𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡

By romeoow

2.9M 169K 37K

𝟏.𝟎 | 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐋𝐮𝐭𝐡 [IN EDITING] [OLD VERSION] [COMPLETED] ❝Jadi perempuan simpanan... More

𝐋𝐔𝐓𝐇 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 ©
C H A P T E R 1 (NV)
C H A P T E R 2 (OV)
C H A P T E R 3 (OV)
C H A P T E R 4 (OV)
C H A P T E R 6 (OV)
C H A P T E R 7 (OV)
C H A P T E R 8 (OV)
C H A P T E R 9
C H A P T E R 1 0
C H A P T E R 1 1
C H A P T E R 1 2
C H A P T E R 1 3
C H A P T E R 1 4
C H A P T E R 1 5
C H A P T E R 1 6
C H A P T E R 1 7
C H A P T E R 1 8
C H A P T E R 1 9
C H A P T E R 2 0
C H A P T E R 2 1
Q N A 🎭
F L A S H B A C K
C H A P T E R 2 2
C H A P T E R 2 3
C H A P T E R 2 4
C H A P T E R 2 5
C H A P T E R 2 6
C H A P T E R 2 7
C H A P T E R 2 8
C H A P T E R 2 9
C H A P T E R 3 0
C H A P T E R 3 1
C H A P T E R 3 2
C H A P T E R 3 3
C H A P T E R 3 4
C H A P T E R 3 5
C H A P T E R 3 6
C H A P T E R 3 7
C H A P T E R 3 8
C H A P T E R 3 9
C H A P T E R 4 0
C H A P T E R 4 1
C H A P T E R 4 2
C H A P T E R 4 3
C H A P T E R 4 4
C H A P T E R 4 5
C H A P T E R 4 6
C H A P T E R 4 7
C H A P T E R 4 8
C H A P T E R 4 9
C H A P T E R 5 0
C H A P T E R 5 1
E N D I N G
HANZEL | HASNAH
Ebook

C H A P T E R 5 (OV)

60.2K 3.2K 1.3K
By romeoow

ADRIAN ARREYAN menghembuskan asap rokok dan dilepaskan di udara. Angin malam menerpa tubuh badannya yang sasa. Lagi-lagi apabila Adrian tidak mengenakan baju dibadannya hanya memakai seluar sahaja.

Adrian memusingkan badan menghadap balkoni biliknya. Dia menyandarkan diri sambil memandang kearah langit malam.

Batang rokok yang tinggal separuh dibuang di tong sampah kecil khas yang tersedia diruang balkoni itu.

"Rachel Sapphire." Bibirnya menyengih senyuman sinis. Dia kembali terbayang kalau dirinya yang memiliki Rachel Sapphire iaitu kekasih adik kembarnya sendiri.

"Kenapa semua yang aku nak mesti budak pungut tu yang dapat.Tak guna heh!" Adrian merengus marah. Rasa tidak puas hati dan rasa marah bercampur baur.

"But it' okay darl, you will be mine. Just mine, no one can take you from me. Dan kalau orang tu ada pertalian darah dengan aku sekalipun aku akan hapuskan dia." Ujar Adrian penuh tekad.

Hanya satu. Dia ingin gadis itu. Rachel Sapphire.

Obsesinya, dalam diam dia juga mencintai gadis itu sama seperti Luth.

Dia meraup rambutnya kebelakang.

"Let's see who wins this war, my lovely twin."

DENGAN penuh berhati-hati, Luth Arreyan mencempung tubuh Bunga Qaisarah. Wajah bersih gadis itu dipandang dengan pandangan yang memuja.

Hmm, not bad.

Bulu mata yang melentik dan bibir merahnya yang menggoda. Luth menelan air liur dengan kasar. Halkumnya bergerak-gerak. Bibir gadis itu seakan-akan memanggil bibirnya untuk melekapkan dan menyatukan bibir mereka.

Ahh, tahan diri kaulah. Tak guna betul. Desis Luth dalam hati.

Luth menaiki anak tangga dengan berhati-hati. Tubuh Bunga didalam cempungan dikemaskan.

Sampai sahaja di depan pintu bilik, Luth menggunakan satu tangannya untuk membuka pintu itu biarpun sedang mencempung tubuh Bunga.

Helaan nafas lega terbit dibibir apabila Luth berjaya membuka pintu itu. Langkah kakinya diatur menuju ke katil . Luth membaringkan tubuh Bunga dengan lembut diatas katil. Perempuan itu masih lagi terlelap. Masih terlena.

'Kenapalah aku berjumpa dengan kau perempuan. Kalau kejadian satu malam tu tak terjadi hidup kau takkan macam ni. Tapi maaf, sekali kau masuk dalam hidup aku. Aku takkan lepaskan kau.'

Kata-kata itu hanya terluah dihati Luth. Luth mencium dahi Bunga. Rambut Bunga diusap lembut.

"Goodnight. Sleep well ." Ujar Luth lembut sebelum mematikan lampu bilik dan hanya lampu ditepi meja sahaja dihidupkan lalu dia keluar dari bilik itu.

RACHEL SAPPHIRE menggeram tidak puas hati apabila Luth tidak menjawab panggilannya. Sudah berkali-kali dia menelefon kekasih hatinya itu tetapi sekalipun Luth tidak menjawab atau menelefon dirinya semula.

"Aish, bencilah. Jawablah, nanti I merajuk baru nak terhegeh-hegeh pujuk semula. Tak sukalah macam ni." Rungut Rachel. Bibirnya sudah muncung kehadapan.

Telefon bimbitnya dilempar begitu sahaja. Rachel menyembamkan wajahnya ke bantal.

"Luth , jawablah. I rindu you." Rengek Rachel. Kedua tangannya memukul angin.

Rasa rindunya kepada Luth membuak-buak. Kali terakhir mereka bertemu ialah tiga hari lepas di kelab malam. Itupun masih belum puas untuk melampiaskan rasa rindu mereka berdua.

Rachel masih tidak putus asa. Telefon bimbitnya diambil semula lantas dia mendail nombor telefon Luth.

Tengoklah , dia nak merajuk dengan Luth! Hmm!

Kali ini barulah Luth menjawab panggilannya. Rachel sudah menjerit kecil kerana teruja.

"Sayang!"

"Kenapa you tak jawab bila I call? Banyak kali tau I call you." Nada suara Rachel seperti orang yang berjauh hati.

"Sorry sayang, My bad. Aku janji tak buat lagi." Luth cuba memujuk kekasihnya.

"Jangan merajuk. Kau kat mana ni?" Tanya Luth dengan nada suara yang lembut sekali.

"Kat condo I. You kat mana?" Rachel sudah baring meniarap. Telefon bimbitnya ditekap menggunakan bahu.

"Aku sentiasa ada dekat hati kau. Takpun aku sentiasa ada dengan kau walaupun kita berjauhan sebab kau pegang seluruh hati aku." Ujar Luth romantis.

Rachel pula tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

"Kenapa tak jawab panggilan I tadi?"

"Em, Habis bateri. Lupa nak cas semula."

"Ke Luth curang dengan Rachel?!"

"Sayang, aku tak suka kau cakap macam tu. Kau je perempuan yang aku sayang dan cinta selain ibu aku. Faham?" Tegas Luth. Sedikit tidak suka apabila Rachel menuduh dirinya sebegitu.

Rachel sudah gigit jari sambil menganggukkan kepala walaupun Luth tidak melihatnya.

Dia percaya akan kata-kata Luth bahawa lelaki itu akan setia kepadanya. Dan dia pun akan setia kepada lelaki itu.

"Tapi-," Belum sempat Rachel menghabiskan kata-katanya Luth sudah terlebih dahulu memutuskan talian membuatkan Rachel terpana. Terkedip-kedip dia memandang telefon bimbitnya.

Baru sahaja dia ingin menghubungi dan memarahi Luth tetapi bunyi lonceng membantutkan niatnya.

Rachel berjalan dengan wajah masam. Kaki dihentak-hentakkan.

Dengan malas Rachel membuka pintu, wajah Luth terpampang dengan senyuman nipis dibibir.

"For you, my lady." Luth menghulurkan sejambak bunga ros putih kepada Rachel.

"Wow." Rachel mengambil bunga itu lalu dia memeluk tubuh sasa Luth.

"Sweetnya kesayangan I ni." Tubuh Luth digoyangkan kekiri dan kekanan. Sudahnya Luth hanya pasrah diperlakukan sebegitu rupa oleh kekasihnya.

"Muah!" Satu ciuman dilayankan dipipi lelaki itu. Luth hanya tersenyum lalu membalas dengan mencium semula pipi Rachel.

Rachel menjemput Luth untuk masuk kedalam. Dia mempelawa Luth supaya duduk sementara dia membuatkan lelaki itu minuman untuk membasahkan tekak.

Luth duduk disofa lalu memicit kepalanya yang terasa pening. Getaran telefon bimbitnya dipoket seluar membuatkan Luth mendengus.

"Kenapa?"

"Kami dah jumpa lokasi tempat tinggal penjaga perempuan tu. Tuan muda nak saya send dekat tuan muda ke?"

Luth memutarkan matanya.

"Takkan itu pun aku kena bagitahu? Untuk apa aku arahkan korang cari kalau tak bagi aku maklumat tu?"

"Err, maaf tuan muda. Salah kami." Talian dimatikan begitu saja.

Luth kembali memicit pelipisnya. Dia memejamkan mata dan bersandar dikepala sofa.

Satu pijatan lembut membuatkan Luth mengerang kesedapan. Luth tersenyum lalu menarik lengan Rachel hinggakan tubuh gadis itu menindih tubuhnya.

Dia memeluk Rachel erat sambil tangannya menepuk punggung gadis itu.

Pap!

Luth ketawa kecil.

"Pervert." Ejek Rachel. Mukanya disembamkan didada bidang Luth.

"Jangan tinggalkan aku." Luth membuka matanya. Memandang tepat ke anak mata Rachel dengan pandangan mengharap.

Rachel tersenyum.

"Nope, I takkan tinggalkan you."

"Janji yang kau takkan tinggalkan aku?"

"Janji." Jari kelengkeng Luth ditautkan dengan jari kelengkengnya.

"Kau akan percaya aku biarpun orang sekeliling aku tuduh aku yang bukan-bukan?" Tanya Luth dengan suara seraknya.

Rachel semakin mengeratkan pelukan diantara mereka. Mengikis ruangan yang ada.

Gadis itu hanya mengangguk mengiyakan. Dia tidak tahu mengapa Luth bertanya soalan sebegitu.

"Biarpun satu hari nanti, aku terpaksa pilih seseorang yang aku tak sayang dan tinggalkan kau?"

"Reyan." Rachel mengerutkan dahi tidak suka. Tangan kecilnya naik menumbuk dada bidang lelaki itu.

"I hate you."

"And I love you to the moon and back, my lady."

Continue Reading

You'll Also Like

4.5K 154 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
14.1K 1.1K 5
𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉...
1.5M 55.2K 54
[COMPLETED - Unedited Version - Preview- [The Kings Series 1] ********************************************* Ya, itu kesilapan yang aku buat kerana ja...
569K 30.1K 50
[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare...