17

100 13 5
                                    

Semua berada di airport menunggu kepulangan yang entah kebetulan atau apalah itu Chanbeak,Hunhan dan Hanhwan di airport. Mereka semua menunggu dengan sabar tap kecuali untuk Jin.

"Ieshh! Lamanya diorang ni! Penat tahu tak!" Jin mengomel dengan pipinya penuh dengan roti. Dekat situ semua memandang dia comel. Baik orang awam atau kawan Namjoon. Tidak disangka pengawas yang dulunya garangnya minta ampun sekarang macam budak kecik.

Dan apa yini?! Namjoon yang dulu suka berfoya-foya. Selalu kena hukum menjadi lebih matang?! Dunia sudah confuse sekarang. Termasuk sahabat Namjoon dan Jin juga. Betulah orang cakap. Makin tua makin manja.

"Kau jangan nak kutuk aku Suga." Tetiba nama Suga dipetik. Terus Suga menoleh termasuk Jimin. Setahu mereka mulut Suga dari tadi tertutup. Serupa tak bernyawa namja tu.

"Joonie! Dia kutuk hyung!"

"Bila? Joon tak dengar pon?"

"Dia kutuk dalam hati. Dia cakap makin tua makin manja. Dia ejek hyung tua! Padahal tua setahun jer dengan dia. Tu pun hyung lahir dulu bulan 12. Kalau tak dah sama baya."

"Welcome back Korean!!!!"

"Yak Park Chanyeol! Mungkin baik kau diam dari memekak macam tarzan!"

"Yak! Kau dekat China memang tak belajar ker menghormati orang tua?!"

"Tah kau ni Hun. Kesian Chanyeol arobojie. Diakan sakit tua. Kejap lagi mampus! Then Baekhyung hyung akan kahwin dengan orang lain."

"DASAR KORANG! SINI OH SEHUN! KIM HANBIN!" Dan Namjoon berserta Taehyung dan Suga menutup muka untuk tidak mengaku ketiga namja yang sedang kejar mengejar kawan mereka.

Broken Promise

Diorang semua makan bersama di restoran milik Jin. Kesemuanya tersenyum dan tertawa mendengar cerita dari mereka semua.

"Korang,apa kata kita bercuti?" Cadang Suga tetiba. Namjoon menganggukan kepalanya. Dia tahu maksud tersirat dari Suga. Mereka semua seakan memikirkan sesuatu.

"Aku tak bolehlah. Aku balik ni pun sebab family aku ada buat holiday. Kau tahukan eomma aku." Kata Sehun menolak. Suga menganggukan kepalanya.

"Bin pun tak boleh. Bin kena daftarkan urusan Hwan dekat French. Sambung belajar."

"Aku pun rasa aku tak leh pergi. Baekhyun masih ada urusan dekat New York. Balik ni pun sebab nak panjangkan lagi passport dengan penetapan dekat sana." Suga mengeluh. Dia memandang pulak ke arah Namjin.

"Joon on jer. Asal benda free." Suga tergelak. Dia menoleh memandang ke arah Taehyung masih diamkan diri. Tidak berkata apapun. 

Taehyung yang rasa diperhatikan memandang Suga. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Sebagai tanda dia menolak ajakkan Suga untuk becuti.

"Kau takde alasan tetap. Aku boleh call appa kau suh cutikan kau." Kata Namjoon pulak. Taehyung mengeluh perlahan. Suga tersenyum kemenangan.

"Tapi ticket rasanya lebih kalau dah tolak diorang ni."

"Aku tahu nak bagi sape!" Tetiba Jin bersuara. Suga memandang Jin dengan pandangan tertanya. Begitu juga dengan yang lain.

"Hoseokie!" 

"Ouh ne Jin? Wea?"

"Jom holiday."

"Dengan kau? Dari aku jadi tunggul tak berdaun teman korang honeymoon,baik aku duk sini diam-diam."

"Jeballl....."

Broken Promise

Kesemuanya sudah berkumpul di airport. Jin hanya tersengih saat Hoseok menjelingnya. Dia tak nak ikut di paksa. Dah jadi nyamuk dia dalam pasangan berdua ni. Tapi Taehyung sorang?

Saat mereka sedang ingin menunggu pelepasan flight,mereka berdua terserempak dengan seorang namja yang sangat tidak di sangka. Tanpa di suruh dua kali Jin dan Jimin menghampiri.

"Jungkookie! Akhirnya kau balik. Passport kau mana?"

"Hyung? Hah passport? Ni. Kenapa?" Jin terus merampas dan beri kepada Jimin. Jimin berlari ke arah ticket dan membeli ticket yang sama dengan mereka. Jin hanya tersenyum saat Jungkook memandang dia pelik.

Tanpa berkata apa-apa Jin terus menarik Jungkook untuk memeriksa beg dan segala hal. NamGaTae hanya memandang dengan tanda tanya saja.

Selepas semua urusan selesai,Jin menarik Jungkook mendekat. Dia memandang ketiga namja berposisi dominan itu. Matanya lebih suka melekat ke arah Taehyung tentunya.

"Kook baru balik dari mana?"

"Dari LA. Kenapa hyung-deul dekat sini?"

"Kitorang nak holiday."

"Ouh...tapi kenapa Jin hyung dengan Jimin hyung check in passport Kook?"

"Ikut holiday sekali."

Tbc

Senior S2 (Make Me Smile) EndWhere stories live. Discover now