H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N44

1.9K 325 86
By leimonadd

USAI menunaikan solat Isyak, Wareesa terus berbaring di atas tilam tanpa menanggalkan telekung. Terlalu penat dah nak cabut. Biar lah. Kalau tertidur dalam telekung pun takpe. Nampak lah keayuan sedikit di situ. Tidur pun tutup aurat dengan sempurna. Hehehe.

Telefon yang ada di atas meja tepi katil dicapai sebelum Wareesa betulkan pembaringannya. Bagi belakang bersandar sikit pada dinding. Bantal pun letak atas perut, boleh jadi penompang masa nak main telefon nanti. Selesa sedikit.

Sudah rasa selesa, Wareesa buka telefonnya. Masukkan nombor pin kemudian data telefon dibuka. Memang sengaja dia tutup data sejak pulang ke rumah selepas Asar tadi. Tak mahu ada yang mengganggu walaupun memang jelas orang single macam dia ni takde siapa nak kacau. Huhuhu. Sedih bukan? Takpe. Asal ada crush, hidup kita bahagia awak.

"Let's see." Omel Wareesa kecil sambil jari laju menyentuh skrin telefon. Dia nak cari nama Yara di ruang sembang WhatsApp. Untuk majlis hari Sabtu ini, dia mahu ajak Yara plus nak minta tolong gadis itu. Dia perlu seseorang yang boleh conteng muka dia. Dan dia rasa Yara orangnya. Free pun ya juga. Hehehe.

Dah jumpa nama Yara, terus dia menaip laju ucapan Salam. Penuh. Mana tahu, ia jadi mantera Yara terpikat. Tapi, walau dah dua minit berlalu, Yara masih belum balas. Pelik. Selalunya Yara cepat sahaja balas.

You
Hello. Yara?

Sekali lagi, pesanan dihantar. Tapi, masih sama. Dah dua minit menunggu, Yara masih belum online apatah lagi mahu membalas. Sudahnya, Wareesa letak tepi telefon. Tunggu sekejap sambil pandang siling rumahnya. Kosong. Rasa-rasa, macam cantik juga kalau dia tampal Glow In The Dark bentuk bintang di situ. Tapi, nampak macam budak-budak tak?

Memikirkan itu, Wareesa ambil semula telefon. Macam bijak pula idea yang tiba-tiba muncul. Lagipun, dah lama dia tak beli decor untuk rumahnya ini. Decor pun bertahun dah tak buat. Heh. Sebetulnya, tak pernah dibuat pun. Rumah kecil begini, mana boleh nak decor sangat. Sala buat, mahu nampak makin sempit.

Aplikasi Shoppe dibuka dan laju jari taip Glow In The Dark di ruang carian. Tak perlu tunggu lama, berderet pilihan yang keluar dengan pelbagai harga. Teruja pula Wareesa sampai terleka dia. Tak sedar dah banyak barang yang masuk dalam cart.

Ting!

Ya. Dan kalau tak kerana Pop-up Notification WhatsApp, mungkin dia akan terus hanyut.

Balasan dari Yara. Yeay untuk itu! Laju dari Shoppe beralih kepada WhatsApp. Tapi, senyum mati bila lihat balasan Yara. Lain benar dengan jawapan yang dia mahukan bahkan ia balasan yang tiada kena mengena langsung.

Yara
Masuk IG Live aku lah kalau nak sembang. Hehehe

"Merepek apa perempuan ni? Macam tak tahu yang aku ni tak suka expose diri begini." Bebel Wareesa sendiri.

Ting!

Nak tutup telefon, tapi pesanan Yara sekali lagi masuk.

Yara
Pleaseeeee. Aku tengah syok promote barang aku jual ni. Kau masuk lah tolong. Buat Live dengan aku meh.

Makin berkerut dahi Wareesa.

"Apa kena mengena? Macam kalau aku masuk laris aje jualan lipstick dia tu." Omel Wareesa, tidak bersetuju. Tapi, sekali lagi pesanan Yara masuk. Kali ini belum sempat dia buat keputusan tutup telefon lagi. Laju buat kerja memujuk mek seorang ini.

Yara
Pleaseeee. Kau kan ada beli lipstick aku. Banyak pula! Tolong laaahhh!!!

Wareesa hembus nafas kasar. Malas betul bila baca Please Yara. Macam tengiang-ngiang sekali suara gadis itu merayu please di tepi telinga. Dia pun bukan sejenis orang yang boleh tahan bila orang dah berterusan memujuk rayu.

Dengan jari yang berat, balas satu huruf K dihantar. Kemudian lambat-lambat Wareesa bangun pergi ke meja solek mininya. Nak ambil lipstick yang Yara jual. Banyak juga. Dalam 5 batang lipstick dengan shade warna yang berbeza.

"Aku beli satu aje. Yang empat ni kau bagi. Ada sebab rupanya." Omel Wareesa dengan senyuman sinis terukir di bibir.

Tempat diambil semula di atas katil. Betulkan duduk biar selesa sebelum aplikasi Instagram ditekan. Tengok penampilan diri sekilas lalu, dia rasa berpuas hati. Takde lah selekeh pun dengan telekung dia ni. Nampak suci dan muslimah begitu. Ini point lebih tau. Nampak seri giu bila Yara suruh dia calit-calit sikit nanti. Hehehe.

Memandangkan datanya kuat dan laju, tak payah tunggu lama-lama. Memang nampak terus akaun Yara yang tertera tulisan Live di bahagian IG Story. Tanpa lengah, Wareesa terus tekan akaun itu. Dan muncul lah wajah Yara di situ. Eh, gadis itu bertelekung juga sepertinya. Dan akau entah siapa yang buat duet Live dengan Yara pun bertelekung.

"Elok lah semua jadi Telekung Squad malam ni." Bicara Wareesa dengan nada lucu. Terhibur pula.

"Okey, thank you for the feedback! Jumpa lagi, Minah!" Suara ceria Yara kedengaran. Siap dengan pakej senyum manis dia sekali. Pandai marketing kawan dia yang seorang ini.

Wareesa hanya tersenyum sahaja lihat Yara sahaja. Dan Ting! Pesanan Yara yang suruh dia request join Live muncul di Pop-up Notification WhatsApp. Dan seperti yang disuruh, Wareesa menurut sahaja. Butang request yang muncul di ruang komen dia tekan.

"Okey, jom Yara bawa masuk testimoni teragung Yara. Dibawa khas dari lubuk hati Yara yang paling dalam, Cik Wareesa Jameela!" Semangat Yara memanggilnya masuk. Walhal skrin dia tengah loading lagi.

Dan tiga saat kemudia, wajahnya muncul di bawah gambar Yara. Ha, dia sudah selamat Live sekali bersama Yara. Hebat betul Yara ini. Nak kata kawan baik, tidak lah. Tapi, cepat betul hati dia bersetuju walau segila mana pun ajakan Yara buat dirinya.

"Assalamualaikum, Cik Wareesa." Teguran Yara buat Wareesa senyum.

"Waalaikumussalam, Cik Yara." Balas Wareesa. Sambil tu buat-buat sibuk buka plastik lipstick yang ada atas riba. Belum guna melainkan satu shade sahaja. Lagi satu, kita malu lah awak. Ramai yang menonton.

Curi-curi lihat nombor yang ada di sebelah mata di belah kanan skrin, hampir tersedak Wareesa di situ. Mak aih! Sampai empat ratus lebih yang join ni. Bukan biasa-biasa betul kawan dia yang seorang ini.

"Berseri-seri Cik Wareesa dengan telekung yang tersarung ya?" Mula dah ayat menyakat tambah cari pasal dengan dia. Dalam IG Live pun sempat eh gadis yang seorang ini.

"Yalah. Kan baru keluar dari lubuk hati paling dalam Cik Yara. Tu berseri tu." Dan menjadi Wareesa, dia ikut melayan. Hahaha! Mana boleh Yara sahaja yang cari pasal dengan dia. Dia pun boleh lah. Bukan ada sesiapa yang dia kenal pun dalam live ini. Paling-paling kawan-kawan yang sama subjek dengan dia.

"Cia cia cia! Nak cakap hati saya berseri sesuci lebaran ke?" Yara sengih.

Wareesa gelak kecil seraya menggeleng.

"Agaknya lah. Tapi, ikut waktu juga kan? Kadang kelam juga." Balas Wareesa sambil tersenyum sinis.

Yara balas dengan gelak. Nampak sangat tak ikhlas di situ. Hahaha! Wareesa satu markah, Yara kosong markah!

"Amboi, cantik ayat! Tengok kamu nanti!" Yara mengugut tapi Wareesa buat muka cool tak tergugat. Apa sahaja yang Yara boleh buat dalam IG Live begini. Takde apa-apa pun.

"Apa-apa lah. Ni kenapa suruh join Live ni?" Soal Wareesa, konon-konon tak tahu kenapa dia diajak. Padahal dia yang request masuk. Ting tong betul!

"Ha! Soalan cerdik! Masa tu Cik Wareesa ada beli lipstick saya kan? Banyak saya rasa! Hampir semua shade warna Cik Wareesa ada." Yara bersuara. Sambil itu dah angkat tunjuk beberapa batang lipstick di tangan.

Wareesa senyum seraya mengangguk.

"Ada, ada. Tapi tak perlu nak ber-cik lah. Panggil Reesa aje. Reesa pun panggil Yara. Okey? Kita comel-comel gitu." Kata Wareesa juga menunjukkan juga lima batang lipstick yang dia beli daripada Yara.

Yara gelak tak sopan. Amboi! Perangai dalam Live IG gaya bebas eh?

"Okey, okey. Yara pun geli bila ber-cik tapi lagi geli bila kena namakan diri sendiri Yara. Kau ingat ni apa? Segmen geli-geli ke?" Soal Yara sambil tunjuk muka geli sekali tak berlapik. Hebat! Confident tahap dewa juga dia ini.

"Kau yang mula. Aku melayan sahaja. Kawan yang baik, dia support kawan dia. Gitu!" Balas Wareesa tak mahu kalah. Sambil itu dia baca komen-komen yang muncul di skrin telefon. Kebanyakan memuji mereka berdua cantik.

Ahaks! Jangan begitu! Benda tu walaupun betul, cuba jangan terang sangat bagitahu. Hahaha!

"Okey, kita kembali ke tujuan asal lah sebelum kita merapu lebih dalam lagi." Yara tukar suara professional namun mesranya.

Wareesa hanya angguk sahaja. "Okey. Apa yang perlu aku buat?" Tanya Wareesa.

"Okey. First sekali, cerita macam mana kau boleh tertarik nak beli lipstick. Mesti ramai yang nak tahu. Korang nak tahu kan?" Selepas berinteraksi dengannya, Yara berinteraksi dengan penonton pula. Bagus betul!

Wareesa baca komen. Ramai jawab nak. Dan itu buat Wareesa senyum lebar. Curious betul lah.

"Kalau cerita ni, yang join live ni nak beli tak? Cerita bukan free ni!" Wareesa tiba-tiba jadi ramh berinteraksi juga dan itu buat Yara gelak kecil.

"Pandai dia ni. Nak minta komisen ke macam mana?"

Gelak kecl terlepas dari mulut.

"Eh, tak terfikir pulak! Tapi boleh lah lepas Live ni masukkan duit. Aku PM tepi nombor akaun. Hahaha!" Wareesa menyakat.

"Banyak lah kau! Cepat lah buat kerja!" Gesa Yara sambil gelak-gelak. Pun begitu, tangan gadis itu tak berhenti dari membersihkan wajah dengan wipes. Biar nampak bersih muka yang diconteng warna tadi.

Wareesa mengangguk.

"Cerita dia macam ni. Masa tu, dalam kelas lah. Biasa lah kita kelas kan takde lah nak fokus tempat lain selain daripa lect kan? Korang macam tu kan? Masa dalam kelas fokus kan? Takde nak buat benda lain. Takde nak ushar siapa-siapa kan?" Wareesa berinteraksi dengan penonton seketika.

Dan tak sangka pula, Yara bagi reaksi juga. Terbatuk kecil ada. Deham lepas tu pun ada. Siap dengan pakej sengih penuh makna.

"Dah kenapa kau?" Soal Wareesa.

Yara sengih.

"Ni ada yang balas."

"Underscore mammamiyaahh kata, ushar boyfriend tengok dia pandang perempuan lain tak." Yara membaca satu komen.

Serentak Wareesa dan Yara hambur gelak.

"Ganas kau dik! Kuat cemburu eh?" Soal Yara.

"Ada lagi ni. Underscore faizhamiddin kata, mula-mula je fokus." Baca Wareesa pula.

"Pastu tidur eh?" Tanya Wareesa.

Wareesa menggeleng kecil. Namun hilang gelak dia sebab dengar ketawa tak cover Yara. Seronok semacam gadis itu. Komen apa yang dia baca sampai begitu gelaknya. Parah betul!

"Apahal kau ni? Cover sikit boleh tak?" Tanya Wareesa. Yara yang tergeleng-geleng dalam usaha nak kurangkan tawa itu dia pandang.

"Nafis kata tak boleh fokus sebab terngiang-ngiang gelak ponti Yara." Yara membaca sambil tahan tawa.

Wareesa yang dengar dah tahan gelak juga tapi... sekejap! Nafis? Nafis mana ni?

"Nafis mana ni?" Tanya Wareesa. Muka dah cuak. Jangan lah cakap Nafis Ilyas! Kalau ya, peratus untuk Waseem ada sekali sangat banyak! Waaa! Dia selekeh lah sekarang ini kalau itu terjadi!

'Bukan kau kata cantik dah ke? Nampak au menutup aurat gitu.' Hati memerli diri sendiri buat rasa geram muncul tiba-tiba.

'Itu kalau takde Waseem! Dah diam!'

"Nafis mana lagi? Nafis Ilyas lah!" Balas Yara.

"Gurau kasar mamat ni! Tak payah layan dia. Jom sambung cerita. Ramai nak tengok shade kau pilih." Yara hentikan sesi berinteraksi. Muka serius dah kembali. Takde lah senyum tawa lepas bebas seperti tadi.

Satu perkataan untuk Yara. Professional!

Wareesa buat rilek. Anggap dia tak dengar apa yang Yara cakap mengenai Nafis Ilyas tadi. Sekarang ada kerja yang dia kena buat. Tolak tepi benda lain. Okey?

"Lepas tu, time kita nak fokus tu tiba-tiba fokus jadi terganggu. Tahu tak sebab apa?" Wareesa bertanya sambil pandang Yara yang dah tersengih-sengih. Tak tahu lah tu sengih malu ke sengih bangga. Dua-dua gamaknya sebab ada perkara yang memalukan dan ada juga perkara yang membanggakan gadis itu dalam cerita yang akan dia sambung nanti.

"Sebab apa? Ya! Sebab budak seorang ini datang lambat 10 minit dari kelas!" Sambung Wareesa.

"Normal geng datang lambat."

Wareesa lepaskan tawa.

"Normal memang normal tapi korang tahu tak apa yang tak normal. Bukan setakat tak normal tapi berani tahap dewa!" Balas Wareesa dan sekali lagi dia nampak sengih Yara.

Menggeleng Wareesa bila ingat semula kejadian yang dia ceritakan ini. Momen paling win seorang Yara Hamidah.

"Dia dengan perangai normal masuk kelas lambat dengan fasshion tak normal dia! Geng! Dia pakai baju kelawar geng! Baju kelawar corak mak cik-mak cik tu! Lagi style daripada baju kurung hijau pucuk pisang aku!" Dan akhir kata, Wareesa dan Yara hamburkan tawa. Walau kelakar, Wareesa masih cover. Tidak seperti Yara.

"Dia pakai baju kelawar geng! Itu satu! Tapi, boleh pula dengan baju kelawar itu, make up dia on point gila! Kening tu sharp! Apa orang panggil buat nampak muka bersegi tu..." Wareesa hilang perkataan.

"Contouring!" Yara membantu dalam tawa yang belum putus.

"Yes! Dan korang tahu apa yang paling menyerlah? YES LIPSTICK! Merah betul. Dia pakai shade ni geng!" Kata Wareesa sambil sebatang lipstick diangkat. Shade Orange Tangerine.

Wareesa tanpa segan terus calit lipstick itu pada bibirnya. Tak payah Yara suruh sebab gadis itu tak habis gelak. Mana yang kelakar pun tak tahu.

"Korang bayangkan. Baju kelawar mak cik-mak cik. Tapi, make up on point! Dan bibir merah mak ngah! Sir kitorang terkedu gila time tu. Memang satu hall sunyi sepi tengok budak ni." Tambah Wareesa sambil-sambil itu.

Dah siap lipstick tercalit kemas dan cantik di bir, Wareesa senyum tayangkannya. Hehehe. Nampak seri dia di situ. Kan dia dah cakap tadi.

"Tapi, cantik kan? Korang... Cantik kan?" Tanya Yara. Dia lap air mata sambil baca komen.

Wareesa ikut sama. Ramai yang tanya shade apa.

"Ni shade Orange Tangerine." Wareesa beritahu sambil baca apa yang tertulis di packaging lipstick yang dijual Yara.

"Kan? Cantik kan? Bakal siapa lah ni." Yara setuju dengan apa yang tertulis di komen. Ramai yang bersetuju lah tu.

Wareesa julingkan mata. Benci untuk akui tapi memang cantik. Yara pakai lah apa pun, pelik macam mana pun, gadis itu memang cantik!

"Eh, ni dah ada yang gatal kata kau cantik ni." Yara bersuara buat Wareesa menggeleng kecil.

"Bukan cerita saya ya tadi tu. Cerita Yara. Yara yang pelik tapi cantik tu." Kata Wareesa sambil tangan sibuk capai wipes di atas meja kecil. Dia nak lap lipstick ini. Nak tunjuk ia senang dipadam atau tidak.

Sambil medengar Yara membaca komen dan kadang membalasnya, Wareesa lap bibirnya dengan wipes. Sekali, dua kali dan warna di bibir sudah hilang. Cuma tinggal sisa warna sahaja dan wipe buat kali ketiga, warna hilang sepenuhnya.

"Dah hilang! Mudah kan? Kembali jadi natural with beauty." Dengan muka tak malu, Wareesa puji diri sendiri.

"Ni, ada yang suruh tunjuk shade yang paling favourite kau." Kata Yara dan Wareesa hanya angguk dan dia terus pilih lipstick yang biasa dia pakai kalau nak nampak cantik pada hari-hari yang dia rasa nak tampak lebih cantik.

"Saya suka Luminous Peach Shade!" Kata Wareesa sambil dia mula calitkan warna itu di bibirnya. Sambil itu dengar celoteh Yara mempromosikan lipstick yang dijualnya.

"So, korang nak warna mana? Semua warna kebanyakannya dah dicuba. Warna yang Reesa cuba ini warna yang terakhir untuk malam ini." Wareesa hanya mendengar. Dia sibuk duk senyum-senyum depan kamera tunjuk hasil wajah dia yang dah berseri dek lipstick yang dijual Yara.

Wareesa pandang Yara yang khusyuk baca komen. Biar lah. Dia malas nak baca. Yara tengah buat kerja, malas nak kacau. Tapi, bila dia dah malas begitu, Yara sekali lagi tiba-tiba sahaja hamburkan tawanya. Berkerut dahi Wareesa.

"Dah kenapa?" Tanya Wareesa. Dia baca komen mahu cari apa yang kelakar sangat tu.

"Oh my god! Gila!"

"Apa?"

"Ni... tak nak lipstick. Nak yang pakai lipstick tu boleh tak?" Yara membaca sambil mengekek ketawa.

Muka Wareesa tunjuk auto geli tanpa selindung.

"Ada lagi ni. Kalau beli, dapat pakej orangnya tak?"

"Pakej penumbuk nak tak?" Wareesa membalas garang. Dia cuba cari komen itu tapi takde pun. Yara ni betul ke?

"Hahaha! Ni lagi brutal!"

"Apa?"

Yara gelak.

"Apa?!"

"Hahaha! Ibu kata mana-mana pun okey. Reesa lawa dah!"

Terkedu. Terkelu. Jari dah berhenti scroll komen.

"Ibu kata kalau ibu beli, ibu nak yang tukang jadi model juga."

Terkebil-kebil Wareesa. Nak telan air liur, tapi rasa tersekat.

"Hahaha! Aku pun nak juga?! HAHAHAHA!"

Membulat mata Wareesa.

"Si... siapa?" Perlahan, tapi terkeluar juga soalan itu. Beranikan diri, Wareesa scroll komen, mencari. Dalam itu berdoa kata tolonglah tidak seperti apa yang dia fikirkan.

Tapi...

nafissilyass
orang rumah yang dikasihi

Okey. Ibu Ayunin lah kan?

waseem.ahdaa
Saya lah, Reesa

Boom!

Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
7.3K 1.7K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
1.6K 28 7
*blπŸ”ž* [sex18+] β€’Ziyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. β€’Zin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...