The Agent Gang | bbb ft. ea f...

By nezttiey

35.4K 2.8K 607

Apa jadi kalau sebenarnya Ali adalah salah satu anggota Tapops seperti Boboiboy dan Boboiboy dan kawan kawann... More

Part 1 : misi
Part 2 : hadiah
Part 3 : kantoi ke tak?
Part 4 : habislah aku
Part 5 : rumah Ali
Part 6 : barang
Part 8 : apa jadi?
Part 9 : curiga
Part 10 : Tag
Part 11 : marah
Part 12 : perlawanan
Part 13 : hilang
Part 14 : plan
Part 15 : call
part 16 : free time
part 17 : game 1.0
part 18 : game 2.0
Part 19 : game over?
part 20 : wad
chap 21 : weekend

Part 7 : siapa kau?

1.8K 144 15
By nezttiey

Kepada yang sempat baca bab yang aku publish tadi, aku mintak maaf giler wei. aku tersalah update bab. ni bab yang sepatutnya aku update. so sorry. apa apapun, enjoy this part keyh? daa~

__________

.

.

.

FLASHBACK

Dr. Ghazali turun ke ruang tamu tepat pukul 6:30 tepat.

"Eh. Hai Uncle!" sapa Fang yang baru keluar dari biliknya sebaik sahaja kelibat Dr. Ghazali menyapa pandangannya. Yaya dan Ying yang turut berada bersama Fang menyapa Dr. Ghazali apabila mendengar sapaan Fang. 

"Eh, hai semua. Maaf semalam Uncle balik lambat sikit. Ada hal."kata Dr.Ghazali serba salah.

"Heheheheh. Takde hal lah Uncle." kata Ying sambil tersenyum lebar.

"Eh, mana Ali? "tanya Dr. Ghazali apabila tidak ternampak kelibat satu satunya anak lelakinya itu.

"Dia tidur lagi rasanya.." kata Yaya. Dr. Ghazali menarik nafas perlahan. 

Haih.. Bilalah anak aku reti nak bangun awal tanpa disuruh. Tak kiralah dia tu ejen MATA ke Tapops ke...Perangai susah bangun tidur dia tu susah betul nak ubah..

Sebenarnya Dr. Ghazali sudah mengetahui tentang MATA dan Tapops. Macam mana dia tahu? Dia takkan jadi salah satu peneraju Cyberraya kalau dia tak tahu pasal MATA. Dia tak sebodoh seperti yang Dato' Othman sangka.

Kalau pasal Tapops pulak, dia tahu dari sahabat dia yang pernah berkhidmat di Tapops beberapa tahun dahulu. Tapi akhirnya dia dipindahkan dari Tapops ke Tempur-A Station. Lepas tu dia dah jarang jumpa sahabat dia secara berhadapan tetapi mereka selalu berhubungan melalui alat khas yang dicipta oleh dirinya dan ditambah baik oleh sahabatnya. 

Tapi tiada siapa yang tahu tentang hubungan mereka berdua. Hubungan mereka berdua sangat rapat. mereka juga saling mempercayai satu sama lain. Senang cerita, tiada rahsia dalam persahabatan mereka. 

"Aik, bukan ke kumpulan kamu semua ada enam orang termasuk Ali. Mana Boboiboy dengan Gopal?" tanya Dr. Ghazali pelik.

"Boboiboy dan Gopal tidur lagi. Penat sangat kot semalam." terang Fang. Dr. Ghazali terangguk angguk mendengar keterangan penuh Fang. 

"Oklah kalau macam tu. Uncle nak pergi kejut Ali kejap. Dia ni..suka sangat bangun lambat. " keluh Dr. Ghazali. Tetapi, Fang menghalangnya dari pergi ke bilik Ali.

"Biar saya kejutkan Ali. " tawar Fang. Dr. Ghazali tersenyum sambil mengangguk kepada Fang.

"Terima kasih Fang. "

"Sama sama." balas Fang lalu terus menaiki tangga menuju ke bilik Ali.

"Yaya, Ying. Uncle pergi kerja dulu ya." kata Dr. Ghazali. Yaya dan Ying mengangguk.

"Ah! Sebelum lupa, Uncle ada letak duit dalam kabinet di dapur. Kalau lapar boleh beli makanan ya? " pesan Dr. Ghazali kepada mereka. Yaya dan Ying hanya mengangguk tanda faham. Tiba tiba, pintu bilik Fang dan Gopal terbuka luas apabila ditolak oleh Gopal.

"Hah? Makanan?!" jerit Gopal. Yaya dan Ying membuat muka derp. Bila dengar perkataan makanan baru nampak muka.

"Ish, kau ni Gopal! Asyik fikir pasal makanan je. " marah Ying. 

"Alah, biarlah. Aku lapar. Nak buat macam mana?" kata Gopal membela dirinya. Yaya tidak menghiraukan perbalahan antara Ying dan Gopal.

"Erm.. Uncle. Boleh tak kalau kitorang nak masak kat rumah ni? " tanya Yaya.

"Boleh. Apa salahnya. Lagipun bahan masakan dengan bahan mentah ada lagi tu. " kata Dr. Ghazali memberi keizinan. Yaya dan Ying membuat highfive sesama mereka. Gopal membuat muka teruja. Dah lama dia tak masak.

"Aik, sejak bila rumah ni ada bahan mentah?" tanya Ali yang baru turun bersama Fang. Comot hanya mengikuti langkah Ali. Wajah Ali menunjukkan riak hairan. Kenapa selama ni dia tak tahu pun yang rumah dia ada bahan mentah?

"Dah lama dah. Ali je yang tak perasan. Tulah, sibuk sangat pergi misi MATA sampai bahan mentah yang ada kat dapur pun tak tahu." sindir Dr. Ghazali sambil mengemas barangnya yang bersepah di atas meja di ruang tamu manakala Ali dan yang lain lain tergamam. M-macam mana?!

Pergerakan Dr. Ghazali terhenti apabila suasana tiba tiba sunyi. Dahinya dikerutkan. 

"Kenapa ni?" tanya Dr. Ghazali lalu memandang ke arah wajah remaja remaja yang merenungnya dengan pandangan yang boleh menembus kepalanya. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Aku ada salah cakap ke?

"M-MATA?" tanya Ali apabila kawan kawannya yang lain hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalan yang diberikan oleh Dr. Ghazali.

Uh oh. Kenapa aku gatal sangat nak sebut pasal MATA? Kalau aku bagi alasan apa pun, bukan diorang nak percaya.

Getus Dr. Ghazali di dalam hatinya. Dia kenal sangat dengan perangai Ali. Kalau dia nak tahu sesuatu kebenaran, mesti dia akan cari sampai jumpa.

"Sigh.. Nampaknya ayah kena bagitahu jugaklah kan? Lagipun bukan ada pilihan lain pun." kata Dr. Ghazali kepada dirinya. Nafas panjang ditarik. Macam perkara yang hendak dicakapkan itu adalah ucapan panjang. Remaja yang matang tak matang itu menanti dengan tidak sabar.

"Ayah tahu pasal MATA." kata Dr. Ghazali dengan ringkas seringkasnya. Dia melihat ke arah remaja remaja di hadapannya dengan tenang. Ali memasang wajah derp. Begitu juga dengan yang lain.

"Haih, apalah Uncle ni..." rungut Gopal tak puas hati.  Comot hanya mengendahkan perbualan antara manusia di situ dan terus menuju ke sofa untuk tidur. Ali hanya melihat Dr. Ghazali dengan mata yang sengaja dikecilkan.

"Macam mana ayah tahu yang MATA wujud?" tanya Ali. 

"Ayah takkan jadi salah seorang peneraju kalau hal kecil macam ni pun ayah tak tahu." terang Dr. Ghazali.

"Tapi-" 

"Nope! Takde tapi tapi. Dah, ayah nak pergi kerja. Korang jaga diri elok elok tau." pesan Dr. Ghazali lalu keluar dari rumah itu.

"Hahh... Nasib baik aku sebut pasal MATA je. Kalau aku tersebut pasal Tapops confirm nanti Amato cincang aku berkeping keping." gumam Dr. Ghazali lalu menaiki keretanya untuk ke tempat kerjanya.

Namun, sebelum tiba di sana, Dr. Ghazali pergi satu kedai yang menjual alatan elektronik yang terletak di tempat yang agak tersorok namun barang yang dijual disitu memang berkualiti tinggi dan tahan lama. Dia sempat membeli beberapa alat yang akan digunakan olehnya nanti.

Tanpa sengaja, dia bertemu dengan Viktor yang turut berada di dalam kedai tersebut. Kedua mereka terkaku sebelum Viktor menegur Dr. Ghazali.

"Eh, Uncle buat apa kat sini?" tanya Viktor ramah. 

"Uncle nak beli barang sikit ni hah. Nak buat eksperimen sikit." kata Dr. Ghazali dengan senyuman kekok. Dia bukannya nak buat eksperimen pun. Dia beli sebab ada tujuan lain.

"Viktor pula buat apa kat sini?" tanya Dr. Ghazali.

"Haiya.. Saya datang sini nak beli barang juga. Nak buat projek sains minggu  hadapan dengan Ali. Oh ya, Ali ada kat rumah tak?" 

.

.

.

"Wei, Ali. Macam mana ayah kau boleh tahu pasal MATA ni?" tanya Fang. Ali hanya melihat ke arah Fang sekilas.

"Entah. Aku pun tak tahu." kata Ali sambil mengangkat bahunya. Gopal baru sahaja ingin membuka mulutnya untuk bertanya soalan lainnya namun panggilan seseorang membantutkan pergerakannya.

"Korang!" 

Jeritan yang agak kuat itu mendapat perhatian kesemua remaja yang ada di dalam rumah itu. Kelihatan Cattus berlari ke arah mereka dengan pantas.

"Kenapa ni Bellbot?" tanya Ying. 

"B-Boboiboy!" 

"Kenapa dengan Boboiboy?!" soal Fang pelik.

"A-aku tak tahu. Korang kena pergi dekat bilik dia sekarang!" arah Bellbot. Fang dan yang lain mengangguk sebelum bergegas menuju ke bilik Boboiboy bersama Cattus dan Bellbot.

Apabila mereka tiba di bilik Boboiboy, mereka terdengar suara Boboiboy yang meracau di dalam tidurnya. Mereka segera mengelilingi Boboiboy yang masih tidak sedar dari lenanya itu.

"Kenapa dengan Boboiboy ni Bellbot?" tanya Yaya kepada Bellbot.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Dah puas aku dengan Cattus bangunkan dia tapi tak berhasil." kata Bellbot kerisauan. Cattus hanya menggeselkan kepalanya ke lengan Boboiboy dengan ngiauan kecil.

"A-ayah.." gumam Boboiboy yang masih tidak sedar. Kawan kawannya yang terdengar suara Boboiboy yang agak perlahan memandangnya.

"Ayah?" soal Gopal kebingungan. Dahinya berkerut memikirkan tentang ayah Boboiboy yang langsung tidak dikenalinya.

"Haah. Boboiboy meracau benda sama je dari tadi." terang Bellbot.

"Ja-jangan! Ayah! " jerit Boboiboy secara tiba tiba. Matanya masih terpejam. Tangannya cuba digerakkan seperti ditahan sesuatu. Jeritan Boboiboy menyentakkan semua yang berada didalam bilik tersebut. Gopal tanpa berlengah terus mengejutkan Boboiboy dari tidurnya.

"Boboiboy! Bangunlah dey!"kejut Gopal. Namun, Boboiboy masih lagi meracau menjerit nama ayahnya.

"Boboiboy!" panggil Fang dengan kuat. Bahu Boboiboy digoncang kuat.

"BOBOIBOY!" jerit Fang sekali lagi. Jeritan itu berhasil mengejutkan Boboiboy dari tidurnya. Dia bangun dari pembaringannya secara mengejut.

END FLASHBACK

.

.

.

Kedengaran pintu rumah Ali dibuka oleh seseorang. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying mengikuti langkah Ali dari belakang.

"Hey, Ali!" 

Sapaan itu menyentakkan semua yang berada di dalam rumah tersebut terutama Ali. Dia langsung tidak menyangka bahawa Viktor akan datang masa tu.

"Ohh. Viktor." sapa Ali kembali. Yang lain hanya memerhatikan mereka berdua dengan wajah hairan.

"Dey! Siapa tu?" tanya Gopal kepada Boboiboy. Boboiboy hanya mengangkat bahu kerana dia pun tak tahu siapa yang baru datang tu.

"Eh, korang. Kenalkan ni Viktor. Kawan kat sekolah aku. Viktor, ni kawan kawan aku masa kecil dulu." kata Ali. Viktor tersenyum.

"Ohh.. Hai, selamat berkenalan. Aku Viktor." kata Viktor memperkenalkan dirinya. Boboiboy dan yang lain juga turut tersenyum kecuali Fang yang dengan wajah datarnya.

"Hai, aku Boboiboy."

"Aku Yaya."

"Aku pulak Ying!"

"Aku Gopal!" 

"Fang."

Ali tanpa berlengah terus mengajak Viktor untuk ke ruang tamu. Kesian kawan dia, dahlah baru datang.

"Kenapa kau datang sini, Vik?" tanya Ali. Viktor mengalih pandangannya ke arah Ali dengan wajah datar. Tangannya mengeluarkan tablet miliknya.

"Projek sainslah. Nanti kau juga yang kena marah dengan cikgu kalau tak siap." sindir Viktor. Ali hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh.. kau tunggulah situ kejap. Aku pergi buat air." kata Ali lalu pergi ke dapur manakala Yaya, Ying, Gopal, Fang dan Viktor hanya melihat Ali yang berjalan masuk ke dapur dengan gaya mak mak.

"Weh, korang nampak tak? Cara dia jalan tu macam makcik makcik lah." komen Gopal. Viktor di sebelah terbatuk batuk mendengar komen Gopal.

"Apalah kau ni Gopal. Tak baiklah cakap macam tu pasal dia." marah Ying. Yaya mengangguk.Fang hanya mendiamkan diri sambil mendengar kawan kawannya bercakap.

"Eh, mana Boboiboy?" tanya Gopal 

"Haahlah. Mana dia?" tanya Yaya yang baru perasan kehilangan kawannya.

"Haih. Mestilah dia pergi mandi. Kan dia terlambat bangun tadi." kata Fang. Yang lain hanya mengangguk faham.

"Hey, Viktor. Kau nak buat apa projek sains nanti?" tanya Yaya yang tiba tiba muncul di hadapan Viktor. Kesian Viktor kena palau. Kawan kawannya yang lain turut mengelilingi Viktor yang duduk di sofa di ruang tamu.

"Eheheheh.. Kitorang ingat nak buat dron je nanti." kata Viktor sambil ketawa kekok. Terkejut dia bila kena sergah macam tu.

"Dron? Wah.. Hebatlah kau Viktor." puji Boboiboy yang tiba tiba muncul. Kesemua mereka tersentak. Sampai terjatuh Gopal. Cattus hanya duduk di atas bahu Boboiboy. Boboiboy pula hanya membiarkan Cattus duduk di situ. Bukannya berat pun.

"Haah. Aku pun tak terfikir nak buat dron kau tau tak?" sergah Ali pula. Dulang air yang dibawanya tadi diletakkan di atas meja. Kawan kawannya kecuali Boboiboy melihat Ali denga pandangan maut.

"Erk! K-kenapa ni?" tanya Ali tergagap gagap. Tenungan diorang tu boleh tembus kepala otak tau tak? 

"Jangan terkejutkan kitorang boleh tak?!" jerit mereka semua kecuali Ali, Boboiboy dan Viktor. Mereka menutup telinga menggunakan kedua dua tangan. Mak ai.. kuatnya suara.

"Ye ye.. Aku salah. Janganlah jerit. Sakit telinga aku." rungut Ali. Segera dia duduk di sebelah Viktor.

"Aku nak buat kerja ngan Viktor. Korang tak nak buat apa apa ke?" tanya Ali lalu memandang kawan kawannya.

"Hmm.. Aku ngan Yaya nak masak." kata Ying lalu menarik Yaya ke dapur. Ali dengan Viktor memandang ketiga tiga lelaki yang tinggal.

"Kitorang takde kerja." kata mereka bertiga serentak. Ali dan Viktor menelan liur. Seram bhai bila diorang cakap serentak.

"Kau buatlah kerja kau. Kitorang duduk sini je" kata Boboiboy lalu duduk di salah satu sofa yang berdekatan lalu membuka tabletnya untuk membaca  tentang galaksi. Gopal pula bermain game papa zola miliknya. Fang duduk di sebelah Boboiboy dan membaca buku berkenaan planet planet.

 Ketenangan dalam rumah itu terganggu apabila terdengar bunyi sesuatu.

KLANGG!!

Continue Reading

You'll Also Like

199K 5.3K 67
Zero already has a boyfriend that she loves but finds out that he is cheating but she tries to work it out and stay with him. But then she goes to th...
78.1K 2.3K 38
Francesca Astor came to Love Island to find her soulmate, and once she sets her eyes on him, she's never letting go. Rob Rausch x Fem!oc #1 robertrau...
356K 31.1K 89
Sequel to my MHA fanfiction: •.°NORMAL°.• (So go read that one first)
114K 6.3K 24
to love and be loved is to feel the sun from both sides. ━━ love island usa 2024, s6 ━━ kordell beckham x oc