H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N27

1.8K 257 77
By leimonadd

USAI menunaikan solat Maghrib di surau mall, Wareesa lekas-lekas menapak keluar dari situ. Tempat tujunya hanya satu iaitu ke Boat Noodle. Harap lah dia tak terlambat sebab rasanya agak lama juga dia meninggalkan Niliyyah bersama Yara dan yang lain.

Yang lain di sini semestinya kawan-kawan Yara dan dia tak tahu pula Nafis dan Waseem termasuk dalam kelompok kawan Yara. Kalau Aqmar, ya lah sebab lelaki itu sepupu Yara. Yang lain tu... Agaknya konsep Yara, 'kawan sepupu aku, kawan aku' gamaknya.

Kasut dibawa menuju ke bangku kosong. Labuh didudukkan sebelum kasut disarung dengan penuh cermat. Dah sarung dia ambil masa untuk mengikat tali kasut pula.

Percaya atau tidak, walau dia dah lama pakai kasut yang bertali tapi lama juga dia ambil masa untuk mengikat tali kasut. Tak tahu lah kenapa. Terasa susah walau kadang memang itu yang dia lakukan hari-hari. Lembab sungguh.

Usai mengikat tali kasut, Wareesa bangun. Ketuk-ketuk sedikit kasut ke lantai untuk sesuaikan keselesaan saat dia memakai kasut itu. Dah puas hati, Wareesa tarik senyum.

"Dah sudah?" Soalan yang tiba-tiba diajukan oleh seseorang buat Wareesa melompat sedikit. Terkejut semestinya sebab seingat dia, dia seorang sahaja di hadapan surau ini tadi. Takde pula nampak mana-mana manusia yang keluar masuk. Bunyi pintu terbuka dan tertutup pun tak kedengaran.

Tangan dibawa mengurut dada perlahan. Orang yang menegur dipandang. Nafis.

Haih! Nak aje dia hempuk lelaki itu. Tak bersalah pula dia lelaki itu tarik sengih untuknya. Member kat sini dah bagai nak terkeluar jantung dibuatnya.

"Ish, awak ni! Terkejut saya!" Kata Wareesa bernada geram.

Nafis hanya senyum seraya merepatkan kedua-dua tangannya di hadapan Wareesa.

"Sorry, sorry. Tak sangka pula awak nak terkejut macam tu sekali." Nafis memohon maaf sambil tersenyum.

Wareesa hanya menggeleng kecil sahaja sebelum dia ukir senyum juga. Telefon yang dia letak di bangku diambil sebelum dia mengorak langkah dahulu. Nafis yang tak bersuara dah di belakang sana dibiarkan sahaja. Sampai lah lelaki itu menyuruhnya berhenti dan tunggu. Tika itu dia menoleh dengan dahi yang berkerut.

"Err, kejap." Nafis bersuara kekok sambil ibu jari menunding ke arah pintu surau bahagian Muslimin.

Wareesa terkebil-kebil di situ. Dalam kepala berligat soalan keluar masuk.

'Oh, kena tunggu ya?'

'Ada aku kata nak gerak sekali ke?'

'Kenapa aku kena jadi penunggu?'

Walau runsing sedikit, Wareesa hanya mengangguk kecil dan menunggu seperti yang disuruh.

Sementara menunggu entah siapa-siapa, Wareesa baca dahulu mesej-mesej yang masuk. Mana yang dirasakan penting seperti mesej Cik Zee, dia akan balas. Kalau mesej tak penting sangat seperti mesej Hayyan, dia hanya bluetick dan delete chat terus.

"Okey, dah. Jom, Wareesa."

Ajakan itu buat Wareesa terus angkat wajah. Dan senyuman yang terukir lama-lama jadi keras dan kekok. Semua sebab nampak di sisi Nafis ada tiga orang lelaki. Waseem, Aqmar dan Khan.

Mula lah gugup datang. Kan dia tak biasa bila berada dalam kelompok lelaki. Kalau dengan Yara dan Niliyyah pun dia tak selesa bersama lelaki-lelaki ini, apatah lagi bila dia berseorangan begini.

"Wareesa?" Nafis menegur bila lihat Wareesa seperti kaku semacam. Dia berpandangan sesama sendiri dengan kawan-kawannya. Mereka beriak sama dengannya. Kehairanan.

"Err..." Wareesa garu dahi. Mata dah melilau tak pandang mana-mana wajah. Oh, dan semestinya suhu wajahnya meningkat sedikit demi sedikit.

"Awak okey tak?" Tanya Nafis.

"Okey, okey. Jom. Mereka dah tunggu." Kata Wareesa kalut dan gementar. Dapat dia dengar suaranya bergetar tadi. Aduh! Malu! Malu!

Usai berkata begitu, Wareesa ambil langkah ke hadapan dahulu. Tapi, dia menyesal pula bila tiba-tiba sahaja dia diapit kiri dan kanan oleh empat lelaki itu. Nafis dan Waseem di sebelah kanannya, manakala Aqmar dan Khan di sebelah kirinya.

Ya Allah, sungguh dia malu sangat sekarang ini!

'Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.'

Kepala memberi arahan dan Wareesa dengan taat melakukan setiap satu arahan.

Perlahan-lahan dia ambil dan hembus nafas untuk tenangkan diri. Harapnya menjadi walau tangan dia dah menggeletar kecil.

Ini kalau orang lihat, boleh bawa salah sangka ni. Boleh sahaja mereka sangka empat orang lelaki ini mengapa-apakannya.

'Jalan lambat-lambat.'

Sekali lagi otak memberi arahan. Wareesa teguk air liur sebelum lambat-lambat dia ambil langkah. Kalau empat orang lelaki itu laju ambil dua langkah ke hadapan, dia hanya ambil satu langkah sahaja. Dan bila dia rasa dirinya dah terkebelakang sedikit dari barisan, Wareesa ukir senyum.

'Berjaya!'

"Kenapa?"

Kaku terus. Hilang tidak dijejak dah senyumnya bila dengar suara Waseem menegur. Bukan dia nak perasan atau apa, tapi memang lelaki itu bertanya sambil menoleh memandangnya yang sudah terlewat di belakang.

Dan soalan Waseem itu berjaya buat tiga lelaki lain berhenti dan memandang ke arahnya. Itu menyebabkan gemuruhnya datang semula.

'Ya Allah, Encik Crush! Saya tak boleh kata saya bahagia dengan teguran awak tadi! Kenapa? Kenapa awak tegur saya?'

Wareesa tarik senyum kekok. Berapa banyak kali dah senyum kekok dia ni terukir.

Mata pandang sekeliling, mahu mencipta alasan. Sampailah dia terpandang satu kiosk yang menjual Corn Dog, terus mentol bercahaya muncul atas kepala. 

Lurus dia tunding jari ke arah kiosk itu. Dan lurus juga empat pasang mata memandang ke arah yang ditunding Wareesa.

"Corn dog?" Khan bertanya.

Wareesa mengangguk lurus.

"Saya nak makan tu dulu. Korang pergi dulu. Nanti saya menyusul." Kata Wareesa laju sebelum dia melambai kalut dan beredar dari situ. Kaki dibawa lurus ke kiosk yang dimaksudkannya. Tak peduli dah dengan empat lelaki tadi.

"Untuk tidak menipu, aku kena beli. Tapi, makan kat rumah. So, aku takde out aje." Omel Wareesa. Terbang duit dia gara-gara nak lepaskan diri.

Tapi, tak apa lah. Makanan yang famous dari Korea Selatan ini boleh dikongsi dengan Cik Zee, Fara dan Sara. Tak membazir, tak membazir.

Sampai sahaja dia di kiosk itu, terus dia buat pesanan. Dan sementara menunggu pesanannya siap, Wareesa belek kuku. Namun sekejap cuma sebelum dia rasa ada kehadiran seseorang di sebelahnya. Toleh tepi dan... kaku!

Waseem senyum kecil.

"Kebetulan, adik saya pun suruh belikan Corn Dog." Tanpa aba-aba, Waseem meberitahu seraya telefon diangkat menunjukkan chat WhatsApp yang terpampang di situ.

Adeeek 1
Seem, nak my feberet food!

Terkebil-kebil mata Wareesa membaca chat lelaki itu dengan Adeeek 1. Paling tak tahan bila di akhirnya si Adeeek 1 menghantar emotikon jagung dan anjing. Tak tahu lah nak puji comel atau malas. Dua-dua agaknya.

Waseem simpan telefon bila Wareesa pandang ke arahnya sekilas.

"Awak dah order?" Tanya Waseem.

Wareesa kalih sekilas seraya mengangguk sebelum dia tunduk pandang kasut lawa dia. Nak sorok muka yang memang dah merah.

Kenapa masa ini juga dia nak kena hadap lelaki ini. Dia nak lari, bukan nak berdua! Uwaaahhh! Mission failed nampaknya!

"Want some ice for your face?"

"Huh?" Wareesa angkat wajah bila terima soalan itu. Blur.

Waseem hanya gelak kecil.

"Awak pemalu ya dengan lelaki? Sebab muka awak memang selalu merah bila dengan lelaki." Tanpa sesiapa minta, Waseem tiba-tiba sahaja menyatakan soalan dan fakta yang benar tentang dirinya. 90 peratus betul. 10 peratus lagi jawapannya pada kehadiran lelaki itu.

Wareesa terus sentuh wajah. Uish, memang panas!

Waseem gelak. Wareesa yang dah mula mengibas wajahnya dipandang sekilas sebelum dia pandang hadapan.

"Ke awak merah macam ni sebab saya?"

˚ ༘♡ ⋆。˚

KERUSI kosong sebelah Yara ditarik sebelum Wareesa labuhkan duduknya di situ. Nak menyesal sebab Waseem tarik kerusi di hadapannya tidak boleh kerana memang itu sahaja tempat kosong yang tinggal.

Yara yang dah mula menyikunya dipandang geram. Tengok sahaja senyuman yang tertempel di bibir gadis itu. Nak menyakat lah tu tapi dia malas nak melayan.

"Kitorang dah order makanan untuk korang. Air pun. Korang tak memilih makan kan?" Soalan Khan tujukan kepada Wareesa dan Waseem.

"Okey aje." Balas Waseem seraya menyisip sedikit jus oren yang dipesan Nafis untuknya.

Wareesa hanya mengangguk. Dan kemudian perbualan dimulakan sesama mereka. Masing-masing sibuk dengan topik masing-masing.

Yara entah bila pula kamcing dengan Niliyyah sampai lupa dia di sini. Dan Niliyyah pun! Behave sungguh. Mana kera sumbang dia?

Diam-diam Wareesa pandang meja yang diduduki mereka. Dalam kepala ligat berfikir. Macam mana mereka end up duduk semeja begini? Dia sendiri keliru. Sudah lah tak kenal betul-betul.

Haish, pelik.

Dalam dia sibuk menilik, mata tiba-tiba jatuh pada Waseem. Lelaki itu ditilik curi-curi. Sekejap dia lilaukan mata ke arah lain dan kemudian jatuh pada wajah lelaki itu. Lilau lagi kemudian jatuh pada pakaian lelaki itu. Lilau lagi kemudian jatuh pada kasut lelaki itu. Lilau lagi zzup!

Terus Wareesa sedut minuman bila matanya bertembung dengan mata Waseem. Dan semestinya matanya melilau dan dah tak mendarat di wajah Waseem lagi. Cari nahas namanya.

"Ke awak merah macam ni sebab saya?"

Terkebil-kebil mata bila ingat soalan yang satu itu.

Soalan yang hanya dalam imaginasinya.

Boleh pula di saat kritikal itu otak jadi kreatif membayangkan soalan itu muncul daripada Waseem. Gila! Mujur sahaja imaginasi. Kalau tidak, tak tahu lah dia boleh hadap dunia atau tidak esok hari.

"Macam mana boleh imagine macam tu ya?" Omel Wareesa di bawah nafas. Pelik.

Akhirnya dia mencebik sahaja.

"Apa-apa lah. Asalkan tak jadi betul-betul." Tambah Wareesa lagi.

Bosan menunggu makanan datang, Wareesa tongkat dagu. Dah tak peduli lah orang nak kata apa dengan gaya dia sampailah...

Tok tok.

Mata berkelip laju. Badan tegak perlahan-lahan sebelum dia pandang meja. Liur ditelan bila lihat jari Waseem ada di atas meja dan...

Tok tok.

Sekali lagi jari itu mengetuk meja.

'Panggil aku ke?' Soal Wareesa dalam hati.

'Kalau tak panggil dan aku pandang, nampak macam aku perasan pulak.'

Ha, sudah! Wareesa dalam dilema.

'Nak pandang ke tak ni?' Wareesa masih berperang dengan fikiran sendiri. Dan sedang dia dalam keadaan begitu, tiba-tiba sahaja dia dihulur sehelai tisu. Daripada Encik Crush hadapan semestinya.

'Ambil?'

Entah kenapa dia jadi lembab tiba-tiba. Sah-sah dia perlu ambil sebab itu dah terang dia tak silap bahawa memang ia dihulur Waseem untuknya.

Wajah diangkat hanya untuk matanya disajikan dengan senyuman manis Waseem.

"You're sweating."

Lembut aje lelaki itu ungkap kata. Tapi bila dia playback semula kata-kata lelaki itu dalam kepala, terus tangan sentuh wajah.

Lembab. Berair. Peluh. Ya. Dia berpeluh.

Dengan muka menahan malu, huluran tisu diambil sebelum dia tunduk pandang wajah. Sambil tangan lap peluh di wajah, mulut terkumat-kamit menyumpah seranah diri sendiri.

"Masa ni lah kelenjar peluh nak berfungsi dengan giat ya?" Omelnya.

"Wareesa okey?" Suara Nafis menegur buat dia angkat wajah.

Senyum lurus sekali sebelum dia angguk sekali. Tapi senyum mati diganti dengan riak wajah pelik bila lihat Nafis seperti sedang tahan tawa. Waseem pun. Dia rasa dia sedang ditertawakan dua lelaki itu.

"Kenapa?" Soalnya polos.

Waseem dan Nafis dipandang silih berganti. Tengok mereka berdua, makin lama makin sakit hati sebab mereka makin lama, makin jelas pula mentertawakannya. Cuma bila sedar dah gelak tu terover, masing-masing pantas tutup mulut guna tangan.

Ini buat Wareesa nak marah ni. Tapi, macam biasa dia hanya pilih untuk tidak hiraukan. 

"Awak ni..." Kening terjongket bila Nafis tak habiskan kata malah tahan gelak.

Wareesa dah rasa bosan dan itu ditunjukkan dengan wajahnya. Lantak lah Encik Crush yang duk terpandang-pandang ke arahnya.

Bosan tahu tak? Tak habis-habis gelak-tahan-gelak-tahan. Turn off terus.

"Dah lah. Tak baik." Tegur Waseem seraya menyiku Nafis yang dah tunduk pandang bawah. Sumpah Wareesa rasa nak laser aje mamat tu. Tapi rasa itu mati terus saat Waseem tiba-tiba sahaja halakan telefon pintar lelaki itu ke arahnya.

Dug dag dug dag dug dag dug dag!

Wareesa dapat dengar sendiri bunyi jantungnya. Suara lain dia tak dengar. Hanya bunyi jantungnya yang berdegup. Juga bila Waseem tawa kecil. Itu sahaja.

Tawa lelaki itu pun seperti bergema dan dalam speed slow motion. Tidak! Dia tak betul! Otaknya dah mula tak betul!

"Jangan lah tangkap gambar dia. Tak baik." Nafis pula bersuara. Ini dia dengar dalam keadaan biasa aje. Tapi bila dengar tawa Waseem sebagai balasan, jadi slow motion dan bergema semula.

'Gila!'

Kepala digeleng perlahan seraya mata ditutup. Nafas ditarik dan dihembus sebelum dia buka mata dan pandang Waseem semula.

Okey. Dah macam biasa. Tiada slow motion, tiada bergema. Normal!

"Nah." Bersama senyuman, Waseem halakan skrin telefon pintar ke arahnya. Terpampang terus wajahnya di skrin.

Garu hidung sekejap dia sebab malu tambah lagi bila Yara mula menyikunya dari bawah meja.

Tak nak pandang! Tak nak pandang! Nanti jadi lain. Jadi biru muka. Bukan merah dah.

Mata pandang Waseem. Lelaki itu masih setia pandang ke arahnya dengan senyuman. Tangan pun macam tak lenguh aje pegang telefon tanpa henti.

Jadi, sebelum lelaki itu lenguh tangan, Wareesa pandang skrin telefon. Tengok lah apa yang dia perlu tengok walau hanya kamera yang ditukar ke mode selfie.

Pandang sahaja skrin telefon, terus membulat mata Wareesa. Pandang Waseem dan Nafis sekilas sebab dia perasan lelaki berdua itu dah tahan tawa semula. 

"Ish!" Terlepas suara tak puas hati sambil tangan sibuk buang cebisan-cebisan tisu yang melekat di wajahnya.

'Ya Allah, Wareesa Jameela! Sekali sahaja! Kalau kau tak malukan diri depan crush kau tak boleh ke? Cuba act normal sikit? Tak boleh ke? Otak, tolong beri arahan sebaiknya! Dah berapa aku malu ni!!!' Panjang lebar Wareesa membebel untuk diri sendiri dalam hati. Sambil itu, tangan cepat membuang cebisan-cebisan tisu yang masih tertempel di wajah.

Di skrin telefon Waseem, Wareesa nampak jelas mukanya yang dah berubah merah. Macam biasa.

Ini pun satu. Cuba jadi warna putih macam biasa aje. Tak payah gedik-gedik nak merah depan Encik Crush. Ingat comel ke?

Tiup bucu tudung bila Wareesa habis mengutip 'sampah' di wajah. Tengok tapak tangan, 'kata-kata manja' terus terbit dalam hati. Memalukan! Banyak betul! Tujuh cebisan semuanya. Eeee! Benci!

"Dah?" Soal Waseem lembut dengan senyuman.

Wareesa angguk kecil sahaja sebelum dia tunduk kepala.

Memalukan. Tapi, lagi memalukan bila dia gedik begini. Jadi, dengan muka yang dah merah malu, dia selamba angka kepala dan buang pandang ke arah lain. Tak nak pandang depan.

"Comel. Kan?" Kata-kata Nafis lagi buat dia tak nak pandang hadapan.

Yara makin giat menyikunya. Eee, sibuk! Sembanglah terus dengan Niliyyah!

Wareesa tak nak ambil tahu.

"Hmmm. Rasa nak tengok lagi."

Bam! Rama-rama terbang yang jadi dalam perut Wareesa bila dengar suara lembut dan perlahan Waseem berkata begitu.

Muka merah. Meletup, meletup, meletup!

Continue Reading

You'll Also Like

50.5K 3.4K 78
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
59.9K 4.3K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.5M 46.9K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...