H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N32

2K 273 41
By leimonadd

JARUM peniti terakhir disemat kemas pada selendang di atas kepala. Touch-up terakhir sebelum dia sudah siap sepenuhnya. Tersemat sahaja jarum peniti di sebalik selendang, Wareesa senyum manis.

Pantulan penampilannya di cermin diperhatikan dari atas ke bawah. Pusing kanan sikit, pusing kiri sikit, pusing belakang sikit. Done! Dia dah siap cantik!

"Betul lah baju tu memainkan peranan." Omel Wareesa sambil terangguk-angguk kecil.

Jubah berwarna hijau pastel yang tersarung di badan dia tilik. Bila teringat sesuatu, dia terus bergerak ke tepi katil.

Satu paper bag berjenama yang dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyebutnya diambil. Tak tunggu lama, isi di dalam paper bag itu dikeluarkan.

Sebuah beg tangan yang bernada sama dengan warna jubah yang dipakainya.

Dengan beg tangan itu, Wareesa kembali berdiri di hadapan cemin. Posing ala-ala OOTD, dia kemudiannya mengangguk kecil. Bepuas hati sekali lagi dengan penampilannya sekali lagi.

"Pandai juga perempuan tu pilihkan outfit untuk aku." Wareesa berkata perlahan.

Teringat semula bagaimana semalam Niliyyah tiba-tiba sahaja mencampakkan kepadanya empat buah beg kertas apabila dia diarah untuk berjumpa gadis itu di bilik.

Nak mengamuk juga bila diperlakukan begitu tapi bila dengar kata-kata Niliyyah, lidah jadi kelu. Otak kosong. Tak percaya.

"Tu semua outfit untuk esok." Kata Niliyyah tanpa memandang ke arahnya. Gadis itu sibuk dengan telefon di tangan.

Berkerut juga dahi Wareesa bila dengarnya. Dia jadi lupa dengan plan 'esok' yang dikatakan Niliyyah. Tapi bila nampak Niliyyah angkat malas kad undangan yang terletak di atas meja solek, baru dia faham.

"Kau faham tak apa aku cakap ni?" Tanya Niliyyah. Matanya tajam memandang Wareesa yang duk belek beg-beg kertas di tangan.

Wareesa mencebik kecil. Menyampah.

"Faham." Balas Wareesa pendek.

"Jangan nak malukan aku dengan pakaian murah kau." Pedas kata-kata Niliyyah saat kakinya hendak melangkah keluar.

Tak berselindung, terus dia angkat tinggi tangannya dengan gaya hendak menumbuk Niliyyah.

Melihatkan itu, Niliyyah sedikit terloncat dek terkejut. Puas hati! Mulut tu macam tak boleh nak cakap benda baik aje. Semedang nak menyakitkan hati.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu buat kejadian semalam melayang pergi.

Wareesa pandang pintu bilik. Siapa?

Apa-apa pun dia sudah siap. Sekarang tinggal nak sarung kasut yang juga diberi Niliyyah semalam aje. Pakai dan dah! Sempurna penampilannya.

Tok! Tok!

"Kejap!" Jerit Wareesa. Kalut dia mengisi barang-barang penting seperti purse dan telefon dalam beg. Kunci yang tergantung di belakang pintu dia capai, dan laju tombol pintu dipulas.

Buka sahaja pintu, dia disapa dengan Hayyan yang sedang membelakanginya. Jatuh terus bahu.

Nak apa pulak mamat ni?

Buat tidak endah terhadap Hayyan, Wareesa terus kunci pintu. Dah selesai dia menoleh dan pelik dia bila lihat Hayyan yang sudah menghadapnya seperti kaku di situ. Kejung. Dah tu, mata tak lepas pandang dia pula tu. Bukan setakat tak lepas tapi tak berkelip juga.

Kiri dan kanan Wareesa pandang. Takde pun perkara-perkara yang boleh buat orang terkaku. Jadi, kenapa dengan Hayyan?

"Hello!" Tegur Wareesa. Sambil itu, dia petik jari di hadapan Hayyan, nak bagi lelaki itu sedar semula.

Dek kerana perbuatan Wareesa, Hayyan tersentak sedikit di tempatnya. Melihat Wareesa yang dah pandang dia lain macam atas bawah, atas bawah, Hayyan terus berdeham kecil.

Malu. Kantoi terpukau dengan sepupu sendiri. Memalukan! Sebab tu dia sekarang tak senang pusing kiri kanan, tak mahu berdepan dua mata dengan Wareesa.

Melihat Hayyan yang seperti tak senang duduk, Wareesa jadi makin pelik. Dah kenapa pulak kali ini?

"Kau nak apa ni?" Tanya Wareesa lurus. Takde nak bengkok-bengkok lagi. Dia ada majlis yang perlu dihadiri bersama Niliyyah, walau dia tahu nanti akan jadi agak kekok. Tapi, apa-apa aje lah.

"Siap-siap ni nak pergi mana?" Tanya Hayyan. Sengaja. Bukan dia tak tahu Wareesa nak ke mana dan dengan siapa. Tapi, sengaja.

Sejak kes dia dan Wareesa di universiti dulu, Wareesa jelas-jelas mengelak daripadanya. Jadi, datang lah dia ke sini mahu tampung mana-mana yang berlubang.

"Pergi majlis tunang orang." Jawab Wareesa.

"Siapa? Nafis?" Tanya Hayyan sedikit cemburu. Dah tahu pun, cemburu masih belum dapat hilang.

Wareesa pandang Hayyan dengan pandangan kosong. Atas bawah, atas bawah matanya melorot memandang Hayyan.

"Kau kenal dia ke?" Wareesa tak membalas, malah dia bertanya pula. Tak perlu nak jawab sebab rasanya Hayyan memang dah tahu.

"Apasal kau rapat sangat dengan dia?" Hayyan tiba-tiba memarahi Wareesa. Terkejut Wareesa di situ. Terkebil-kebil dia.

"Eh, suka hati aku lah. Nak rapat ke, nak renggang ke. Yang kau sibuk kenapa?" Balas Wareesa menyampah.

Hayyan raup wajahnya sebelum dia pandang tajam ke arah Wareesa.

Wareesa hanya buat bodoh sampailah Hayyan tiba-tiba sahaja memerangkap dia di antara dua lengan lelaki itu yang lurus bertongkat di pintu rumahnya.

Tak selesa, terus bulat mata Wareesa memandang Hayyan yang memang dekat dengannya. Ni kalau siapa-siapa tersilap langkah... mampus!

"Aku tak suka." Mudah ayat yang disebutkan Hayyan, tapi Wareesa tak boleh nak hadam.

Terkelip-kelip dia di situ menatap dua mata Hayyan yang masih tajam memandangnya.

Wareesa diam. Tak tahu nak jawab apa sebab otak masih loading.

Tak suka apa? Part mana yang lelaki ini tak suka? Part jawapan dia tadi ke?

Mata melilau memandang ke arah lain. Nak elak bertembung dua mata dengan Hayyan. Pandangan lelaki itu yang tidak lagi tajam seperti tadi buat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mula lembut. Terus menusuk dalam jantung sampai jantung dia mula dah berdetak tanpa ada rentak tetap.

"Reesa." Sayu suara Hayyan memanggilnya.

Wareesa makin tak selesa. Lagi-lagi nampak sangat Hayyan berusaha mencari pandangannya.

Dalam diam dia faham arahan yang diarahkan Hayyan dalam diam. Pandang dua mata lelaki itu. Dia nak cakap sesuatu. Tapi, Wareesa jadi Wareesa, memang tidak lah dia nak ikut. Gila apa?

"Ish, sana lah!" Wareesa tak tunggu Hayyan meneruskan kata. Dengan selamba dia tolak lelaki itu mejauh tapi macam tak menjadi sebab Hayyan buat keras badan. Dia tolak kuat pun, macam tak berganjak langsung Hayyan dari hadapannya. Tapi, lain pula yang jadi.

Dug dag dug dag dug dag!

Jantung Wareesa makin menggila bila Hayyan makin merapatkan jarak antara mereka.

Terus Wareesa menunduk, pejam mata dan tangan menahan Hayyan dari terus merapat. Bila mendarat sahaja tangannya yang tanpa sengaja bergerak menahan itu di dada Hayyan, Wareesa kaku.

Kenapa detak jantung Hayyan sama laju dengan detak jantungnya sekarang?

"Who is he in your life?" Sayu suara Hayyan.

Wareesa makin tak selesa. Tangan dialihkan dan penumbuk digenggam kuat.

Kalau dia nak tumbuk Hayyan boleh tak? Apa yang merasuk lelaki ini entah, dia pun tak tahu. Yang pasti, seram. Meremang dah bulu tengkuknya sekarang.

"And who am I in your life?"

Terus Wareesa angkat pandang bila dengan soalan Hayyan itu. Terkejut. Makin terkejut bila tengok pandangan lembut dan penuh berharap Hayyan.

Dug dag dug dag dug dag!

'Tumbuk dia, Reesa!' Otak memberi arahan dalam rasa terkejut dia itu dan tak tunggu lama...

Bush!

Penumbuk Wareesa melekat dia pipi Hayyan. Mungkin tak sangka dengan tindakannya, dan mungkin sebab kuat betul tumbukan dia tadi, Hayyan jatuh terduduk di atas tanah.

Pipi yang terasa berdenyut dek tumbukan Wareesa, Hayyan sentuh. Pergh! Kecik-kecik tangan Wareesa, berbisa juga.

Wareesa pandang genggaman tangannya. Bangga sekejap.

"Apasal kau ni?!" Tengking Hayyan kuat. Wareesa dipandang garang.

Wareesa luruskan tangan ke sisi. Dia kumpul kekuatan untuk tunjukkan rasa tidak cuak di wajah.

"Kau tu yang apasal. Buang tebiat! Gatal! Aku dah suruh jauh, tak nak dengar. Tu makan dia!" Dengan berani Wareesa membalas. Siap angkat sekali penumbuknya tadi. Tersentak Hayyan.

Hayyan pandang Wareesa geram. Wareesa dongak dagu, tunjuk berani. Dengan Hayyan ni tak boleh tunjuk cuak, nanti lelaki itu makin seronok.

"Kau ni kan..." Suara Hayyan kedengaran seperti mahu mengugut. Wareesa mula dah rasa cuak sikit. Tambah lagi bila lihat Hayyan berdiri sambil usap rahang sendiri. Mata pun garang semacam.

"Apa? Apa?" Buat-buat berani lagi Wareesa di situ.

Hayyan jongket kening melihat provok Wareesa.

Alahai. Nak marah pun tak jadi. Kenapa lah Wareesa jadi comel tiba-tiba pula ni? Buat dia tergelak kecil di situ.

Melihatkan Hayyan, dahi Wareesa berkerut. Mulut ternganga kecil. Tak faham. Ni dah kenapa pula?

"Kau ni gila eh? Ada masalah split personality ke macam mana?" Bingung Wareesa bertanya. Atas bawah, atas bawah dia pandang Hayyan. Seram.

"Haah, aku gila." Hayyan mengiyakan. Seraya itu, setapak ke hadapan dia melangkah merapati Wareesa.

Wareesa dah berdiri tegak. Nak undur ke belakang? Memang tak boleh lah sebab belakang dah pintu. Ke kiri? Ke kanan?

Setapak Hayyan melangkah lagi. Wareesa telan liur. Dia mula bergerak ke kanannya selangkah. Kening Hayyan terjongket dan dia ikut juga langkah Wareesa. Ke kanan sambil tersenyum sinis. Wareesa dah berkerut pelik. Ish! Apa ni?!

"Ish!"

Hayyan gelak kecil.

"Sana lah, gila!" Tak peduli apa dah, Wareesa terus tolak Hayyan menjauh sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Baik dia menghadap perangai Niliyyah daripada dia menghadap perangai Hayyan yang dah macam masuk air sekarang ini.

Hayyan biarkan Wareesa melangkah pergi. Tersenyum dia sendiri di situ sambil menggeleng kecil.

Tempat yang menerima tumbukan Wareesa tadi dia usap perlahan. Makin melebar jadinya senyuman di bibir. Seiring itu, tawa kecil terlepas.

"Aish, gila betul kau ni, Yan."

˚ ༘♡ ⋆。˚

SEMENTARA menunggu Niliyyah bersiap, Wareesa main telefon dalam kereta.

Pak Tam yang sedari tadi menunggu dengan sabar langsung dia tidak endahkan.

Bukan apa, mereka berdua dah bualkan macam-macam sampai takde apa lagi nak dibualkan. Nampak tak di situ, berapa lama dah mereka menunggu Niliyyah.

Wareesa bosan dah. Telefon disimpan di dalam beg tangannya. Kemudian terjenguk-jenguk dia dari dalam kereta memandang pintu utama rumah yang terbuka luas. Rasanya dah lama juga pintu tu terbuka begitu. Sara dan Fara pun mesti tiada hasrat nak tutup sebab dah tahu cik muda mahu keluar.

"Lambatnya Niliyyah ni. Pak Tam rasa, kita boleh gerak bila dengan kelambatan Niliyyah macam ni? Lepas Asar? Sekarang pun dah dua setengah petang." Omel Wareesa, sedikit tidak berpuas hati.

Mendengarkan omelan Wareesa, Pak Tam hanya tersenyum sahaja. Tak rasa apa dah sebab memang dah biasa dia menjadi penunggu cik muda seorang itu. Bukan baru sehari dua dia bekerja menjadi pemandu peribadi gadis itu. Hampir lima tahun dah.

"Kejap lagi dia turun lah tu, Reesa." Balas Pak Tam.

Wareesa hela nafas lemah.

"Dah lama sangat ni. Berpeluh ketiak tunggu dia." Rungut Wareesa.

Pak Tam menoleh memandang Wareesa yang cemberut wajahnya di tempat duduk belakang. Menggeleng perlahan dia melihat Wareesa.

Tanpa kata, terus dia adjust suhu penghawa dingin. Wareesa ini, kalau panas ke, sejuk ke, mana pernah dia nak cakap. Kalau Niliyyah, mahu dia kena marah.

"Kalau Reesa penat tunggu, apa kata Reesa naik atas, pergi bilik cik muda dan tengok cik muda tengah buat apa. Mana tahu cik muda tengah susah seorang diri dalam bilik tu." Pak Tam memberi cadangan.

Wareesa takde nak cakap apa-apa sebab dia bersetuju sahaja. Tapi, nak buat tu macam berat sikit. Buatnya dia terserempak dengan Hayyan macam mana? Lelaki itu dah lah dah mengaku diri sendiri gila. Eee, seram!

"Reesa?" Tegur Pak Tam bila Wareesa hanya diam tanpa bersuara. Dah pasrah mahu teruskan menunggu ke?

"Hmmm, okey lah." Wareesa akhirnya bersetuju.

Lantak lah kalau terserempak dengan Hayyan pun. Dia boleh mengelak dengan bayak cara. Lari masuk bilik Niliyyah dan menyorok di situ contohnya. Kalau kena marah pun nanti, dia hadap sahaja. Kan ke dia lagi rela hadap Niliyyah daripada menghadap Hayyan.

Wareesa boloskan diri dari dalam kereta. Pintu ditutup perlahan sebelum dia melangkah menuju ke muka pintu.

Sampai sahaja di muka pintu, baru sahaja nak buka kasut yang dipakai, batang tubuh Niliyyah yang baru sahaja menuruni tangga dia pandang. Tanpa sedar, nafas lega terhela keluar dari mulut.

"Selamat aku. Terima kasih, Allah." Syukur dipanjatkan.

Mata pandang Niliyyah yang cantik dalam sepersalinan kebaya moden berwarna hitam. Cantik memang cantik. Tapi, macam hitam sangat. Make-up yang dikenakan dark. Dark shade di mana-mana.

Niliyyah ni nak pergi majlis tunang ke, nak pergi majlis pengkebumian?

Niliyyah hanya hadiahkan jelingan kecil bila perasan Wareesa yang memandangnya di muka pintu. Dia buat tak endah sahaja sampai lah dia sampai di muka pintu.

High heels yang berwarna hitam dicampak ke bawah sebelum kaki dimasukkan menyarungnya pakai. Sambil itu mata menilik Wareesa atas dan bawah sepertimana yang Wareesa lakukan terhadapnya sekarang.

Pandangan dikalihkan daripada Wareesa seraya cermin mata hitam dipakai. Wareesa yang melihat hanya jongket kening.

"Ada orang mati ke hari ni? Yang kau pakai macam nak berkabung ni dah kenapa?" Tanya Wareesa tanpa lapik.

Niliyyah pandang  Wareesa sekilas.

"My heart is dead."

Terkaku Wareesa mendengar jawapan dingin Niliyyah.

Patah hati lah kesnya sekarang? Begitu?

"Dah lah. Jom! Terhegeh-hegeh!" Gesa Niliyyah sebelum dia berlalu meninggalkan Wareesa dan terus ke kereta.

Wareesa mencebik. Siapa juga yang terhegeh-hegeh pada asalnya? Dasar tak sedar diri! Malas mahu bergaduh, terus dia ekori langkah Niliyyah.

Bila kereta dah mula bergerak keluar dari perkarangan rumah, Wareesa toleh menjeling Niliyyah sekilas. Dalam hati dia berdoa supaya Niliyyah tak lakukan apa-apa kekecohan di majlis nanti. Tolong lah jangan! Dia ada air muka untuk dijaga. Lebih-lebih lagi depan Encik Crush.

"Please behave walau hati kau dah mati." Bisik Wareesa perlahan, tahu Niliyyah mendengar,

Niliyyah tak balas, hanya pandang luar tingkap. Kosong. Tak boleh nak janji apa-apa. Tengoklah sendiri bila dah sampai sana nanti samada dia boleh behave atau tak.

*Maaf lah kalau tak menarik. Ehek. Kita sambung esok yaaaa

Continue Reading

You'll Also Like

236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...