat mata Wareesa. Tangan menekup mulut sendiri. Pandang Waseem, lelaki itu dah tayang muka hairan. Dah kenapa tiba-tiba dia sedu pula di sini. Eee! Tak guna lah! Malu dia! Kenapa dengan Waseem aje jadi begini?

"Umm." Di sebalik mulut yang ditekup tangan sendiri, Wareesa bersuara.

"Takpe, tak-hik! Takpe. aw-hik! Awak ambil aje. Saya ken-hik! Kena masuk semu-hik! La." Dalam sedu itu, Wareesa berjaya sempurnakan ayat. Sambil itu tahan malu. Dasar lah!

Tangan bergerak semula membuka jaket tuxedo Waseem. Waseem pula hanya memerhati tapi bila lihat Wareesa terkebil-kebil pandang tompokan merah di bahagian perut dressnya, Waseem senyum sendiri. Tanpa kata, dia ambil jaketnya di tangan Wareesa dan itu buat mata Wareesa beralih memandangnya.

Tak perlu kata apa, Waseem sarungkan semula jaket tuxedonya di badan Wareesa. Buat tak endah dengan mata bulat Wareesa yang tak berkelip memandangnya. Tak tahu kenapa.

Tapi, dia boleh kata ada satu perasaan hangat muncul bila Wareesa memandangnya begitu. Dan sebab itu dia tak lawan pandang dengan Wareesa. Tahu gadis itu akan mengalihkan pandangan.

"It's okay. Awak pakai aje. Tutup that spot." Kata Waseem sesudah selesai. Menapak dua langkah ke belakang, atas bawah, atas bawah dia pandang Wareesa. Thumbs up kemudiannya sebab berpuas hati dengan jaketnya yang membantu menutup tompok merah itu.

Wareesa malu sendiri. Laju dia pandang kolam renang. Alah, alah, mamat ni! Kenapa bagi thumbs up?

"Okey?" Waseem bertanya.

Wareesa kerling sekilas sebelum dia lihat penampilannya. Dahi berkerut.

"Tak pelik ke? Nanti semua orang pandang saya lain macam. Dress comel dah, tiba-tiba jaket." Tanpa sedar, Wareesa dah mengomel sendiri. Tangan pegang jaket Waseem dan dress kembangnya. Satu kombinasi yang pelik.

"Heh." Tawa kecil Waseem buat Wareesa tersedar. Pejam mata bila ingat semula omelan sendiri. Ya Allah! Gediknya!

"Err, bukan. Maksud say---"

"You beautiful."

Mata Wareesa tak berkelip. Waseem senyum.

"Hah?" Perlahan aje suara Wareesa tika itu.

Waseem senyum. Dan melihat senyum itu, pipi Wareesa terasa hangat kembali. Merah semula.

Waseem angguk bila nampak Wareesa macam tak percaya dengan kata-katanya tadi.

"You beautiful. Thank you for stealing my eyes from the crowd." Kata Waseem manis dan lembut. Senyum pun tambah manis, buat Wareesa cair. Allah! Lembik lutut melihat.

Wareesa diam, tak tahu nak balas apa. Tapi, sumpah! Inner voice dia dah menjerit nyaring dah.

'Kyaaa!!! I'm beautiful!'

"Ummm." Hilang kata lah Wareesa.

Waseem hanya diam. Wajah Wareesa yang makin memereah dia tenung dalam diam. Kenapa nampak makan cantik eh?

"You're kind of weird."

Puf! Hilang terus teriakan dalaman. Fikiran yang kosong tadi dek pujian Waseem, jadi makin kosong. Siap ada bunyi burung gagak lagi. Rama-rama yang sibuk terbang perut pun dan tak reti terbang. Habis jatuh menyembah dasar hati. Degupan teruja di dada hilang. Semua sebab kata-kata Waseem tadi.

"Huh?"

'Apa ni puji orang cantik, pastu kata orang pelik pulak. Ish!'

"Takde lah. Bukan apa. Kulit awak macam ada suis. Sekejap kulit awak putih, sekejap kulit awak merah. Sekejap awak biasa-biasa, sekejap awak cantik, sekejap lagi awak makin cantik. Pelik."

Ha, rama-rama terbang semula.

"It's weird."

Ha, Wareesa dah malu. Mana geram tadi? Tak jumpa!

"But I kind of like it." Dan senyum kacak satu kali.

Ya Allah! Oksigen! Oksigen! Wareesa sesak nafas!

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
89.2K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...