H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄

By leimonadd

204K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N40
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N20

2.2K 280 99
By leimonadd

NAFAS lega dihembuskan bila nampak garaj rumah kosong tanpa sebarang kereta. Kereta Tuan Fauhad tiada, begitu juga dengan kereta Hayyan. Tapi, Wareesa masih perlu berhati-hati. Dia kena pastikan betul-betul yang memang satu keluarga itu sedang keluar dan tiada di rumah sekarang. Kemdudian, baru boleh dia lepaskan nafas lega betul-betul kemudian kunci diri dalam rumahnya untuk berehat.

Perlahan-lahan Wareesa ambil langkah ke almari kasut yang ada di sebelah pintu utama rumah. Berhati-hati dia buka pintu almari itu. Tak mahu ada apa-apa bunyi supaya kehadirannya tidak dikesan sesiapa pun.

Pandang kiri kanan, sebelum Wareesa tengok satu persatu kasut-kasut yang ada dalam almari. Dari atas sampai ke bawah dia periksa supaya dia tidak ditipu oleh matanya sendiri.

"Assa! Semua takde kat rumah!" Jerit kecil Wareesa di situ. Berjoget sakan lima saat sebelum dia tutup semula pintu almari itu. Sengih panjang dah tak boleh disembunyikan lagi. Lebar aje di bibir.

"Reesa?" Tegak badan Wareesa. Terhenti terus joget dia tadi. Lambat-lambat dia pusing belakang, mahu pandang si penegur, Cik Zee.

Sengih lagi Wareesa di situ. Dua jari tanda peace dia angkat. Cik Zee yang melihat hanya menggeleng sahaja. Dia ingat siapa lah tadi duk terhendap-hendap masuk macam pencuri. Mujur juga dia tak terburu-buru angkat penyapu di tangan untuk memukul.

"Reesa buat apa ni? Dah macam pencuri Cik Zee tengok." Tanya Cik Zee. Wareesa dihampiri sebelum satu badan Wareesa ditilik ringkas. Lega dia bila lihat Wareesa baik-baik sahaja.

Wareesa tarik Cik Zee rapat kepadanya. Pandangan pelik Cik Zee langsung tak dihiraukan. Malah dia pula yang hairan dah kenapa Cik Zee pandang dia begitu. Takkan lah tak faham kenapa dia begini. Mestilah sebab tuan rumah banglo tiga tingkat ini. Kalau tak, dia dah normal sehabis normal dah.

"Reesa kenapa ni?"

"Cik Zee."

"Ya, Reesa."

Wareesa sengih.

"Semua orang keluar ya?" Tanya Wareesa. Betul-betul inginkan kepastian. Dan bila dia terima anggukan sebagai jawapan daripada soalannya, terus dia menjerit gembira lalu Cik Zee dipeluk erat. Sukanya!

"Ya Allah! Kenapa suka sangat ni?" Tanya Cik Zee pelik. Namun, senyum tak hilang pun dari bibirnya. Lihat Wareesa gembira begitu, dia ikut gembira. Bukan selalu dapat lihat Wareesa begini. Jarang-jarang sekali. Selalunya gembira gadis itu takde lah sampai ke tahap ini.

"Hehehe! Takde apa lah! Maknanya kita semua takde lah banyak kerja sangat yang nak kena buat kan?" Soal Wareesa masih lagi dengan nada gembiranya.

Cik Zee tergelak kecil. Kepala Wareesa diusap perlahan. Kenapa manis sangat Wareesa sekarang?

"Ya. Reesa nak berehat ya?" Soal Cik Zee. "Dah makan?" Sambungnya lagi.

Wareesa hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia kembali ke pintu pagar. Beg-beg kertas yang penuh dengan barang Niliyyah dan Hayyan diambil satu persatu.

Cik Zee yang melihat hampir ternganga melihat bilangan beg-beg kertas itu. Wareesa dihampiri dan dipandang dengan pandangan tidak percaya. Wareesa hanya sengih. Banyak kali dah dia sengih hari ini.

"Reesa belanja banyak ni? Biar betul? Bukan Reesa tak suka ke belanja sakan ni? Nanti duit Reesa tak cukup macam mana? Ni berapa banyak Reesa dah berhabis ni? Ya Allah, Reesa! Kenapa boros macam ni? Semua ni kehendak kan? Cik Zee yakin ni kehendak. Kenapa macam ni Reesa?" Cik Zee mula memebebel. Isi dalam beg-beg kertas itu dilihat satu persatu.

Wareesa hanya gelak kecil. Semua beg-beg kertas dah diangkat dari lantai. Sekarang dia dah mula berjalan ke pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu. Cik Zee yang tahu Wareesa perlukan pertolongan terus buru-buru bukakan pintu untuk gadis itu. Wareesa hanya ucap terima kasih dan bolos masuk ke dalam rumah.

Wareesa macam kagum sekejap. Dah lama dah dia tak masuk dari pintu utama ini. Dah lupa macam mana rasanya. Lagi kagum bila Fara dan Sara laju sahaja menghampirinya di muka pintu. Dia rasa suka pula. Hehehe. Macam tuan puteri pula dia rasa.

Macam ni ke rasanya jadi Tuan Fauhad, Cik Puan Tihani, Niliyyah dan Hayyan? Seronoknya!

"Eh, Reesa?" Fara datang menyapa. Beg-beg kertas di tangan Wareesa diambil tanpa sempat Wareesa menghalang. Wareesa tak tahu nak beriak macam mana. Dia hanya ucap terima kasih sahaja.

"Ni semua Reesa punya? Wah, belanja sakannya! Maju dah dia sekarang." Sara pula datang menghampiri. Beg-beg kertas yang ada di tangan Cik Zee diambil.

Wareesa hanya senyum. Dia masih lagi tak tahu nak keluarkan buah bicara dengan sambutan Fara dan Sara tadi. Hatinya jadi hiba tiba-tiba.

Cik Zee menggeleng pandang Wareesa. Dari tadi lagi dia geram dengan Wareesa. Sejak bila entah gadis itu boros begini. Pengaruh siapa ni? Satu malam hilang, balik-balik berubah watak begini. Tak boleh tahan, terus Cik Zee pukul lengan Wareesa. Menjerit terkejut Wareesa dibuatnya. Fara dan Sara pula dah tekup mulut. Terkejut dengan perbuatan Cik Zee terhadap Wareesa tadi.

"Ow! Kenapa Cik Zee pukul Reesa?" Tanya Wareesa. Lengannya diusap perlahan.

"Cik Zee tanya. Kenapa membazir?" Soal Cik Zee.

Wareesa julingkan mata sebelum dia peluk bahu Cik Zee. Meh lah dia terang perkara sebenar. Jika tidak, pasti dia dipukul lagi sekali.

"Itu semua Niliyyah dan Hayyan punya lah. Reesa nak membazir macam ni, memang tak lah. Bukan style Wareesa Jameela shopping jenama mahal macam ni. Reesa suka pasar malam, suka bundle. Kan Fara, Sara?" Sengih satu kali di akhir kata.

Cik Zee pandang Wareesa. Ragu-ragu sekejap tapi Wareesa pandai memujuk. Buat dia terpujuk dan akhirnya gadis itu dari tepi dipeluk. Fara dan Sara hanya senyum sahaja. Wareesa ikut senyum sebelum dia ajak Fara dan Sara naik ke tingkat dua. Dia tahu mana satu barang Niliyyah dan mana satu Hayyan punya. Dia mahu asingkan siap-siap. Nanti takde lah siapa-siapa yang akan bergaduh atau dimarahi.

"Lepas siap asingkan dan letak, Reesa berehat ya? Semua kerja dah siap. Nanti nak makan petang dan makan malam, Cik Zee panggil." Kata-kata Cik Zee Wareesa terima dengan anggukan sahaja.

*💐 ੈ♡

HAMPIR lima belas minit, akhirnya barang-barang Niliyyah dan Hayyan telah pun selesai diasingkan.

Memandangkan barang-barang Niliyyah lagi banyak daripada barang-barang Hayyan, Fara dan Sara tawarkan diri untuk bawa masuk barang-barang itu ke dalam bilik Niliyyah. Dan Wareesa hanya mengangguk dan buat keputusan untuk hantar barang-barang Hayyan ke bilik lelaki itu.

Pintu bilik berwarna hitam yang menandakan itu bilik Hayyan dihampiri. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu ditolak. Kaku sekejap dia lihat interior bilik tidur Hayyan. Wow. Cantik. Tak sia-sia lah si Hayyan tu ambil jurusan Interior Design. Memang nampaklah sentuhan di setiap penjuru bilik adalah daripada seorang yang punya citarasa yang tersendiri dalam menyusun atur.

Wareesa mengangguk kecil. Memuji Hayyan dalam diam. Tapi, sekejap sahaja sebelum Wareesa ingatkan diri tentang tujuan asal dia ke mari. Beg-beg kertas di tangannya dikira sambil kaki mula berjalan menghampiri katil lelaki itu.

"Tak sangka aku ada lelaki yang shopping banyak macam ni juga. 7 barang. Pfft. Ni nasib baik aku lari daripada korang, Kalau tak, tak tahu lah banyak mana lagi bilangan yang akan bertambah bagi korang setiap satu." Omel Wareesa sendiri seraya meletakkan beg-beg kertas itu di atas katil Hayyan.

Walau ada rasa geram berbaki dalam diri, Wareesa tetap juga letak beg-beg itu dengan teratur. Tak mahu ada yang rosak. Nanti, dia juga yang disalahkan. Boleh kata sebenarnya dia buat ini untuk dirinya juga.

"There you go. I'm done." Kata Wareesa. Tangan ditepuk perlahan sambil mata dilarikan kepada beg-beg yang dah tersusun rapi itu. Puas hati.

"No. You're not done yet."

Terloncat Wareesa di situ bila dia ditegur begitu. Terkejut lah. Punya fokus dia buat kerja tadi. Tiba-tiba sahaja ditegur tanpa dia bersedia.

Wareesa pandang pintu. Ada Hayyan yang sedang berpeluk tubuh dan memandangnya tajam di situ.

Tangan yang mengusap perlahan dada mula jatuh. Riak terkejut pun dah hilang, diganti dengan riak bosannya. Dah mula rasa bosan bila dia semacam dapat jangkakan yang pergaduhan mulut akan berlaku tidak lama lagi.

"Bila balik? Dah puas shopping?" Tanya Wareesa sekadar berbasa-basi. Dia segera ambil langkah untuk keluar dari bilik itu.

"I said you're not done yet." Langkah Wareesa mati bila Hayyan menghalang pintu. Buat dia tak boleh nak keluar lagi.

Hayyan dipandang bosan.

"What?"

Hayyan tolak Wareesa ke belakang tanpa Wareesa sempat bersedia. Buat Wareesa hampir terjatuh namun Hayyan pantas menangkap lengan Wareesa. Menyelamatkan Wareesa dari terjatuh. Pun begitu, tak bermakna Wareesa senang dengan Hayyan.

Apa? Nak playing hero ke macam mana selepas jadi villian?

Wareesa cepat-cepat lepaskan lengannya dari terus menerus dipegang Hayyan. Lelaki itu dijeling tajam. Hayyan pun dia nampak tak nak kalah. Mata lelaki itu tajam memandang ke arahnya.

"Apa masalah kau ni?" Tanya Wareesa.

"Kau sepatutnya tanya diri kau soalan tu. Apa masalah kau tiba-tiba hilang dari shopping mall? Macam orang gila aku cari kau! Aku telefon kau tak angkat! Apa masalah kau sebenarnya?" Marah betul Hayyan. Wareesa dapat lihat dan rasa itu dari riak wajah dan intonasi suara yang dilontar lelaki itu.

Wareesa telan liur. Cuak juga. Tapi, dia cuba berlakon yang dia tak rasa apa-apa.

Wareesa berdiri tegak. Wajah sedikit mendongak. Tangan di sisi pula digenggam penumbuk erat. Nak beranikan diri semula. Tapi, bila Hayyan dah mula menapak ke arahnya, Wareesa mula cuak. Auto berjalan mengundur dia jadinya. Setapak Hayyan ambil ke hadapan, setapak juga dia mengundur.

"Apa ni? Kenapa ni?" Tanya Wareesa. Dah berkali-kali air liurnya ditelan. Cuak.

Hayyan berhenti daripada mengambil langkah seterusnya. Wareesaa yang jelas sudah cuak itu dipandang lama sebelum dia raup wajahnya. Cuba tenangkan dan hilangkan kemarahannya. Tak mahu keadaan jadi buruk kalau dia ambil langkah seterusya. Takut dirinya tak dapat kawal diri. Nanti nak berbaik dengan Wareesa pun susah.

Wareesa dah berkerut dahi pandang Hayyan. Okey tak ni? Dan bila Hayyan angkat wajah pandang dia, dahinya makin berkerut pelik. Pelik ni. Cepat sungguh emosi lelaki ini berubah. Tadi, dia betul-betul rasa amarah Hayyan. Tapi, sekarang yang dia dapat rasa adalah lelaki itu tenang dan lega.

"Kau okey tak ni?" Tanya Wareesa. Takut lah Wareesa.

Hayyan pandang Wareesa dan angguk perlahan. Dia labuhkan duduk di atas katil kemudiannya, bersebelahan barang-barangnya yang dah disusun Wareesa tadi. Dia tak mahu marah. Cukup Wareesa ada di sini dalam keadaan selamat. Tiada sebarang cacat cela mahupun luka. Dia tak perlu ingat semula kerisauan yang melandanya tadi. Cukup dia lihat Wareesa ada di hadapannya.

"Okay. I'm glad you were safe. And the fact that you're in front of me now make feel better." Ikhlas kata-kata Hayyan. Memang keluar dari hatinya. Dia betul-betul lega Wareesa dalam keadan baik.

Wareesa kaku. Lidahnya kelu tak tahu nak membalas apa. Otak pun masih lagi fahamkan maksud kata-kata Hayyan tadi.

Hayyan pandang Wareesa dan tersekat terus air liur Wareesa melihat pandangan Hayyan itu. Lembut semacam. Bulu roma mula meremang.

Wareesa tak biasa dengan sisi Hayyan yang ini. Dan sebenarnya dah beberapa kali lelaki ini tunjukkan kepadanya sisi begini. Dia tak tahu kenapa dan kalau boleh dia tak mahu tahu pun apa sebabnya. Takut. Janggal pun ya juga.

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Geli lah. It is so not you. Just stop." Arah Wareesa. Habis berkata begitu, Wareesa terus ambil langkah ke arah pintu. Dia nak keluar.

"Reesa." Hayyan memanggil.

"Hayyan!" Niliyyan memanggil serta muncul di muka pintu.

Langkah Wareesa mati. Niliyyah yang dah pandang dia dan Hayyan silih berganti dipandang kosong. Betapa dia berharap Niliyyah tak cari gaduh dengannya. Cukuplah di shopping mall tadi sahaja.

"What are you doing here?" Tanya Niliyyah mula-mula curiga. Dia dah peluk tubuh pandang Wareesa dan Hayyan tak lepas.

"Dia letak barang-barang I aje. You nak apa?" Tanya Hayyan. Wareesa hanya mengangguk.

Niliyyah hanya diam sebelum jungkit bahu sekali. Malas nak fikir lama-lama. Beg kertas yang dipegangnya dibaling kepada Hayyan. Wareesa bulat mata melihat perlakuan Niliyyah. Mujur Hayyan dapat tangkap.

"Wow! Kau buat kat Hayyan lagi eksterim eh daripada kau buat kat aku?" Sindir Wareesa selamba. Niliyyah dipandang. Gadis itu hanya julingkan mata sahaja.

"It's not mine. And I think it's not yours too. Untuk siapa tu?" Tanya Niliyyah kepada Hayyan. Dia mahukan jawapan sebab barang yang ada dalam bilik itu sangat sangat cantik. Dia rasa dia akan cemburu kepada perempuan yang akan mendapat barang itu. Tapi, boleh jadi juga dia yang akan dapat kan?

Hayyan pandang Niliyyah.

"Yang pasti bukan you punya."

"Jerk." Selamba Niliyyah komen begitu sebelum dia berlalu keluar tanpa menoleh lagi. Panas hati.

Fine! Dia beli sendiri nanti.

Wareesa hanya gelengkan kepala sahaja. Kaki mula bergerak semula mengambil langkah. Dah banyak kali terbantut ni. Harap kali ini dia tak dihalang oleh apa-apa mahupun sesiapa pun. Penat ni.

"Reesa."

"Apa lagi?" Suara Wareesa dah swdikit menaik. Geram sebab sekali lagi langkahnya terbantut.

"Tolonglah! Aku cuma nak balik ke tempat aku dengan aman!" Wareesa meluah dalam keluhan kecil.

Hayyan pandang Wareesa sebelum dia ketawa kecil. Tegak terus badan Wareesa.

'Riaksi apa tu?'

"Cute. Nah. Kalau kau nak balik tempat kau dengan aman, just accept this." Kata Hayyan seraya menyerahkan beg kertas yang dibaling Niliyyah tadi kepada Wareesa yang dah kaku.

"Apa ni?"

"Hadiah minta maaf. Please accept it. I'm begging you."

Wareesa kaku. Oh, Hayyan! Kenapa dengan kau? Kenapa dengan puppy eye tu? Creepy!

"Please, Reesa." Lembut suara Hayyan buat bulu roma Wareesa meremang. Tak tunggu lama, Wareesa terus ambil beg kertas itu dan laju dia berlari keluar dari bilik Hayyan. Tak toleh untuk kali seterusnya lagi. Dia betul-betul nak balik rumah dia sekarang dan berehat. Tak mahu ingat apa yang dia nampak pada Hayyan tadi. Kalau boleh dia nak lupakan. Sangat menakutkan!

Hayyan lihat pintu biliknya. Lama. Sebelum dia lepaskan tawa kecilnya. Duduk dilabuhkan semula atas katilnya. Pun begitu, tawa masih belum hilang. Terbayang semula wajah Wareesa tadi sebelum gadis itu pergi dari sini.

"Blushing? How cute." Hayyan ketawa kecil sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

59.2K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
45.1K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...