#43#

143 30 6
                                    

Mimpi yang tidak diundang mengejutkan dirinya untuk menyedarkan semula ke dunia realiti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mimpi yang tidak diundang mengejutkan dirinya untuk menyedarkan semula ke dunia realiti.

"Dah pukul berapa ni? Pukul 6 huhh awalnya aku sedar huwarghh!" bebel lelaki itu sendirian.

Mulut mula menguap sekali kerana agak letih walaupun sudah cukup rehat. Matanya mula tertarik dengan figura seseorang sedang menyandarkan kepalanya pada sofa yang diduduki oleh lelaki itu.

"Rin? Dah kenapa dia tidur sebelah aku ni?"

Jin mula hairan melihat wanita itu masih diulit mimpi indah di sebelahnya itu. Satu bisikkan mula menarik perhatiannya untuk mendengar.

"Aeri maafkan Rin ya sebab tak boleh jagakan Jin dengan sebaiknya," bisik Haerin dengan sayu sekali.

Ya, dia masih diulit mimpi indah. Ia semua hanyalah hayalan dalam mimpi yang sedang bermain di fikirannya.

"Sampah ni dah kenapa cakap sendiri?" Jin semakin hairan melihat gadis itu bertutur sendirian dengan mata masih tertutup ketat.

"Aeri, Namjoon, Rin janji akan tunaikan janji korang untuk jaga dia," ujar Haerin dengan perlahan. Satu senyuman mula terlakar di bibir merah cairnya itu.

Jin yang melihatnya mula berdesah sekali. Senyuman nipis mula terukir sambil menggelengkan kepalanya itu.

"Hemm, dia mesti rindukan Aeri dengan jantan tu," monolognya sendirian sebelum kakinya mula bangkit apabila dari sofa tersebut dengan perlahan.

☁️☁️

Kelopak mata mula membuka perlahan. Keadaan sekeliling mula memandang dengan mata masih berkaburan.

"Huhh! Aku pengsan lagi ke?" soalnya pada diri sendiri. Kepala mula dipegang kerana masih terasa perit akibat pengsan tersebut.

"Yoongi hyung? Yoon..." Jungkook cuba mencari bayangan Yoongi namun akhirnya Jimin yang terpampar di depannya itu.

"Kau dah sedar rupanya Kook," Jimin mula bersuara. Satu sinisan mula terukir di bibirnya itu.

"Kau rupanya Jimin ketot," tutur Jungkook dengan selambanya.

Amarah lelaki itu semakin menaik. Kataan yang dikatakan oleh lelaki itu sungguh tidak boleh dimaafkan.

"Apa kau panggil aku?" Jimin cuba menanya lagi. Buku lima mula digenggam ditepi sambil cuba kawal kemarahannya itu.

"Jimin ketot? Salah ke?" Jungkook menjawabnya tanpa memikirkan perasaan Jimin yang bakal meletus tidak lama lagi.

"Memang salah, Jeon Jungkook!" jerkah Jimin hingga menampakkan uratnya pada leher mula terbentuk. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya lagi. Baju Jungkook dicengkam kuat.

"Jangan pe...pegang aku lah bo...bodoh!" Jungkook cuba menepis tangan lelaki itu namun semakin ditepis semakin kuat lelaki itu menggenggam.

"Kau memang layak kena cekik! Kau patut mati je tahu tak! Kalau jadi apa-apa dekat Ho, aku tak akan maafkan kau sampai kau mati sekalipun!" berangnya dengan sekuat sekali. Hampir sekeliling boleh mendengar kemarahan lelaki itu.

ʙɪᴅᴀᴅᴀʀᴀ ᴋɪʀɪᴍᴀɴ ᴅᴀʀɪ sʏᴀɪᴛᴀɴ ᴷˢᴶ ᶠᵉᵃᵗ ᴶᴶᴷ.ᴹʸᴳ.ᴷᵀᴴWhere stories live. Discover now