H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N38

2K 278 22
By leimonadd

TERASA segar badan selepas selesai mandi dan cuci rambut. Dengan langkah ringan, Wareesa halakan arah kaki meja solek mininya. Tools box yang berada di bawah meja itu diambil lalu dibuka. Alat pengering rambut dia bawa keluar kemudiannya. Nak kena keringkan segera sebab dia memang tidak akan pernah selesa tidur dengan rambut yang masih basah atau lembab.

Plug dipasangkan pada soket dan terus suis dipetik. Sebelum teruskan, Wareesa capai telefon yang berdering minta diangkat di atas katil. Video call daripada Yara. Tersenyum dia melihat sebaris nama itu.

Sejak kebelakangan ini, suka betul Yara menelefonnya. Sebelum ini kerap juga telefon tapi topik perbualan hanya berkisarkan hidup univerisiti mereka sahaja. Tapi, berbeza pula sekarang. Banyaknya hanya seperti perbualan kosong yang meleret sampai kadang sejam lamanya.

Letakkan telefon pada phone holder, Wareesa kemudiannya gesek ikon hijau di skrin telefon tanda dia menerima panggilan video Yara. Tak sampai lima saat pun, terpapar dah wajah Yara yang dah tersenyum di skrin.

"Hey, girl! Whatchu doin'?" Tanpa salam, Wareesa disapa oleh Yara. Tahan tawa Wareesa jadinya.

"Takde nak buat apa lah. Baru habis mandi." Bicara Wareesa. Alat pengering rambut diletak dahulu. Nanti lah keringkan rambut. Bising pula nanti. Kesian Yara kena tunggu nanti. Dia kalau dah keringkan rambut, boleh tahan lama juga. Tambah nak buat hair treatment lain lagi.

Yara yang mendengar jawapan Wareesa terus tarik senyum. Mula-mula di mata Wareesa, senyuman itu biasa-biasa sahaja. Tapi, entah kenapa lama kelamaan lain macam pula senyuman itu. Macam ada aura sinis begitu.

"Kau dah kenapa, Yara? Tersengih-sengih macam tu." Soal Wareesa. Tuala di atas katil dia ambil sebelum rambutnya yang basah dilap lembut.

Yara terlihat menggeleng sebelum gadis itu tutup mulut dan tiba-tiba dengar ilai tawa Yara yang mungkin hanya beberapa orang sahaja pernah mendengarnya terletus.

Yara selalunya kalau dia gelak di kahlayak ramai, dia akan kawal tawanya. Tapi, dengan beberapa orang yang gadis itu selesa, hmmm. Tahan sahaja lah telinga dengar bingit tawa Yara. Dan Wareesa adalah antara orang yang kena tahan telinga sekarang ini.

Wareesa hanya menggeleng sahaja sambil tunggu Yara habis hamburkan tawanya. Biar lah. Dia bagi gadis itu gelak puas-puas walau dia tak tahu apa puncanya. Asal Yara bahagia, dia okey sahaja.

Beberapa ketika, ilai tawa Yara selesai. Wareesa dah tongkat dagu menghadap wajah Yara di skrin telefon.

"Kau memang tujuan telefon nak gelak je eh?" Soal Wareesa sedikit sinis. Senyum pun dah sinis sekali.

Yara hanya menggeleng sambil senyum manis.

"How was your day?" Soalan pertama Yara setelah habis ilai tawanya.

Mendapat soalan itu, berkerut terus dahi Wareesa. Okey, sebenarnya soalan itu takde lah membingungkan sangat. Tapi, senyuman yang diiring dengan soalan itu buat dahi licin Wareesa berkerut. Fishy semacam. 

"Oookeeey. It was good." Jawab Wareesa. Sambil tu terjongket kening tengok senyuman Yara yang dah nampak sangat lain macam. Lebih fishy.

"Too good, isn't it?" Yara dah jongket kening beberapa kali. Daripada situ, Wareesa dah tahu yang sisi Yara yang mahu menyakat sudah datang. Heh.

Tuala diletak tepi dan mata dah dikecilkan memandang Yara di skrin. Pelik. Ragu-ragu. Sesuatu sangat gadis ini. Dan Yara yang melihat riak wajah Wareesa begitu, terus dia tutup mulut tahan untuk tahan gelaknya daripada terhambur keluar. Cepat-cepat dia kawal sebab dia nak sembang panjang dengan Wareesa.

Topik yang dia akan bangkitkan ini sangat menarik! Rugi kalau habis masa dengan gelak sahaja. Dengan Wareesa bukan boleh agak. Kalau gadis itu bosan, terus ganggang merah di skrin itu kena tekan. Haaa, habis gelap skrin telefon dia nanti kalau itu terjadi.

"Okey. Apa kau nak Yara?" Tanya Wareesa. Dia dah mula bercekak pinggang. Walau tak terpampang semua perlakuannya di hadapan Yara sekarang ini, Wareesa yakin Yara tahu pose yang dia tayangkan sekarang.

Yara senyum.

"Ehem." Sengaja lambat-lambat. Seronok tengok muka tahan sabar Wareesa.

Wareesa sabar menanti.

"Dengar-dengar lah..." Berhenti lagi. Wareesa dikerling.

Wareesa julingkan mata ke atas. Dah mula rasa menyampah.

"Dengar apa?" Soal Wareesa bosan. Tambah bosan bila Yara gelak kecil.

"Dengar-dengar, orang tu jumpa bakal mak mertua hari ni." Lepas habis gelak kecilnya, Yara habiskan ayat yang duk berlegar dalam kepalanya. 

Mendengarkan kata-kata Yara, tegak terus badan Wareesa. Darah hangat lambat-lambat naik ke wajah. Duduk dah tak senang. Mata pun duk melilau, tak boleh pandang terus kepada Yara yang dah tarik senyum suka di skrin telefon.

Aish! I knew it! Memang takde benda lain yang Yara akan cakap kalau dengan senyuman itu tertempel di bibir. Kenapa lah dia lembab sangat?

"Si—siapa?"

Yara gelak lagi.

"Ha! Gelabah, gelabah!" Yara menyakat sambil mengekek ketawa. Suka lihat Wareesa yang dah tak tunjuk riak.

Tak boleh bawa bertenang betul kawan dia yang seorang ini. Baru sebut kias-kias. Tak sebut lurus-lurus lagi. Sebut nama yang berkenaan pun belum lagi. Kelakar sungguh.

"Ish!" Wareesa geram. Tuala yang dia letak tepi tadi diambil lalu ditekup wajahnya di situ. Siap dia tutup telinga sekali sebab tak mahu dengar gelak menyakat Yara. Bingit! Lebih bingit daripada ilai tawa dia yang tak boleh nak kawal tadi.

"Rileks lah. Aku dengar-dengar aje." Yara bersuara.

Tuala dialihkan dari wajah. Yara dijeling tajam dengan wajah yang sudah masam mencuka. 

"Pastu kalau kau dengar-dengar, yang kau sibuk bercerita dekat aku buat apa?" Soal Wareesa. Malu tak habis lagi.

"Kena lah cerita supaya aku tak dengar-dengar dah. Dapat temubual ekslusif terus!" Kata Yara penuh yakin dan bersemangat.

Wareesa tambah geram. Kaki gossip betul minah seorang ini. Mana entah dapat berita mengenai aktiviti dia hari ini. Nak kata gadis itu ada sekali di majlis tadi, macam takde. Dia sehari suntuk kut di rumah Ibu Ayunin. Takde pula nampak batang hidung Yara. Tapi, kalau Yara nampak dia tapi tak tegur, memang wajib dia sekolahkan Yara. Dasar lupa kawan! Tahu lah makanan sedap tadi!

"So?" Ucap Yara.

Wareesa hanya diam.

"I'm waiting." Tambah Yara lagi.

Wareesa helakan nafas. Yara dia pandang malas. Dahi yang tidak gatal digaru perlahan. Lama sebelum dia hela nafas lemah, mengalah. Duduk dia betulkan dan kelihatan Yara juga melakukan yang sama. Cumanya gadis itu dengan terujanya manakala Wareesa dengan rasa berat hati dan segan.

"Okey, first. Mana kau tahu?" Soal Wareesa sebelum dia buka cerita dengan lebih lanjut lagi.

Yara tersenyum. 

"It's all over Instagram." Jawab Yara mudah. Sambil itu gadis itu tunjuk tab yang berada di tangan.

Dengar jawapan Yara, dahi Wareesa berkerut tak faham. Melihatkan riak wajah Wareesa sebegitu, Yara mula menunjukkan sesuatu di tab. Bila lihat apa yang terpapar di skrin telefonnya, jatuh terus rahang Wareesa. Tak percaya. Malu dan segan bergabung.

Gambar sepanjang Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ibu Ayunin tadi! Setiap gambar yang ditunjuk Yara pasti ada wajahnya. Malu! Lagi malu bila lihat tukang post gambar-gambar itu di Instagram Stories. Ergh! Waseem Ahda! Nafis Ilyas! Ilman Adib! Tiga bradik itu lah!!!

"So?"

"Kenapa diaorang post? Bila pulak gambar-gambar ni diambil? Aku tahu satu aje, masa gambar ramai-ramai tu. Yang lain, aku tak tahu!" Kata Wareesa. Entah rasa geram, entah rasa malu!

"Apa salahnya post? Lagipun caption masing-masing pun sweet! Quality time with loves one!" Yara sengaja baca kuat-kuat apa yang tertulis di setiap gambar.

Wareesa tutup muka dengan tuala sekali lagi. Malu.

Perlahan-lahan tuala dibawa jauh dari wajah. Yara yang tersenyum panjang memandang tab dikerling sekilas sebelum dia ambil telefonnya. Dipegang lalu aplikasi Instagram dibuka. Sambil-sambil itu, telinga menangkap suara Yara yang sibuk bertanya itu dan ini.

"Banyak juga gambar kau ni. Tengok post, macam dari petang. Sampai ke malam ni masih ada post daripada mereka. Ni... berapa lama kau duduk rumah diaorang ni?" Soal Yara.

Gambar-gambar di IG Stories itu ditelek satu persatu. Dahi dah berkerut hairan. Yang banyak post hanya Nafis. Ilman ada juga. Tapi, Waseem, lelaki itu hanya repost stories sahaja.

Wareesa gigit bibir bawah. Akaun Instagram Nafis dia cari selepas bertanyakan kepada Yara. Dia tak follow pun malah permintaan untuk dia difollow pun belum lagi dia terima. Baik untuk Nafis, Ilman dan Waseem. Tiga lelaki itu dah buat permintaan lama, tapi dia terlalu malu untuk menerima. Seorang crush, dua orang lagi ahli keluarga crush. Tak nak lah dia! Sudah lah kadang-kadang post dia kurang cerdik juga. Malu!

"Reesa, aku tanya ni." Yara merengek minta dilayan apabila Wareesa hanya diam.

Wareesa berdesis perlahan.

"Dari jam tiga." Jawab Wareesa lurus. Sambil itu mata duk sibuk mengintai post di IG stories Nafis.

Banyak gambar tentang majlis hari ini yang lelaki itu post. Tapi, takde lah banyak pun gambar dia macam yang Yara beritahu tadi. Ada lah macam lima keping daripada berpuluh-puluh keping gambar. Itu pun tak berapa jelas.

"What?!" Jeritan Yara yang kuat hampir-hampir sahaja membuatkan Wareesa mencampakkan telefonnya ke bawah.

"Sakit lah telinga aku! Kau ni, cuba jangan tinggi sangat pitching suara tu!" Marah Wareesa geram. Video Call bersama Yara ditekan semula.

Yara hanya tayang sengih sambil ucap kata maaf berulang-ulang kali. Dan selepas itu, dia kembali semula ke topik perbualan mereka. Masa ini lah nak korek cerita betul-betul. Tanya kepada Nafis mahupun Waseem, kedua-dua lelaki itu masih belum membalas pesanannya. Sibuk gamaknya mengemas rumah.

"Dari tiga petang kau dekat rumah diaorang? Biar betul? Berani pulak kau!" Kata Yara. Di akhir tu, entah lah Wareesa nak kata ia pujian atau perlian.

Wareesa hembus nafas lemah.

"Mana ada berani. Kau ingat aku berani ke? Ikutkan aku tak nak pergi pun tau majlis tu." Wareesa mula membuka cerita. Alang-alang ada Yara yang bertanya ini, elok juga dia lepaskan rasa geram yang masih berbaki sedikit buat Niliyyah. Ergh! Tak boleh nak lupa selambanya gadis itu meninggalkannya.

Yara kelihatan berminat untuk mendengar lebih lanjut.

"Lepas tu? Macam mana kau end up ada kat situ?" Soal Yara.

"Nil lah."

"Niliyyah sepupu kau tu?"

Wareesa mengangguk.

"Dia paksa aku pergi juga sebab tunang kakak Nafis tu, bekas kekasih dia." Cerita Wareesa.

"What?"

Dan untuk minit seterusnya, Wareesa buka cerita daripada A sehingga lah Z. Yara yang mendengar banyak kali tutup mulut yang melopong dengan tangannya. Kadang rasa kagum, kadang rasa terkejut.

Tapi, tak lepas juga bibirnya daripada senyum bila dengar Wareesa menyebut perkataan Ibu Ayu. Green light nampak? Wareesa pula, hanya buat bodoh bila lihat senyum Yara. Kalau bertanya kenapa, habis dia sakat.

Dan terima kasih untuk senyum itu juga, otak Wareesa beri signal untuk tidak menceritakan beberapa bahagian yang buat wajahnya berbahang ketika dia bersama Waseem. Seperti Waseem puji dia, Waseem ambilkan makanan untuk dia dan Waseem teman dia makan.

"Wow!" Dan itu komen terakhir Yara.

Wareesa hanya mengangguk perlahan.

"Ni, kira kau baru balik lah ni?" Soal Yara. Tilik muka Wareesa, baru perasaan ada riak penat di situ. Allah! Kenapa lah dia tak perasan sedari tadi? Tu lah! Sibuk nak bergossip punya pasal! Apa lah Yara Hamida ni!

"Yup." Wareesa mengiakan. Telefon dipegang dan dibawa bersama ke tilam. Badan dah penat. Dia pun rasa mata dah mula memberat. Tak rehat lagi kan hari ini?

Yara terangguk-angguk. Sekarang baru mengerti.

"Okey lah! Memandangkan kau penat, kita end kan temubual eksklusif ini sampai sini dulu." Ucap Yara bersama sengihan di bibir.

"Sampai sini dulu? Maknanya ada lagi ke lepas ni?" Berkerut dahi nak dengar jawapan Yara. Gadis itu, ada-ada sahaja lah. Nak cerita apa, kalau semuanya dah habis?

Yara senyum sinis.

"Ada lah. Part yang kau tergagap-gagap tadi, aku yakin ada cerita di sebaliknya. Hahaha!" Gelak jahat Yara di akhir kata. Tambah lagi gelak jahat bila lihat mata bulat Wareesa.

Panik ga? Panik ga? Ya panik lah, masa engga!

"Yara Hamida!!!" Menjerit kuat Wareesa memanggil Yara. Namun Yara hanya balas dengan gelak jahatnya sebelum gadis itu cepat-cepat matikan panggilan itu. Tak mahu kena bebel punya pasal.

Turun naik nafas Wareesa dek geram. Cepat sahaja Yara menangkap. Ingatkan dah lepas. Dari geram, jadi malu. Habis terasa hangat wajahnya. Merah dah lah tu.

"Argh! Apa-apa aje lah! Aku tak nak cerita!" Kata Wareesa. Telefon dia campak ke tepi sebelum dia bangun ingin tutup lampu.

Nak tidur! Dah penat! Esok kena bangun buat kerja pulak! Buatnya tak cukup rehat kemudian salah dalam melakukan tugas, mahu dia kena fire habis-habisan oleh Cik Puan Tihani. Sudah lah wanita itu  beberapa hari ini diam sahaja. Tengah tunggu masa agaknya.

Setelah rumah kecilnya itu gelap dan malap dicahayai oleh lampu meja yang berada di tepi tilam, Wareesa tarik selimut tutup separuh badannya. Mengiring badan ke kanan dan bantal dipeluknya erat. Peluk badan dengan erat adalah satu cara untu dia masuk ke alam mimpi dengan lebih mudah.

Lima minit sudah berlalu. Makin sepi ruang rumah Wareesa. Dan itu, buat Wareesa makin mengantuk dan mula lah dia perlahan-lahan mamai mahu masuk ke alam mimpi.

Untuk lima minit seterusnya, mata Wareesa betul-betul sudah terkatup. Nafasnya pula naik turun dengan tenang, tunjuk dia baru sahaja memulakan 'pelayaran'nya. Lena sebelum...

Kring! Kring! Kring! Kring! Kring!

Trrbuka luas mata Wareesa dek terkejut dengan deringan telefon yang bingit berbunyi. Dek kerana geram, selimut ditendang kasar begitu juga dengan bantal yang dipeluknya tadi.

"Ish! Kacau lah!" Dengus Wareesa geram sebelum telefon dia ambil. Nama pemanggil langsung tidak dibaca. Hanya gesek ikon hijau dan lekap di telinga.

"Hello!"

˚ ༘♡ ⋆。˚

BURU-BURU Wareesa berlari menuju ke pondok pengawal. Panggilan telefon daripada Pak Cik Mujib tadi buat mata yang kuyu terus terasa segar. Kalut dia bersiap sarung tudung sambil itu tertanya-tanya kenapa ada orang yang mencari dia malam-malam begini. Ni berlari ke depan pun pakai house slipper aje.

"Ada orang nak jumpa Reesa ni. Asalnya nak jumpa Cik Muda Niliyyah, tapi tak dapat hubungi cik muda pula." Terngiang-ngiang suara Pak Mujib dalam kepala.

Dah sampai di hadapan pagar utama, Wareesa betulkan dahulu penampilannya. Walau tak tahu siapa yang nak berjumpa, tak bermakna dia boleh sesuka hati. Penampilan kena jaga walau kadang dia selamba bedal juga.

Apa-apa pun, Wareesa nampak kemas sekarang. Satu set baju tidur dan seluar berkotak pink putih dan tudung sarung instant berwarna hitam. Home slipper tu, kira diskaun lah ek? Selekeh sikit aje. Takde siapa nak pandang dia sampai kaki pun.

Terintai-intai juga Wareesa di balik lubang pagar, tapi tak nampak jelas pula siapa. Tambah lagi bila yang datang 'ziarah' itu membelakngkan badannya. Yang Wareesa tahu berdasarkan penampilan, ia seorang lelaki. Tapi, tak nampak macam ciri-ciri orang yang Wareesa kenal pun.

"Hmmm, siapa?" Soal Wareesa perlahan sebelum perlahan-lahan Wareesa selak pintu pagar. 

Kepala dijengulkan sedikit keluar dan tersengih dia bila nampak Pak Cik Mujib yang datang merapat. Melihatkan pergerakan Pak Cik Mujib, lelaki itu turut sama menoleh dan matanya terus terarah kepada Wareesa yang sedang berbual entah topik apa dengan Pak Cik Mujib. Tak dengar sebab mereka seakan-akan berbisik pula.

"Siapa?" Soal Wareesa. Tak kenal lah. Dah lah pakai kaca mata hitam. Tak faham betul kenapa malam-malam begini pun nak pakai kaca mata hitam.

"Entah. Katanya kawan Reesa dan cik muda."

Wareesa kecilkan mata memerhati. Bila lelaki itu angkat tangan menyapa dengan senyuman, Wareesa hanya balas dengan sengih paksa. Lambat-lambat dia keluar dari pagar dan sempat dia berbisik untuk Pak Cik Mujib menimaninya sebelum dia ambil langkah merapat.

"Siapa ya?" Soal Wareesa terus. Dia memang tak kenal. Ini mungkin kawan Niliyyah, tapi bukan kawan dia.

"Saya..." Kaca mata hitam dibuka dan bila lihat wajahnya, mulut Wareesa melopong tidak sangka.

"Imdad." Sebut Wareesa perlahan. Terangguk-angguk dia kepada Pak Cik Mujib sebagai tanda dia kenal lelaki itu. Pak Cik Mujib yang mula menangkap isyarat itu perlahan-lahan mengundurkan diri, memberi ruang untuk Wareesa dan Imdad berbual.

Wareesa pandang pagar rumah.

"Err, kenapa datang sini?" Soal Wareesa. 

Imdad senyum.

"Saya nak jumpa Nil. Tapi, pak guard awak cakap dia tak dapat nak dihubungi." Beritahu Imdad perlahan.

Wareesa menerima jawapan itu dengan anggukan dan senyuman kecil.

"Nak saya panggil dia ke?" Soal Wareesa walau dia tahu idea itu agak buruk. Bukan boleh jangka apa yang Niliyyah akan buat nanti. Mana tahu gadis itu nak balas dendam sekarang sebab tahan dendam masa Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ibu Ayunin tadi. Mana lah tahu...

Pertanyaan Wareesa Imdad jawab dengan gelengan kecil. Wareesa pula hanya mengangguk sahaja sebelum dia jadi kekok.

'Dah tu, kenapa datang?' Soal Wareesa sendiri dalam hati.

"Saya dah cuba call dia, tapi tak berangkat. Dia dah tidur kepenatan lah tu." Teka Imdad.

"Penat menangis gamaknya." Bisik Wareesa namun tetap juga jelas bisikan itu di pendengaran Imdad. Sudahnya, senyum hambar terukir di bibirnya. Wareesa pula yang jadi serba salah.

"Kalau macam tu, ada apa-apa yang saya boleh tolong?" Tanya Wareesa untuk hilangkan rasa janggal antara mereka. Dan lagi supaya cepat pertemuan ini berakhir. Kena tahu yang penat itu, bukan Niliyyah seorang sahaja. Dia pun penat juga sekarang ini.

Imdad mengangguk kecil sebelum dia berlalu pergi ke keretanya. Tengok jenama kereta, dia boleh tahu Imdad ini dari keluarga berada. Padan lah lepas bercinta dengan Niliyyah.

Bukan apa, Niliyyah punya standard selalu tinggi-tinggi. Kalau macam Ilman yang ada aura-aura nak cuba try test tu, dia tak tahu lah boleh lepas ke tak. Bukan nak perlekehkan Ilman, tapi tu lah... Niliyyah yang salah. Hahaha!

Tak lama pun menunggu, Imdad sudah kembali dengan sebuah beg kertas di tangan. Terjongket Wareesa melihatnya. Tapi wajah poker face cuba dikekalkan walau dalam kepala berlegar seribu satu pertanyaan berkenaan Imdad, Niliyyah dan beg kertas itu.

"Nah. Saya nak minta tolong awak beri pada Niliyyah boleh?" Pinta Imdad.

Wareesa teragak-agak tapi huluran beg kertas itu disambut. Mata gatal aje nak mengintai isi dalam beg kertas itu tapi dia cuba tahan semampu yang boleh. Tiba-tiba nak jadi penyibuk pula.

"Boleh. Tapi, ni apa? Saya nak jawab apa kalau Nil tanya daripada siapa?" Soal Wareesa. Dia bukan reti pun nak bengkok sana sini bina satu penipuan. Dah berlatih lama dengan Cik Puan Tihani pun tak lepas-lepas lagi. Hehehe.

Imdad tarik senyum hambar.

"Sesuatu yang saya pernah janji untuk dia." Kata Imdad perlahan. Entah kenapa tapi Wareesa dapat rasa macam ada sesuatu yang bernama sedih dan kecewa di situ. 

'Dia ni pun tak boleh move on juga ke?' Bisik Wareesa perlahan. Imdad yang berwajah sedih itu dia pandang.

"Pernah janji?" Bisik Wareesa perlahan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Perbualan dia dan Niliyyah dalam kereta tempoh hari semasa mereka membeli-belah baju baharu untuk ke majlis hari ini.

"He supposed to be mine next two month. He promised me to do so. But, he lied."

Membulat terus mata Wareesa. 

'Jangan kata ini baju kahwin dan cincin!' Mula meliar sangkaan Wareesa. Mata dan tangan pun makin gatal ingin membelek. Nak tengok sendiri dengan mata kepala sendiri.

Imdad tersenyum.

"Saya pergi dulu lah. Kirim salam pada dia and sorry for today." Kata Imdad lemah sebelum dia berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

Wareesa hanya menghantar Imdad pergi dengan pandangan mata sahaja. Bila kereta Imdad hilang dari pandangan mata, Wareesa pandang beg kertas yang dia pegang. Intai sedikit isinya dia terkejut. Tak sangka apa yang dia teka tadi betul. 

Dalam dia mengintai itu, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering minta diangkat. Buru-buru dia keluarkan dari poket dan menjawab panggilan itu. Panggilan daripada Niliyyah. Panjang umur pemilik baju kahwin ini. 

"Apa dia bagi?"

Terkejut Wareesa mendengar pertanyaan Niliyyah. Terus dia menapak ke belakang sedikit, hampir di tempat terparkirnya kereta Imdad tadi. Di situ, dia dapat lihat ada susuk tubuh berada di tingkat tiga. Terus bibir mencebik. Ceh, mengintai rupanya cik muda itu.

"Aku tak tahu apa dia bagi. Nak aku tengokkan tak? Ke kau nak tengok sendiri pakai teropong kat atas tu?" Sinis Wareesa memerli. Susahkan dia betul.

Apa salahnya kalau gadis itu turun sendiri dan jumpa Imdad. Tak perlu dia jadi orang tengah begini. Nanti nak kena menapak naik ke tingkat dua pula. Haih. Tak tingkat dua, tingkat tiga. Penat tahu tak?

Niliyyah diam menerima pertanyaan Wareesa.

"Nak tak? Cepat sikit buat pilihan." Tanya Wareesa bosan.

"Kau hantar kat sini."

"Kat sini? Kat mana?" Soal Wareesa dah telan air liur. Jangan kata...

"Third floor."

Tut... tut... tut...

Panggilan mati. Dan Wareesa menjerit kegeraman di situ. Dia tahu Niliyyah nampak perbuatannya. Makin galak dia tumbuk dan menyepak angin dengan tangan dan kakinya. Ikut hati, nak aje dia baling beg kertas ini. Haih! Sebab amanah, dia tahan diri.

"Errr, Reesa okey tak ni?" Tanya Pak Cik Mujib. Risau melihat cik muda yang tak nak mengaku ini.

Pak Cik Mujib dipandang lemah sebelum dia panggung kepala. Haih. Penat betul lah dia. Walau Cik Puan Tihani diam, dia lupa masih ada tentera-tentera Cik Puan Tihani. Kalau bukan dua-dua, salah seorang daripada mereka. Haih kuasa dua.

"Okey, pak cik. Reesa masuk dulu lah nak jadi posto." Kata-kata Wareesa mengundang tawa kecil daripada Pak Cik Mujib.

"Yalah. Pak cik doakan takde apa-apa yang berat terjadi lah. Cepat Wareesa berehat nanti."

"Aamiin!!!" Laju dan lantang Wareesa mengaminkan doa Pak Cik Mujib. Tersenyum suka dia sebab ada yang mendoakan kebaikan buat dirinya. Terharu kita.

Wareesa melambai kecil kepada Pak Cik Mujib sebelum dia mula melangkah menuju ke pagar utama rumah. Lagi cepat dia buat kerja, lagi cepat dia boleh kembali ke rumahnya dan nikmati beauty sleepnya. Rasa macam dah tinggal lama sangat. Walhal baru sehari.

Baru sahaja kaki kanan melangkah masuk ke dalam pagar, namanya diseru nyaring. Geram punya pasal, Wareesa menjerit nyaring juga di situ.

"Apa lagi?! Apa?! Apa?!" Dengan jeritan geram begitu, dia menoleh keluar.

Nafis yang melambai tangan kepadanya dari tingkap kereta yang terbuka buat dia kaku. Tambah kaku bila lihat Waseem yang keluar dari tempat duduk pemandu dan memandang lurus kepadanya tanpa sebarang riak.

Oh no.

˚ ༘♡ ⋆。˚

BEG kertas yang terhulur kepadanya disambut segan. Berulang-ulang kali dia mengucapkan terima kasih dan maaf kepada Nafis. Waseem yang berdiri di sebelah Nafis sedaya upaya dia buat seperti tidak wujud. Walau tahu itu tak akan terjadi, tapi dah ada usaha tu kira okey lah, kan? Malu dia menjerit macam orang sawan dia tak habis lagi.

"Susah-susah aje. Maaf lah. Saya memang tak ingat apa. Memang ingat nak balik aje tadi." Kata Wareesa entah untuk kali ke berapa. Isi dalam beg kertas yang dihulur Nafis tadi diintai. Nampak beberapa bekas makanan yang Wareesa tak tahu apa isinya. Banyak sangat.

Nafis hanya senyum.

"Takde apa lah. Maaf lah ganggu awak malam-malam macam ni." Tutur Nafis sopan. Waseem di sebelah dia kerling sekilas. Tak sudah-sudah dengan poker face dia. Cuba senyum? Selesa sikit Wareesa.

Wareesa garu belakang leher. Tersenyum malu dia sekali lagi. Nafis cakap pasal dia menjerit tadi lah ni.

"Awak pun keluar macam tahu-tahu aje kami nak datang. Ke Niliyyah ada bagitahu? Sebab tadi ada juga saya mesej dia beritahu nak datang." Beritahu Nafis. Nampak macam biasa aje. Tapi, yang biasa itu lah buat Wareesa nak putus nafas. Buatnya kalau Imdad lambat sikit aje balik tadi, mesti dah boleh terserempak dengan bakal-bakal adik ipar. Dan mula lah konflik berlaku. Great! Dia kena hadap drama 2.0 of the day pula nanti.

"Ahh..." 

Wareesa pandang Nafis. Lelaki itu hanya tersenyum manis sahaja tak nampak macam tengah tunggu jawapan pun. Tapi, bila kerling Waseem yang sebelah Nafis, nampak lelaki itu sedang menunggu jawapan daripadanya. 

"Dia ada kerja nak kena settle. So instead of her, saya lah tolong ambil." Beritahu Wareesa. Lurus pandang Nafis. Nampak muka lelaki itu berkerut pelik. Yalah. Dia tak minta jawapan pun, tapi tiba-tiba diberi penjelasan.

Nafis mengangguk. Waseem yang masih senyap di sebelah dia pandang. 

"Kau kenapa ni?" Soal Nafis pelik. Tadi sebelum ke sini, bukan main semangat. Ini dah sampai lemau semacam pula. Senyum pun takde dah.

Wareesa pandang Waseem. Pelik dengan soalan Nafis. Kenapa dengan Waseem? Memang macam ni kan dia selalunya? Tak ambil kisah. Ikut mood dia bila nak layan orang baik banyak ke, baik sikit ke. Itu melalui penilaian dia lah.

"Okey aje." Balas Waseem. Tersenyum kecil dia kemudiannya. Wareesa dipandang lurus dan laju mata Wareesa lari ke arah lain.

"Ha, kal—" Kata-kata Nafis terhenti separuh jalan bila telefonnya kuat berdering. 

Nafis pandang Waseem yang sedang pandang telefon sebelum dia pandang Wareesa. Senyum dia di situ sebelum dia beri isyarat dia terpaksa jawab panggilan yang diterima. Sempat Nafis kerling Waseem sekilas sebelum langkah diatur.

Senyum kecil Nafis jadinya. Waseem Ahda, Waseem Ahda.

Wareesa hanya angguk. Nafis ke pondok pemgawal dipandang. Macam kat situ takde orang pula. Pak Cik Mujib ada kut. Kalau nak lari dan tak nak bagi orang dengar perbualan, pergi lah jauh sikit. Apa entah Nafis ni.

Pergi sahaja Nafis, Wareesa kerling Waseem sekilas. Hampir putus nafas dia lihat mata tajam Waseem terarah kepadanya. Ha, sudah. Kenapa dia rasa macam nak kena marah aje ni?

"Ummm..." 

"Can I get your phone number?"

"Hah?"

Waseem diam dengan muka selamba. Wareesa yang terkejut sebab tak boleh nak selamba seperti Waseem. Weh, dia mimpi apa ni?

"Come again?" Soal Wareesa kurang percaya.

Waseem senyum manis. Telefon dalam poket dia keluarkan dan selamba dia hulur kepada Wareesa. Waseem boleh lah selamba macam tu, tapi yang Wareesa ni? Dah berpeluh habis tapak tangan buat keputusan nak ambil atau tak telefon Waseem itu. Kalau ambil kemudian tak pulang semula, ya lah laju dia ambil. Ini ambil, isi nombor telefon dan pulang semula. Seram!

"Ummm..."

Waseem sengetkan kepala, mencari wajah Wareesa yang dah tunduk pandang tanah.

"Do I need somebody's permission?" Soal Waseem perlahan.

Wareesa telan air liur. Permission siapa pula lelaki ini? Tiba-tiba sahaja.

"Macam siapa?"

"Uncle Fauhad?"

Wareesa berdecit kecil seraya menggeleng kecil. Tuan Fauhad bukan melarang, silap hari bulan galakkan lagi sebab risau tengok dia yang macam tak punya kawan ini. 

"Tak?" Soal Waseem. Senyum kecil dia di situ.

Wareesa jawab soalan itu dengan gelengan.

"Then..."

Wareesa menunggu kata Waseem.

"Boyfriend?" Lembut suara itu buat Wareesa terbatuk kecil. Oh no! Parah kalau dia dah tersedak angin tiba-tiba begini. Takde angin, takde ribut tiba-tiba terbatuk. Apa pasal Wareesa? Normal sikit boleh tak? Memalukan betul lah!

"Sa–saya takde b–boyfriend." Gagap-gagap Wareesa menjawab. Wajah pula dah memerah habis.

"Bagus!"

"Hah?"

Waseem senyum. Kenapa lucu sangat Wareesa yang blur ini?

"So can I?"

Wajah Wareesa memerah. Can I? Apa?

"Apa?"

"Get your number phone." Kata Waseem. Telefon dihulur sekali lagi.

Wareesa masih teragak-agak. Dia malu lah dengan benda-benda macam ni. Dia biasa simpan feelings aje. Nak luahkan tu dia masih belum reti, masih belum berani. Dan sebenarnya kalau boleh dia nak jadi invisible! Tak kena notice dengan crush pun takpe! Dia malu! Dia tak reti!

"Or..."

Wareesa angkat wajah. Waseem yang tayang muka selamba mula tarik senyum kecil. Kecil namun manis. 

"Can I be your boyfriend?"

Hik!

Tersedu terus Wareesa di situ. Wajah dah hangat habis. Tak tahu lah merahnya macam mana. Dan Wareesa yakin seratus peratus yang sekarang ini, bukan sahaja wajah dia yang memerah, malah satu badan. Ni kalau berendam dalam ais, ais yang cair dulu. Hangat! Panas!

Hik!

"Cara dia..."

'Cara apa, encik? Tak nak! Tak nak! Aku tak nak!' Jerit Wareesa kuat dalam hati.

"Accept my request on Instagram please?"

Krik... krik...krik...

Itu bunyi yang berlegar dalam kepala Wareesa. Kenapa tiba-tiba cakap pasal Instagram pula?

"Kalau awak rasa it's too personal for me to get your number, then awak accept saya dekat Instagram. With that, I'll be your boy friend and you'll be my girl friend. Macam mana?" Waseem terangkan sambil buka aplikasi Instagramnya. Dia tunjuk akaun Wareesa yang masih jelas perkataan 'Requested' di situ.

Wareesa pandang Waseem dengan wajah kosong. Lelaki ni kan... maksud dia dengan boyfriend tadi tu kawan lelaki ke? Cet! Buang tenaga dia sedu tadi. Hish! Geram pulak Wareesa rasa. Tapi, beria juga hati dia menolak tadi.

"Hmmm?" Waseem pandang Wareesa.

Turn off terus Wareesa. Takde butterfly in tummy dah. Suhu badan pun turun mendadak.

"Yeah, yeah." Kata Wareesa malas-malas.

Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan Instagram dia buka. Depan Waseem juga dia terima permintaan Waseem yang mahu jadi salah seorang pengikutnya.

"Dah. Puas hati?" Soal Wareesa tanpa pandang Waseem.

Waseem senyum dan mengangguk. Dia masih memerhati telefon Wareesa. Ramai juga bilangan yang request untuk menjadi pengikut Wareesa. Kebanyakannya lelaki. Dan antaranya ialah Nafis dan Ilman. Boleh tahan juga Wareesa ni.

Wareesa kembungkan pipi. Alang-alang dia dah terima permintaan Waseem, tak salah kut terima permintaan Nafis dan Ilman juga. Namun, baru sahaja dia nak menekan butang Accept, kuat suara Waseem buat jarinya terhenti. Lelaki itu dipandang pelik.

"Jangan?" Soal Wareesa. Itu yang dia dengar tadi.

Waseem angguk.

"Why?"

"Want to be The Special One."

Puff! Jantung mula berdegup laju semula. Suhu mula naik kembali. Rama-rama pun kembali terbang dalam perut. Kya!

"Ehem." Wareesa berdeham dalam cubaan hilangkan rasa malu yang bertapak.

"Saya nak kena follow awak semula ke?" Soal Wareesa berharap untuk Waseem kata ya. Tak payah lah dia susah-susah cari nama Waseem di ruang explore setiap kali dia ingin ambil tahu tentang lelaki itu.

Waseem menggeleng. 

"If I say yes with a please, will you do it?" Lembut dan sopan sahaja rayuan itu di pendengaran Wareesa. Mula lah Wareesa nak cair.

"Kenapa nak saya terima follow awak? Awak kan dah ramai follower?" Wareesa beranikan diri bertanya soalan itu.

Waseem angkat wajah. Dia senyum kemudiannya. Wareesa pula yang tunduk wajah pandang telefon.

"Let say I need someone special on my follower list."

Wareesa dah merah muka.

"Lamanya Nafis jawab call." Ubah topik! Ubah topik! Dia kena lari daripada topik ini. Dia tak mahu imaginasinya meliar entah ke mana-mana.

Waseem gelak kecil. Wareesa hanya menjeling sekilas sebelum dia pandang Nafis.

Eh, kenapa Nafis macam tengah seronok berbual dengan Pak Cik Mujib pula? Tu, macam baru nak jawab panggilan yang masuk. Apakah?

"Balik jom. Settled!"

Waseem dipandang. Berkerut tengok lelaki itu yangbaru simpan telefon yang tadinya melekap di telinga masuk ke dalam poket seluar. Waseem pandang Nafis dengan senyuman sebelum Wareesa pula yang menjadi pusat pandangan lelaki itu.

Erk. Sesuatu betul!

Nafis laju datang menghampiri tiba-tiba. Macam tahu-tahu pula mereka dah habis bersembang.

"Balik dulu lah Wareesa. Tadi dah dapat panggilan kena balik cepat." Pamit Nafis. Kunci kereta diambil dari tangan Waseem sebelum dia berlalu ke tempat pemandu. Sebelum dia boloskan diri masuk ke dalam kereta, Wareesa dilambai sekali lagi.

Wareesa hanya senyum sebelum dia ikut melambai sekali. Bila hilang Nafis dalam kereta, pandangan dihala kepada Waseem. Lelaki itu masih memandangnya. Telan air liur satu kali Wareesa di situ.

"Terima kasih sekali lagi bagi makanan. Nanti kirim salam kepada Ibu Ayu." Kata Wareesa. Ingat nak sampaikan kepada Nafis aje sebab dia malu. Tapi Nafis dah masuk dulu dalam kereta. Kepada Waseem pun jadi lah.

"Ibu will love to hear that."

Terjongket kening Wareesa. Tak faham tapi, senyum aje lah.

"Saya balik dulu." Kata Waseem sebelum lambat-lambat dia boloskan diri masuk dalam kereta.

Wareesa hanya melambai kecil sebelum cepat-cepat dia berlari masuk ke rumah. Dah dah la tu malukan diri. Dengan lembabnya, dengan sedunya. Haih! For once jadi normal tak boleh agaknya bila depan Waseem.

Dari cermin sisi, Waseem lihat Wareesa hilang di sebalik pagar. Kereta yang sudah mula berjalan buat diakeluarkan telefon dari dalam poket. Nafis yang duk terjeling-jeling ke arahnya tidak dihiraukan langsung.

"So?" Nafis bertanya. Mudah tapi dia sudah faham.

"IG."

Nafis senyum senget.

"Nak tengok."

Dan Waseem hanya gelak sahaja. Kuat dan tak ikhlas. Mendengarkan itu, Nafis geleng perlahan.

"Apa-apa aje lah, Waseem Ahda! Jangan lupa belanja aku!"

Waseem hanya diam sahaja. Akaun Instagram Wareesa dipandang dan tanpa sedar senyum dah terukir sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

89.5K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
404K 19.2K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
36.6K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...