"Haerin noona."

"Auch sakitnya." Taehyung mengerang kesakitan sebaik saja Seokjin menghilangkan diri dari pandangannya. Dia baru saja dipukul oleh lelaki setan itu.

"Ni ubat. Sapulah. Dah melampau sangatlah Jin setan tu!" Haerin memberi ubat sapu serta plaster pada Taehyung.

Dia mula terasa geram akan kelakuan Seokjin yang langsung tidak berubah! Taehyung hanya memandang Haerin yang sedang membebel.

"Awak okey tak ni?" Tegur Haerin sebaik saja habis membebel.

"Sa...Saya okey je." Taehyung memandang bawah saja. Malu pula kerana merenung gadis itu lama.

"Nanti noona ajar dia ya." Senyuman segaris terukir di bibirnya itu.

Fikirannya mula terpadam dan melayang semula ke masa kini.

"Macam mana dia boleh jadi isteri Jin setan tu? Macam mana dia dapat dulu dari aku!" Taehyung bermonolog sendirian.

Persoalan ingin dia tahu masih belum dirungkaikan jawapannya. Matanya mula tertangkap figura seseorang yang baru saja berjalan bersebelahan dengannya.

"Noona? Tu noona kan? Dengan huhh anak dia. Noona!" Taehyung mula perasan wanita itu.

Dia menggulingkan mata sebaik saja terlihat Haerin bersama dengan anak lelakinya sekali.

Dia menganggap si kecil itu sampah seperti papanya, Seokjin. Taehyung tidak ketahui itu adalah anak hasilan Namjoon dan bukan Seokjin. Laungan mula memanggil wanita itu.

"Oh Taehyung. Lama tak jumpa. Tae apa khabar?" Haerin memberhentikan langkahnya. Persoalan mula ditanya pada jejaka itu.

"Khabar baik saja. Noona, noona buat apa dekat sini?" Giliran Taehyung pula menanya.

"Noona lawat adik angkat noona." Balas Haerin membuatkan lelaki itu ternganga mulut sedikit apabila mendengar apa yang baru dikatakan oleh wanita itu.

"Adik angkat? Bila masa noona ada adik angkat ni?" Persoalan mula dilontarkan. Dia tidak percaya apa yang baru saja dikatakan oleh Haerin.

"Ada lah. Ingat tak yang lelaki yang Tae gaduh haritu dekat taman?" Haerin hanya memberi clue membuat lelaki itu mengingati adik angkatnya itu.

"Gaduh dekat taman? Yahh! Lelaki gila tu ke adik angkat noona?" Taehyung amat terkejut sebaik saja fikirannya mula teringat wajah jejaka itu.

"Hey, jangan kata Jungkook macam tu. Dia tak gila! Dia sakit je." Bentak Haerin perlahan.

Dia cuba mempertahankan maruah Jungkook yang selalu masyarakat menganggap dia gila.

"Apa-apa lah. Noona jangan percayakan dia sangat. Dia tu tak betul. Kalau apa-apa terjadi dekat noona siapa susah, Tae juga susah." Tutur Taehyung memberi langkah berjaga-jaga.

"Tae jangan risau ya. Noona tak apa-apa." Haerin mengeluh sekali sebaik saja mendengar ayat yang dikatakan oleh Taehyung. Sudah terbiasa mendengarnya.

Taehyung mula terfikir satu idea bernas. Telefon pintar terus diambil dari koceknya itu.

"Noona, jom ambil satu gambar."

"Ahh boleh je."

Taehyung dengan sengajanya terus memegang pinggang Haerin perlahan dan juga membuat gaya yang boleh dikatakan curang bagi yang melihatnya.

Sebaik saja selesai mengambil gambar, dia mula berbisik pada hatinya.

"Kau tunggu Jin. Aku akan tunjuk ni biar kau rasa apa aku rasa. Aku nak tengok sejauh mana kuat. Biarlah orang kata aku ni perosak rumah tangga orang." Dia tersenyum sinis. Haerin mula menegur jejaka itu.

"Tae okey tak ni?" Tegur Haerin membuatkan Taehyung tersedar dari lamunan.

"Tae okey je. Tae balik dulu ya. Bye."

Lambaian diberi pada wanita itu. Dia hanya berjalan dengan perasaan bangga akan apa yang akan terjadi selepas ini.

"Omma, abang handsome tu okey ke?" Soal Namjin masih melihat figura lelaki itu yang hampir lesap dari pandangannya.

"Entah? Jom makan."

"Nae."

Namjin dan Haerin terus ke arah kantin hospital untuk menjamu makanan.

Taehyung mula ingati kata-kata Seokjin yang amat menyakitkan hatinya.

"Dah lah nerd! Ada hati pula pada Haerin! Hahahahha! Memang tak sedar diri betul budak ni!"

"Kau tu hanyalah tempat aku lepaskan kemarahan je! Kau dengan otak bijak kau tu hanya sampah saja bagi aku!"

"Dah tak guna cakap jelah! Tak payah nak tunjuk kuat dekat depan aku lah bodoh!"

"Kau kata aku bodoh masa aku lemah dulu. Sekarang, aku akan balas semuanya. Aku akan buat kau nampak lemah dan aku akan rampas Rin balik biar kau merana seumur hidup kau! Hahahaha! Biarlah aku nampak jahat kerana menjadi perosak rumah tangga orang janji puas hati aku untuk balas dendam!"

Dia berbisik pada hatinya. Kerana dendamnya dahulu, dia sanggup menjadi orang ketiga. Kini bermula lah permainan Taehyung untuk menghancurkan mahligai cinta yang dibina oleh Seokjin dan Haerin.

TO BE CONTINUE...

DONE UPDATE THIS CHAPTER FUH DAH NAMPAK KAN KEJAHATAN TAEHYUNG LEPASNI LAGI KEJAM YA! NANTIKAN...

ʙɪᴅᴀᴅᴀʀᴀ ᴋɪʀɪᴍᴀɴ ᴅᴀʀɪ sʏᴀɪᴛᴀɴ ᴷˢᴶ ᶠᵉᵃᵗ ᴶᴶᴷ.ᴹʸᴳ.ᴷᵀᴴWhere stories live. Discover now