H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

Por leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 Mais

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N30

1.9K 250 53
Por leimonadd

PCXiu
Maaf. Isteri uncle masuk hospital. Tak boleh kerja loh ini hari

WAREESA baca pesanan WhatsApp yang baru sahaja diterima itu dengan wajah yang tidak beriak. Kaki yang baru
nak menuruni tangga terus terhenti.

Helaan nafas dilepaskan sebelum dia labuh duduk di situ, turut serta bersama beberapa pelajar yang juga berkelakuan sama sepertinya.

Kepala digaru perlahan sebelum tangan naik  memeluk lutut di situ. Sambil itu, tangan laju bergerak mencari aplikasi Grab.

Nampaknya dia guna khidmat yang satu itu aje lah. Kalau nak ke stesen bas, takut pula di tengah jalan hujan akan turun. Tengok sahaja langit yang makin kelabu, dia tak mahu ambil risiko.

"Selalu sangat hujan lately ni." Omel Wareesa perlahan. Jari sibuk sentuh-sentuh dkrin, scroll mencari-mencari Grab.

Ting!

Dan-dan, Cik Puan Tihani punya pesanan WhatsApp masuk. Tegak terus badan dia. Mata pun dah membulat.

Jarang benar Cik Puan Tihani menghantar pesanan kepadanya. Selalunya Cik Zee yang akan hantar segala voicenote yang dihantar wanita itu kepadanya. Tak tahu kenapa nak melalui pengantara sedang wanita itu ada sahaja nombornya. Benci sangat gamaknya.

CP Tihani
Pergi butik-butik ini dan pick up all the items. Jangan tertinggal satu pun!

Mata Wareesa membulat melihat senarai butik yang Cik Puan Tihani hantar. Hampir 10 buah butik.

"Gila!" Menjerit lepas Wareesa di situ. Tak diendahkan mereka yang terkejut dek jeritannya tadi. Pandangan orang pun dia tak hirau sebab mata duk sibuk lihat nama-nama butik terkenal dalam mesej itu.

"Hah." Satu nafas lepas.

"Hah hah." Dua nafas.

"Hah hah hah!" Tiga nafas dan seterusnya makin berganda sehingga membentuk sebuah ketawa gembira yang dipaksa.

"Hahahahahahaha!" 

Sumpah beberapa pelajar yang duduk melepak di tangga sepertinya dah mula mejauh. Takut dengan Wareesa yang tiba-tiba begitu.

Tadi, elok sahaja gadis itu duduk comel lotey, ayu manis di tangga. Tup-tup jerit kecil dan sekarang lelas tawa terus. Patut atau tidak mereka telefon mana-mana ustaz?

Wareesa pula, di tempat yang sama, daripada gelak lama-lama dia mula menangis kecil. Kepala dah menunduk dan disorokkan di celah lutut.

Apa lah salah dia sampai kena buat kerja-kerja begini? Bukan ke kerja seperti ini kebiasaannya dilakukan oleh pekerja-pekerja Tuan Fauhad? Kenapa dia terlibat sekali jadi butler pula ni? Ya ampun!

Ting!

Pesanan baru masuk lagi.

CP Tihani
VMW 82. Nombor Grab Car. Nombor kau, aku dah bagi. Dia dah sampai nanti dia call. Payment semua dah buat. 

Tanpa perasaan sahaja bait mesej itu dibaca. 

"Apa? Tiba-tiba jadi baik." Hairan Wareesa menyoal sendiri.

CP Tihani
Kau patut bersyukur aku tak suruh kau pandai-pandai fikir sendiri macam mana nak pergi ke semua butik ni. 

Tegak badan Wareesa. 

"Eh, eh. Macam tahu-tahu kita kutuk dia." Kata Wareesa agak terkejut.

Kiri kanan dia pandang. Mana tahu Cik Puan Tihani ada di sini walaupun ia satu kemungkinan yang sangat-sangat tipis. Tapi, mana tahu.

Ting!

CP Tihani
Make sure, 8 malam tepat, semua barang dah ada di ruang tamu! Kau lambat, tahu lah kau aku kerja kan macam mana!

Tanpa dapat tahan, mencebik terus Wareesa di situ. Siap dengan pakej julingkan mata dek kerana menyampah. Tak sudah-sudah dengan ugutan.

Eh, kalau tak diugut pun dia akan buat kerja sebaiknya walau kurang ikhlas. Ugut aje kerja!

Wareesa tutup telefon. Tapi sekejap cuma sebelum dia kembali membuka tetingkap chat bersama Cik Puan Tihani. Selamba dia taip : Yang menurut perintah, Wareesa Jameela.

Hantar dan tutup semula telefon. Puas hati. Biar lah mak ciknya itu nak terbakar atau tidak. Dia kat sini dah cukup terbakar juga bila naik pangkat tiba-tiba.

"Tak cukup anak-anak, sekali dengan mak jadikan aku kuli." Omel Wareesa seraya bangun dari duduknya. Malas dah nak duduk-duduk. Dia nak berdiri pula. Baru nampak cool selepas jadi macam orang tak betul tadi.

Nafas lemah dihembus sebelum perlahan-lahan ambil langkah menuruni tangga. Sambil itu, pandangan tertacap di langit yang dah mula menurunkan rintik-rintik hujan. Dah sampai di tangga terakhir, kaki Wareesa berhenti. Pandangan masih pada langit dengan fikiran yang kosong.

Lima minit berlalu, dan dia masih sama dengan keadaan itu. Setelah itu, Wareesa habiskan anak tangga. Berdiri di situ, Wareesa hulurkan tangan lurus ke hadapan.

Muka masih kosong tanpa riaksi namun bila ras atitisan hujan sejuk yang jatuh di atas tapak tangannya, perlahan-lahan Wareesa pejam mata dan ukir senyum kecil.

'Ini sangat menyenangkan.' Bisik hati kecilnya.

Tak sedar yang tika itu, kakinya dah mula menapak ke hadapan sendiri. Kalau tadi tapak tangan sahaja yang terasa basah, kini lengannya pula. Makin dia ke hadapan, makin bertambah badannya merasai sejuknya titisan hujan.

Kring! Kring! Kring!

Wareesa tersentak! Sekeliling dipandang. Baru dia sedar dia sedang cari nahas sekarang. Habis separuh badannya basah dek tertimpa air hujan. Laju dia berundur ke belakang sambil tangan mengibas titisan hujan yang melekat pada tudung dan pakaiannya.

"Dia dah kenapa?"

"Dia buat apa?"

"Okey tak? Should we ask her?"

Bisikan-bisikan mula masuk ke dalam telinga saat Wareesa pandang kiri dan kanan. Merah muka jadinya. Sempat dia kutuk diri sendiri dalam hati dek perilaku luar alamnya. Boleh pula tak sedar apa yang dia buat tadi.

Kring! Kring!

Telefon yang berdering dia pandang. Oh, dia lupa! Cepat jari gesek ikon hijau untuk menjawab panggilan. Orang di sekelilingnya tidak diendahkan. Biar lah. Mereka bukan halang dia tadi.

"Hello." 

"Cik Wareesa?" Suara garau menyapa telinga.

"Ya, saya." Dahi berkerut. Telefon dipandang dan terjongket bila lihat nombor tanpa nama yang muncul di skrin.

"Siapa ni?" Tanya Wareesa, curiga.

"Saya Ilman. Pemandu Grab yang Puan Tihani tempah untuk cik." Beritahu lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ilman itu.

Wareesa terangguk-angguk.

"Ah, ya. Dah sampai ke kat fakulti saya?" Soal Wareesa. Mata mula melilau ke hadapan fakulti. Mahu lihat mana-mana kereta yang berhenti. Mungkin sahaja itu kereta dipandu Ilman nanti.

"Baru aje. Saya naik Toyota Innova warna merah. Cik yang pakai baju kemeja checkered biru putih tu ke?" Soalan Ilman buat Wareesa tunduk pakaian sendiri. Ha, memang betul dia lah yang lelaki itu nampak.

Wareesa kecilkan mata. Maklum lah, hujan yang lebat mengaburkan pandangan.

"Oh, saya nampak kereta encik. Saya lari sekarang eh?" Pinta Wareesa. Tote bag dah bersedia dia angkat atas kepala sebagai alas berteduh. 

"Boleh, boleh."

"Okey!" Wareesa tamatkan panggilan. Itu pun lepas dia berkerut sebab telinga sempat dengar gelak kecil lelaki itu. Eh, dah kenapa.

Wareesa betulkan beg sandang di belakang badan. Telefon disimpan dalam poket seluar sebelum dia genggam erat tote bag yang dah menutup kepala sendiri. Dalam kiraan satu, dua, tiga! Cermat dia berlari menuju ke kereta Toyota Innova milik Ilman.

Sampai di kereta itu, pintu kereta dibuka sebelum dia boloskan diri masuk ke tempat duduk belakang. Tak nak bagi tempias hujan masuk dalam kereta, cepat-cepat dia tutup pintu kereta. Sengih di akhir perlakuan bila dia berjaya.

"Okey, Cik Wareesa?" 

Badan kaku bila ditegur begitu. Terkebil-kebil mata lihat pose duduk sendiri. Lutut tu, dah sama tinggi dengan kepala sendiri.

Apa anak dara seorang ini?

Wareesa toleh kepala sambil sengih.

"Okey, okey."

"Hujan lebat kan lately ni?" Ramah Ilman mulakan perbualan dengannya.

Wareesa hanya mengangguk, mengiakan. Tangan naik mengibas-ngibas titisan hujan yang bergayut pada pakaiannya.

"Nah, tisu." Ilman menghulurkan tisu kepadanya dan Wareesa dengan senang hati menyambut huluran itu.

Nampak macam nak mengorat kan? Tapi tidak bila tengok senyuman ramah yang terukir di bibir lelaki itu. Wareesa rasa selesa dan bukan sebaliknya.

"Terima kasih." Ucap Wareesa.

Ilman hanya mengangguk dengan senyuman. Dia pandang depan semula lantas duduk dibetulkan.

"Kita boleh gerak ya?" Sopan Ilman meminta, mengingatkan Wareesa kepada seseorang. Waseem semestinya. Teringat kembali kejadian lelaki itu tanpa sengaja menjadi pemandu Grabnya. 

Oh. Dunia terasa sangat indah ketika itu.

"Sila, sila." Wareesa memberi izin bersama senyuman.

"Baik. Bismillahirrah---"

Tak habis lelaki itu membaca Basmalah, tiba-tiba sahaja pintu kereta penumpang hadapan dibuka dari luar. Terkejut Ilman dan Wareesa yang tenang dalam kereta. Dan tiba-tiba seorang lelaki membolos masuk mengambil tempat duduk hadapan.

"Wak! Hujan lebat! Man, kau buat apa kat sini?" 

Ilman dan Wareesa masih terkejut. Dan Wareesa tambah terkejut bila pintu di sebelahnya dibuka dan...

Buk!

"Awww!"

"Ahhh!"

Kepalanya dihantuk kuat. Malangnya sampai dia tersandar ke belakang. Malang belum habis saat ribaannya terasa berat semacam. Bukan setakat berat, basah pun ya.

"Apa jadi ni?" Dengan mata terpejam, dengan tangan kiri menggosok dahi dan dengan tangan kiri menolak bebanan di riba, Wareesa bertanyakan soalan itu.

"Man! Anak dara siapa kau bawa ni?" Suara lelaki di tempat duduk hadapan kedengaran. Uish, Wareesa nak buka mata, mata jadi berbalam-balam.

Hebat sungguh hantukan dia terima tadi. Terhantuk batu ke apa?

"Sana lah! Apa ni?" Dengan mata yang pejam celik, pejam celik, Wareesa tolak bebanan di ribaannya sekali lagi. Sampai penat. Sampai dia yang berkalih ke tempat duduk sebelah, baru bebanan itu hilang.

"Wa---Wareesa?"

Wareesa geleng-geleng kepala, mahu hilangkan pandangan yang makin kurang berbalam. Pejam celik, pejam celik, pejam celik dan pandangannya kembali cerah. Lurus dia pandang ke hadapan.

"Wareesa?"

Terkebil-kebil mata pandang Waseem yang dah beriak risau pandang dia.

'Apa ni? Kenapa lelaki ini ada kat sini? Takkan sebab aku teringat dia, dia kena summoned terus ke sini?' Bisik hati Wareesa kebingungan.

Pap! Tangan naik pipi sendiri. Mana tahu dia tengah bermimpi atau khayal teruk sekarang ini.

"Ah!" Terjerit kecil Wareesa di situ. Pandang depan, masih ada lagi wajah Waseem yang bertambah risau.

"Errr..."

'Kenapa tak hilang lagi ni?'

Pap! Sekali lagi dia tampar pipi sendiri.

"Aahh!" Dan sekali lagi, dia terjerit kecil. Pandang depan, masih ada lagi Waseem.

'Tak boleh jadi ni!'

Tangan dah bersedia nak tampar pipi sekali lagi, tapi bila tangannya dihalang, dia kaku. Nafas pun tak boleh disedut. Semua sebab dia rasa hangatnya pegangan itu di balik lengan baju kemejanya.

Sriiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Bunyi cerek menggelegak berdengung dalam kepala, seiring dengan wajah yang terasa hangat dan makin berubah warna.

Kyaaa!!! Apa ni?!

˚ ༘♡ ⋆。˚

WALAUPUN kereta Toyota Innova merah milik Ilman ini ada seorang pemandu dan tiga orang penumpang, namun tiada langsung meriahnya dengan perbualan. Semua diam dan pandang luar tingkap. Wareesa lebih-lebih lagi lah.

Sejak kejadian Waseem menahannya daripada terus menampar pipi sendiri lagi dia dah diam dan kekok sendiri. Pandang luar sahaja, tak mahu pandang kanan kiri, depan belakang, atas bawah. Biar lah tengkuk dia dah lenguh sekali pun.

'Macam mana aku boleh end up duduk satu kereta dengan tiga lelaki sekali gus ni?' Rungut Wareesa dalam hati.

Dada yang berdebar dia usap perlahan. Tenangkan diri sebab walau dah sepuluh minit berlalu, jantung dia masih belum normal rentak degupnya. Malah makin kuat bila telinga menangkap bunyi desas-desus di tempat duduk sebelah.

Waseem lah tu bergerak-gerak di tempat duduk. Takkan Nafis yang kat depan tu. Ilman jauh sekali sebeb dia perasan lelaki itu tak bergerak pun sejak pemanduan dilakukan.

"Errr..."

Wareesa tersentak. Melompat kecil dia di tempat duduk sendiri dek terkejut. Walhal 'errr' Ilman itu tidak lah kuat mana pun. Mungkin sebab banyak perkara yang menerewang dalam kepalanya sekarang.

"Wareesa okey?" Suara Nafis bertanya menggamit dia memandang ke hadapan. 

"Okey." Jawabnya dengan senyuman kecil di bibir. Tangan tak sedar duk urut perlahan dada yang masih berdebar hebat.

"Saya minta maaf, Cik Wareesa. Tak sangka pula adik-adik saya ni buat perangai macam ni." Ilman bersuara memohon maaf setelah lama mendiamkan diri. Yalah. Masing-masing terkejut sampai nak minta maaf pun tak dan.

Kening Wareesa terjongket sedikit. Nafis dan Waseem dipandang sekilas sebelum dia tembung dua mata dengan Ilman di cermin pandang belakang.

Adik beradik?

"Sorry. Ingatkan Ilman datang nak ambil kitorang. Tu saya pelik, kenapa tiba-tiba kereta dia ada kat fakulti tadi." Nafis pula bersuara. Ilman dipandang sebelum bahu lelaki itu diurut perlahan.

Wareesa hanya terangguk-angguk. Fakta yang mereka bertiga adik beradik masih belum dapat dicerna. Tertanya-tanya. Macam mana boleh jadi adik beradik sedangkan iras wajah pada mereka bertiga tiada langsung. Warna kulit pun berlainan. Semua lah lain. Mana datang adik-beradik?

"Tak call lagi, dah datang." Omelan Waseem di sebelah buat Wareesa pandang Nafis lama-lama. Biarlah lelaki itu tak pandang dia pun, asal dia tak pandang Waseem. Kalau pandang, makin hangat dan merah mukanya nanti.

"Emmm, kalau cik tak keberatan..." Ilman berhenti kata. Sambil itu cari peluang pandang Wareesa sebab tak manis pula dia rasa kalau dia meminta izin tanpa melihat wajah orang yang diminta izin.

Wareesa senyum kecil.

"Tak perlu ber-cik kut. Panggil saya Wareesa aje." Beritahu Wareesa. Sedikit kekok, tapi dia rasa lagi kekok kalau terus bercik-cik dengannya. 

Ilman senyum. Nafis terkelip-kelip pandang Wareesa. Waseem pula dah tongkat dagu pandang Wareesa dari tepi. Wareesa? Dia jadi kekok. 

'Okey. Kenapa ni?'

"Kalau Wareesa tak keberatan, saya hantar mereka balik dulu boleh?" Pinta Ilman. 

"Eh?" Nafis buat bunyi.

"Kenapa pula?" Waseem menyoal.

Wareesa terkebil-kebil pandang Nafis dan Waseem bersilih ganti. Kemudian pandang Ilman, hanya untuk melihat riak wajah lelaki itu sama dengannya. Terkejut dan bingung.

Kenapa pula reaksi dua lelaki muda itu begitu? Ada salah ke dengan apa yang dipinta Ilman tadi?

"Kenapa?" Soal Wareesa perlahan meminta jawapan.

"Kenapa nak kena hantar kitorang balik pula?" Nafis menjelaskan apa yang Wareesa perlu jelas.

Ilman dah kerut dahi. Tangan Nafis yang mengurut bahunya ditepis. Bergilir dia pandang Nafis dan Waseem yang dah beriak tak puas hati. Dia sendiri tak faham kenapa dia perlu terima riak begitu.

"Yalah. Korang kena balik lah sebab aku tengah bekerja sekarang ni. Wareesa, penumpang Grab aku. Aku kena hantar dia pergi tempat-tempat yang dia nak. Jadi, kenapa pula korang nak kena ada sekali?" Ilman menerangkan pula apa yang perlu Nafis dan Waseem ambil penerangan di sini.

Wareesa mengangguk kecil. Nafis dipandang, masih dengan anggukan kecilnya. Waseem dipandang. Anggukan terhenti. Mata melilau seketika sebelum dia lurus pandang hadapan dengan muka kakunya. Malu. Sebab tak sangka lah pula Waseem juga pandang ke arahnya.

"Alah, nak ikut tak boleh ke?" Pinta Nafis tiba-tiba. Suara dah merayu habis. Muka pun dah beriak comel. Sekali tengok macam ada sparkle-sparkle pula.

Wareesa yang menerima riak merayu Nafis jadi malu sendiri. Pertama kali dia kena macam tu. Tak tahu dia nak beriak apa selain tundukkan kepala pandang kaki serta tangan menggaru perlahan dahi sendiri. Kekok di mana-mana. Malu di mana-mana. Memang itu aje bila Wareesa bersama dengan kaum lelaki.

"Wareesa, boleh tak?" Suara Nafis masuk dalam pendengaran telinga, menambahkan hangat di wajah. Wah, kenapa manja semacam suara itu?

"Jangan lah, Apis." Dengar suara perlahan Ilman melarang.

"Kenapa? Wareesa tak kata apa pun lagi." Nafis membalas tak berpuas hati. Ilman dipandang serong, penuh riak geram.

"Kan aku tengah kerja ni." Ilman pula membalas.

Entah bagaimana daripada balasan-balasan kecil itu, tiba-tiba sahaja kereta itu jadi riuh dek pergaduhan mulut antara Nafis dan Ilman. Wareesa keliru sekejap dengan keadaan itu. Tiba-tiba sahaja. Macam dia tak wujud pula di sini.

Memang macam ni ke mereka adik-beradik walau ada orang asing dalam kereta? Ke hari ini aje istimewa dari hari-hari biasa?

Dalam bingit itu, dalam kekeliruan itu, Wareesa rasa hujung tote bagnya ditarik lembut. Terus dia menoleh, melihat sebelah tanpa berfikir apa. Dan bila sedar yang sebelahnya adalah Waseem, dia tak boleh nak berpatah balik selain menghadap sahaja lelaki itu. Lelaki itu pun dah pandang dia. Pun begitu, Wareesa jadi bijak sebab dia sekejap-sekejap lilaukan mata ke arah lain. Tak tumpu seratus peratus di wajah Waseem. Malu lah.

"Nah."

Terjongket kening Wareesa bila Waseem hulurkan sebungkus chewing gum peppermint kepadanya.

Teragak-agak dia mahu mengambil namun Waseem masih sabar menanti dia mengambil huluran itu. Bila chewing gum bertukar tangan, perlahan Wareesa mengucapkan terima kasih.

"Makan lah." Ucap Waseem perlahan. Cukup untuk mereka berdua sahaja yang dengar dalam keriuhan bergaduhnya Nafis dan Ilman di hadapan.

Wareesa senyum kecil dan mengangguk. Lambat-lambat dia buka bumgkusan chewing gum itu. Lambat tu sebab kekok kerana sedar pandangan Waseem terarah kepadanya.

Kenapa jugak lah Encik Crush nak pandang dia masa-masa ni? Benda yang simple pun boleh jadi complicated tahu tak? Dengan dia yang nak sembunyi senyum lagi dek gembira. Hish! Benci dalam kurungan suka betul!

Wareesa jeling Waseem sekilas sebelum dia masukkan chewing gum ke dalam mulut. Kunyah-kunyah dan pandang Waseem sekilas. Malu tambah bila lelaki itu masih belum kalih pandangan daripadanya. Jeling lagi. Eh, dia pandang lagi. Rasa tidak selesa mula datang menerpa.

"Err... kenapa?" Tanya Wareesa kehairanan. 

Nak kalih pandangan, tapi bila Waseem senyum kecil, terbatal terus kepala nak teleng.

Eh, dia bagi senjata pembunuh. Tak aci sungguh!

"Tu rasuah." Balas Waseem.

Dahi Wareesa berkerut. Tak faham. Nafis dan Ilman yang masih belum berhenti bertikam lidah dia pandang sekilas sebelum dia pandang Waseem.

"Rasuah?"

Waseem angguk. Badan dia tegakkan dan air dia teguk. Hulur kepada Wareesa, tapi Wareesa hanya geleng. Gila ke tiba-tiba nak indirect kiss dengan dia? Wareesa tak boleh nak fikir selain itu dalam kepala.

Pastu macam biasa lah, tak boleh nak tahan wajah dari terus naik suhu. Cari pasal sendiri. Aih. Mesti Waseem ingat dia gedik. Sikit-sikit muka merah. Eee! Berapa banyak kali impression tentang dirinya jatuh di hadapan lelaki ini?

'Kena buat muhasabah ni.' Nekad Wareesa dalam hati. Mana tahu terserempak lagi. Boleh dia elak diri buat benda yang sama.

Tapi, rasanya masalah merah muka tu tak boleh nak elak kut. Kan?

"Rasuah apa ni?" Tanya Wareesa meminta kepastian bila Waseem tidak menjawab.

Waseem toleh pandang sambil tersenyum.

"Rasuah lah."

Wareesa diam.

"Nak ikut."

Wareesa kaku.

"Boleh?" Tambah dengan puppy face tiba-tiba.

Bom!

˚ ༘♡ ⋆。˚

WAREESA keluar dari butik dengan dua beg penuh di tangan. Berhenti seketika dia dari terus ambil langkah bila lihat hujan yang makin melebat. Risau pula dia kalau beg-beg ini basah. Kalau beg basah, boleh jadi juga isinya basah. Dan itu sangat perlu dia elakkan sebab dia tak mahu dimarahi Cik Puan Tihani. Barang mahal ni!

Kereta dipandang. Tika itu juga ada Nafis yang baru sahaja turunkan tingkap kereta. Waseem juga. Dua-dua jengulkan kepala memandangnya. Siap dengan tangan melambai-lambai lagi.

Ya. Keputusan akhir selepas 'bom' yang meletup tadi, mesti lah dia setuju dua pemuda itu ikut. Ilman sendiri terkejut bila dia memberi izin. Berkali-kali lelaki itu bertanya meminta kepastian. Nafis sendiri tak percaya dia tahan malu kata ya. Waseem yang selamba meminta pun terkejut.

Tapi, bila lihat reaksi yang diterima, dia rasa macam ragu-ragu pula dengan kata izinnya.

"Kalau tak nak, takpe. Saya tak paksa pun. Boleh aje nak balik. Lagipun mesti korang penat bal---"

"Ikut!" Semangat Nafis memotong kata-katanya

"On!" Waseem dah tepuk tangan sekali.

Ya. Begitu lah. Jeritan serentak dua lelaki itu membawa mereka pusing-pusing satu Kuala Lumpur, pungut barang-barang yang diminta Cik Puan Tihani.

Tapi, bila dah diberi ikut, lain pula jadinya. Banyak soalan pula yang dia terima.

"Awak tengah buat kerja amal ke, Wareesa?"

"Awak anak orang kaya mana ni?"

"Ayah awak nama apa?"

"Saya tak sangka awak yang simple macam ni boleh shopping banyak ni."

Dan macam-macam soalan lagi. Wareesa yang mula-mula malu mahu menjawab setiap satu soalan yang ditujukan, lama-lama jadi bosan dan penat. Banyak bunyi sungguh. Macam budak-budak!

Agaknya, hikmah dua lelaki ini ikut untuk ajar dia untuk bersabar dengan pelajar-pelajar ciliknya kelak mungkin.

"Kenapa Wareesa?" Nafis melaung, menarik kembali Wareesa ke realiti.

Wareesa senyum kecil seraya menggeleng. Dia fikir. Macam mana dia nak lari ke bonet, buka bonet dan masukkan beg-beg ini dalam bonet tanpa membasahkan beg-beg ini.

Kalau barang-barang sebelum ini, hujan tidak lah selebat sekarang. Jadi mudah sahaja lah kerjanya bawa barang dari pintu sini ke bonet sana. Tapi, sekarang hujan makin lebat dan makin lebat. Dia pun boleh lencun gamaknya.

Sedang Wareesa berfikir, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering minta diangkat. Kalut dia menjawab panggilan bila sedar itu panggilan daripada Cik Puan Tihani. Alah, bala dah nak sampai.

"Hel---"

"Kau kat mana?" Tak sempat nak menyapa, sapaan Wareesa dah dipotong terlebih dahulu.

Wareesa kerut dahi. Okey, dia tak pelik bila sapaannya dipotong begitu sebab dah biasa. Yang dia pelik, kenapa suara cik puan seorang ini seperti tertahan-tahan. Macam suara kepit pun ada. Dah kenapa?

"Ah, saya kat but---"

"Kau memang sengaja nak menyusahkan aku kan?"

Makin berkerut dahi Wareesa. Apakah?

"Susahkan apa pula, cik puan? Saya kan tengah buat kerja cik puan ni. Ambil barang-barang dari butik semua ni." Beritahu Wareesa. Pelik sungguh lah. Nyanyuk ke macam mana cik puan ni?

"Kau balik sekarang! Tuan tak habis-habis tanya pasal kau! Menyampah aku! Balik sekarang!" Gesa Cik Puan Tihani.

Wareesa garu kepala. Rasanya ada lagi tiga buah butik yang dia perlu pergi sebelum sempurna list barang-barang yang diterima. Ni, puan besar dah suruh balik. Dia tak mahu lah buat benda yang sama esok hari. Dia penat. Cukup hari ini sahaja tak boleh ke?

"Tapi, cik puan saya tak sudah lagi ni." Ucap Wareesa.

Cik Puan Tihani diam. Berfikir mungkin.

"Cik puan? Eh---"

Wareesa tak tahu nak beri respon bagaimana bila tiba-tiba sahaja Waseem berlari-lari anak menuju ke arahnya. Tambah tak reti beri respon bila lelaki itu kembali pergi ke kereta dengan beg-beg yang dia pegang tanpa keluarkan apa-apa kata.

"Kau ni menyusahkan lah!"

Tut... tut... tut...

Dahi Wareesa berkerut bila panggilan tiba-tiba sahaja mati.

"Eh, eh mak cik ni." Omel Wareesa tak berpuas hati.

Apa-apa pun, tolak tepi semua itu. Sekarang ini dia kena kembali ke kereta. Tapi, sebelum itu kita fangirling sekejap.

Wareesa tarik senyum bila ingat semula Waseem yang sanggup redah hujan untuk membantunya.

Alah, Encik Crush ni. Tambah cair lah kita kalau macam ni.

Kepala digeleng. Okey. Masa untuk berpijak di bumi nyata. Satu, dua, tiga lari masuk kereta. Pastu duduk senyap.

Wareesa bersedia dalam posisi mahu lari. Mata dah dipejam rapat, mahu lari. Namun, langkah mati bila dia dengar namanya dijerit Waseem. Terus terbuka mata. Badan pun dah tegak.

Pandang lurus ke hadapan, dia nampak Waseem berlari-lari di bawah sekaki payung berwarna hitam.

'Jangan cakap dia nak kongsi payung dengan aku. Payung tu kecil kut!

Lintasan itu buat muka Wareesa mula memerah. Dada kembali berdebar. Ha, sudah! Macam mana dia nak elak benda-benda sebegini. Duduk dalam satu kereta pun rasa nak luruh jantung, ini kan pula nak duduk di bawah satu payung. I think I'd have a heart attack! Insert suara Demi Lovato.

"Wareesa." Waseem datang menyapa dengan senyum suka di bibir.

'Macam ni ke awak senyum masa berlari ke arah saya? Alahai, cair.'

"Errr..." Wareesa kalut. Mata melilau walau dalam hati sibuk berfangirling.

Waseem senyum seraya menghulurkan payung kepadanya. Terjongket kening Wareesa.

"Awak guna ni." Kata Waseem saat payung bertukar tangan.

Wareesa terkejut. Hilang kata namun cepat dia bersuara bila nampak Waseem berada dalam posisi mahu berlari.

"Eh, kejap." Kata-katanya buat badan Waseem tegak. Dia dipandang.

"Errr, awak macam mana?" Soal Wareesa. Sambil itu tangan tunjuk langit yang lebat mencurahkan hujan serta tunjuk ke arah kereta. 

Waseem senyum.

"Saya lari. Takpe. Basah sikit je." Beritahu Waseem. Tenang aje.

Wareesa garu dahi. Malu dengan kebaikan yang dia terima.

"Tapi, jauh tu. Hujan pun lebat."

Waseem pandang kereta, pandang langit kemudian pandang dia. Lama sampai terteleng kepalanya ke arah lain dek tutup malu. Dah kenapa pula nak buat cubaan sakit jantung depan butik dalam hujan begini?

Gelak kecil yang didengar buat Wareesa menoleh.

"Awak nak kongsi satu payung ke?"

Flush! Muka macam kena simbah cat merah.

Waseem gelak. Wareesa buang pandang ke arah lain.

"Tak kan? Muka merah tu. Saya tahu awak tak biasa dengan lelaki. Saya pun tak mahu duduk satu payung dengan awak."

Wareesa angguk. Lega. Tapi bila dia tangkap samar-samar suara Waseem bercakap, terus dia toleh pandang lelaki itu.

"Hah? Apa?" Wareesa minta kepastian. Dia tak berapa nak dengar sebab perlahan sangat suara. Kalau ikut telinga dia, macam kata : buat masa sekarang. Tapi, macam merepek aje.

Waseem menggeleng.

"Basah sikit aje nanti. Saya tunggu kat kereta." Dan habis kata itu, Waseem terus berlari meninggalkan Wareesa yang masih berdiri di situ.

Hilang sahaja Waseem, Wareesa terus senyum kecil. Payung yang dipegang diangkat sebelum dia berdiri di bawahnya. Pandang atas, dan senyum lagi.

"Comelnya ayat dia. Saya tunggu kat kereta. Ihik!"

Continuar a ler

Também vai Gostar

1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
Hater to Harder Por SyaUryuu

Ficção Adolescente

89.4K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...