H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N29

1.8K 267 91
By leimonadd

PINGGAN yang penuh berisi nasi panas dan lauk-pauk kampung diletakkan di atas meja sebelum kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan. Tote bag serta beg galas diletakkan di atas kerusi kosong di sebelahnya.

Sementara menunggu Iced Lemon Tea yang dipesan sampai, telefon dikeluarkan dari poket seluar.

Mata melilau seketika memandang kafeteria sebelum dia halakan pandangan seratus peratus pada skrin telefon.

Wareesa perlu mesej Yara. Gadis itu kata mahu makan tengah hari bersama di sini. Tapi, sampai sekarang pun batang hidung gadis itu tidak kelihatan.

"Mana dia ni?" Soal Wareesa perlahan sambil laju tangan menari di atas papan kekunci.

You
Kau kat mana? Aku dah ada kat kafe.

Butang send ditekan tapi, bila lihat hanya satu grey tick sahaja, Wareesa hembuskan nafas perlahan.

"Tak buka data pula." Omelnya serata mendail nombor telefon Yara.

Tut... Tut...

Sedang dia menunggu panggilannya berjawab, tepat masa pula Iced Lemon Tea yang dipesan tiba di meja.

Alhamdulillah, asbab penghilang dahaganya sudah sampai. Tak berlengah, minumannya disedut perlahan.

"Hello."

Panggilannya dijawab, memaksa Wareesa berhenti daripada menyedut terus minuman kegemarannya.

"Yara. Kau kat mana? Kata nak lunch sekali. Aku kat kafe dah ni. Siap dah aku punya makanan. Tinggal nak makan aje ni." Beritahunya. Sambil itu mata pandang pintu masuk kafe. Kot kot lah Yara ada di situ. Boleh dia angkat tangan tanda menggamit.

"Kejap, kejap. Aku kena settlekan few things up. Kau makan aje dulu. Nanti aku datang. Sikit lagi ni nak siap." Beritahu Yara. Dengar macam kalut semacam sahaja gadis itu.

Wareesa mengangguk kecil tanda mengerti.

"Okey lah kalau kau cakap macam tu. Ni, nak aku orderkan makanan siap-siap tak?" Soalnya ingin membantu.

Yara diam dan hmmm panjang.

"Boleh kut. Kau orderkan aku Nasi Goreng Kampung, boleh? Minum nanti aku order sendiri bila dah sampai." Pinta Yara. Dah orang nak mudahkan kerja. Takkan dia nak menolak. Lagipula dia benar-benar lapar. Kalau order sekarang, tak perlu dia menunggu lama di kafe nanti.

"Okey. Kau jangan lambat pula. Sejuk makanan nanti." Pesan Wareesa sebelum mereka membalas salam dan mematikan talian.

Letak telefon di tepi, Wareesa angkat tangan menggamit Luqman, pekerja kafeteria untuk datang ke mari.

"Ya, kak."

Wareesa senyum sebagai mukaddimah.

"Nak bungkus Nasi Goreng Kampung satu." Order Wareesa.

Luqman seperti teragak-agak nak ambil pesanan yang dibuat. Sebabnya pastilah pinggannya yang masih yang masih tidak bersentuh. Banyak lagi makanan, takkan nak order order baharu kut?

"Akak makan seorang, kan?" Soalan itu buat Wareesa senyum kecil.

Patut pun budak ini pelik. Dah biasa nampak dia makan seorang diri rupanya.

"Tak. Nanti ada kawan nak join sekali. Jadi, Nasi Goreng Kampung satu. Minum nanti kawan akak order sendiri." Beritahu Wareesa. Tenang aje.

Luqman mengangguk faham lantas bergerak pergi.

Wareesa tak tunggu lama selepas itu. Terus dia tadah tangan baca doa sebelum sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya. Terpejam mata dek keenakan nasi panas yang masuk dalam mulut.

"Mantap." Katanya sebelum mata dibuka.

Mula lah dia gaul nasi sedikit demi sedikit dengan lauk yang ada di tepi pinggan. Suap masuk mulut dan pejam mata lagi. Tak boleh sangkal yang lauk-pauk kampung memang terbaik.

Wareesa dah tak peduli sekeliling dah. Sibuk dia hanya untuk makanan yang terhidang di hadapannya sekarang.

Mana nak dapat makanan kampung begini melainkan di kafeteria? Kalau di rumah, keluarga mak ciknya itu tak sudah-sudah dengan makanan ala-ala western.

Jika sarapan, merasa juga lah dia makanan melayu. Kalau dah masuk makan tengah hari dan makan malam, memang boleh kira dengan jari berapa kali sebulan mereka menikmati masakan kampung. Cik Zee pun dah terlebih pandai masak western food berbanding dia.

Sedang Wareesa menikmati makanan tengah harinya, Iffah datang menyapa. Buat dia tersenyum memandang wanita itu.

"Amboi, Reesa. Sedap sangat ke makanan tu sampai tak pandang kiri kanan dah?" Usik Iffah seraya mengambil tempat kosong di hadapan Wareesa.

Wareesa senyum dalam kunyahannya. Habis telan makanan dalam mulut, air disisip dahulu. Kemudian, baru lah dia buka mulut bersembang dengan Iffah.

"Sedap sangat, kak. Kat rumah, saya jarang-jarang makan makanan kampung macam ni. Lagi-lagi sambal belacan ni. Mantap sangat, kak!" Balas Wareesa penuh teruja. Senyum tu dah lebar sampai ke telinga. Nampak keikhlasan dia memuji dan menyukai masakan kampung yang dinikmatinya.

Iffah tersenyum sebelum ketawa kecil. Seronok melihat riaksi Wareesa. Nampak cantik pula gadis itu di matanya. Tiba-tiba.

"Alhamdulillah. Ni, Reesa makan seorang lagi lah ni?" Tanya Iffah. Kiri kanan dia pandang. Takde pula dia nampak sesiapa yang menemani Wareesa.

Wareesa senyum.

"Takde lah. Nanti kawan Reesa datang." Beritahunya. Sejurus selepas itu, satu suapan nasi dimasukkan ke dalam mulut. Gembira lagi dia.

Hehehe. Food is bae. Lagi-lagi bila food tu makanan kampung. Hehehe.

Iffah tegak badan. Menarik untuk didengar pula perkataan 'kawan' itu. Berteman dah gadis ini sekarang. Jarang-jarang nampak ni.

"Lelaki ke perempuan?"

Berkerut dahi Wareesa mendengar soalan Iffah. Namun, bibir tetap ukir senyum. Senyum aneh lah yang pasti. Bukan senyum lebar.

Dan-dan itu juga Nasi Goreng Kampung yang dia pesan untuk Yara tiba dibawa oleh Luqman. Wareesa ucap terima kasih dan Luqman membalas sama-sama.

Kemudian lelaki itu pergi dan Wareesa menghadap Iffah semula. Senyum kekok terukir bila lihat Iffah yang dah macam bersinar memandangnya.

"Err... Kenapa Kak Iffah?" Tanya Wareesa kehairanan.

"Lelaki ya? Ni dah siap orderkan ni." Soal Iffah, ingin tahu. Senyum mengusik masih belum hilang. Suka pula dia kalau andaiannya benar. Nak juga tengok lone ranger seperti Wareesa ini berteman. Teman istimewa lagi tu!

Wareesa gelak kecil.

"Perempuan lah, kak. Yara." Beritahu Wareesa seraya menggeleng kecil.

"Ya ke Yara? Bukan Yahya?"

"Akak!"

Iffah terkekek-kekek ketawa. Wajah Wareesa yang dah berona merah itu sangat menghiburkan hati.

"Merepek lah akak ni. Saya ni, kawan lelaki pun tiada. Mana datang Yahya pula?" Sangkal Wareesa. Merepek sungguh Iffah ini.

"Mana lah tahu. Takde kawan lelaki, tapi tup-tup ada teman lelaki." Sakat Iffah lagi. Buat Wareesa pipi merah lagi. Walau dia tahu apa yang dikatakan Iffah tiada lah betul pun. Memang tak betul pun! Tapi, entah malu pula dia. Gedik!

"Akak merepek lah. Takde, takde. Kawan lelaki ke, teman lelaki, istimewa lelaki ke, semua tu takde dan lambat lagi nak ada. Saya belajar pun lama lagi. Makan minum pun ada yang tanggung lagi. Nak beli top-up pun berkira. Memang jauh lagi nak terlibat dengan benda-benda macam tu." Terang Wareesa panjang lebar.

Tangan dah terawang-awang, tanda dia bersungguh dan memaksudkan setiap patah katanya.

'Tapi, masa untuk crush ada.'

Terkedu sekejap bila lintasan itu datang. Siap dengan pakej wajah Waseem pula.

'Eh, sibuk lah!'

Iffah hanya senyum dan mengangguk kecil.

"Yalah. Tapi..." Meleret panjang 'tapi' Iffah, buat Wareesa berkerut dahi.

"Tapi apa akak?"

Iffah senyum. "Tapi kalau nak, bagitahu lah ya? Anak aaudara akak ada aje menunggu."

Pap!

"Akak!"

Sekali lagi Iffah terkekek-kekek ketawa. Suka benar dia lihat wajah Wareesa memerah. Suka lihat Wareesa tarik senyum malu-malu begitu.

Jujur, dia senang hati dengan gadis ini. Tak tahu kenapa. Dalam hati, dia berdoa moga berjodoh lah anak saudaranya dengan Wareesa. Sejuk mata kakaknya nanti melihat.

"Amboi, Kak Iffah. Seronok ketawa."

Tiba-tiba sahaja mereka ditegur satu suara garau. Masing-masing angkat wajah pandang si penegur.

Iffah tersenyum manakala senyum Wareesa dah mati. Takde ruang untuk dia masuk campur sebab dia tak kenal pun lelaki ini. Ada lah tu daripada kalangan pelajar-pelajar yang dikenali Iffah.

"Eh, Emir." Tegur Iffah.

Emir senyum sebelum dia ambil tempat di sebelah Iffah. Wareesa mula rasa tak selesa. Dah kenapa pula lelaki bernama Emir ni nak duduk sebelah Iffah tiba-tiba? Kalau ya pun nak berbual, jangan lah di sini. Jangan waktu sekarang pun boleh.

"Bualkan apa yang seronok sangat? Dari pintu kafe tu nampak senyuman manis akak. Cair saya dibuatnya." Kata Emir. Sambil itu mata mengerling Wareesa yang diam menimati makanan tengah hari.

"Takde lah. Saje menyakat Reesa." Beritahu Iffah sambil tersenyum. Wareesa yang kebetulan angkat wajah ketika itu, hanya tarik senyum kekok sahaja bila matanya bertembung dengan mata Iffah.

"Oh, Reesa." Perlahan, namun perlahan suara Emir itu dah meremangkan bulu tengkuk Wareesa. Seram dan rasa tidak enak mula datang.

'Mana Yara ni?'

"Apa?" Iffah bertanya bila tak dengar butir kata Iffah. Emir yang memandang Wareesa sekilas itu dipandang penuh hairan.

Emir senyum seraya menggeleng kecil.

"Takde apa lah Kak Iffah. Saya nak Nasi Goreng USA satu, boleh? Air nak sirap manis. Manis seperti akak." Pesan Emir sambil tayang boyish smile kepunyaannya. Sampai tergelak Iffah dibuatnya.

Wareesa pula tanpa sedar dah tayang muka geli. Ada bau-bau keturunan buaya sungguh Emir ini.

'Kak Iffah yang dah nak kahwin ni pun nak mengayat ke?'

"Baik lah. Reesa, akak pergi dulu ya?" Pinta Iffah seraya mula bangun dari duduknya.

Wareesa pula dah kalut sendiri. Nak menghalang tapi Iffah ada kerja yang nak dibuat. Sudahnya dia angguk kecil sahaja.

Pergi sahaja Iffah dari situ, Wareesa tak angkat muka. Sebabnya sebab Emir masih ada di tempat tadi, tak berganjak.

'Dia ni tak nak pergi ke? Banyak lagi tempat kosong ni.' Bisik hati Wareesa. Dia dah tak senang makan. Semuanya jadi kekok sebab dia rasa macam sepasang mata Emir galak memandangnya.

Wareesa angkat pandangan dan BINGO! Lelaki itu memang sedang memandangnya tak lepas. Cepat dia kalihkan pandangan.

"Hi, Reesa."

Keras badan bila dengar suara Emir menegur.

'Mana Yara ni?!'

Wareesa angkat pandangan. Sempat dia pandang kiri kanan. Mana tahu ada sesiapa yang dia kenal boleh membantu dia sekarang. Siapa-siapa sahaja! Selamatkan dia dari bau-bau buaya ni!

"Reesa?"

Lambat-lambat Wareesa pandang Emir. Merah wajah bila lihat lelaki itu tersenyum kacak ke arahnya dengan gaya tangan menongkat dagu.

Alahai. Dah keluar teknik-teknik memikat pula. Kalau lah dia buka seorang yang pengecut dan jenis melayan, pasti dia cair dengan senyuman Emir. Tapi, dia ni pengecut. Dengan lelaki lebih-lebih lagi. Ketar lutut lah jadinya.

"Ya?" Menyahut juga Wareesa. Tapi, dengan suara yang bergetar.

"Saya Emir Irham." Emir melemparkan kata perkenalan.

Wareesa hanya mengangguk. Tak rasa nak beritahu nama dia. Lagipula, dia tak beritahu nama pun lelaki itu dah mula sibuk panggil dia mesra-mesra begitu.

Tahu tak Reesa tu orang-orang tertentu sahaja yang boleh guna? Yang lain semua panggil dia Wareesa. Lelaki ini? Kenal tak, muka tak pernah nampak, tiba-tiba muncul panggil Reesa. Geli sungguh!

"Nama penuh Reesa?"

Sengih kekok lagi.

"Umm..." Teragak-agak Wareesa nak beritahu.

"Alah, nama aje pun. Bukan Abang Emir minta benda lain."

Uwek! Nak termuntah pula Wareesa. Eee! Muka mat salleh, tapi bahasakan diri abang. Geli tambah lucu pula.

Sengih lagi.

'Yara!!!'

"Hmm?"

Emir masih setia menunggu. Wareesa makin tidak selesa dan ia nampak jelas di wajahnya.

"Aireesa Ayeela." Beritahu Wareesa, bohong. Entah nama siapa-siapa dia ambil.

Takde makna dia nak bagitahu nama dia sesuka hati kepada buaya. Kena buru selalu nanti, satu hal pula dia nak larikan diri.

Emir tersenyum panjang. Wareesa dengar lelaki itu menyebut nama palsunya berulang kali dengan nada suara yang berbeza-beza. Beza-beza pun, makin lama makin geli di pendengarannya. Eee!

'Someone please help me! Saya hanya mahu makan dengan aman!'

Mulut nak buka bicara, tapi bila Luqman datang menghantar sepinggan Nasi Goreng USA dan segelas Sirap Ais, terkatup terus mulut Emir.

Terima kasih Emir ucap sebelum pandang Wareesa yang kembali tunduk pandang makanan di pinggan. Tiada lagi senyum yang dilihat bersama Iffah tadi.

"Boleh senyum tak? Beku aje muka tu. Tak selera Abang Emir nak makan." Emir pinta tanpa malu seraya menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya.

Wareesa kaku lagi.

'Ya Allah! Tolong aku!'

Wareesa pandang Emir. Lelaki itu sedang mengunyah makanan sambil tongkat dagu pandangnya. Tak tahu nak terpikat ke, nak geli. Nak alihkan pandangan, tapi senyuman kacak Emir membantutkan segalanya. Muka dia tak tahu nak beriak macam mana.

"Comel lah Reesa muka merah macam ni."

Kaku lagi.

Ya Allah, mulut manis sungguh Emir Irham ni. Anak siapa ni?

Kaku dan terus kaku. Merah dan makin merah. Kelu dan bertambah kelu. Tepu dan terus tepu. Tiada skema jawapan untuk kata-kata Emir kepadanya tadi. Dalam kepala hanya ingat Allah, ingat Yara.

"Err..."

"Sayang, sorry lambat." Dan dalam Wareesa mencari kata itu, tiba-tiba ada yang menegur lalu duduk di hadapannya. Dia dan Emir sama-sama terkejut.

"Sayang?" Tanya Emir. Badan dah tegak sambil pandang lelaki yang dah duduk depan 'Aireesa'.

Terkejut. Lagi terkejut bila lelaki itu selamba sahaja sisip minuman 'Aireesa'. Berkongsi. Tanda memang 'Aireesa' memang ada hubungan rapat dengan lelaki itu.

"Na---Nafis." Terkebil-kebil Wareesa. Muka makin merah.

"Ya, sayang. Sorry lambat. Tadi Apis kena jumpa lect kejap." Nafis memohon maaf selamba. Tersenyum dia memandang Wareesa yang kaku dan sedikit bingung.

Kemudian kalih pandangan memandang arah kanannya. Hanya untuk bertemu empat mata dengan Emir, lelaki yang sedari tadi buat Wareesa tidak selesa.

Tak reti ambil sign betul lah lelaki ini.

"Siapa ni, sayang?" Tanya Nafis. Emir dipandang penuh curiga.

"Takde siapa lah. Jumpa lagi, 'sayang'." Kata Emir menyampah seraya berlalu pergi dengan makanan dan minumannya. Sempat dia menghantar jelingan tajam ke arah Nafis sebelum pergi.

Kacau daun betul. Muncul-muncul, bersayang bagai dengan 'Aireesa'.

Wareesa tunjuk muka geli manakala Nafis hanya tayang muka menyampah. Wareesa dia hadap kemudiannya.

"Siapa tu?"

Wareesa jongket bahu.

"Entah. Tak kenal pun. Saya duduk sembang dengan Kak Iffah tadi, tiba-tiba dia datang tegur lepas tu bila Kak Iffah pergi, dia sibuk duduk sini lagi. Macam takde tempat lain nak pergi." Adu Wareesa, hilangkan rasa takut yang masih berbaki. Yalah, tiba-tiba kena begiu. Di tempat terbuka pun jadi ya?

Nafis hanya diam mendengar. Tangan Wareesa yang masih menggeletar dipandang.

"Awak takut ya?" Prihatin Nafis bertanya. Pandangannya dah lembut memandang Wareesa.

Wareesa diam sebelum dia mengangguk kecil. Tak pernah dia hadap situasi seperti tadi. Walau bagi setengah orang itu biasa-biasa sahaja, namun tidak baginya. Dia tak biasa dengan lelaki. Kadang, dengan dunia luar pun dia tak biasa. Biasanya dia dengan kawan-kawan perempuannya sahaja. Kata lah dia gedik dan mengada sekali pun. Mereka tak rasa.

Wareesa genggam perlahan tangannya.

"Saya dah okey sikit. Terima kasih Nafis dah tolong saya." Ucap Wareesa ikhlas. Senyum diberi buat Nafis. Itu sahaja tanda penghargaan yang mampu diberinya.

"Sama-sama... kasih."

Wareesa kaku. Melihatkan itu, Nafis lepaskan tawa bebas.

"Saya gurau aje lah. Jangan takut dengan saya pula." Gurau Nafis.

Wareesa senyum dan mengangguk sekali.

"Ni, awak dengan siapa sepatutnya?" Tanya Nafis. Nasi Goreng Kampung dalam bekas makanan dia pandang.

"Dengan Yara. Tapi tak tahu dia bila dia nak sampai. Tadi dia kata dia lambat sekejap aje. Ni, macam dah lama sangat sampai saya sempat kena ganggu." Omel Wareesa. Tanpa sedar, dia mengadu sekali lagi buat Nafis senyum dalam diam.

'Comel sungguh.'

"Nak saya teman dulu tak sementara Yara sampai?" Tawar Nafis.

Mendengarkan itu, Wareesa pantas menggeleng laju. Tak mahu lah dia menyusahkan Nafis. Lelaki itu entah dari mana-mana datang untuk bantunya tadi. Mungkin sahaja ada urusan lain yang mesti diuruskan tapi disebabkan dia, tergendala pula jadinya. Cukup sekali tadi.

"Eh, takpe. Awak dah tolong tadi pun, saya cukup hargai. Terima kasih banyak-banyak, Nafis." Ucap Wareesa ikhlas.

Nafis mengangguk, hormat dengan kata putus Wareesa.

"Okey. Kalau macam tu saya pergi meja saya semula. Ada apa-apa, awak pandang aje meja saya, ya? Nanti saya tolong awak sekali lagi." Kata Nafis sambil tersenyum mesra.

Wareesa kerut dahi. Meja? Maknanya lelaki itu sedari tadi memang ada di kafeteria ke?

"Me---meja awak?" Gagap-gagap Wareesa bertanya. Entah kenapa dada tiba-tiba sahaja berdebar.

Nafis angguk seraya menunjukkan ke satu arah. Dan mata Wareesa laju sahaja menyorot ke arah itu.

Kaku terus tubuh bila nampak ada sekumpulan lelaki yang duduk selang empat buah meja dari mejanya sekarang. Semua wajah di situ dia tidak kenal melainkan satu wajah sahaja.

Waseem, si Encik Crush.

"Awak dari tadi ada kat situ ke?" Tanya Wareesa ingin tahu. Dan bila Nafis angguk sebagai jawapan, mukanya merah. Malu tiba-tiba membayangkan Waseem nampak semuanya.

"Dari tadi sebelum awak duduk makan lagi. Nak tegur awak, tapi tengok seronok sangat awak makan, tak jadi nak tegur. Takut rosak mood awak nak makan pula."

Bush! Macam kena simbah cat merah di muka aje Wareesa rasa sekarang. Maknanya, nampak lah ya mata dia terpejam-pejam makan tadi? Waaa, malu!

"Saya pergi dulu lah ya?" Pinta Nafis sebelum angkat punggung dari situ. Wareesa hanya terangguk-angguk kecil. Lidah kelu nak ucap kata. Malu! Malu!

Sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut sambil mulut mengunyah perlahan. Wajah dia kawal beriak biasa supaya tak nampak terlalu malu.

Ish, kenapa lah Encik Crush ada?! Kalau Nafis nampak, maknanya Waseem nampak juga lah kan?

"Ish, mana Yara ni dari tadi tak sampai-sampai?" Omel Wareesa sendiri. Geram dah dengan kawan dia yang seorang itu. Macam tak jadi aje nak makan bersama.

Bekas makanan dipandang. Ya Allah! Jangan lah Waseem fikir makanan ini miliknya.

Wareesa pandang pintu kafe. Dan rasa lega mula muncul bila nampak kelibat Yara sedang berlari-lari ke arahnya.

Bertuah punya kawan! Tapi, sempat juga dia lilaukan mata memandang meja yang diduduki Nafis. Dan bila lihat mata Waseem sedang memandang ke arah yang dia lambai, badan jadi kaku.

Wareesa nampak Waseem pandang arah Yara seketika dan zzup! Mata mereka bertembung kemudiannya. Lambat-lambat tangannya jatuh tapi pandangan mata masih belum terputus. Makin susah nak putus bila lihat lelaki itu tongkat dagu pandang dia tanpa sebarang riak.

Dug dug dug dug dug.

'Kenapa?'

"Reesa!"

Pandangan beralih bila Yara menyapa. Wajah memerah dan dia tahu Yara perasan. Tapi, rasanya gadis itu salah sangka dengan rona wajahnya. Ingat dia marah dan geram tapi hakikatnya tidak.

Sekilas dia memandang meja tadi dan dada makin berdebar. Kenapa lelaki itu masih pandang sini? Tak. Kenapa lelaki itu masih memandang ke arahnya?

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
114K 1.9K 8
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...