#34#

86 34 1
                                    

Sudah masuk 4 botol lelaki itu meminumnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah masuk 4 botol lelaki itu meminumnya. Wajahnya mula kelihatan sudah tidak berdaya lagi. Haerin mula risaukan suaminya itu.

"Tuan, dah banyak sangat tuan minum ni. Nanti tuan pengsan pula minum banyak-banyak." Haerin cuba menegur lelaki itu yang masih meneguk air arak tersebut tanpa berhenti.

Seokjin memandang Haerin dengan panahan tajam.

"Aeri? Aeri hidup balik ke?" Soal Seokjin dengan wajah kemabukkan itu.

"Ae...Aeri?" Haerin amat terkejut sekali. Nama arwah rakannya itu disebut oleh lelaki itu sekali lagi.

"Aeri, asal lain muka Aeri. Nampak lagi cantik." Puji Seokjin. Pipi Haerin terus dibelai perlahan.

"Tuan salah orang ni. Aeri kan dah meninggal." Haerin terus menepis tangan lelaki itu. Dia tidak selesa pegangan tersebut.

"Aipp. Janganlah malu, Aeri. Panggil abang je. Tak suka lah panggil tuan tuan ni." Nadanya yang manja membuatkan Haerin rasa bersalah sekali.

"Tapi...tapi..."

Jari telunjuknya terus diletakkan pada bibir Haerin. Dengan perlahan dia membisiknya.

"You always be mine, Aeri." Ujar Seokjin membisiknya.

"Walaupun aku bukan Aeri, tapi aku suka Jin yang ni. Baik dan sweet. Kalau hidup ni adil, pasti aku bahagia. Aku ingin kebahagiaan seperti dulu masa aku bersama Namjoon tapi mengapa aku tak dapat kebahagiaan itu sekarang? Apa salah aku?"

Haerin mengenang nasibnya yang malang sekali. Kebahagiaan yang dimiliki pada dahulu semua berkecai sebaik saja Namjoon dan Aeri meninggalkannya. Haerin mula mengelamun.

"Aeri kenapa diam ni? Aeri tak suka Jin ke?" Soal Jin mula menegur wanita itu. Haerin mula tersedar dari lamunan.

"Bukan tak suka. Tapi..." Haerin tergantung ayat. Jin mula berfikiran lain.

"Ahh, Aeri nak tidur dengan Jin eh. Tapi Aeri malu nak beritahu kan?" Jawab Jin dengan yakin sekali. Satu senyuman mula terlakar dari si dingin itu.

"Eh bukanlah." Haerin amat terkejut dengan apa yang Jin katakan. Jauh benar dia fikir.

"Janganlah pasal tidur tu lagi. Cukuplah aku terseksa semalam sebab dia." Haerin memandang ke arah lain.

Dalam hati dia tidak mahu lagi bersama dengan lelaki itu. Traumanya semalam masih belum boleh dilupakan lagi.

"Aeriiii... Jin nak peluk Aeri boleh?" Seokjin mula berdiri tegak. Tangannya membuka luas menginginkan wanita itu memeluk tubuh sasanya itu.

"Eh ta...tak apa lah." Haerin menolaknya mentah-mentah.

"Nak juga! Aeri ni asyik-asyik malu je!"

Seokjin kelakuan seperti kebudakkan. Badan Haerin yang kurus terus dipeluk erat. Haerin hanya mampu membalas saja walaupun bukan kerelaan.

Ketukan pintu dari luar mengejutkan suasana romantis itu. Haerin memandang ke arah pintu tersebut yang sudah tahu siapa yang berada di sebalik pintu tersebut.

"Tu mesti abang. Tuan... eh abang, tunggu kejap ya." Ujar Haerin terus meleraikan pelukan beberapa saat itu lalu mengaturkan diri ke arah pintu.

"Abang."

"Rin. Sorry lah kalau lama sangat abang pergi. Ni Namjin. Dia kata dia dah penat bermain." Ujar Chanyeol meminta maaf pada Haerin.

Tangan si kecil itu terus dileraikan dari pimpinan tersebut.

"Ahh Namjin dah penat ya." Haerin terus berdiri sama tinggi dengan Namjin. Namjin tersengih kecil.

"Omma, tadi kan ramai kawan. Best tahu. Kalau omma ada, mesti lagi best." Namjin mula menceritakan keseronokannya. Haerin terus mengusap rambut si kecil itu sebelum beralih memandang abangnya itu.

"Terima kasih abang dan oppa Baekhyun sebab bawa Namjin jalan-jalan." Ucapan dari Haerin terlafaz dari bibirnya itu.

"Ahh no hal lah. Lagipun dah lama sangat uncle Yeol dia ni tak bawa dia pergi jalan-jalan kan?" Chanyeol tersenyum lalu mengusap rambut si kecil itu. Namjin tersengih geli akan usapan tersebut.

"Oh Chanyeol. Kau dah kenapa datang sini?" Soal Seokjin dengan wajah mamainya itu.

"Aku hantar Namjin balik." Balas Chanyeol padanya.

"Namjin? Siapa Namjin?" Soalan bodoh ditanya. Chanyeol mula kehairan dengan lelaki itu.

"Dia okey ke tak tu?" Baekhyun mula bersuara. Dia rasakan Jin seakan-akan berlainan.

"Aku rasa dia mabuk lah. Emm, ni anak kau lah. Aku balik dulu lah. Okey bye Rin...bye Namjin."

Lambaian terakhir dibalas sebelum Chanyeol mengheret Baekhyun mengikutinya. Dia tahu bahawa Seokjin sedang kemabukkan.

"Bye uncle Yeol. Bye uncle Baek." Namjin melambai pada dua jejaka itu. Harini adalah hari paling menggembirakan bagi si kecil itu.

"Aku ada anak rupanya dengan Aeri." Baru saja katakan, kepalanya mula terasa berat. Badannya yang lemah terus tumbang ke arah Haerin.

"Omma, papa pengsan lagi ke?" Soal Namjin yang baru saja melihat Seokjin sudah tidak menyedarkan diri.

"Papa pengsan. Namjin tolong omma angkat dia ya." Ujar Haerin meminta pertolongan dari anaknya itu.

Namjin hanya mengangguk faham. Tangannya yang kecil itu terus membantu ommanya mengangkat papanya ke dalam bilik neraka tersebut.

☁️☁️

Hoseok baru saja selesai membersihkan dirinya. Soalan mula dilontarkan menanya pada adik sepupunya itu.

"Naeun, ni nak hantar dia ke tak?" Soal Hoseok melaung dari ruang tamu supaya gadis itu kedengaran jelas.

"Hahh jomlah." Naeun terus memunculkan diri.

Hoseok mengangguk faham lalu terus ke arah biliknya untuk mengambil sesuatu sebelum berangkat ke hospital.

Jungkook mula tersedar dari pengsannya itu. Kelopak mata mula terbuka sedikit demi sedikit.

"Huhhh aku dekat mana ni?" Jungkook menanya pada dirinya. Lampu siling terus dipandang dengan mata masih berkabur.

"Hobie, dia dah sedar lah." Laung Naeun dengan teruja sekali. Tidak sangka lelaki itu tersedar sebelum mereka membawanya ke hospital.

"Siapa kau! Kau nak bunuh aku kan!" Jungkook mula tersedar sepenuhnya. Lalu terus duduk dan cuba mengundur sedikit jauh dari Naeun.

"Bertenang saya orang..."

Belum sempat dia ingin kata, Jungkook memotongnya terlebih dahulu.

"Kau tipu! Kau nak bunuh aku kan!" Jungkook masih mempertikaikan Naeun ingin membunuhnya. Jantungnya berdegup laju akibat ketakutan.

Hoseok datang ke arah Naeun dengan segera selepas mendengar jeritan tersebut.

"Naeun kenapa ni?" Soal Hoseok bergegas ke arahnya. Naeun terus memandang Hoseok dengan rasa bersalah.

"Kau Jin setan kan! Kau saja nak rampas noona Rin aku kan!" Jerkah Jungkook menyerang lelaki itu dengan tengkingan. Matanya yang serius memandang tajam pada lelaki itu.

"Kau salah faham ni...aku bukan..." Hoseok belum memberi penjelasan namun lelaki itu memotong lagi.

"KAU TIPU!"

TO BE CONTINUE...

DONE UPDATE DOUBLE FUHH!

SO ENJOY LAH BACA YA! MAAF LAMBAT PUB HISKK...

KALAU JIN SWEET MACAM TU TAPI DENGAN PANGGILAN HAERIN OKEY TAK KE KORANG NAK KEJAM LAGI HAHAHAHHA!

ʙɪᴅᴀᴅᴀʀᴀ ᴋɪʀɪᴍᴀɴ ᴅᴀʀɪ sʏᴀɪᴛᴀɴ ᴷˢᴶ ᶠᵉᵃᵗ ᴶᴶᴷ.ᴹʸᴳ.ᴷᵀᴴWhere stories live. Discover now