H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

Od leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 Viac

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N25

1.9K 244 30
Od leimonadd

WAREESA baru pulang dari kelas. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam pagar rumah, tanpa aba-aba dia ditarik menuju ke pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu secara paksa. Tak sempat nak cam siapa sebab dia sibuk bergelut dan terkejut.

Tapi, bila lihat Niliyyah yang menariknya, terus gelutan dihentikan sebelum dia dengan berat langkah hanya mengekori. Mujur Niliyyah dan bukannya Hayyan. Jika tidak, mahu berlaku pergaduhan di situ.

Sampai sahaja di hadapan pintu utama, Niliyyah melepaskannya. Sempat gadis itu menjeling jengkel ke arahnya. Buat Wareesa pelik sendiri.

Dah kenapa pulak dengan perempuan ni? Datang bulan ke apa sampai nak moody tak tentu pasal. Sepatutnya dia yang moody tau, bukan Niliyyah. Yalah. Balik penat-penat, tiba-tiba kena heret. Kau rasa?

"Cepat lah!" Tiba-tiba Niliyyah mengarahnya kasar sebelum pintu utama dibuka luas. Berkerut dahi Wareesa. 

"Mental betul." Omel Wareesa perlahan sebelum dia hanya turut sahaja kehendak Niliyyah. 

Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka berdua disambut Fara  dan Sara. Jelas dia nampak riak bingung dan terkejut Fara dan Sara.

Faham dengan riak mereka, Wareesa hanya menggeleng kecil sebagai jawapan yang dia sendiri tidak tahu apa yang sedang terjadi sekarang ini.

"Ambil lagi satu home slipper untuk Reesa. Cepat sikit." Arah Niliyyah tanpa melihat mereka bertiga. Mata gadis itu hanya tumpu kepada telefon di tangan.

Bila dengar sahaja arahan itu, mencicit lari Fara pergi manakala Sara pula ambil alih tugas seterusnya iaitu membawa barang-barang Niliyyah naik ke bilik tidur.

Senang betul jadi cik muda. Semua benda orang buatkan.

Pergi sahaja Fara dan Sara, Wareesa terus cekak pinggang pandang Niliyyah yang masih setia dengan telefon di tangan. 

"Kau buat apa ni?" Tanya Wareesa. Dia mahukan jawapan.

Melihat Niliyyah yang hanya jeling ke arahnya sebelah mata tanpa memberi jawapan, sumpah dia rasa Niliyyah mahu cari gaduh sekarang ini.

"Fine! Tak nak bagitahu, takpe. Sekarang aku boleh pergi lah kan memandangkan kau tengah buang masa aku yang sangat berharga sekarang ni." Kata Wareesa tenang sebelum dia pusing badan, mahu keluar dari rumah itu dan kembali ke rumahnya.

Namun belum sempat dia nak ambil langkah, begnya ditarik dari belakang sekaligus membantutkan langkahnya.

"Woi!" Marah Wareesa seraya badan dipusing kembali menghadap Niliyyah yang tersenyum sinis.

"Eh, Nil dan Reesa dah balik?" Teguran Tuan Fauhad mematikan hasrat Wareesa ingin menyembur Niliyyah. Sudahnya Wareesa ukir senyum kekok sahaja buat Tuan Fauhad yang sedang menghampiri mereka.

Niliyyah senyum sebelum dia menghampiri Tuan Fauhad lalu disalam dan dipeluk ayahnya itu tanda menyapa.

Wareesa hanya memandang sahaja. Sah perempuan tu badmood. Jika tidak, pasti dah bingit telinga dengar suara 'daddy, daddy' dia. 

"Cik Reesa." Hampir terloncat dia bila dengar Fara menegurnya sebelum sepasang home slipper diletakkan di hadapannya. Tak biasa lah dapat layanan begini. Kena berlakon pula tu. Argh! Sungguh dia tak suka.

Tuan Fauhad hanya tersenyum manakala Niliyyah dengan muka kosongnya hanya memandang. Wareesa pula sengih kecil sebelum kaki disarung masuk ke dalam home slipper itu. Dan bila Fara ingin mengambil barang-barangnya, cepat sahaja dia menggeleng tanda tidak mahu.

"Bagi lah Fara simpan barang Reesa dalam bilik. Pak cik dah lama tunggu Nil dan Reesa di meja makan, nak makan sekali. Kalau dibawa sekali barang-barang Reesa ke meja makan, tak ke tak selesa nanti." Teguran Tuan Fauhad buat Wareesa senyum kekok.

Alahai. Masalahnya, kalau Fara ambil pun, bukan boleh disimpan. Rumahnya kunci dan kunci ada dalam poket bajunya sekarang. Tengok Tuan Fauhad, dia tak rasa lelaki itu akan alihkan pandangan daripadanya.

Fara masih menanti.

"Fara, ambil barang-barang Reesa dan bawa naik atas. Reesa, bagi barang pada Fara." Arahan Tuan Fauhad tida dapat tidak, terpaksa mereka patuhi. 

Dengan berat hati, Wareesa serahkan barang-barangnya kepada Fara. Dan bila Fara berlalu bersama barang-barangnya ke tangga, Wareesa helakan nafas. Satu hal pula nanti dia kena naik turun tangga ambil barang-barangnya. 'Bilik'nya pun dia tak tahu yang mana.

Maklumlah, sedari kecil dia hanya tinggal sebilik bersama Cik Zee dan bila umurnya mencecah 17 tahun, dihalau pula masuk 'rumah' baharu. 

"Dah, jom. Let's have a lunch. Mummy dah tunggu kat meja makan. Come, Reesa." Tuan Fauhad mengajak dan Wareesa sekali lagi hanya akur. Dada dah berdebar.

Allah, dia kena berlakon betul-betul ini sebab tuan-tuan pengarah ada di lokasi penggambaran.

Ya Allah, semoga lancar! One take aje!

˚ ༘♡ ⋆。˚

PERBUALAN keluarga kecil Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani di meja makan hanya Wareesa dengar dengan senyuman kecil. Sesekali dia mengangguk, dan sesekali dia tergelak kecil bila mereka sekeluarga gelak. Dan sungguh Wareesa penat.

Bila lah agaknya nak habis?

"Reesa, tambah lagi. Sikit sangat Reesa makan ni. Fara, sendukkan nasi." Arahan Tuan Fauhad diterima Fara walau dia nampak wajah Wareesa jelas tunjuk keterpaksaan dia dalam menerima.

Yalah. Bukan selalu Tuan Fauhad dapat berkumpul dengan ahli rumah seperti ini. Nak tak nak, Wareesa kena beralah.

"Terima kasih." Ucap Wareesa perlahan sambil tersenyum kepada Fara.

"Nak lauk apa?" Soalan Hayyan di sebelah buat senyum Wareesa mati. Terus dia pandang Tuan Fauhad. Lelaki itu hanya tersenyum suka. Pandang Cik Puan Tihani, terus beralih mata Wareesa dek kerana takut dengan pandangan tajam wanita itu. Pandang Niliyyah, gadis itu hanya mengunyah makanan dengan bosan.

"Hmm Reesa?" 

Hayyan dipandang dengan wajah beku. Dia tahu ini cara Hayyan mahu berbaik dengannya setelah apa yang terjadi minggu lepas. Dia pun banyak kali mengelak daripada lelaki itu.

Tapi, walau dah berbaik pun, rasanya term itu tak akan wujud sebab dia yakin seratus peratus yang selepas ini lelaki itu akan cari masalah lagi dengan dia.

"Nak lauk apa, Reesa? Ayam? Ni, sambal ni?" Tanya Tuan Fauhad pula. Jari telunjuk dah tunding ke arah beberapa lauk yang terhidang.

"Dia ada tangan. Biar lah dia cedok sendiri." Kata-kata Cik Puan Tihani buat senyum Wareesa mati.

Tahu dah Cik Puan Tihani tidak seronok dengan apa yang bermain di hadapan mata sekarang.

"Ya, takpe. Reesa boleh cedok sendiri." Kata Wareesa seraya tangan mula mencapai pinggan yang berisi Sambal Ayam.

Belum sempat dia mencedok, Hayyan dah terlebih dahulu mencedokkan lauk itu masuk ke dalam pinggannya. Terkaku dia di situ.

Tuan Fauhad hanya tersenyum melihat Wareesa dan Hayyan. Suka tengok hubungan baik dua sepupu itu. Cik Puan Tihani pula dah terbakar melihat anaknya melayan Wareesa begitu.

Amboi, perempuan itu. Seronok ya tiba-tiba jadi tuan puteri di meja makan. 

"Tak payah lah." Diam-diam Wareesa berbisik kepada Hayyan sebaik sahaja pinggan lauk diletakkan kembali oleh Hayyan di tempatnya.

Hayyan hanya tersenyum pandang Wareesa. Tahu yang dia berkuasa sekarang, bukan Wareesa. Sebaik mungkin dia akan perbaiki semula hubungan mereka. Kalau dia sia-siakan peluang yang ada ini, dia seorang looser. Tidak dapat disangkal lagi. 

"Nak ulam? Boleh." Lain pula yang dibalas Hayyan, mengundang rasa pelik Wareesa. Bila masa pula dia kata dia nak ulam ni?

Melihatkan itu, Cik Puan Tihani tahan berang. Kalau lah Tuan Fauhad tidak ada, sudah lama dia kerjakan Wareesa.

Berani betul budak perempuan itu! Selamba sahaja dibiarkan setiap layanan Hayyan terhadapnya. Macam tak boleh menolak walhal terang-terang dia dah bagi red flag, tanda amaran tadi.

Hayyan pun satu. Apa entah yang tak kena dengan anak terunanya itu sampai tiba-tiba mahu melayan Wareesa begitu. Pasti ada sesuatu ini! Wareesa buli Hayyan dalam diam kah? Walau ia mustahil, tetapi kebarangkalian itu ada.

Wareesa pandang Hayyan, geram. Dalm diam dia bagi tanda supaya Hayyan berhenti. Tapi, apa yang dia dapat hanya senyuman lelaki itu sebelum lelaki itu masih meneruskan layanan baik terhadapnya. Tak selesa sungguh Wareesa sekarang ini.

"Ehem." Tuan Fauhad berdeham, menarik perhatian semua.

"Jadi, Reesa dah sedia Sabtu ini?" Soalan yang Tuan Fauhad tuju untuknya buat Wareesa sedikit terlopong. Terkejut sekejap bila kena tanya begitu tiba-tiba. Dia tak tahu pokok pangkal cerita ni. Nak jawab apa?

Wareesa terkebil-kebil. Nalurinya kuat mengatakan sepatutnya ada pesanan Tuan Fauhad untuk dirinya namun tiada seorang pun di antara mereka bertiga yang maklumkan kepadanya. Haih. Kena buli teruk ini.

Melihat Wareesa seperti terkapai-kapai mencari jawapan, Tuan Fauhad memandang ke arah Niliyyah. Anak gadisnya itu hanya diam memandang makanan. Seperti tidak ada tumpuan terhadap setiap perbualan pun ada. Apa kena entah.

"Nil?"

Niliyyah angkat wajah. Tuan Fauhad dipandang seraya koneng dijongket kecil bertanya 'why' dengan isyarat.

Tuan Fauhad sisip sedikit minumannya sebelum mulut dilap dengan sapu tangan yang dibentang di atas peha. Kemudiannya Wareesa dan Niliyyah dipandang berulang kali.

"Nil tak bagitahu Reesa ke tentang kelas Sabtu ini?" Tanya Tuan Fauhad. Rasanya dia dah titipkan pesanan untuk anak gadisnya itu. Niliyyah tidak beritahu ke?

Wareesa pandang Niliyyah, minta tolong dalam diam walaupun dia tahu peratus Niliyyah akan bantu sangat tipis. Tak salah mencuba. Sekurang-kurangnya dia ada usaha di situ.

"Oh, daddy. About the driving class..." Niliyyah bermukaddimah. Dia pandang Wareesa sekilas.

Mendengar jawapan balas Niliyyah, terus Wareesa dapat tangkap hala tuju perbualan yang berlangsung. PAsal kelas memandu rupanya.

Tapi, Sabtu ini? Rasanya macam dia ada sesuatu yang perlu dia uruskan Sabtu ini. Bukan tentang pelajaran atau kelas, tapi tentang urusan peribadi. Apa ya?

"I don't think we can make it. Me and Wareesa have a plan together that day. Can we postpone it?" Jawapan lancar Niliyyah buat mata Wareesa sedikit terlopong. Bukan dia sahaja, malah mata Cik Puan Tihani juga. Tak percaya.

Dia dan Niliyyah ada plan sama-sama? Mengarut! Kucing dah tumbuh tanduk pun tak mungkin dia dan Niliyyah akan buat begitu.

Mimpi apa perempuan itu sampai beri jawapan begitu? Kalau tak mahu pergi, guna lah nama sendiri atau guna nama dia seorang sahaja. Ini, yang nak kata mereka ada rancangan bersama kenapa pula?

Hayyan hanya pandang kakaknya dan Wareesa silih berganti. Dan bila nampak mulut Wareesa sedikit terlopong, terus Hayyan tepuk perlahan mulut itu dengan sapu tangan. Dan semestinya ia mengundang geram Wareesa. Jika tidak, takde lah gadis itu menjeling tajam ke arahnya sekarang ini. 

"Sure, sure." Tuan Fauhad hanya angguk tapi entah kenapa dia rasa semua kata-kata itu hanya lakonan sahaja. Terus sahaja Wareesa dipandang.

"By the way, kamu berdua nak pergi mana?" Tanya Tuan Fauhad, sedikit curiga. Wareesa dipandang minta jawapan.

Wareesa bila ditanya begitu, terus terkebil-kebil mencari skema jawapan dalam kepala.

Ya Allah, bagi dia ingat kembali apa yang dia kena buat Sabtu ini. Tak mahu lah dia berbohong. Yang Niliyyah tu, lantak pi. Tolak tepi. Tapi, dia sungguh ada sesuatu Sabtu ini cuma tak ingat aje.

"Ummm..." Mata mula melilau, cuba ingat.

"Kakak kawan Wareesa akan bertunang Sabtu ni. She got the invitation and she ask me to be her partner." Tanpa sempat Wareesa menjawab, Niliyyah dah dahulu memberi jawapan. 

Wareesa terlopong. Wah, wah! Dia tak percaya dengan apa yang dia dengar sebab apa yang dikatakan Niliyyah tadi hampir tepat dengan plan hari Sabtunya.

Ya. Sabtu ini majlis tunang kakak Nafis. Tapi, masalahnya dia tak plan lagi mau pergi atau tidak. Masih dalam pertimbangan. Dan, dia tak ajak okey Niliyyah pergi sekali! Reka cerita betul.

'Tapi, macam mana dia boleh tahu?' Soal hati Wareesa, hairan. Dia rasa dia tak beritahu sesiapa pun. Cik Zee pun tak tahu.

"Oh. kakak kawan Reesa? Siapa kawan tu?" Tanya Tuan Fauhad, tertarik.

Bukan selalu dia dengar megenai kawan-kawan Wareesa. Dan memang dia berminat sangat untuk kenal dengan siapa yang bergaul dengan anak buahnya ini. Tidak lah dia risau.

"Err... Nafis." Beritahu Wareesa. Nak sebut nama penuh Nafis, dia tak tahu sebab takde lah kawan sangat pun. Berapa kali sahaja mereka jumpa dan bertegur sapa. Nombor lelaki itu pun dia tiada. Kawan ke begitu?

Kening Tuan Fauhad terangkat.

"I'm done." Tiba-tiba sahaja Cik Puan Tihani bersuara. Dia beredar dari situ dengan segera tanpa menoleh lagi.

Panas hati. Sakit telinga. Tak mahu dia ambil tahu mengenai anak saudaranya itu. Lagipula, dia perlu hamburkan marah dia seketika. Geram dengan Wareesa dah menggunung tinggi!

Semua yang ada di ruang makan itu terdiam dan menghantar Cik Puan Tihani dengan pandangan mata. Tapi selepas itu masing-masing tumpu semula kepada makanan dan perbualan yang tergendala sebentar tadi.

"Cop! Nafis? Lelaki?" Tanya Hayyan pula. Wareesa dipandang minta kepastian.

Pertanyaan Hayyan lagi buat Tuan Fauhad tertarik. Dan bila dengar jawapan 'ya' daripada Wareesa, terus bibir tarik senyuman lebar. Rasa bahagia tiba-tiba. Hayyan pula yang jadi masam mencuka sebelum dia ikut langkah Cik Puan Tihani, beredar dari situ.

Semua kehairanan jadinya.

"Ini lah budak yang Reesa suka tu?" Tanya Tuan Fauhad dan tahniah, pertanyaan itu buat muka Wareesa merah. Malu.

Laju Wareesa menggeleng memberi jawapan. Dan itu hanya mendapat maklum balas gelak sahaja daripada Tuan Fauhad.

"Jangan lupa, bawa balik jumpa pak cik nanti. Pak cik nak berkenalan juga dengan 'kawan' kamu tu. Nanti hari Sabtu dia mesti ambil kamu kan? Macam tu, bawa jumpa pak cik hari Sabtu, ya?" Tiba-tiba sahaja Wareesa terima arahan. Tiba-tiba!

"Huh? Tapi---"

"Pak cik tunggu, ya? Sekarang pak cik pergi dulu. Nak pergi office semula." Tak sempat Wareesa nak tahan, Tuan Fauhad dah bangun dan berlalu pergi dahulu. Tinggal lah dia terkebil-kebil di meja makan dengan Niliyyah yang langsung tiada riak bersalah di wajah.

"Kau lah ni!" Wareesa serang Niliyyah.

"What?"

"Macam mana kau tahu Sabtu ni kakak kawan aku nak bertunang?" Tanya Wareesa geram. Gadis itu selongkar barang-barang dia ke macam mana?

Niliyyah hanya sisip jus oren dari gelas dengan tenang sebelum dia berdiri dari duduk. Wareesa dipandang bosan. 

"5 PM sharp! We're going to buy my dress for that ocassion. Kau lambat, kau menyesal." Tanpa nada Niliyyah mengeluarkan arahan sebelum dia beredar dari situ.

Wareesa kaku di tempatnya. Fara, Sara dan Cik Zee yang sedari tadi ada di situ dipandang tidak percaya.

Banyak sangat yang berlaku sepanjang mereka menikmati makanan tengah hari ini. Banyak sangat sampai dia pening dan keliru dengan semua 'tiba-tiba' yang dia hadapi.

"Apa semua ni?!"

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

Dia.. Delilah Lavelle[O/G] Od Denzel

Tínedžerská beletria

236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
EVERISA Od liz

Tínedžerská beletria

110K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...