BAHAGIAKAN AKU ENCIK PSIKO

Por Njeonish19

629K 35.8K 2K

Seorang gadis melarikan diri daripada perkahwinan bodoh yang dirancang oleh ibu bapanya. Disebabkan perjanjia... Mais

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
βœ¨πŸ¦‹βœ¨
✨ANNOUNCEMENT ✨

1

34.6K 859 58
Por Njeonish19

"Haihhh penat betul lah arini. Banyak pula pokok ibu beli." Gadis itu menggeliat kepenatan.

"Iqah tolong ibu masak kat dapur." Dengar sahaja ratu hatinya memanggil dia terus mengorak langkah pergi ke dapur.

"Ibu nak masak apa hari ni?"

"Ayam masak lemak je pastu buat air sirap." Ibunya ligat memotong segala bahan yang diperlukan tanpa melihat wajah anaknya itu. Dia sedikit kecewa.

"Kalau macam tu biar orang masak lah bu." Iqah memberi tawaran kepada ibunya. Dia mahu mengambil hati ibunya.

"Ha boleh jugak. Hati-hati." Ujar ibunya dan menuju keluar dari dapur.

"Ibu, ibu nak guna jintan manis ke tak ni?! Laungnya dari dapur.

"Tak kesah! Nak guna pun sedap, tak nak guna pun sedap je!" Balas ibunya yang sedang berehat di ruang tamu sambil membelek-belek majalah.

"Okay! Aku nak guna jintan lah. Pastu bagi nenek sikit. Mesti dia kata sedap! Memanglah aku yang masak en!?"

Riak betul kau Iqah.

Skip~

"Ha siap pun!"

"Ibu, dah siap! Nak makan ke?"

"Kejap lagi lah." Jawab ratu hatinya itu. Dia hanya mengangguk.

Sejak kebelakangan ini ibunya suka berdiam diri. Entah kenapa. Lagipun hubungan dia dengan ibu dan Ayahnya memang tak seperti keluarga yang lain. Bahagia tapi bukan untuk Iqah. Ayahnya pula? Haih tu pun satu hal jugak. Selalu keluar jumpa kawan. Busy. Tapi dia tidak mengesyak apa-apa tentang bapanya sebab dia tahu bapanya tidak akan melakukan perkara yang melanggar hukum-hakam agama.

"Ibu, jap lagi orang nak gi rumah nenek tau hantar lauk."

"Ha okay. Dah solat belum?" Soal ibunya. Dan sekali lagi dia tidak memandang wajah anaknya.

"Belum...nak solat lah ni." Iqah segera melangkah ke bilik air untuk mengambil air wudhuk.

Selama hidup Iqah ini dia sedaya upaya untuk merapatkan hubungannya dengan keluarga tetapi itu hanya sia-sia. Ibunya yang dingin. Apa saja yang Iqah buat semua salah dimatanya. Adik beradik yang buat salah dia juga yang jadi mangsa. Dia menjadi pelepas amarah ibunya.

Skip....

"Assalamualaikum! Nenek! Jip! Cucumu datang ni!!" Iqah memang manja dengan atuk dan neneknya sebab merekalah yang menjaga dia dari kecil hingga besar panjang.

"Waalaikummussalam! Kau dari mana?" Soalnya yang duduk di kerusi roda betul-betul dihadapan pintu masuk untuk menunggu kepulangan suaminya pulang tapi lain yang datang.

"Dari rumah lah. Nah kita ada masakkan nenek ayam masak lemak ni. Rasa sekali, sepuluh kali nenek nak tambah tau!" Dia menyalami tangan tua itu dengan penuh kasih.

"Elee kau! Mentang-mentang dah pandai masak! Kecoh!" Perli neneknya

"Alaaa nenek ni...huhhh...eh mana jip?"

"Keluar. Beli barang sikit." Iqah hanya mengangguk tanda faham.

"Nenek nak makan sekarang ke?"

"Ha boleh juga okay jom!" Iqah menolak kerusi roda milik neneknya itu ke arah dapur.

Iqah meletakkan bungkusan itu di atas meja dan mengambil pinggan untuk mengisi nasi.

Neneknya hanya melihat saja tindakan cucunya.

"Nah nek. Jap kita ambilkan nenek punya botol air." Dia menuju ke kamar tidur neneknya dan mengambil botol tersebut.

"Assalamualaikum. Nek andak! Ouh nek andak!"

"Waalaikummussalam. Ye kenapa?" Mujur saja bilik itu dekat dengan pintu utama rumah itu.

"Emm nek andak ada?" Soal pemuda itu. Tersengih-sengih melihat Iqah.

"Ada. Kenapa?" Ujar Iqah dengan dinginnya.

"Nak jumpa dia jap." Iqah mengangguk.

"Iqah, suruh dia masuk." Baru selangkah dia maju mahu pergi ke arah neneknya. Neneknya sudahpun memberitahu Iqah bahawa suruh membawa jejaka itu masuk.

Tak hairanlah. Yelah. Sebab kat kampung ni kalau tak kenal nek andak dengan tok andak memang tak sah.

"Nek andak suruh masuk. Masuklah." Lelaki itu bingkas turun dari motorsikalnya dan mengikut langkah Iqah ke dapur.

' Okay, sekarang ni aku tak selesa.'

"Em nek ni haa" ujar Iqah ringkas. Dia cepat-cepat duduk di ruang tamu. Dia tidak selesa akan kehadiran lelaki itu.

Iqah bukan biadab meninggalkan neneknya di situ. Dia cuma tidak selesa akan lelaki itu dan dia tidak mahu mendengar apa yang dibincangkan bersama neneknya. Lagipun neneknya tahu yang Iqah tidak suka akan lelaki itu.

' Ishh!! Apesal lah dia datang sini?! Sibuk je! Aku baru nak bersembang dengan nenek!' katanya di dalam hati.

30 minit kemudian...

'Ish apahal yang lama sangat tu?! Mustahak sangat ke ha?!'

' Dah lah! Aku nak duk kat kedai la.'

Depan rumah nenek dia ade kedai. Kedai tu pakcik dia punya. Betul-betul depan pagar rumah nenek dia, kedai pakcik dia.

Iqah menyarung seliparnya.

' Haihh! Tak ada apa yang berubah kat sini. Sama je. Tenang. Tak macam kat bandar sana tu. Rimas aku. Dengan sesak jammed nya. Pastu orang ramai lagi. Sesak. Ergh.'

"Ehem! Jauh menung? Fikir apa tu? Fikir fasal masa depan kita ke?" Soalnya dengan nada menggoda. Iqah sudah merasa tidak selesa dengan lelaki itu.

" Eh! Kau Paan, aku ingat sape tadi." Ingat menundukkan pandangannya.

"Dah lama awak tak balik sini kan? Rindu saya dekat awak. Awak tak rindu dekat saya ke?" Dia melihat wajah Iqah dengan penuh minat.

"Saya nak masuk dulu. Bye" Iqah meninggalkan lelaki itu.

"Ergh.. Kenapa kau tak pernah bagi aku peluang? Susah sangat ke nak bagi hati kau kat aku? Aku tau aku kerja kampung tapi takkan itupun kau nak pertikaikan?" Sedang Paan cakap seorang tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk bahu kirinya. Terkejut dibuatnya.

"Bila kau sampai sini Paan?" Soal lelaki tua itu.

"Eh Tok andak. Ya ampun terkejut saya. Ingatkan siapa tadi. Lama juga kat sini. Ada hal nak bincang dengan Nek andak."

"Aik? Nek andak je? Aku tak de?" Paan hanya tersenyum kekok.

"Dah lah aku masuk dulu."

"Tok." Panggil paan.

"Apa kau." Bunyi kedengaran seperti marah tapi tak pun sebenarnya.

"Saya nak tanya ni."

"Apa?"

"Iqah tu dah habis belajar kan? Dia pernah cakap tak nak sambung dah kan? Nak terus cari kerja kan?"

"Ha apahal?" Paan hanya mengangguk dalam hatinya lagilah berbunga-bunga.

"Em Tok. Dia takde pakwe ke?"

"Mana aku tau! Banyak pula soalan kau eh?! Kalau tak de pun, ko tak yah menggatal dengan dia. Aku tau taste cucu aku macam mana. Lihatlah seperti atuknya. Huh! Dah aku masuk dulu." Paan menggeleng kepalanya.

"Haih orang tua ni. Nasib tak lama lagi jadi keluarga. Haih. Dengan keluarga dia semua aku kenal. Semua aku rapat. Cuma dia sorang je. Susah betul kau nak buka hati kau untuk aku, kan?" Dia menghidupkan enjin motosikalnya dan pulang ke rumah.

"Nek. Kita balik dulu eh?" Iqah cium pipi neneknya dan menyalami tangan itu. Tindakan yang sama juga dia lakukan kepada atuknya pula.

"Hati-hati bawa kereta tu." Pesan neneknya. Iqah balas dengan senyuman.

Maka dengan itu, kereta Myvi berwarna merah itu pun keluar dari perkarangan rumah mereka.

___________________________________________

Tiba di rumah~

"Assalamualaikum." Katanya perlahan.

"Waalaikummussalam." Jawab ibunya. Masih sama tiada sebarang reaksi yang ceria.

"Eh kakak! Balik juga kau. Jom makan sama-sama!" Ujar adik lelakinya.

"Kau makanlah dulu Mat. Aku nak mandi dulu. Kalau kau nak makan dengan aku, tunggu pukul 7 nanti." Iqah terus menguak dedaun pintu biliknya dan menghempaskan tubuhnya di atas katil.

'Haih! Kenapa ibu jadi macam tu eh? Diam je. Kalau tak, tak berhenti membebel. Ayah pun sama. Asyik keluar jumpa kawan je. Kenapa?! Haih ya Allah! Kenapa dengan keluarga aku ni? Makin pelik. Maki. Sesuatu. Nak tanya tapi entahlah. Aduh! Dah lah nak mandi.'

Ye. Keluarga Iqah sudah menjadi semakin diam. Ibunya kelihatan seperti ada masalah. Ayahnya? Malam nanti baru balik. Waktu orang dah tidur.

Iqah mengambil tualanya dan bajunya dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri.

20 minit kemudian....

"Segarnya!" Ujar iqah sambil mengeringkan rambut perangnya dengan tuala.

"Hah kak. Jom lah makan. Lama betul kau mandi. Kata pukul 7. Huh." Iqah mengangguk tanda setuju.

"Adik dah ambilkan nasi."

"Jom makan." Ujar Iqah dengan ceria.
Iqah mencapai sudu dan mencedok lauk itu ke dalama pinggan.

"Ibu dah makan ke, Mat?

"Dah kot. Entah aku pun tak tahu. Tapi ibu tengah solat."

Iqah menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Kau tau tak, kak? Ta--

"Tak." Pantas Iqah menjawab.

"Dengarlah ni mangkuk. Tadi kan..aku skor 4 mata wooo!! Bangga siot aku!"

"Ah kau! Kau tahun ni nak UPSR! Ingat tu! Belajar!" Adiknya mengajuk kembali kakaknya. Iqah dah biasa dengan sikap adiknya itu.

"Muhammad Rayyan Ziqri! Kang aku gigit otak kau kang!" Adiknya tergelak dengan tindakan kakaknya.

"Dah makan! Lepas ni aku nak buat kerja!" Arah Iqah.

___________________________________________

Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam. Iqah sudah menyiapkan tugasannya. Dia mencapai telefonnya dan membuka aplikasi WhatsApp.

"Aik sape lak yang mesej aku ni?"

Assalamualaikum. Hai! -x

"Mangkuk mana yang chat aku ni? Nak balas ke? Balas je lah"

Waalaikummussalam. Ni sape eh? - Iqah

Cuba teka. - x

"Eh boleh pulak dia main teka-teka dengan aku?!"

Entah. Tak tau. Cakap sebelum aku block kau. - Iqah

Eh! Janganlah! Yelah saya bagi tahu! - Iqah

Ni saya lah Paan.- Paan

"Eh! Mana pulak mangkuk ni dapat nombor aku?!"

Mesti awak tertanya-tanya kan mcm mne saya leh dapat nombor awak? Saya dapat dari member saya. Jangan marah aaaa. - Paan

Iqah hanya melihat skrin telefon pintarnya. Dia sendiri pun tidak tahu nak balas apa kepada lelaki itu.

Aku nak tidur. Bye. - Iqah

Good night! Sweet dreams, sayang!

"Ya Allah! Kau tolonglah hambamu ini!" Iqah tidak membalas mesej daripada lelaki itu.

___________________________________________

Keesokan paginya~

6:00 a.m.

"Tet tet tet tet tet!" Bunyi jam telah mengganggu lena Iqah.

"Huarghhhhhh!! Haih...eh jap! Apasal macam.......aku dah agak dah! Haish! Tak pasal pasal aku nak kena cuci tilam, cadar! Ergh! Macam mana aku boleh lupa?! Tulah busy sangat sampai tak ingat tarikh!" Iqah bangun dari perbaringan dan mencabut cadar kemudian mengambil tuala yang tersidai cantik di atas palang itu.

Selesai saja Iqah membersihkan diri dan mencuci segala urusannya tadi. Dia terus mengejutkan adiknya. Langkahnya diatur menuju bilik adiknya.

"Mat. Ouh Mat. Bangun woi!" Iqah menampar lembut pipi adiknya.

"5 minit."

"Okay 5 minit! Kau tak bangun juga lepas tu, aku tak teragak-agak nam campak kau masuk dalam kolah tu! Kau bukannya berat pun. Jaga kau eh!" Iqah keluar dari bilik adiknya.

Seperti biasa dia mahu masak sarapan. Kalau tak masak nanti Rayyan tak nak pergi sekolah ataupun dia akan buat hal pagi tu. Nasib adik kalau tak, tak tau apa yang jadi.
Menu yang akan dimasaknya adalah nasi goreng.

"Kau masak apa wei pagi ni?" Tiba-tiba ada suara serak yang datang menanyakan soalan. Iqah yang sedang menuang minyak ke dalam kuali terkejut.

"Uish kau ni! Aku masak nasi goreng je! Dah kau pergi mandi pastu solat!" Ujar Iqah. Rayyan pun menuju ke bilik air untuk mandi. Nasib dia sudah menyiapkan bahan dari semalam jadi tak de lah dia kelam-kabut sangat kan..

___________________________________________

"Cepatlah! Kau ni pagi-pagi cuba cergas sikit! Jalan macam Zombie! Terhuyung-hayang! Kau tu lelaki tau! Cergas sikit!" Ujar Iqah seperti komander.

"Diamlah kau." Balas adiknya dan masuk ke dalam kereta. Dan sambung lenanya kembali. Iqah mengulingkan matanya

Adik dia ni bersiap mengalahkan perempuan! Lama betul dia siap. Sampai Iqah boleh ronda-ronda lah satu kampung sebelum hantar dia pergi sekolah.

Pedal minyak ditekan dan meluncur di atas jalan raya.

ENJOY YOUR READING! DON'T FORGET TO VOTE YE SAYANG II KU SEKALIAN! KALAU ADA SALAH MOHON MAAF DAN TEGURLAH OKAY! BYE!

Continuar a ler

TambΓ©m vai Gostar

203K 8.6K 22
βˆ΄β”β”β”βœΏβ”β”β”βˆ΄ ΚŸα΄€ ᴄᴏsα΄€ ɴᴏsα΄›Κ€α΄€ ELLA AURORA PARMENOVA β˜…β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β”β˜… Ratu Bidadari bagi dunia Mafia. Dia berdarah kacukan German dan Itali. Dia seor...
469K 24.8K 68
COMPLETED ' follow dulu, baru baca au πŸ•Š ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - AyrΞ± Ivy - seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurny...
84.9K 2.8K 18
Selepas membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan dengan pilihan hati,kerana dikhianati kawan yang amat dipercayai,Luna telah membawa diri...
780K 31.9K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...