H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N21

2K 246 19
By leimonadd

LIP TINT berwarna merah jambu menjadi pelengkap kepada penampilan Wareesa pagi ini. Puas hati, Wareesa tersenyum sendiri melihat biasan wajahnya di cermin. Okey sangat. Ringkas dan kemas. Dia berpuas hati. Tambah lagi bila tudungnya tidak buat hal. Elok sahaja terletak cantik di atas kepala. Nak bentukkan pun tak ambil masa yang lama seperti kebiasannya. Mungkin itu satu petanda bahawa harinya akan berjalan dengan lancar. Amin untuk itu.

Kerling jam di tangan, Wareesa sedar dia sudah boleh keluar dan ambil sarapan di dapur. Jika dilengahkan lagi, boleh jadi dia terlambat ke bus stop nanti. Sudah lah kena jalan kaki ke sana memandangkan Pak Cik Xiu tidak boleh mengambilnya hari ini. Lelaki cina itu tidak berapa sihat katanya. Biar lah. Sekali sekala, seronok juga naik bas.

Beg galasnya dicapai, begitu juga dengan tote bagnya. Dan selepas itu, Wareesa terus ambil langkah menuju ke pintu rumah kecilnya. Bila dibuka sahaja pintu, lamngkahnya terhenti. Dahi berkerut sebelum menoleh kepalanya ke kiri dan ke kanan sebelum pandangan jatuh kembali ke bawah.

"Siapa punya kasut ni?" Soalan itu terpacul keluar dari mulut. Kasut slip on berwarna millennial pink dipandang kehairanan. Sambil itu, tanganyya sibuk mengunci pintu rumah.

Terkebil-kebil lagi mata Wareesamemandang kasut itu walau dia sibuk sarungkan kasut converse hitam di kakinya. Usai itu, Wareesa ambil kasut pink itu. Belek-belek sikit.

Cantik. Hatinya terpaut seketika. Hanya mampu bermimpi sahaja dia ada kasut sebegitu. Tengok pun tahu yang harganya pasti beratus.

"Fara atau Sara punya ke?" Tekanya. Kadang kala suka juga kakak berdua itu tumpang barang-barang di rumah kecilnya ini.

"Mungkin lah kut." Wareesa sambung kata selepas itu sebelum dia letakkan kembali kasut itu di tempatnya.

Biar lah pemiliknya nampak kasut itu tak berkalih. Lagipun, depan rumah kecilnya ini mana ada rak kasut. Kasut dia pun tolak tepi aje. Itu pun kena sorok-sorok sejak Tuan Fauhad pulang sebab tak mahu kantoi.

Wareesa angkat kaki dan berlalu pergi dari situ. Kaki ditujukan ke pintu dapur belakang. Masuk dari situ.

Waeesa mahu buat air milo panas aje untuk makan dengan biskut kering. Tak terasa pula mahu ambil makanan berat pagi in walau dia tahu menu hari ini enak.

Nasi Lemak bersama Ayam Goreng Berempah. Sedap, tambah lagi Cik Zee punya air tangan. Tapi kalau dah tak ada selera, dia nak buat macam mana, kan?

Masuk aje ke dapur, dia nampak Hayyan sedang basuh tangan di sinki. Lelaki itu pun memandang ke arahnya.

"Pahal kau pandang aku?" Tiba-tiba Hayyan bersuara semacam mahu cari pasal dengannya. Berkerut dahi Wareesa dibuatnya.

"Ew. Kau ingat aku nak sangat ke pandang kau?" Wareesa membalas seraya berjalan melepasi Hayyan.

Menjengkelkan sungguh lelaki itu. Pagi-pagi nak sebarkan vibe negative kepada orang lain.

Hayyan tutup pili air. Wareesa yang sedang mengambil susu pekat dari peti sejuk dipandang sambil tangan memeluk tubuh sendiri. Wareesa perasan akan itu, tapi dia buat tak tahu sahaja. Tak mahu tanya apa-apa, tak mahu cakap apa-apa sebab kalau dengan Hayyan. Cakap baik-baik pun nanti boleh jadi gaduh.

Dengan tenang Wareesa bancuh air milo panas. Abaikan Hayyan.

"Kau memang suka buang masa orang lain, kan?" Selepas seminit mereka diam, Hayyan bersuara. Dan semestinya dengan nada dan ayat yang boleh timbulkan bibit-bibit pergaduhan.

Dahi Wareesa berkerut. Terhenti terus tangan yang mahu mencapai tin biskut dari kabinet dapur. Kepala menoleh memandang Hayyan.

"Maksud kau?"

Hayyan jatuhkan tangan. Dia ambil langkah menghampiri Wareesa dan bila dia betul-betul berdiri di hadapan Wareesa, dia berhenti. Wareesa tak berganjak sedikit pun tunjuk gadis itu langsung tidak takut dengannya.

Kepala Wareesa mendongak memandang Hayyan. Dan bila dia sedar kedudukan mereka agak rapat, terus dia menjauh. Muka memang tak tutup langsung dari melemparkan riak tidak senangnya.

Hayyan ni. Suka betul nak dekat-dekat. Ingat dia seperti kawan-kawan perempuan lelaki itu ke?

"Memang bengap eh?" Tutur Hayyan selamba.

"Memang psiko eh?" Wareesa pun balas selamba.

Hayyan kecilkan mata memandang Wareesa. Geram. Wareesa pula hanya senyum sinis sebelum dia bawa minuman milo yang sudah siap dibancuh ke meja pulau.

Hayyan mengekori dengan tin biskut di tangan. Tahu Wareesa tak jadi mengambilnya kerana dia ada di situ.

"Cepat lah!" Gesa Hayyan tiba-tiba. Hampir tersedak Wareesa yang baru hendak sisip air milo panasnya. Jelingan tajam dia lemparkan kepada Hayyan.

"Apa masalah kau ni?" Tanya Wareesa geram seraya merampas tin biskut dari tangan Hayyan.

Ni kalau kena kepala lelaki itu pun, puas sudah hatinya. Sengaja betul nak memburukkan paginya.

"Semua orang tak makan lagi sebab tunggu kau kat meja makan tahu tak? Menyusahkan betul. Kau ingat kau princess sampai semua orang nak tunggu?" Usai berkata begitu, Hayyan terus melangkah pergi dari situ tanpa berpaling lagi. Meninggalkan Wareesa yang dah ternganga kecil di situ sendirian.

Entah kenapa, dalam kepala sudah terbayang wajah bengis Cik Puan Tihani. Di telinga pun dah terngiang-ngiang suara Cik Puan Tihani yang bingit menjerit dan memarahinya. Tanpa lengah, Wareesa terus berlari kecil menuju ke ruang makan. Sampai sahaja di ruang makan, lariannya mati. Mulut dah ternganga sedikit, tidak percaya.

Tadi, Hayyan kata semua orang belum mula sarapan lagi kerana sedang menunggunya. Apasal yang terpampang di hadapannya sekarang lain? Lihat pinggan Tuan Faudad, Cik Puan Tihani dan Niliyyah, semua macam dah hampir licin.

"Eh, Reesa. Mari makan sekali. Semua orang dah nak dekat habis makan. Tinggal Reesa seorang sahaja dengan Yan. Nanti boleh pergi universiti sama-sama." Tuan Fauhad yang perasan akan kehadiran Wareesa di situ, terus mengajak. Senyumannya melebar menyambut kedatangan anak saudaranya itu.

Cik Puan Tihani menjeling tajam ke arah Wareesa. Wareesa dah faham sendiri. Itu tak bukan tak izinkan dia duduk sekali lah tu.

Wareesa senyum pandang Tuan Fauhad kemudian dia alihkan pandangan ke arah Hayyan yang sedang tersenyum sinis sendirian. Tak guna punya budak! Hidup-hidup dia ditipu lelaki itu. Nanti kau!

"Reesa?"

Panggilan Tuan Fauhad buat mata Wareesa berkalih. Tuan Fauhad dipandang dan bila dia nampak gaya tangan Tuan Fauhad yang memanggilnya untuk datang buat bibir mengarik senyuman kekok. Sudah. Amaran dah diberi tadi.

"Takpe lah, pak cik. Reesa makan kat dapur aje. Tadi dah bancuh air milo." Wareesa memberi perlahan seraya mengundur perlahan-lahan ke belekang. Mahu pergi dari situ. Jelingan mata Cik Puan Tihani tajam sangat.

"Reesa..." Panjang harakat namanya diseru Tuan Fauhad buat undurannya terhenti sendiri. Badan pun dah tegak. Tahu dia tidak boleh menolak.

"Makan di sini, ya? Sedap Cik Zee masak ni. Air milo tu, Fara boleh ambilkan." Kata Tuan Fauhad. Fara yang mendengar arahan itu, tanpa lengah terus berlalu pergi ke dapur untuk mengambil air milo Wareesa tanpa sempat Warressa menahan.

"Mari. Nanti lambat pergi uni dengan Yan." Ajakan Tuan Fauhad sekali lagi buat Wareesa akur. Lantakkan aje lah dengan jelingan Cik Puan Tihani. Nanti dia hadap sendiri. Paling-paling, bebelan sahaja dia terima nanti.

Wareesa yang sudah akur, merapati meja makan. Kerusi kosong di sebelah Hayyan ditarik. Kerling lelaki itu sebaik sahaja dia labuhkan duduk, Wareesa perasan yang senyum sinis lelaki itu masih belum hilang.

Geram sungguh Wareesa. Memang sengaja lelaki itu rosakkan moodnya pagi-pagi. Ish!

˚ ༘♡ ⋆。˚

DENGAN malas, Wareesa boloskan diri masuk ke dalam kereta Hayyan. Bila pandang Hayyan, nampak lelaki itu sedang sembunyikan tawa. Suka lah tu dapat sakitkan hati dia lama-lama.

Kalau lah tiada Tuan Fauhad di hadapan pintu rumah, sudah lama dia larikan diri. Terpaksa juga sebenarnya ni walaupun dah beribu alasan dia karang supaya dia tak sekereta dengan Hayyan ke universiti. Tapi, ketegasan Tuan Fauhad buat dia akur.

"Tak payah nak tahan gelak lah." Kata Wareesa geram seraya tangan tarik tali pinggang keledar. Hayyan dikerling geram.

Dengar sahaja kata-kata Wareesa, Hayyan terus hamburkan tawa. Tawa mengejek semestinya.

"Ingatkan berani sangat. Depan daddy, bukan main kau eh? Manis aje kata, manis aje muka. Cuba kalau depan aku. Sepahit-pahit kata dan semasam-masam muka kau bagi eh." Hayyan mula memerli. Wareesa yang masih masam berkerut dipandang tidak lepas.

Wareesa julingkan mata. Malas nak buka mulut dengan orang tak sedar diri ni. Mengata dulang paku yang serpih, mengata orang dia yang lebih. Heh.

Hayyan masih memandang Wareesa. Gadis itu kini sibuk dengan telefon di tangan. Langsung tiada tumpuan kepadanya. Buat dia geram sendiri. Rasa kekok pun ada bila tidak diendahkan begini. Ini tak boleh jadi.

"Hoi."

"I have a name."

"Kalau aku panggil, kau menyahut ke?"

Wareesa pandang Hayyan. Muka kosong tanpa sebarang riak. Sengaja mahu bagitahu yang dia tak berminat untuk bergaduh mahupun teruskan perbualan dengan lelaki itu. Tapi, nampaknya macam lelaki itu tak faham.

"Kau tak dengar ke?" Hayyan pusing tubuh pandang Wareesa.

Wareesa julingkan mata.

"Bila kita boleh gerak? Aku dah lambat." Beritahu Wareesa.

Hayyan diam. Masih tidak bergerak dari posisi duduknya. Begitu juga dengan pandangannya. Masih lagi tak berkalih daripada memandang wajah kelat Wareesa. Lama tanpa berkelip buat Wareesa jadi menyampah sendiri. Rasa tangan ni nak naik aje ke muka Hayyan.

"Kau nak apa sebenarnya ni?" Tanya Wareesa. Pening dah dengan Hayyan yang dah semacam tak boleh nak faham Bahasa Melayu.

"Kalau aku minta, kau boleh bagi ke?"

Berkerut dahi Wareesa dengar balasan Hayyan. Mula lah badannya bergerak ke belakang dengan sendiri, menjauh dari Hayyan walaupun lelaki itu langsung tidak berkalih dari tempatnya sedari tadi.

Hayyanlurus memandangnya.

"What?" Tanyanya pelik.

Hayyan diam. Dan dalam diam itu, Wareesa dapat lihat Hayyan menilik seluruh wajahnya.

Terkebil-kebil Wareesa di situ. Satu sebab kekok, satu lagi sebab malu. Kenapa pulak dengan Hayyan nak tilik wajahnya sebegitu rupa?

"Ehem. Hello. I have classes." Wareesa pecahkan sunyi antara mereka. Wajah sudah dipalingkan pandang hadapan. Tudung pun dah ditarik sedikit ke hadapan, mahu menyorokkan wajahnya.

Lantak pi lah dengan tudung on point dia tadi. Hayyan menyeramkan sekarang ni.

"Okey." Jawapan mudah Hayyan buat Wareesa memandnag lelaki itu kembali. Terkejut sekejap. Semudah itu?

"But!" Hayyan tersenyum sinis dan Wareesa dah agak dah. Takdenya semudah itu.

"What? Kau ni kenapa sebenarnya? Apa kau nak ni? Pagi-pagi lagi dah cari pas---"

"A smile."

Lidah Wareesa kelu. Terkelip-kelip laju mata Wareesa memandang Hayyan. Dia salah dengar ke tadi?

"Apa?" Perlahan sahaja suara Wareesa menyoal.

"A smile."

Dia tak salah dengar. Memang Hayyan sebut 'a smile' tadi.

"Hah?"

"Kau."

Pipi Wareesa merah. Apa benda doh tengah berlaku sekarang ni? Nak senyum pula dah kenapa? Lelaki itu tak reti senyum ke? Tadi elok di meja makan senyum sinis-sinis, senyum senget-senget. Sekarang dah tak boleh nak senyum dah ke sampai nak senyuman dia?

"Kau merepek apa? Aku dah lambat lah." Wareesa buat bodoh sahaja. Mata kembali tertumpu kepada telefon bimbit di tangan. Dalam kepala berterusan diulang kata-kata 'jangan layan Hayyan'.

Hayyan tahan senyum. Dia betulkan duduk. Tangan dah diletak di stereng kereta tapi mata masih lagi pandang Wareesa. Senyum kecil terbentuk di bibir. Dan bila Wareesa memandang ke arahnya, senyum dimatikan.

"Tak reti sabar?" Tanya Hayyan dan soalan itu buat Wareesa mencebik menyampah. Baik tak payah pandang langsung dari tadi.

Hayyan hanya menggeleng perlahan sahaja sebelum dia tekan pedal minyak. Senyuman kecil terbentuk kembali di bibir.

Okey lah. Dapat tengok pipi merah pun dah okey.

˚ ༘♡ ⋆。˚

KERETA mula berhenti, menarik perhatian Wareesa dari terus memandang telefonnya. Sengaja dia buat begitu biar Hayyan tahu yang dia tak berminat langsung untuk keluarkan suara sepanjang perjalanan ke universiti. Dan sebenarnya dia agak terkejut juga bila Hayyan seperti memahami kehendaknya. Entah kenapa. Pelik.

"We're here." Kata-kata Hayyan menarik perhatian Wareesa. Terus lelaki itu dipandang dan mata terus terkebil-kebil bila lihat senyuman manis yang terukir di bibir Hayyan.

Telan air liur Wareesa dibuatnya. Kekok sedikit lihat senyuman lelaki itu.

"Okey. Thank you, I guess?" Kata Wareesa teragak-agak. Pelik sungguh Hayyan di matanya sekarang. Yalah. Benda yang dia tak biasa lihat. Mesti lah rasa pelik kan walaupun lelaki itu hanya tarik senyum aje.

Hayyan menggeleng. Terjongket kening Wareesa melihatnya sebelum dia senyum sinis sesaat. Dia dah agak rasanya pelik itu berasas.

Hayyan nak senyum? Memang tidak melainkan ada sesuatu di sebalik senyuman itu. Benda yang dia tak suka semestinya.

"Apa lagi?" Tanya Wareesa, bosan.

"A smile. Remember?"

Terkelu terus lidah Wareesa nak membalas. Mata dah mula terkebil-kebil semula tapi sekejap cuma sebelum dia menggeleng kecil. Sedarkan diri sendiri sebab tadi dia dah macam berbunga-bunga sikit.

Kalau dengan Hayyan, bahaya sikit nak berbunga-bunga. Baik dia cantas cepat-cepat sebelum jadi kebun dan Hayyan sendiri yang racunkan. Lelaki itu bukan boleh percaya. Dan kalau boleh dipercayai pun, Wareesa memilih untuk tidak percaya.

"Kau merepek apa? Kau ada mulut kan? Senyum lah sendiri." Sedas Wareesa dengan muka kereknya. Tak bertapis.

Mati terus senyum Hayyan. Kini, dia pula yang terkebil-kebil memandang Wareesa yang sudah bersiap sedia mahu keluar dari kereta. Hayyan pun kalut juga tiba-tiba, buat Wareesa terus menghentikan pergerakannya. Pelik lagi sekali.

"Tak. Yang sekarang ni kau nak gelabah macam kau pula yang lambat sekarang kenapa? Ini bukan uni kau." Kata-kata Wareesa langsung tidak diendahkan Hayyan malah dengan buru-buru pintu kereta dibuka dan dia boloskan diri. Tinggal Wareesa kebingungan sendiri.

"Pelik-peliklah mamat ni." Menggeleng kepala Wareesa dibuatnya. Beg digalas dan pintu kereta dibuka dan semerta badannya kaku.

Hayyan yang sedang melutut dipandang dengan mata yang membulat. Bila lelaki itu ukir senyuman untuknya, terus pipi memerah hangat. Malu. Dan semerta, Wareesa terus bawa tote bag menutup mukanya. Mahu menyorok sebab dia dah perasan ada beberapa orang yang lalu lalang dah mula memandang ke arah mereka.

"Hayyan! Kau buat apa ni? Bangun lah!" Dengan nada yang tertahan-tahan, Wareesa memarahi Hayyan.

Hayyan menjadi Hayyan, dia langsung tidak endahkan marah dan geram Wareesa. Sebaliknya dia ambil sesuatu dari belakangnya sebelum ia dihulurkan kepada Wareesa.

Melihatkan kepada barang yang dihulurkan Hayyan, terus membulat mata Wareesa. Mulut pun dah terlopong.

Kasut pink tadi!

"Apa benda dorang buat tu?"

"Apa jadi tu?"

"Lelaki tu tengah propose ke?"

Telinga Wareesa mula menangkap bisikan-bisikan orang yang lalu lalang di situ. Bahkan ada yang sudah berhenti dan bisik betul-betul berhampiran dengan tempat mereka. Bertambah rasa malu Wareesa. Rasa nak pitam, rasa nak pengsan.

Merepek apa si Hayyan ni?!

"Kau buat apa ni? Bangun lah!" Gesa Wareesa. Tak cukup dengan tote bag, Wareesa tarik tudung pula menutup keseluruhan mukanya. Eee, Hayyan ni!

Hayyan menggeleng. Kasut yang dipegangnya diletakkan di atas tanah sebelum Wareesa kembali dipandang. Tersenyum dia melihat gelagat Wareesa tika itu. Dah macam apa dah gadis itu cuba berselindung dari pandangan orang ramai.

"Cepat. Aku beli ni untuk kau. Meh, pakai. Tukar dengan kasut buruk kau tu." Selamba Hayyan berkata. Kasut hitam yang hampir lusuh di kaki Wareesa dipandang.

Tch, tch. Agaknya, berapa lama dah gadis itu menggunakan kasut itu. Sekali tengok, macam kasut budak sekolah dah. Ke tu memang kasut budak sekolah? Wareesa bukan boleh disangka. Bab berjimat, bab kedekut memang boleh beri kepada dia.

Wajah Wareesa makin meruap panas. Malu campur geram. Tak tahu lah dia nak simpulkan perbuatan dan kata-kata Hayyan ni sebagai apa. Baik atau jahat. Menyenangkan atau menyusahkan. Kalau difikir dua tiga kali, dia pasti akan bagi jawapan yang negatif. Memalukan sungguh apa yang Hayyan buat sekarang!

"Tak nak lah Hayyan! Kau ni memalukan aku lah! Sana aku nak pegi kelas. Sana, sana!" Wareesa menggesa sekali lagi. Bergetar suaranya menahan tangis dek kerana malu dan geram.

Penonton drama sebabak tak berbayar mereka ini makin ramai. Dia mohon sangat takde mana-mana pensyarah yang melihat apa yang terjadi sekarang. Lagi-lagi pensyarahnya.

Hayyan menggeleng, masih berdegil. Kasut yang dah diletakkan atas tanah, diambil semula. Dengan baik hati, dia tolong uraikan tali kasut yang sudah sedia terikat reben. Senang nanti Wareesa nak pakai. Tak perlu struggle sangat.

"Come. Ke kau nak aku yang pakai kan?" Tanya Hayyan tidak peduli. Dia dah mula merapat sedikit ke arah Wareesa tapi bila lihat kaki Wareesa laju menyepak angin, langkahnya mati.

"Tak nak!" Wareesa menjerit tegas. Kali ini perasaan takut pula meresap masuk dalam diri. Mata dah berair.

Lantak lah. Dia takut sangat sekarang ini. Takut dan malu. Kenapa dengan Hayyan?

Hayyan terkedu mendengar jeritan Wareesa. Terkelip-kelip matanya tiga kali sebelum Wareesa ditatap tak lepas.

Tika itu, baru dia perasan riak wajah Wareesa. Merah. Entah kerana malu atau geram atau boleh jadi kedua-duanya sekali. Mata gadis itu pun dah berair. Dan bila Wareesa kerdipkan mata, terus air mata jatuh membasahi pipi gadis itu. Bibir gadis itu terketap rapat dan kuat seperti sedang menahan sesuatu.

"Oh, man." Bisiknya perlahan.

"Apa jadi sebenarnya ni?"

"Kenapa?"

"Dia bukan pelajar U kita kan?"

Bisikan-bisikan orang sekeliling mula menembus masuk dalam pendengarannya, menggamit Hayyan untuk menoleh.

Tersedak sendiri dia di situ bila lihat bilangan 'penonton' tika itu. Malu mula datang menerpa. Walau dia dah biasa buat begini, tapi jadi malu sebab dia ditolak. Sumpah, dia jadi lupa sekejap mereka di mana sekarang ini.

Hayyan pandang bawah. Berdeham sedikit untuk kurangkan malu sebelum dia curi lihat Wareesa. Memang merah habis wajah itu. Mula rasa serba salah datang.

"Silap langkah kau ni, Yan." Bisiknya sendiri.

Wareesa hanya diam melihat Hayyan. Dia nak lari sekarang boleh tak? Sumpah dia tak tahan dah.

Tanpa lengah, Wareesa terus boloskan diri dari kereta. Mahu lari. Namun langkahnya mati bila rasa lengannya direntap, tanda dia sedang dihalang untuk beredar dari situ.

"Reesa... aku..."

Pegangan Hayyan direntap kasar. Lelaki itu dipandang tajam. Geramnya bertambah lagi. Hayyan memang cari pasal. Dah berapa banyak kali dia cakap yang dia tidak suka disentuh sesuka hati walaupun berlapik. Lelaki ini memang tak faham bahasa!

"Reesa." Hayyan memanggil lagi. Langkah terus ke hadapan, mahu menghampiri Wareesa. Dia mahu minta maaf. Tapi, baru dua tapak dia dihalang oleh seseorang dari arah belakang.

"Bro."

Wareesa dan Hayyan masing-masing menoleh. Bila lihat siapa yang menegur, terus membulat mata Wareesa. Mulut yang terlopong terus ditutup dengan tangan sendiri.

Hayyan pula berkerut kening sambil mata lihat atas bawah, atas bawah lelaki yang berdiri di hadapannya kini.

"Pahal kau?" Tanya Hayyan dengan nada jengkel. Kacau betul mamat ni. Tangan lelaki itu yang masih berada di bahunya ditepis kasar.

Wareesa masih terlopong. Tak percaya dengan apa nyang dia lihat sekarang.

Itu Nafis. Belakang Nafis ada Waseem. Lelaki itu hanya melihat Hayyan tanpa lepas.

"Kau yang pahal buat scene dengan tempat belajar kitorang." Selamba Nafis menegur.

Hayyan tersenyum sinis. Dia pusing badan menghadap Nafis sepenuhnya. Tak puas hati tiba-tiba bila ditegur begitu.

"Eh, suka hati aku lah. Aku buat scene pun, aku buat scene dengan kau ke?" Hayyan membalas. Dan mendengarkan itu, Nafis pula yang tersenyum sinis.

Wareesa tersedar dari kakunya bila dengar suara kerek Hayyan. Terus mata memandang Hayyan dan Nafis. Nampak dah macam bibit pergaduhan mahu muncul.

Tanpa lengah terus dia ambil langkah merapati Hayyan. Sampai sahaja di belakang Hayyan, terus dia tarik kuat belakang baju lelaki itu, memanggil Hayyan untuk memandang ke arahnya.

"Rees---"

"Balik lah, Hayyan! Kau tak payah nak tambah perangai lagi kat sini." Kata Wareesa jengkel sebelum dia pusing badan dan berlalu pergi dari situ. Asalkan dia dah halau Hayyan, okey lah tu. Sekarang, dia perlu cepat-cepat masuk ke kelasnya dan hilangkan malu di sana.

Melihatkan Wareesa pergi, Hayyan mahu mengejar. Namun, sekali lagi dia ditahan. Terus rasa jengkel bertambah. Direntap lengannya kasar dari terus dipegang.

"Apa lagi kau nak?" Tanya Hayyan kasar tapi terkedu dia bila kali ini orang lain pula yang menahannya.

Waseem hanya pandang Hayyan dengan pandangan kosong. Bosan betul dengan drama sebabak lelaki ini.

Masa tu di shopping complex. Sekarang di universiti pula. Abang, bukan semua tempat ada ujibakat.

"Dah orang tak nak tu, tak nak lah. Jangan tambahkan lagi rasa tak nak dia kat kau."

Mendengarkan kata-kata itu, berkelip laju mata Hayyan. Kenapa dia kena ceramah pula tiba-tiba ni? Tak tahu nak rasa geram atau nak rasa lucu.

Melihat diam Hayyan, Waseem tepuk bahu Hayyan sekali dua sebelum dia berlalu pergi dari situ. Selamba tanpa menoleh dua tiga kali ke arah belakang.

˚ ༘♡ ⋆。˚

WAREESA pandang pantulan wajahnya di cermin. Memang merah habis. Efek kepada geram dan malu yang dia hadapi hampir sepuluh minit tadi.

Tidak suka, terus dia buka pili air kemudian wajahnya dicuci beberapa kali. Nak turunkan semula suhu muka. Suhu hati tu, entah macam mana dia nak turunkan. Tapi, harapnya dengan buat begitu, ia turun juga.

Cermin kembali dipandang semula. Selekeh habis dah dia. Tak macam pagi tadi, sebelum dia keluar rumah. Walhal baru sahaja berlalu hampir sejam.

Semua salah Hayyan. Lelaki itu memang tak boleh tengok dia senang sedikit. Ada aje benda yang akan dibuat supaya dia tidak senang satu hari. Ish!

Wareesa berdiri tegak. Mata ditutup sebelum nafas ditarik dan dihembus perlahan berulang-ulang kali. Dia perlu tenangkan diri. Tenangkan diri. Dia perlu lupakan apa yang berlaku tadi. Dia perlu tenang untuk berhadapan dengan mereka-mereka yang nampak babak drama murahan tadi. Dia perlu tenang aje. Jangan gelabah. Jangan malu-malu dah. Biasa-biasa aje. Itu lah ujian hidup.

Ting!

Mata terus terbuka bila telinga menangkap bunyi notifikasi telefonnya. Ada pesanan WhatsApp yang baru masuk.

Terus Wareesa geledah begnya. Takde dah tenang-tenang sebab entah kenapa dia rasa mesej itu bawa berita tidak menyenangkan juga.

Jumpa sahaja telefon, aplikasi WhatsApp terus dibuka. Pesanan dari Yara. Telan air liur sekejap sebab dada dah berdebar. Tak sedapnya hati dia sekarang.

Yara
Bad News

Telan air liur.

Yara is typing...

Yara
Kau patut berlari ke sini sekarang sebab prof tiba-tiba buat kuiz.

Mata Wareesa membulat besar.

Yara
Kau sorang aje yang takde dalam kelas sekarang. Peluang masih ada kalau kau datang sini dalam masa 10 minit

Makin bulat mata Wareesa. Ya Allah! Mati dia! Terus Wareesa ambil beg galas dan tote bagnya sebelum dia berlari keluar dari tandas. Berdesup laju lariannya sebelum...

Buk!

Habis bertaburan barang-barang dari tote bagnya akibat tanpa sengaja dia merempuh seseorang. Beg galasnya pula dah tercampak agak jauh darinya.

Ish! Hari ni memang hari malang lah.

"Ish, masa ni jugak lah nak jatuh!" Marah Wareesa sendirian. Segera dia cuba untuk bangun tapi bila tangannya tersentuh sesuatu yang lembut di atas sesuatu yang keras, terus kaku tangannya.

Ha, sudah. Dia berdebar lagi. Malang apa lagi ni?

"You okey?" Suara garau yang dah biasa dia dengar menerpa masuk ke dalam telinganya, buat Wareesa bertambah kaku. Kenapa suara tu dekat sangat? Macam dari arah bawahnya.

Jangan kata... Jangan kata...

Lambat-lambat Wareesa halakan kepala memandang bawah. Air liur dah dia telan beberapa kali. Tolonglah jangan kata apa yang dia fikirkan sekarang itu jadi. Wajah dah memerah. Takut dan malu dah datang dulu walau keadaan sebenar masih belum dia tahu.

Pandang sahaja bawah, mata Wareesa terkebil-kebil laju. Pipi makin merah dan panas. Jantung mula berdegup kencang. Lagi-lagi bila sepasang mata Waseem tidak putus-putus memandangnya.

Memalukan. Sekali lagi dia berada dalam keadaan begini bersama Waseem. Kenapa? Kenapa?! Dan mula lah jantung dia berdegup laju dari detak biasanya.

"Saya rasa awak dah boleh bangun kut. Tak manis macam ni. Lagi satu, awak ni boleh tahan berat juga. Sakit." Kata-kata selamba Waseem yang tak bernada makin menambahkan suhu wajah Wareesa.

Tak tunggu lama, kalut Wareesa bangun dari terus menerus hempap badan Waseem. Dan kemudian dengan kalut dia kutip barang-barangnya yang dah berterabur. Langsung dia tak menoleh pandang Waseem.

'Kenapa jadi macam ni?! Huwaaa! Malu lah!' Menangis sendiri Wareesa dalam hati.

Waseem bangun. Beg yang masih tergalas di belakang badan dibetulkan. Mujur juga ada beg ini. Takde lah dia rasa sakit sangat tadi bila dihempap Wareesa.

Teringat Wareesa, dia halakan pandangan ke arah gadis itu. Terlihat gadis itu masih kalut mengutip barang-barang yang masih bertaburan di lantai.

Sementara Wareesa, dia tak nak menoleh langsung. Geram betul! Masa hari malang dia lah nak terjumpa crush bagai! Ish!

"Nah."

Tangan Wareesa terhenti bila Waseem menghulurkan beg galasnya. Telan air liur sekali sebelum dia ambil beg itu tanpa berkata apa-apa. Hanya ambil sahaja. Tangan dah kaku selepas itu selepas Waseem tolong kutipkan barang-barang dia yang masih berbaki di atas lantai, masuk ke dalam tote bag.

Hik!

Tiba-tiba Wareesa tersedu sendiri.

Hik!

Sekali lagi.

Hik!

Mata terpejam rapat. Memalukan! Lagi-lagi bila dia dengar ketawa kecil Waseem.

Eee!!! Geramnya!!! Malunya!!!

"Jangan down lama sangat sebab apa yang berlaku tadi. Tak elok untuk kesihatan. Get up. Move on. Life is too short to regret over something. Chill and let it go."

Wareesa pandang Waseem. Waseem pandang Wareesa. Dan bila Wareesa nampak senyum Waseem, langsung sedu terlepas.

Hik!

Waseem masih senyum.

"Bye. Jumpa lagi."

Dan Wareesa rasa nak meletup dekat situ.

Continue Reading

You'll Also Like

38K 1.7K 22
'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan gadis itu berada di...
236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...