H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N37

2.1K 292 87
By leimonadd

MAJLIS Ulang Tahun Kelahiran Ibu Ayunin telah pun bermula hampir lima belas minit yang lalu. Duduk dalam keluarga yang penuh harmoni dan kasih sayang ini, Wareesa jadi segan pula.

Sumpah dia rasa orang asing sekarang ini. Semua orang bersosial dia aje yang elok duduk seorang diri sekarang ini. Tadi ada juga Zara dan Inan menegurnya tapi sekejap sahaja lah sebab mereka perlu teman pasangan mereka. Dan selepas itu, jadi lah dia dalam keadaan ini beberapa ketika. Nafis dan Waseem entah ke mana. Dia tak nampak pula.

Sebiji Bomboloni yang ada di pinggannya dipandang kosong. Alah, sumpah forever alone sungguh. Bukan dia seorang sahaja malah Bomboloni ini juga.

"Kesian kau aku tak ambil pasangan untuk kau. Tapi, takpe. Biar aku jadi pasangan kau. Meh, come to your baby!" Omel Wareesa sendiri dengan suara yang perlahan. Kalau cakap kuat-kuat terkejut orang ramai nanti. Bukan setakat forever alone, malah gila juga.

Bomboloni diambil sebelum dia gigit sedikit. Masuk mulut aje, dah buat dia senyum suka. Tak pernah mengecewakan sungguh!

Sambil menikmati Bomboloninya, Wareesa pandang pentas kecil yang ada di hujung ruang tamu. Di situ ada Ibu Ayunin bersama-sama Ayah Yahya. Manis aje pasangan itu, buat hati Wareesa berbunga kecil.

Tiba-tiba dia teringat arwah kedua-dua orang tuanya. Kalau mereka masih hidup, macam ini juga ke hubungan mereka berdua? Manis walau usia sudah makin meningkat tua.

Dengan fikiran itu, Wareesa tundukkan pandangan. Sedih lah pula tapi cepat dia ceriakan diri dengan menggigit lagi Bomboloni di tangan. Di rumah orang ini, tak elok layan perasaan sedih. Tambah lagi di majlis  yang penuh meriah ini. Balik rumah nanti lah dia meraung di penjuru rumah.

Hilang sedih, Wareesa angkat pandangan semula. Pandangan kini tertumpu kepada anak-anak Ibu Ayunin dan Ayah Yahya. Masing-masing seronok dengan teman masing-masing. Zara dengan suami dan anak lelaki sulungnya. Zahwan dengan teman istimewanya. Anwa dengan Imdad.

Dan bila lihat Imdad, Wareesa teringat Niliyyah. Melihat senyuman Anwa bersama Imdad, Wareesa jadi tertanya-tanya.

Bagaimana dengan Niliyyah sekarang? Masih meraung kah gadis itu? Atau dah move on?

Dan bila teringat Niliyyah, dia teringat Ilman. Terus dia terpusing-pusing mencari Ilman. Baru dia perasan yang Ilman tiada di situ. Dahi terus berkerut.

Takkan masih belum pulang dari petang tadi kut? Dan seingat dia, lelaki itu kata dia bersama Niliyyah. Sampai sekarang ke? Berita tentang Niliyyah pun dia tak dengar. Ada juga dia tanya kepada Cik Zee semasa berbual di telefon tadi, tapi Cik Zee kata cik muda seorang itu masih belum pulang.

"Hmmm, diorang ke mana?" Soal Wareesa perlahan.

Sedang Wareesa tertanya-tanya begitu, suara seorang memberi salam buat kepalanya menoleh ke muka pintu.

Hilang terus pertanyaan dalam kepala bila lihat Ilman di situ. Dan rahang sedikit terjatuh bila bersama Ilman ada Niliyyah. Auto pandang Imdad dia jadinya.

"Ha, Ilman! Sampai pun! Lama betul ambil kawan!" Kata-kata Zahwan buat Wareesa menoleh memandang lelaki yang dah menuju ke arah Ilman.

Wareesa hanya pandang sahaja mereka bersalaman di situ. Dan tika itu dia nampak sorot mata Niliyyah memandang ke arahnya. Terus Waeeesa tayang muka menyampahnya. Siap pakej jeling sekali sebelum dia pandang Bomboloni di tangan. Sakit hati datang kembali bila teringat apa yang Niliyyah dah buat.

"Ilman Adib!" Suara Ibu Ayunin masuk dalam pendengaran. Suara manja marah-marah gitu. Wareesa faham kenapa suara Ibu Ayunin begitu. Ilman kan tiada semasa majlis bermula tadi. Kurang sempurna jadinya pembukaan majlis tadi. 

"Nil lah ni." Selamba Wareesa menuduh. Geram punya pasal tapi cepat dia istighfar selepas itu. Buatnya apa yang dia tuduh tadi tak betul, kan ke jadi fitnah dah tu. Allah! Sudahnya teregeleng-geleng kecil dia di situ.

"Ibu..." Ilman menyahut lalu dia menghampiri Ibu Ayunin. Sampai sahaja di depan Ibu Ayunin, terus tubuh tua itu dipeluk erat.

Wareesa dan yang lain menjadi pemerhati sahaja. Namun, dalam dia menjadi pemerhati dua beranak itu, tak lepas juga dia mengerling ke arah Niliyyah dan Imdad.

Imdad seperti cuba sorok rasa tidak keruannya manakala Niliyyah hanya beriak biasa. Tak payah cakap. Niliyyah memang Ratu Ada-Aku-Kesah. Jadi, riak tenang itu mantain tertempel di wajah.

"Lama ibu tunggu." Kata Ibu Ayunin sambil tersenyum. Niliyyah yang masih berada di muka pintu dipandang. Sekejap sebelum dia pandang Ilman semula. Terus dia menyiku perlahan lengan si anak.

Wareesa pandang Niliyyah. Malah, bukan dia seorang sahaja. Semua pandang Niliyyah dan Niliyyah masih dengan wajah tenangnya. Bila Ilman memandang ke arah Niliyyah, seperti mendapat arahan, Niliyyah terus menghampiri Ilman sekali gus berjumpa dengan Ibu Ayunin dan Ayah Yahya.

Sampai di sebelah Ilman, Niliyyah terus hulurkan tangan untuk bersalaman. Sopan aje perilakunya tambah lagi dengan pakaian yang sudah bertukar. Entah bila tukar baju pun tak tahu. Gadis itu tampak sopan dengan vintage lace dress berwarna putih. Tak terdedah sangat seperti fashion hariannya.

"Siapa ni?" Tanya Ibu Ayunin saat tangannya menyambut huuran salam Niliyyah. Sempat dia pandang Ayah Yahya yang hanya diam tersenyum di sebelahnya. Berulang-ulang kali pandangan si suami jatuh pada Ilman dan Niliyyah.

Ilman hanya senyum. Dia pandang Imdad sekilas sebelum mata jatuh pandang Niliyyah yang masih beriak tenang di sebelahnya. Melihat ketenangan Niliyyah, Ilman jadi takut sendiri.

Bukan kaleng-kaleng juga gadis di sebelahnya ini. Punya lah dari petang tadi dia menyaksi sisi patah hati gadis ini, sekarang elok sahaja gadis ini berwajah tenang berada di sisinya macam tiada apa pun yang berlaku hampir separuh hari tadi. Tengok Imdad, nampak jelas bakal abang ipar a.k.a ex Niliyyah ini dah tak keruan. Tak sangka agaknya ex nak datang sekali lagi.

Niliyyah mengerling Ilman yang tak lepas memandangnya. Geram pula Ilman tak menjawab soalan yang ditanya si ibu. Dia punya lah tak nak bersuara sebab suaranya yang serak dan sengau dek manangis seharian. Tapi, sebab Ilman dia terpaksa jawab sendiri.

"Saya Niliyyah Naura, kawan Ilman." Dalam suara yang dikawal untuk tidak kedengaran terlalu sengau, soalan itu dijawab mesra.

Ibu Niliyyah dan Ayah Yahya berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.

"Oh, kawan Ilman! Cantik namanya." Puji Ayah Yahya.

Niliyyah senyum sebelum gelak kecil. Nampak macam sopan aje kan, tapi di telinga Wareesa tawa itu kedengaran tersangat lah palsu. Dah lama lah dia hidup dengan Niliyyah. Sekilas sahaja dia tahu ikhlas atau tidak. 

"Secantik orangnya kan?" Selamba Niliyyah bergurau di situ. Terbelalak mata Ilman dek kerana tak percaya. Konfiden level tinggi betul gadis ini. Terkejut dia.

Tak bersedia dengan gurauan Niliyyah, Ibu Ayunin dan Ayah Yahya terkedu seketika sebelum mereka letuskan tawa kecil. Terhibur seketika.

Dalam terhibur itu, Ibu Ayunin pandang Wareesa. Teringat pula gurauan Wareesa dengannya sepanjang hari ini. Lebih kurang sahaja dengan Niliyyah. Pandai!

"Macam Wareesa lah Niliyyah ni. Tu, Wareesa." Kata Ibu Ayunin sambil tunjuk ke arah Wareesa.

Wareesa yang tiba-tiba sahaja jadi perhatian semua hanya tarik senyum kekoknya. Tangan pun diangkat sedikit untuk melambai.

Allah! Kekoknya dia rasa. Kenapa pula tiba-tiba dia kena seru pula ni?

"Oh. Sama kan? Tu sepupu saya. My beloved cousin." Dengan senyum plastik tertempel, Niliyyah pandang dia.

Fakta tiba-tiba itu buat kebanyakan mereka terkejut. Hanya Nafis, Waseem dan Ilman sahaja yang kekal dengan riak tenang mereka. Memang dah maklum.

"Lah, ya ke? Patut lah muka ada iras-iras." Sambut Ayah Yahya. Dipandang Wareesa dan Niliyyah silih berganti.

Wareesa dan Niliyyah masing-masing tampal senyum palsu di bibir. Rasa menyampah tiba-tiba disamakan itu ditahan kemas-kemas dalam hati. Kalau zahirkan, mahu terasa hati pasangan itu.

"Hmmm. Eh, sebelum Nil lupa. Ini, ada hadiah untuk aunty. Maaf lah, hadiah kecil aje. Ilman pun ajak last minute. Nil tak sempat nak beli hadiah grand-grand untuk aunty." Niliyyah karang ayat sambil menghulurkan sejambak bunga Baby Breath berwarna ungu. Cantik sahaja bunga itu apabila dipegang oleh Ibu Ayunin.

Ibu Ayunin tersenyum suka menerima hadiah itu manakala Ilman dah garu dahi sendiri. Selamba sahaja Niliyyah petik namanya walhal dia tak ajak pun Niliyyah ikut serta.

Dengan apa yang dia tahu, sungguh dia agak terkejut bila Niliyyah berkeras mahu ikut dia pulang ke rumah menghadiri Majlis Ulang Tahun Kelahiran Ibu Ayunin. Jenuh dia diheret mencari pakaian sesuai dan hadiah untuk menghadiri majlis ini. Pening nak melayan.

"Tak perlu ber-aunty lah. Panggil aje Ibu Ayu macam Reesa panggil." Kata Ibu Ayunin mesra.

Niliyyah hanya mengangguk. Ilman yang dah terkulat-kulat di sebelahnya hanya dikerling sahaja.

"Terima kasih untuk hadiah ini. Ibu Ayu suka sangat." Kata Ibu Ayunin ikhlas.

"Sama-sama, Ibu Ayu." Balas Niliyyah mesra. Sebut Ibu Ayunin, mata melirik kepada Imdad. Dan bila pandangan mereka bertembung, Imdad terus alihkan pandangan. Nampak sangat lelaki itu tidak selesa.

Heh. Padan muka! 

Wareesa yang perasan itu hanya menjadi pemerhati. Bila Imdad minta izin Anwa untuk ke tandas, lagi lah seronok dia mengerling lelaki itu. Dan dia perasan, bukan hanya dia yang mengerling Imdad. Ilman juga sama. Niliyyah? Gadis itu macam takde perasaan bersembang dengan Ibu Ayunin dan Ayah Yahya mesra.

Hilang Imdad daripada pandangan, Wareesa pandang Anwa pula. Elok sahaja gadis itu tersenyum suka bersembang dengan Inan di sebelah. 

"She knows nothing about today, right?" Bisik Wareesa perlahan. Dan pandangan diangkat hanya untuk bertembung pandang dengan Ilman. 

Sama-sama berbalas pandang dan masing-masing tahu apa yang ada dalam fikiran mereka adalah sama. Dalam itu, masing-masing tak sedar yang mulut dah mula helakan nafas berat. Harapan mereka tinggi agar tiada apa-apa buruk yang berlaku sekali lagi pada malam ini. 

˚ ༘♡ ⋆。˚

NILIYYAH yang baru ambil duduk di sebelahnya hanya dipandang sekilas oleh Wareesa. Duduk pun dijarakkan sedikit bila rasa Niliyyah terlalu rapat dengannya. Seram sejuk pula dia rasakan bila Niliyyah rapat-rapat begitu dengannya. Dengan riak tenang di wajah, Wareesa tak dapat nak agak apa plan Niliyyah tika itu.

"It was so surprising to see you still here, cousin." Niliyyah memulakan perbualan. Wareesa dipandang dengan senyuman tertempel di bibir.

Wareesa jadi seram dan sebab itu dia jarakkan dekali lagi duduk di antara mereka. Macam ni tak nampak seperti beloved cousin dah.

Wareesa pandang kiri kanan. Seperti Niliyyah, senyum palsu yang tampak manis pada luarannya tertempel di bibir. Niliyyah dipandang sekejap-sekejap sebab tak sanggup nak tatap mata lama-lama dengan Niliyyah.

Tapi, bila ditilik betul-betulkan, wajah Niliyyah macam takde tanda-tanda yang dia telah meraung sehari suntuk. Elok sahaja wajah itu dengan make-up freshnya. Sungguh make-up itu menipu. Dia rasa, tanpa make-up siapa lah Niliyyah agaknya. 

"Well, I'm surprised too. Kau memang nak buat drama 2.0 ke macam mana?" Tanya Wareesa sinis.

"Tak penat ke touch-up make-up tebal-tebal?" Sekali dengan pakej perli yang buat senyum Niliyyah pudar dia beri.

"You better shut up!" Niliyyah gertap gigi memberi arahan kepadanya.

Rasa dirinya menang, Wareesa senyum sinis.

"Kalau macam tu, kau pun diam lah." Balas Wareesa selamba.

Niliyyah hanya julingkan mata. Dengan selamba, segelas jus oren yang dipegang Wareesa diambil dan diteguk perlahan. Wareesa yang langsung tak terkejut dengan perlakuan Niliyyah hanya kerling sahaja Niliyyah sekilas.

Tengok, mungkin lepas ini makanan dia juga gadis itu rampas. Atau paling teruk pun dia diarah sesuka hati untuk ambilkan makanan untuk dimakan.

Diam antara mereka. Masing-masing pandang Imdad dan Anwa yang sedang berbual mesra bersama Ayah Yahya. Melihatkan itu, Wareesa menoleh pandang Niliyyah. Lama dia tenung sepupunya itu. Walau tenang sahaja riaknya, sedikit sebanyak Wareesa dapat rasakan kesedihan yang tersembunyi di sebaliknya. Tengok sahaja betapa sayunya mata itu. Perlahan-lahan, nafas lemah dilepaskan.

Imdan dan Anwa dipandang lagi sekali.

"You okay?" Bisik Wareesa perlahan. Dia yakin Niliyyah dengar pertanyaannya. 

Mendengar bisikan Wareesa, Niliyyah pandang Wareesa sekilas. Riak menyampah dia tayang sebelum dia kalihkan pandangan. Wareesa yang perasan akan itu hanya julingkan mata.

Eh, kira dah baik dia tanya keadaan gadis itu. Itu tunjuk dia prihatin walaupun rasa itu hanya bertenggek seketika sahaja di hati.

Diam antara mereka.

"So?" Ringkas Wareesa menyoal sekali lagi.

Niliyyah diam. Gelas yang dah kosong di tangan dia pandang kosong.

"Well, one of the most difficult tasks in life is removing someone from your heart." Penuh dalam makna kata Niliyyah. 

Wareesa hanya menoleh pandang Niliyyah. Kasihan mula timbul.

"Kalau dah tahu susah, kenapa kau datang juga?" Soal Wareesa. Ingin tahu juga sebenarnya. Dia tak pernah sangka pula di sebalik sisi gedik-lembik Niliyyah, tersimpan satu ketabahan sebegini rupa. Tabah lah lepas penat meraung kan? Apa-apa pun, Wareesa tabik sekali buat Niliyyah.

Niliyyah tersenyum hambar sbelum dia gelak kecil. Kedengaran tak ikhlas betul.

"Saje. Nak sakitkan hati dengan tengok dia dengan orang lain." Perlahan dan lemah aje suara Niliyyah menjawab.

Mendengarkan itu, Wareesa nganga mulut tak percaya. Tak tahu lah nak rasa kesian ke atau nak luahkan makian. Apa ke bengap sangat alasannya?

"So that I can cry, forgive, learn and move on. Just want to let my tears water the seed of my future happiness." Niliyyah sambung kata dan Wareesa kagum. Itu adalah ayat yang paling bernas dan tabah dia pernah dengar daripada seorang Niliyyah Naura.

"Betul ke kau ni sepupu aku?" Wareesa bertanya hanya untuk bunuh rasa kagum dia kepada gadis itu. Dan dia tahu itu berjaya bila Niliyyah menjelingnya geram.

Diam lagi. Imdad dan Anwa sama-sama dipandang sekali lagi. Memang tampak bahagia benar pasangan itu. Wareesa tak rasa nak halang Niliyyah yang terus memandang. Kalau begitu cara gadis itu beralih hati, biar lah. Niliyyah layak bahagia walau itu adalah benda paling akhir sekali dia mahukan buat gadis itu. Dia jahat sikit. Hehehe. 

"Saje nak bagitahu. Kalau hari ini sedih, sabar. Mungkin esok kau akan gembira." Mudah Wareesa memberi nasihat tapi dia tahu Niliyyah dapat hadam dalam-dalam makna di sebaliknya.

Tanpa memandang Wareesa, Niliyyah hanya senyum sahaja. Dalam diam dia berterima kasih kepada Wareesa.

Kadang masa dia rebah begini, Wareesa yang ada di sisi walau kata-kata gadis itu selalunya macam nak cari gaduh. Itu lebih baik daripada punya teman-teman yang hanya muncul tika waktu senangnya sahaja.

Tak boleh sangkal yang kadang, keluarga sendiri itu lebih membantu.

Diam lagi antara mereka. Takde nak sembang apa dah. Dan sedang mereka begitu lah Ilman tiba-tiba datang membawa sepinggan makanan di tangan. Serentak Wareesa dan Niliyyah angkat pandangan memandang lelaki itu.

Ilman senyum kepada Wareesa dan menegur ramah.

"Hai, Wareesa."

Niliyyah pandang Wareesa sebelum pandang Ilman semula. Muka kosong tanpa sebarang riak.

"Hai, Ilman. Today was though right?" Selamba Wareesa bertanya dan perli Niliyyah dalam satu waktu.

Mendengarkan itu, Niliyyah jeling geram kepada Wareesa. Dan Wareesa hanya tayang muka tak bersalah. Siap tanya 'apa?' lagi. Macam ayat dia takde tuju untuk Niliyyah aje.

Ilman yang melihat dua sepupu itu hanya tersenyum kecil aje.

"Takde lah. Biasa aje. Saya anggap itu praktis untuk bakal teman istimewa nanti." Selamba juga Ilman membalas sambil mata sibuk kerling Niliyyah. 

Niliyyah tak tapis. Terus dia tayang riak gelinya depan Ilman. Wareesa pula hanya senyum kekok. Ikutkan dia geli juga, tapi dia tahan aje lah. Lelaki itu dah tolong jaga Niliyyah sehari suntuk kut. Rasa macam kurang ajar seperti Niliyyah pula nanti.

Sekali lagi Ilman gelak. Duduk dia labuhkan di hujung sofa. Muatlah seorang lagi nak duduk antara lelaki itu dan Niliyyah. Wareesa dan Niliyyah hanya lihat sahaja Ilman. Tertanya-tanya juga kenapa Ilman ambil tempat di situ walhal banyak lagi tempat kosong di sofa lain.

Setelah duduk, Ilman hulurkan makanan-makanan yang dia ambil tadi kepada Niliyyah. Terkebil-kebil Wareesa dan Niliyyah di situ.

"Nah, makan. Mesti awak lapar lepas nangis kan?" 

Baru nak rasa berbunga. Tapi bila dengar ayat Ilman terus layu bunga-bunga yang baru nak mekar dalam hati Niliyyah. Wareesa pula dah tutup mulut tahan gelak daripada terletus tanpa dapat dia kawal.

"Ish! Annoying!" Kata Niliyyah geram. Namun, tetap juga dia sambut huluran pinggan yang disuakan Ilman. 

Ilman hanya senyum sahaja. Niliyyah yang dah mula makan dia kerling sekali-sekala. Dan tika itu, Wareesa memang rasa sungguh dia orang ketiga. Rasa serba-salah nak duduk sekali. Dan disebabkan itu, dia minta izin untuk beredar atas alasan mahu menambah makanan. Dan masa-masa itu juga lah Niliyyah buat perangai cik muda dia. 

"Nak air lagi." Tiga patah perkataan itu buat Wareesa tahan geram. Lagi tambah geram bila Niliyyah juihkan aje bibirnya ke arah gelas kosong yang ada di atas meja kopi. Haih. 

Ilman hanya senyum. Wareesa yang dah bergerak nak ambil gelas itu ditahan. Sekali lagi Ilman menjadi tempat pandangan dua gadis itu.

"It's okay. Awak ambil makanan awak. Biar saya ambilkan air untuk Naura." Dan selepas kata itu, Ilman terus beredar pergi tinggalkan kedua-dua gadis yang terkebil-kebil di situ.

Lima saat berlalu dan mereka berpandangan sesama sendiri.

"Naura?" Serentak mereka bertanya.

"Sejak bila?" Wareesa tanya.

"Sejak tadi lah," Laju Niliyyah membalas. Dahi dah berkerut.

"Dia suka kau kut." Wareesa mula serkap jarang.

"Eww." Niliyyah terus menolak tanpa berfikir lama-lama.

Dan habis itu, Wareesa terus berlalu pergi. Malas dah nak sembang dengan Niliyyah.

Bahagian yang menghidangkan pelbagai jenis kuih-muih menjadi pilihannya. Di situ ada Karipap, ada Popia Sira, ada Roti Jala dan Kuih Kari, ada Kuih Keria dan ada Tepung Pelita. Rambang mata sekejap. Ini kalau Cik Zee ada, pasti wanita itu suka. Memang kegemarannya kuih-muih tradisional begini.

Sedang Wareesa dalam dilema hendak memilih, tiba-tiba ada seseorang yang berdiri di hadapannya. Tak payah tanya siapa.

"Nafis."

Nafis hanya gelak. 

"Awak makan ni aje?" Tanya Nafis. Di tangannya juga ada sebiji pinggan yang masih kosong, tak terisi apa-apa makanan lagi.

Wareesa senyum dan mengangguk.

"Sedap lah kuih-kuih ni semua. Mungkin saya mula dengan ni dulu. Lepas tu, baru saya cuba yang lain." Beritahu Wareesa ramah. Sambil itu, tangan mula meletakkan sebiji karipap di atas pinggan.

"Oh, baru nak dig in lah ni? Saya cadangkan lepas tu awak makan Nasi Arab tu. Sedap! Lagi-lagi yang kambing. Awak mesti cuba!" Nafis memberi cadangan dengan suar ayang penuh ceria. buat Wareesa senyum sahaja.

"Boleh. Awak pun baru nak dig-in ke?" Soal Wareesa. Pinggan Nafis yang dah mula penuh dengan beberapa jenis kuih dipandang. Banyak juga.

"Takde lah. Ini untuk ibu dan ayah." Jawab Nafis.

Wareesa hanya mengangguk. Senang dengan sikap Nafis kala ini.

"Okey lah, makan ya. Nanti saya datang sembang dengan awak dan Niliyyah. Bye!" Habis memenuhkan pinggannya dengan kuih-muih, Nafis minta pamit. Sempat dia melambai sebelum dia beredar dari situ.

Wareesa tersenyum. Kuih-muih dipandang kembali. Lama dia fikir nak ambil kuih apa. Karipap memang tak payah nak pilih sebab itu memang kegemarannya. Tambah pula karipap ini bukan karipap angin.

Sedang Wareesa dalam dilema, tiba-tiba ada satu tangan meletakkan sebiji tepung pelita di atas pinggannya. Kaget sedikit. Terus dia menoleh mahu lihat siapa yang tiba-tiba buat keputusan makan untuknya. Selamba sahaja.

"You should try this." Itu ayat yang dia dengar sebaik sahaja dia menoleh. Boleh dengar sahaja tanpa membalas sebab yang bercakap itu adalah Waseem.

Telan air liur sekali. Teringat pula satu perkataan yang bikin jiwanya kucar-kacir di dapur tadi.

"Comel."

Hik! 

Tersedu dia di situ. Tiberr ya. Sangat tiberr.

Waseem senyum. Tak hiraukan Wareesa, Waseem pandang kuih-muih yang terhidang. Dia ambil dua biji kuih keria dan sekali lagi dia letak atas pinggan Wareesa. Selamba. Dan selepas itu, lelaki itu tambah Popia Sira dan Roti Jala pula.

Sekarang, semua jenis kuih yang terhidang dah berkumpul di pinggannya. Wareesa tak tahu nak beriak macam mana. Bukan dia boleh makan semua ni pun. Kena simpan sikit ruang untuk makan Nasi Arab kambing yang Nafis cadangkan tadi. Kalau makan kuih banyak ini, kenyang dulu dia sebelum dapat merasa makanan Timur Tengah itu.

"Dah?" Soal Waseem. Pinggan Wareesa dipandang.

"Emm, siapa nak makan semua ni?" Tanya Wareesa.

"Awak lah." Balas Waseem selamba.

"Tapi saya tak nak makan semua." Kata Wareesa. 

Waseem senyum.

"Kenapa?"

Bila dengar soalan kenapa, Wareesa jadi malu nak sebut alasannya. Nanti mesti Waseem fikir dia kuat makan. Alah, tak nak! Tak mahu! Macam hodoh aje kalau tanggapan itu muncul dalam benak Waseem. Tak nak! Tak nak! Tak nak!

"Emmm..." Ha, dah hilang punca dia nak menjawab.

Waseem senyum.

"Awak nak makan makanan lain juga ya?" Soal Waseem. 

Bila dah tepat begitu, harus lah Wareesa menggeleng laju menidakkan. Dan tak dia sangka Waseem lepaskan tawa untuk itu. Ish! Rasa macam diejek lelaki itu pula.

Sudahnya, Wareesa tayang muka kosong sahaja tunjuk tak kelakar pun. Tak perlu pun untuk lelaki itu gelak.

Wajah kosong Wareesa, Waseem balas dengan wajah kosongnya juga.

"Kalau macam tu, awak makan apa yang awak nak dalam pinggan ni. Saya makan yang berbaki." Selamba ayat Waseem buat Wareesa terbatuk kecil. 

"What are you? Human being or some trash bin?" Perli Wareesa. Macam merepak sangat apa yang Waseem tutur tadi. Dah kenapa nak makan saki baki dia?

Waseem masih dengan wajah selamba.

"Saya human being."

"So?"

"Human being yang nak kongsi makanan dengan awak. Titik. Dah jom!" Dan selepas itu Waseem terus ambil pinggan dari tangan Wareesa dan berlalu pergi dari situ. Tinggal lah Wareesa di situ seorang diri terkaku. 

Puff! Termometernya naik mendadak. Hangat rasa wajah sekarang dek kerana kepala yang tak henti menghadam kata-kata lelaki itu. Macam-macam kesimpulan yang datang. Dia nak pilih mana satu pun tak tahu sebab semua kesimpulan itu buat wajahnya terasa makin hangat.

Tahu Wareesa memang akan kaku, Waseem pusing tubuh kembali menghadap gadis itu. Dengan senyuman, dia tarik lengan baju Wareesa perlahan. Terkejut Wareesa. Bersilih ganti dia pandang lengan baju sendiri dan Waseem.

'Apa ni? Apa ni?' Menjerit keliru Wareesa dalam hati. Yang tadi pun belum habis hadam, ini tambah satu lagi. Kyaaa!!!

Waseem senyum dan kini pandangan Wareesa hanya kaku pada wajah lelaki itu sahaja.

"Jom, Reesa. Saya dah lapar." Mudah kata itu. Semudah Waseem lepaskan tarikan di lengan bajunya dan berlalu pergi.

Wareesa? Dia macam dah kena pukau. Ikut aje. Gila! Waseem gila! Wareesa lagi gila! Ahhh!!!

Continue Reading

You'll Also Like

404K 19.2K 46
Aurora Arabella, seorang gadis manis, lembut dan ayu. Dia sangat hebat dalam peperiksaan yang menyebabkannya selalu mendapat tawaran setelah habis se...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...