H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N39

2K 300 49
By leimonadd

BUKA sahaja pintu dewan, mulut Wareesa terlopong seketika. Kiri kanan dia pandang sebelum kaki mula menapak masuk ke dalam ruang dewan perlahan-lahan.

Lima langkah sahaja dia mampu ambil sebelum dia berhenti dan garu kepala sendiri. Hairan. Jam di tangan dia kerling. Macam tak salah.

Makluman malam semalam, kelas mula awal. Jam lapan pagi. Ini, apa kes dah lapan lima minit pun satu bayang manusia pun dia tak nampak?

"Aku kena scam ke macam mana ni?" Omel Wareesa perlahan lantas telefonnya dikeluarkan. Grup chat di WhatsApp bersama rakan sekelasnya dibuka.

Jumlah pesanan yang dihantar memang banyaklah dan selalunya mereka suka bualkan perkara yang tidak berkaitan dengan kelas pun. Sebab itu Wareesa malas buka dan baca.

Tapi, sekarang kena baca satu-satu semula sebab nak tahu informasi yang jelas dia ketinggalan. Haih.

Daus
Madam Atika cancelkan kelas. Family matters. Nanti aku bagitahu bila Madam nak buat kelas ganti.

Baca pesanan daripada Daus, buat Wareesa hela nafas berat. Nak salahkan orang lain tak boleh sebab salah diri sendiri tak baca pesanan-pesanan ini semua. Tanggung lah sendiri.

Wareesa pandang semula dewan yang kosong. Tangan diam-diam simpan telefon dalam poket seluar. Dalam pada itu, kepala sibuk berfikir apakah aktiviti yang sesuai dia buat sekarang selain bersarapan. Sebab sarapan itu memang pasti. Yang selepas-selepas itu.

Nak balik rumah? Oh, tidak. Jarang dia dapat peluang begini. Balik rumah bermakna dia akan jadi orang gaju dan dia tak nak itu buat sementara waktu.

Langkah dibawa keluar merayau entah ke mana sebab takde idea lagi. Dan buat masa sekarang, mungkin dia akan pergi McDonald sebab nak makan breakfast dan minum kopi. Yang selepas itu, boleh dibincangkan sambil gigit Crispy Chicken Muffin with Egg.

Tak lama. Hanya lima belas minit, Wareesa dah dapat apa yang dia mahu. Crispy Chicken Muffin with Egg dan Hot Teh Tarik. Lihat sekeliling, Wareesa tak boleh nak komen premis makanan segera ini terlalu lengang. Tapi, tidak juga terlalu padat dengan pengunjung. Biasa-biasa. Sedang-sedang. Yalah. Mungkin tak ramai yang ada kelas pagi begini. 

Tangan tongkat dagu bosan. Bosan dia sampai makanan pun tak disentuh lagi. Sambil itulu fikir, untuk tengah hari nak makan apa pula. Agak melapau, tapi apa-apa sahaja lah.

"Nak buat apa lepas ni?" Omel Wareesa perlahan dengan nada yang bosan. Makanan yang belum disentuh dipandang.

Lama dia pandang sebelum yang ada di atas meja dia ambil lalu tekan punat on. Instagram dibuka lalu dia pergi ke ruang Story. Meh lah kongsi pagi dia yang sendu ini. 

Jari laju gesek mencari filter yang sesuai. Dah jumpa, kamera dihalakan kepada makanan dan minuman di hadapan. Sudut yang paling cantik bagi dia diambil lalu punat kamera ditekan pada skrin. Tengok hasilnya, Wareesa angguk perlahan. Elok lah ni. Tak payah nak aesthetic sangat. Sebiji aje makanannya. Minuman pun satu cup aje. 

Sudah itu, terus dia upload ke ruang Story akaunnya tanpa tulis apa-apa kapsyen. Tak dapat fikir apa ayat cantik atau sedap. Alah, gambar dah molek okey lah itu. 

Selesai, Wareesa letak telefon di atas meja dan tegakkan duduk. Crispy Chicken Muffin with Egg diambil dan digigit sedikit. Kunyah-kunyah dan telan. Kemudian ulang sampai habis. Sesudah itu, dia hirup perlahan Hot Teh Tarik. Segar rasa bila cecair mans itu masuk ke dalam badan. Hangat. Dah tu, mula lah Wareesa feeling seorang diri sambil pandang ke arah luar tingkap.

Sedang dia begitu, tiba-tiba muncul satu wajah di hadapan cermin tingkap. Tersenyum dan melambai mesra ke arahnya. Berkerut dahi Wareesa. Tak ingat pula dia ada mana-mana kenalan berwajah mix begini. Siapa?

Lelaki itu masih melambai mesra ke arah Wareesa. Siap dengan pakej kenyitkan mata lagi.

Tak cover, terus Wareesa tayang muka geli. Kiri kanan dia pandang. Mana tahu lain target lelaki itu kenyitkan mata. Dia jadi mangsa. Tapi, bila tengok kiri kanan, tiada pula sesiapa yang menghiraukan lelaki itu.

Pandang semula tingkap, dahi Wareesa berkerut dan mata mula lah ikut orak langkah kaki lelaki itu sehinggalah lelaki itu berdiri di hadapannya, tarik kerusi dan duduk di hadapannya.

Terkelip-kelip mata Wareesa memandang lelaki itu. Tengok senyum lelaki itu, entah kenapa seram sejuk dia rasa. Meremang bulu roma di tengkuknya. Tanpa kata, Wareesa terus ambil beg dan fail yang ada di kerusi kosong sebelahnya sebelum dia bangun.

Mungkin tak sangka dengan Wareesa yang bertindak begitu, laju sahaja lelaki itu bangun menghalang laluan Wareesa untuk keluar dari tempat duduknya. Melihatkan itu, terus mata Wareesa menjeling tajam lelaki itu.

"Excuse me? Do I know you?" Garang Wareesa bertanya. Mula rasa jengkel. Sudah lah dia terpaksa korban waktu tidur dia untuk kelas yang batal tiba-tiba. Dan sekarang ini pula?

Lelaki itu senyum dan mula peluk tubuh sendiri.

"Of course you know me. You Aireesa right? Aireesa Ayeela." Lelaki itu menyebutkan satu nama yang buat Wareesa menggeleng laju.

"Who's that?" Tanya Wareesa malas mahu melayan sebelum dia cuba untuk boloskan diri. Namun, sekali lagi dia dihalang lelaki itu.

Dia ke kanan, lelaki itu turut ke kanan. Dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Dan baru dia nak menapak langkah ke hadapan, lelaki itu dah maju dua langkah ke hadapan buat dia buru-buru mengundur untuk elakkan sebarang pertembungan. Mula lah asap muncul atas kepala.

"Eh, annoying lah! Sana lah!" Terus Wareesa menjerit di situ, sekali gus menarik perhatian beberapa pasang mata ke arah mereka berdua.

Terkedu lelaki itu. Tapi, cepat lelaki itu senyum sinis dan mencuit sedikit hidungnya. Kepala pun dah tertunduk-tunduk pandang kaki sendiri. Mungkin untuk sorokkan wajah kacaknya. Mungkin. 

"Tak perlu jerit-jerit. Abang boleh pergi sendiri." Kata lelaki itu. Senyum mula menyenget dengan mata tajam menjeling Wareesa.

Sekali lagi, berdiri bulu roma Wareesa. Satu kerana panggilan 'abang' dan satu lagi kerana jelingan tajam itu.

Wareesa telan liur, mula rasa tidak sedap hati. Namun rasa itu sedikit demi sedikit hilang saat lelaki itu beralih, membuka ruang untuk dia pergi. Teragak-agak pula Wareesa hendak pergi. Namun, lelaki itu masih tersenyum dan memberi ruang untuk dia beredar. Cepat kemudiannya Wareesa melintasi lelaki itu.

Menjauh dari lelaki itu, Wareesa dapat dengar senyum sinis lelaki itu. Rasa tidak senang membuatkan dia menoleh, memandang terus lelaki itu.

"Kau siapa?" Tanya Wareesa berani.

Lelaki itu senyum. Tidak sesinis tadi. Hanya ada yang manis. Jelingannya juga hilang. Pandangan lelaki itu kini penuh dengan pandangan suka dan teruja. 

"Senang lupa abang. Emir Irham lah, Reesa." Lelaki itu perkenalkan diri sambil ambil langkah merapati Wareesa.

Terjongket kening Wareesa mendengar nama lelaki itu. Ya. Dia dah ingat. Lelaki yang dahulu mengganggu dan cuba mengoratnya di kafeteria dulu. Siap Nafis kena panggil dia 'sayang' untuk halau Emir.

'Lelaki keturunan buaya.' Laju profile diri Emir melintas dalam kepala.

Makin langkah Emir mendekat, Wareesa jadi makin tak senang. Terus dia angkat kaki pergi dari situ dengan segera. Tak menoleh dan dia berharap Emir tidak mengekorinya. Sungguh dia rasa ada sesuatu dengan lelaki itu. Sesuatu yang lain macam.

"He is a bad news." Bisik Wareesa.

˚ ༘♡ ⋆。˚

BARU jam sembilan pagi. Wareesa dah bosan sangat-sangat. Nak tunggu perpustakaan, lagi setengah jam baru akan dibuka. Nak masuk kelas, itu lagi lambat nak tiba masanya. Jam dua belas tengah hari nanti. Jadi, terkapai lah Wareesa seorang diri duduk di atas bangku sebelah mesin minuman depan fakultinya.

Seperti orang tiada gaya hidup duduk goyang kaki di situ. Kadang khusyuk dia tilik orang yang lalu lalang di hadapannya. Sedap bagi markah kepada penampilan mereka.

Dah penat, Wareesa sandarkan badan pada bangku. Tunggu lama-lama, boleh mati kutu dia di situ. Dan kerana itu, Wareesa bawa keluar laptop dari dalam begnya.

Sementara ia hidup sepenuhnya, Wareesa terfikir sendiri. Kenapa lah dia tak main laptop sahaja daripada tadi? Layari internet ke, check e-mel ke walau tahu takde siapa pun nak hantar e-mel kepadanya. Buka YouTube ke.

"Kalau dah bosan, otak kau memang tak boleh nak fungsi dengan baik gamaknya." Kata Wareesa pada diri sendiri. Menggeleng kecil dia di situ.

Bila laptopnya dah hidup sepenuhnya, Wareesa mula buka laman internet. Elok lah dia buat apa yang berfaedah antaranya membaca artikel-artikel yang boleh menambahkan pengetahuannya. 

Sedang Wareesa begitu, telinga tiba-tiba menangkap bunyi tangisan bayi. Terus tegak badannya dan mata mula mencari arah tangisan itu.

Cari punya cari, dia nampak satu susuk tubuh wanita sedang kalut menguruskan bayi dan fail serta beg yang dipegang. Oh, sangat kalut keadaan ketika itu. Auto bangun Wareesa di situ.

"Macam susah je." Bisik Wareesa sendiri sebelum dia letak laptop ke tepi. 

Kaki perlahan-lahan melangkah menghampiri wanita itu. Makin dia hampiri, makin jelas dia nampak wajah wanita itu.

Madam Atikah! Terus kaki lari mengambil langkah menghampiri pensyarahnya itu. Tanpa paksa. Tak fikir apa sebab nampak Madam Atikah macam susah nak uruskan semua yang ada di tangannya. Bayi, fail dan beberapa buah beg. Lagi tu pula nak kena daki tangga.

"Eh, tolong tengokkan laptop saya sekejap!" Sempat Wareesa berpesan kepada seorang pelajar yang sedang berdiri di hadapan mesin minuman. Kemudian dia kembali berlari.

Laju namun penuh berhati-hati dia turun dari tangga.

"Madam!" Tegur Wareesa sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Madam Atikah.

Madam Atikah menoleh. Agak serabut wajahnya.

"Wareesa." Lemah suara Madam Atikah menyahut.

Tahu Madam Atikah tak selesa nak berborak dengan keadaan sekarang, Wareesa katup mulut. Bayi yang menangis dan meragam dalam dukungan Madam Atikah dipandang sebelum dia ambil beg-beg serta fail yang dipegang Madam Atikah. Madam Atikah nampak terkejut tapi hanya membiarkan.

"Madam okey? Madam nak hantar files ni ke? Ada apa-apa saya boleh bantu?" Soal Wareesa. Fail yang bileh tahan tebal di tangan dia pandang. Sambil itu tawar diri. Nampak lah pensyarahnya ini memang perlukan bantuan.

Madam Atikah macam tersangat lega mendengar pertanyaan Wareesa. Menerima tawaran begitu saat dia betul-betul dalam keadaan sekarang ini sungguh buat dia terharu. Rasa berair dah mata ini melihat kebaikan Wareesa yang bertanya dan menawarkan diri untuk membantu. 

"I'm not okay at all. Since yesterday. Thank you for asking, Wareesa. But I do need your help. Sangat-sangat. Awak boleh tolong saya?" Tanya Madam Atikah. Anaknya yang mula menangis dengan lebih kuat buat dia makin serabut. 

Wareesa pantas mengangguk. Laju sahaja tangan mengusap kepala si bayi kemudiannya. Muka pun dah risau habis.

"Saya nak kena hantar files tu dan kena meeting. Saya tak tahu berapa lama tapi can you please be my babysister for a while? Jagakan anak saya?" Penuh berharap pandangan mata Madam Atikah kepada Wareesa. 

Wareesa yang menerima pandangan itu tak boleh nak kata tidak. Memang dah kusut sangat Madam Atikah ini. Pandang dia pun macam nak menangis. Risau dia. Lalu, sebagai jawapan Wareesa mengangguk laju dan bersungguh. Terima aje lah. Dia juga yang tawar untuk membantu tadi.

Terus senyum lega dan ucap syukur Madam Atikah melihat anggukan Wareesa. Anaknya yang menangis dalam dukungan dipeluk dan dikucup berkali-kali sebelum dia serahkannya kepada Wareesa. Berat hatinya melihat si anak makin kuat meraung bila bertukar dukungan. Tapi, nak buat macam mana? Dia ada urusan penting sekarang.

"Sayang, sayang. Mommy will come back soon, okay? Shhh, shhh." Pujuk Madam Atikah. Anaknya yang ada dalam dukungan Wareesa dikucup sebelum fail di tangan Wareesa dia ambil. Begitu juga dengan beg tangannya.

Tergerak-gerak badan Wareesa cuba memujuk si bayi. Muka dah berkerut. Alamak. Rasa ragu-ragu pula. Dia boleh handle ke tak ni? Uwaaa!!!

Madam Atikah senyum ralat. Wareesa dipandang memberi kepercayaan penuh.

"Okay, quick notes! Diapers, susu, pacifer, clothes semua dalam beg ini. What you need, just name it. Semua ada in shaa Allah." Laju Madam Atikah memberitahu sambil menunjukkan ke arah beg galas yang dipegang Wareesa.

Wareesa angguk laju.

"Nama dia apa, madam?" Tanya Wareesa. Macam mana nak memujuk kalau tak tahu nama.

Madam Atikah tarik senyum. 

"Muhammad Khalis Wasim." Jawapan Madam Atikah buat liur tersekat sendiri.

Erk!

˚ ༘♡ ⋆。˚

PERGI sahaja Madam Atikah, makin kuat teriakan Khalis Wasim dalam dukungannya. Mata-mata yang melihat sedari tadi mula bertambah bilangannya.

Yalah. Kejadian tadi pun berlaku di gerbang masuk fakulti dia ini. Depan tangga pula tu. Tanpa lengah, Wareesa terus beredar dari situ. Satu persatu anak tangga dia daki penuh berhati-hati. Sambil itu, mulut tidak berhenti memujuk Khalis Wasim.

"Shhh, sayang. Shhh, sayang dia." Tak henti-henti ayat itu dia ulang. Kadang-kadang air mata Khalis Wasim yang tak berhenti mengalir di pipi dia usap. Pun begitu, Khalis Wasim masih belum berhenti menangis, buat Wareesa makin lajukan langkah untuk kembali ke bangku dia duduk tadi.

Sampai di bangku tadi, dia lihat ada seorang gadis sedang duduk di situ. Gadis yang berada di depan mesin minuman tadi. Syukur dalam masa dia kalut begini, ada juga yang sudi membantunya menjaga barang-barangnya. Laju sahaja langkah diatur supaya gadis itu tidak perlu tambah masa berlama di situ lagi.

"Maaf dan terima kasih sangat-sangat." Ucap Wareesa, penuh syukur. Badan dah terbongkok-bongkok mengucapkannya dan gadis itu hanya mengangguk sahaja sebelum berlalu pergi.

Wareesa ambil duduk di bangku. Lid laptopnya ditutup rapat dengan sebelah tangan sebelum dia kembali kepada Khalis Wasim. Masih lagi bayi itu menangis.

Wareesa tak mahu gelabah kerana kalau dia begitu, macam mana dengan bayi itu nanti. Sepuluh kali gelabah dengan dia kut.

Khalis Wasim yang masih belum berhenti menangis didudukkan di atas ribanya. Dia biarkan bayi itu menghadapnya sambil tangan mengelap wajah yang basah dengan air mata itu. Mulut pula tak berhenti daripada mengucapkan ayat yang sama.

"Hei, hei. Sayang kakak ni. Kenapa menangis ni? Siapa buat dia?" Wareesa mula memancing perhatian Khalis Wasim. Tertunduk-tunduk dia mencari sepasang mata Khalis Wasim dan bila mata mereka bertembung, makin dia banyakkan perbualan dengan Khalis Wasim.

"Ya? Siapa buat dia? Sayang dia." Penuh lembut dan manja suara Wareesa memujuk. Sambil tangan tak henti usap wajah Khalis Wasim. Begitu juga dengan dada dan bahu bayi itu.

Khalis Wasim terus memandang wajah baharu yang meribanya. Tangisannya yang kuat sedari tadi semakin berkurang dek kerana kata pujukan dan usapan lembut Wareesa padanya. Tersebik-sebik dia dengan mata berair memandang Wareesa.

"Ya? Kenapa? Kenapa sayang kakak ni?" Soal Wareesa sambil tersenyum. Mata tak lepas dari pandangan mata Khalis Wasim. Sedaya upaya dia memujuk sehinggalah tangisan Khalis Wasim berhenti dan hanya tinggal sedu-sedan sahaja.

"Takde lah kan? Khalis Wasim okey kan? Sayang kakak ni strong!" Pujuk Wareesa. Saki baki air mata di pipi Khalis Wasim diusap. Sempat dia mencuit-cuit pipi tembam Khalis Wasim saat dia memuji bayi itu. Pujuk.

Khalis Wasim tersebik. Tiada tangisan lagi. Haya ada sedu-sedan sahaja. Melihatkan itu Wareesa senyum.

"Ya? Strong! Khalis strong?" Agah Wareesa. Jari telunjuknya mula mencucuk lembut perut Khalis Wasim. Beberapa kali dan jatuh senyum dia bila lihat Khalis Wasim yang cuba menolak jarinya dari terus mencucuk perut. Geli barangkali. Mulut tu pun nampak macam nak senyum, tapi tak jelas pula. Masih samar-samar.

Wareesa senyum. Sebelah tangan memegang kemas belakang badan Khalis Wasim. Tak mahu bayi itu jatuh sebab apa yang dia  buat selepas ini mungkin akan buat Khalis Wasim menggeliat kegelian. Selalunya yang dia nampak pada bayi begitu lah jika ianya dibuat pada perut mereka.

Jari-jarinya mula digerak-gerakkan mengacah mahu menggeletek perut Khalis Wasim. Melihatkan jemarinya yang bergerak-gerak, Khalis Wasim pula mengecilkan diri. Pandai pula selepas itu dia tahan-tahan jemari bergerak Wareesa yang ingin 'menyerang'nya. Sengih perlahan-lahan mula terbentuk di bibir kecil itu. Jatuh cinta sekejap Wareesa melihatnya. 

"Senyum dah? Hensem senyum dia ni!" Akhir kata, Wareesa terus cari ruang menggeletek Khalis Wasim dan bila jarinya tepat di sasaran. Terus menggeliat Khalis Wasim sambil mengekek ketawa kecil. Tangan kecilnya pula tak henti-henti menolak tangan Wareesa. 

Melihat Khalis Wasim yang sudah terpujuk dan boleh mula ketawa itu, Wareesa turut ikut senyum. Dia ulang apa yang buat khalis Wasim beberapa kali sampai nampak kepenatan gelak di wajah Khalis Wasim. Kesian. Tadi penat menangis, dapat ke dia, penat gelak pula.

"Okey lah ya. Tak buat dah." Kata Wareesa sambil tersenyum seraya mengusap lembut kepala Khalis Wasim. Tak lupa juga selepas itu di picit pipi tembam Khalis Wasim. Geram.

"Handsome boy ni!" Puji Wareesa tak henti saat dia memicit berkali-kali pipi Khalis Wasim. Sekali lagi, bayi itu tergelak suka.

Wareesa senyum. Lega. Mula tangannya membuka beg yang diberi Madam Atikah tadi. Dia cari puting bayi di dalamnya dan apabil jumpa, terus dia tunjuk kepada Khalis Wasim.

Khalis Wasim yang nampak sahaja puting bayi yang dipegang Wareesa, terus tergapai-gapai tangannya ingin mengambil. Teruja barangkali melihat puting bayinya. Bukan sahaja Khalis Wasim, Wareesa yang dah besar ini pun teruja. Tak pernah dia nampak puting bayi yang boleh isi potongan buah di dalamnya. Ini pertama kali.

"Apa ni? Apa ni?" Agah Wareesa. Puting dibawa menjauh. Bukan setakat menjauh bahkan dia gerak-gerakkan macam main kapal terbang. 

Bersinar mata Khalis Wasim Wareesa nampak. Suka ya trick ini? Makin galak lah Wareesa mengacah dengan gaya kapal terbangnya. Siap ada bunyi. Dan akhir sekali ngap masuk dalam mulut Khalis Wasim. Tak berhenti mulut itu menghisap puting yang dah isi dengan potongan buah itu. Warna hijau. Kiwi mungkin. 

Wareesa senyum. Tangan laju mencari sapu tangan di dalam beg. Takut pula kalau comot. Habis kotor baju yang dipakai Khalis Wasim nanti. Dah jumpa, Wareesa terus selitkan ia di kolar baju Khalis Wasim. 

Nafas lega dihelakan. Huh! Selesai satu kekusutan yang dihadapi Madam Atikah tadi. Apa punca Khalis Wasim ni nak menangis pun tak tahu. Baru bangun tidur kut. Terkejut gamkanya pagi-pagi begini kena 'melawat' dunia luar.

Mata melihat Khalis Wasim yang nampak seronok menikmati puting  buahnya. Sesekali dia lap kesan comot yang ada di pipi Khalis Wasim. Senyum lagi kemudiannya sebelum dia usap kepala Khalis Wasim dan mengucupnya lembut. Sudah itu, wajah diangkat.

Bulat mata bila lihat dia menjadi tumpuan pandang beberapa paasang mata. Ada lah dalam lima ke tujuh orang dan kebanyakan mereka adalah lelaki!

Huwaaa! Mula lah pipi rasa hangat berbahang. Lagi-lagi bila lelaki-lelaki yang melihat itu tersenyum dan  berbisik-bisik dengan teman mereka. Yang perempuan pula ada yang senyum, dan ada yang masam mencuka.

Kepala digaru perlahan. Gatal pula tiba-tiba. Kemudian, dia sedaya upaya alihkan pandangan mata daripada bertembung mata dengan mata-mata yang masih merenung.

Kekoknya Wareesa rasa sekarang ini. Terus dia larikan pandangan mata melilau entah ke mana-mana. Sampai lah satu masa dia halakan pandangan ke tangga fakulti dan... Bum!

Ada Waseem besar tengah tenung dia sambil badan bersandar di pemegang tangga. Wareesa auto kaku macam biasa lah selepas itu.

Mungkin sebab dah tahu Wareesa dah perasan akan kewujudannya di tangga, kaki Waseem mula mengorak langkah. Lambat-lambat. Satu persatu. Lambat tu sampai Wareesa punya jantung rasa nak tercabut keluar sebab dah berdebar tahap dewa.

Dug dag! Dug dag! Dug dag!

Sumpah detak jantung Wareesa sangat-sangat tak normal sekarang ini. Kepala tunduk pandang Khalis Wasim. Mungkin sebab dia gementar sangat dan terpancar di wajahnya, dapat dia lihat Khalis Wasim yang memandangnya pelik. Berkerut seketika wajah bayi itu.

Kasut hitam yang dipakai Waseem, Wareesa nampak. Terus dia pejam mata tak mahu lihat. Buat-buat tak perasan sahaja boleh kan? Lagipun dia sedang sibuk babysitting anak Madam Atikah  ni. Lama Wareesa pejam mata. Khalis Wasim yang sentuh-sentuh wajahnya pun tak menggugatnya. Mata masih lagi terpejam erat.

Tapi, kenapa lama sangat dia rasa ni? Waseem memang berdiri aje ke depan dia? Wareesa tak rasa macam ada orang pun berdiri depan dia.

'Peek. Yes. A little peek won't hurt.' Bisik hati Wareesa, membuat keputusan. 

Lambat-lambat Wareesa buka sebelah mata, menjeling sekilas lalu. Namun selepas itu, matanya terbuka luas bila dia lihat tiada pun Waseem berdiri di hadapannya. Terus dia naikkan pandangan dan pandang kiri kanan. Berkerut dahi. Memang tiada Waseem lah!

"Lah..." Nafas lemah dilepaskan. Tadi dia rasa lega, tapi sekarang rasa hampa pula menjengah dalam hati. 

'Baru nak buat excercise jantung lama-lama.' Omel Wareesa dalam hati. Bahu jatuh sendiri dek kerana hampa.

"Lain kali, lain kali. Kau pun , excercise jantung konon. Pfft!" Wareesa mencemuh diri sendiri. Dasar tak sedar diri. Orang tu sebatu jauh pun dah gelabah teruk. Ini kan pula bila dekat dua inci di hadapan. Excercise jantung hak tuih!

Wareesa menggeleng perlahan. Kemudian dia pandang Khalis Wasim yang tiba-tiba sahaja tergelak suka. Berkerut dahi namun senyum terukir lebar di bibirnya. Suka apa lah budak ini. Tiba-tiba sahaja gelak begini.

"Kenapa? Suka apa ni?" Soal Wareesa sambil mencucuk-cucuk perlahan perut Khalis Wasim dengan jari telunjuknya. Makin galak Khalis Wasim gelak jadinya.

"Suka sangat ni. Handsome boy kakak ni suka sangat!" Suka Wareesa berkata. Kali ini dia agah Khalis Wasim dengan mencium perut bayi itu berulang-ulang kali. Habis kepalanya ditolak oleh tangan kecil Khalis Wasim. Geli lah tu! 

Wareesa risau dengan tudung yang dipakainya. Takut lah tak betul dah. Itu satu. Satu lagi, takut juga kalau kotor. Yalah. Mana tahu tangan Khalis Wasim tercalit jus kiwi yang ada dalam puting tadi.

"I told you to not show this act of yours to others, ain't I?" 

Dan suara yang kedengaran dari arah belakangnya itu buat Wareesa terus angkat wajah dari perut Khalis Wasim. Bila toleh belakang, hampir gugur jantung dia bila lihat ada Waseem yang sedang duduk di bangku kosong belakang. 

Puff! And you say you want to do some excercise. Sekarang hadap!

˚ ༘♡ ⋆。˚

TANGAN Wareesa sibuk mencabut lembut rumput-rumput hijau yang disentuhnya. Pandangan langsung dia tak nak angkat kerana malu. Kalau angkat pandang pun, pasti dia akan melilau pandang ke arah lain melainkan arah kanannya. Sebab apa tak pandang kanan? Sebab ada Waseem besar yang tengah main dengan Wasim kecil di situ.

'Biar betul ni?' Jerit hati Wareesa teruja.

Bayangkan! Bayangkan! Waseem besar tengah main dengan Wasim kecil. Rasa sangat terpancar fatherly vibe tu. Wareesa rasa kalau dia toleh pandang, boleh berdarah hidungnya.

Dah dapat dengar suara Wareesa, dah dapat dengar gelak Waseem, Wareesa masih belum dapat hadam lagi bagimana dia boleh berada dalam situasi ini bersama Waseem. 

Tadi...

"I told you to not show this act of yours to others, ain't I?"

"Err..." Terkelip-kelip mata Wareesa pandang Waseem ang tayang muka beku itu. Eee! Tunjuk muka takde perasaan pun hensem! Macam mana ni?

Waseem hanya diam. Pandangan jatuh kepada bayi yang diriba Wareesa. Dua kali dia nampak Wareesa begini. Macam mana ya dia nak gambarkan rasa yang dia rasa melihat Wareesa dalam keadaan begini. Macam... Macam... Entah. Rasa macam hangat.

"Baby pensyarah ke ni?" Tanya Waseem.

Wareesa alih pandang kepada Khalis Wasim. Wareesa angguk sahaja.

Waseem pandang sekilas sebelum Khalis Wasim dipandang. Bayi itu lurus memandang ke arahnya. Puting yang ada di mulut bayi itu bergerak-gerak mengikut gerakan mulutnya.

Oh, comelnya! Dah lah mata bulat! Terus Waseem senyum kecil di situ. Pada masa yang sama, tangan mula mencuit pipi tembam Khalis Wasim.

Pergerakan Waseem yang tak Wareesa jangka buat badan Wareesa kaku secara total. Dan bila Waseem dah duduk sebelah dia dan memandang Khalis Wasim, terus nafas tersekat. Oh tidak!

"Saya minta izin nak pegang dia boleh?" Pinta Waseem. Riak wajah lelaki itu dah lembut. Tak beku seperti tadi. Cakap pun sopan!

Tak berkelip mata Wareesa memandang Waseem. Ya Allah. Kenapa hensem sangat lelaki ni?

Melihat tiada maklum balas daripada Wareesa, terus Waseem pandang gadis itu. Wareesa mula kalut pandang arah lain. Laju! Kantoi usyar anak teruna Ibu Ayunin dan Ayah Yahya!

"Boleh?" Pinta Waseem sekali lagi dan Wareesa laju mengangguk. Terus dia angkat Khalis Wasim dari ribaannya lalu didudukkan atas riba Waseem.

Khalis Wasim dibiarkan bersandar di dada Waseem sebelum cepat-cepat Wareesa alihkan tangannya. Satu sebab gemuruh satu lagi bila lihat tangan Waseem yang dah bergerak mahu menyentuh Khalis Wasim sekali lagi.

Sudah itu, Wareesa duduk jauh daripada Waseem. Beg kepunyaan Khalis Wasim diletakkan di antara mereka.

"Jom!"

"Ha?"

Waseem macam buat tak dengar dengan 'ha' nyaring Wareesa. Bahkan laju langkah Waseem meninggalkan Wareesa. Wareesa terus kalut mengekor. Yalah, amanah yang diberikan kepadanya dah pun dibawa lari Waseem. 

Eee! Dan kerana itu dia boleh ada sekali dengan Waseem duduk santai di halaman fakulti ini. Mujur bukan mereka bertiga sahaja malah ramai juga mahasiswa dan mahasiswi yang duduk di halaman ini.

Wareesa capai botol air mineral dari dalam beg sebelum isinya diteguk  perlahan. Tenangkan diri semestinya.

"Reesa." Dan hampir tersembur air dalam mulut bila dengar suara lembut Waseem memanggilnya.

Sambil tangan lap air yang tersembur sedikit dari mulut, Wareesa menoleh memandang Waseem. Dia tak cakap apa-apa. Hanya buat isyarat dengan kening bertanya 'apa'.

'Reesa, jangan lah kerek sangat! Tu crush kau tahu tak?'

Waseem senyum. Telefon dia bawa keluar dari poket sebelum dia hulur kepada Wareesa. Terkelip-kelip mata Wareesa menerima huluran itu. Telefon bertukar tangan dan Wareesa tak tahu nak buat apa.

Apa ni? Takkan Waseem nak suruh dia pegang ke? Macam merepek sangat.

"Tolong ambilkan gambar saya dengan Wasim junior boleh?" Penuh sopan Waseem meminta. Senyum tu tak pernah pudar. Allah! Cair Wareesa berkali-kali.

Tahan malu, Wareesa mengangguk lalu dia tekan punat on telefon Waseem. Takut pula pegang telefon mahal begini.

"Face lock tu. Awak halakan phone tu kat saya." Kata Waseem. Dan Wareesa penuh gemuruh melakukan apa yang Waseem suruh.

Dah unlock. Wareesa pandang skrin telefon mencari aplikasi kamera. Tahan senyum dia bila lihat gambar Waseem yang tersangat kacak sebagai wallpaper.

Mak aih! Walau dia tahan senyum, Wareesa tahu wajahnya pasti tak boleh tahan daripada memerah. 

Jari laju tekan aplikasi kamera sebelum dia halakan kamera belakang kepada Wasim dan Khalis Wasim.

"Okey. Ready!" Kata Wareesa setenang yang mungkin.

Waseem senyum dan pandang Khalis Wasim. 

"Ummm, awak nak candid ke macam mana?" Tanya Wareesa. Baik Waseem dan Khalis Wasim, dua-dua tak pandang kamera.

Waseem angguk. 

"Ambil sahaja. Saya suka aje."

Puff! Hangat telinga Wareesa mendengarnya.

Wareesa angguk dan beberapa keping gambar Waseem dan Khalis Wasim dia rakamkan. Ya Allah, sumpah jari Wareesa menggeletar. Pipi terasa hangat. Mata pula tak berhenti-henti berkelip laju sebab tak boleh nak pandang wajah Waseem di skrin telefon lama-lama. Gila sungguh lah dia! Parah sungguh lah dia!

Wareesa teruskan lagi tangkap gambar. Sambil itu, dia tak sedar dah bibir dia dah tarik senyum. Syok sangat tengok interaksi Waseem bersama Khalis Wasim. Oh kalau begini lah rasanya, kenapa lah dia tak toleh pandang sedari tadi.

Dalam Wareesa begitu, dia tak sedar yang Waseem dah menggeleng kecil lihat Wareesa. Boleh pula gadis itu senyum. Ingat gelabah tanpa sebab aje kerjanya. Hahaha!

Wareesa senyum. Tiba-tiba rasa nak tangkap gambar kedua-dua lelaki itu pandang kamera pula. Tanpa banyak fikir, terus dia angkat tangan sambil petik-petik jari mahu menarik perhatian Khalis Wasim. Tapi, lain yang dia panggil, lain pula yang pandang.

Tanpa senyum Waseem pandang dia. Wareesa buat tidak endah. Dia terus memetik jari ingin menarik perhatian Khalis Wasim.

"Khalis. Khalis sayang!" Panggil Wareesa tapi Khalis Wasim macam tak beri perhatian langsung. Sibuk bermain dengan toys di tangan.

Waseem pandang Khalis Wasim yang tak tergugat itu. Dia senyum lantas mencuit lembut pipi tembam Khalis Wasim. Wareesa yang dah separuh menjerit dengan suara keibuan, buat Wassem tergelak kecil. Kesian sungguh lah!

"Wasim." Dengan panggilan lembut dengan nada yang ceria itu, cepat sahaja Khalis Wasim memandang ke arah Waseem. Wareesa yang melihat hanya mampu menganga.

'Mak aih! Hampir hilang ayu aku panggil budak ni. Waseem panggil sekali sahaja terus toleh. Sah select budak ni.' Omel Wareesa tidak berpuas hati sendiri.

Waseem senyum. Wareesa yang ternganga kecil itu dipandang.

"Call him Wasim." Arah Waseem.

Nak tercekik Wareesa dibuatnya. Gila ke? Walau pun dia tahu Wasim yang mana dia panggil, tapi itu tak menafikan ada seorang lagi Waseem yang buat jantung dia bergegar tanpa henti.

"Cepat sementara dia tak meragam ni." Kata Waseem. 

Masa itu, Wareesa menyesal. Rasa lah! Tak nak candid sangat kan? Ha, hadap lah sekarang!

Wareesa telan air liur. Tangan yang berhenti bergerak, mula bergerak perlahan. Kadang, dia memetik jari. Dan alhamdulillah berjaya. Tapi sekejap cuma sebelum Khalis Wasim sibuk dengan toys di tangan semula.

Haih! Nak kena habis cepat, dia kena tolak tepi semua rasa malunya. Anggap nama Waseem seorang lagi tu Abu. Ya. Itu Abu besar. Ini Wasem kecil.

"W–Was..."

Huh! Mak ai! Debar!

"Wasim!" Wareesa buat bodoh selepas berjaya sebut nama itu. Ingat! Yang seorang lagi itu Abu. Perasan aje nama dia Wasim.

Telan air liur sebab Khalis Wasim masih belum pandang kamera.

"Sayang. Err..." suara sedikit perlahan.

Waseem hanya melihat Khalis Wasim di riba. Bagus. Peluang kena guna sebaiknya dan dia harap 'Abu' tak perasan.

"Sayang. Wasim sayang!" Mahu pecah dada Wareesa saat itu. Dua-dua Waseem pandang dia! 

'Huwaaa!!! Mana Abu pergi?!'

Klik!

Tengok hasil, Wareesa tersenyum penuh debar. Allah! Gegar! Ish! Mesti tangan dia!

"Dah?" Soalan itu buat Wareesa angkat wajah. Dia tersengih kekok seraya menggeleng.

"Gegar."

Waseem angguk.

"Sekali lagi lah."

Erk! Mahu tak mahu, Wareesa bersetuju. Dihalakan semula kamera telefon ke arah mereka berdua. Mata fokus kepada Khalis Wasim sahaja.

"Ehem." Deham satu kali sahaja. Kononnya nak tenang diri. Tapi, bila tengok Waseem memandangnya tenang, terus Wareesa berdeham banyak kali.

"Emm. Sayang! Wasim sayang! Look at kakak!" Sekali lagi Wareesa mencuba. Rasa nak menangis sebab Khalis Wasim tak bagi kerjasama. Dah lah Encik Crush pandang sahaja dia tak nak membantu. Kalau pun tak nak bantu tarik perhatian Khalis Wasim, paling tidak pun, tolong lah jangan pandang dia. Malu tahu tak?

"Wasim!" Wareesa pandang lagi.

Waseem senyum. Kesian tengok Wareesa. Terus dia lambaikan tangan sambil senyum kcil kepada Wareesa. Khalis Wasim dia panggil berkali-kali supaya bayi itu pandang kamera.

Mungkin nampak benda yang bergerak banyak kali, tambah lagi dipanggil berkali-kali, Khalis Wasim akhirnya memandang Wareesa. Dan tanpa melepaskan peluang itu, Wareesa terus tekan berkali-kali punat kamera tanpa henti di skrin. Dan bila Khalis Wasim beralih arah sahaja, terus Wareesa berhenti menekan.

Hasil tangkapannya buat dia tersenyum gembira. Terus dia tunjuk telefon kepada Waseem. Puas hati weh sebab dapat berkeping-keping.

"Nice kan?" Teruja punya pasal, tak ingat dah Wareesa kepada apa itu malu dan Encik Crush. Terus Wareesa hampiri Waseem dengan tangan menyua telefon.

Waseem hanya senyum dan angguk kecil.

"So nice." Balas Waseem pendek. Dan tika itu, Wareesa baru tersedar. Dada mula berdebar dan dia mula menjauh daripada Waseem. Tangan lelaki itu tak berhenti gosok belakang leher.

"Err, nah." Telefon dipulangkan semula. Dia letak sahaja atas rumput. Tak letak atas tangan Waseem yang sudah menadah.

Waseem hanya senyum dan ambil. Tak lupa untuk dia ucapkan terima kasih dengan nada suara yang boleh mencairkan jiwa Wareesa. Kya!

Wareesa hanya angguk.

"But you know what is nicer than this?" Soalan Waseem buat Wareesa angkat wajah dan menggeleng perlahan. Berkerut dahi dia.

Waseem senyum.

"Hearing you call the Wasim with sayang."

Wajah dah panas. Kata dah mula tergagap.

"I–itu untu K–Khal–Khalis." Gagap terus Wareesa.

Waseem senyum dan angguk.

"Tahu."

"So?" Kerek Wareesa bertanya.

"So bila nak panggil saya pulak?" Selamba Waseem bertanya.

"Apa?" Wareesa blur.

"Waseem with sayang."

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
257K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...