#37#

77 30 3
                                    

Haerin terlihat wajah Yoongi yang lesu kerana keletihan menunggu Jongho dan pencarian Jungkook semalaman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haerin terlihat wajah Yoongi yang lesu kerana keletihan menunggu Jongho dan pencarian Jungkook semalaman.

"Yoongi, awak baliklah dulu. Awak macam letih je?" Tegur Haerin membuatkan Yoongi tersedar dari lamunan. Lelaki itu terus memandang Haerin.

"Tak apa lah. Aku tak boleh balik selagi mereka tak sedar dan pulih. Aku takut Jungkook lari lagi." Tutur Yoongi sehingga dia tidak menyedari dia terlepas kata sesuatu.

"Lari?" Haerin mula hairan mendengarnya. Yoongi baru tersedar apa yang dia baru terlepas kata beberapa saat lalu.

"Alamak terlepas cakap." Yoongi menekup mulutnya. Dahinya terus diketuk beberapa kali.

"Jungkook lari ke haritu?" Soal Haerin semakin ingin tahu. Yoongi mengeluh sekali.

"Ya. Nasib ada orang jumpa dia semula dan bawa balik dia." Ujar Yoongi.

Kepalanya ditundukkan sedikit kerana rasa bersalah tidak menjagai Jungkook dengan sebaiknya.

"Syukur lah."

Haerin hanya mampu bersyukur saja.

☁️☁️

Seusai menyelesai memasak, makanan berlebihan dibalut pada bekas makanan untuk diberi pada seseorang. Senyuman terlakar di bibir merah cairnya itu.

"Kau nak pergi mana tu Naeun?" Soal Hoseok yang baru saja keluar dari tandas. Lelaki itu agak kehairanan dengan tingkah laku gadis itu.

"Aku? Aku...Aku nak pergi hantar benda." Ujar Naeun hanya memberi sebab namun ia bukan terperinci.

"Iya ke? Emm pergilah. Jangan pulang lambat!" Tutur Hoseok. Naeun hanya tersenyum saja pada sepupunya itu sebelum kaki melangkah keluar dari rumah teres tersebut.

☁️☁️

Perut mula berkoroncong. Si kecil mula terasa kelaparan. Baju Haerin ditarik sedikit.

"Omma, Namjin lapar. Jomlah makan!" Ujar Namjin sambil mengusap perutnya yang mula bermain drum didalamnya.

"Bawalah dia makan, Rin. Kesian dia aku tengok." Yoongi mula bersuara.

"Yalah. Jom kita makan. Say goodbye to Uncle Yoongi." Haerin terus memimpin anaknya semula.

"Bye-bye." Namjin melambaikan tangan kecilnya pada Yoongi sebaik saja mereka mula berjalan.

"Senyuman Namjin mengingatkan aku pada Namjoon." Bisik Yoongi tersenyum melihat senyuman Namjin yang seiras seperti Namjoon yang dia kenali.

☁️☁️

Taehyung hanya berjalan saja sambil mengingati kata-kata Joshua. Fikirannya mula melayang memikirkan masa silamnya bersama wanita itu.

ʙɪᴅᴀᴅᴀʀᴀ ᴋɪʀɪᴍᴀɴ ᴅᴀʀɪ sʏᴀɪᴛᴀɴ ᴷˢᴶ ᶠᵉᵃᵗ ᴶᴶᴷ.ᴹʸᴳ.ᴷᵀᴴWhere stories live. Discover now