"Pregnant." Wajah ditundukkan, takut Rais marah.

"Tak makan ke pil yang abang suruh?"

Aisyah hanya menggeleng, matanya sudah berair, dengan nada suara begitu pasti Rais marah dengan dirinya.

"Ouh, takpelah."

"Eh awak nangis ke?" Terkejut Rais melihat wajah Aisyah dipenuhi air mata.

"Abang marah ke?" Soal Aisyah dengan air mata masih mengalir.

Rais berdiri lalu melutut dihadapan Aisyah, perut Aisyah dipegang lalu dicium.

"Sayang takut abang marah?"

Aisyah hanya mengangguk.

"Abang tak marah, abang suka. Dah, apa menangis ni? Tu Raisyah tengok ibu dia nangis, apalah."

Rais berdiri lalu memeluk Aisyah yang sedang duduk di kerusi meja makan.

"Rais gembira tau! Yeay, Raisyah dapat adik baru! "

"Betul tak marah?" Soal Aisyah sekali lagi.

"Marahlah jugak.." Jawab Rais selamba.

Tangisan Aisyah pecah sekali lagi, Rais terus tergelak besar. Raisyah yang sedang melihat turut tergelak dengan bubur yang menyembur-nyembur dari mulut.

***

"Pagi Tuan." Sapa Kaisara dengan senyuman.

Khalif turut membalas senyuman dengan menunduk sedikit. Sepanjang beberapa bulan bekerja dengan Kaisara, semuanya selesa dan kadangkala wanita itu sering membantunya.

"Harini Tuan Khalif hanya ada satu sahaja meeting waktu tengahari nanti, kiranya kita lunch sekali meeting, okay?"

Khalif terdiam, jadi harini tak bolehla ambil Hadi dan makan bersama keluarga kecilnya. Telefon dikeluarkan, sempat dirinya menyuruh Kaisara duduk dahulu.

Nombor Hanum ditekan, tak sampai beberapa saat sudah diangkat.

"Hello assalamualaikum."

"Boleh tak ambilkan Hadi tengahari ni? Saya ada meeting."

"Haah, okay bye waalaikummussalam."

Telefon disimpan kembali, sebenarnya selepas berkahwin dia yang selalu mengambil Hadi dan mereka akan makan tengahari bersama sebelum menghantar Hadi pulang ke rumah bersama pengasuh.

"Kaisara, tengahari ni jadi tapi kita meeting di restoren mana?"

"Dato Arsyad cakap di restoren cahaya."

Khalif hanya mengangguk, Kaisara turut berlalu pergi.

***

Dari jauh, raut wajah itu Khalif pandang. Mukanya kembali merah, tak tahu sama ada keadaan cuaca yang panas atau dirinya yang menahan kemarahan.

Tiba-tiba wajah itu berhenti dihadapannya.

"Assalamualaikum, saya wakil Dato Arsyad."

"Silakan duduk tuan.."

"Asiddiq."

Keadaan di meja makan terasa semakin tegang, wajah Khalif tak lari dari kebencian, melihat Asiddiq yang tersenyum rasa tak suka semakin membuak-buak.

"Kaisara, batalkan semua kerjasama kita dengan syarikat Dato Arsyad." Tegas arahan Khalif.

Kaisara tersentak, matanya melihat wajah tuan Asiddiq yang tersengih sinis.

"Dah jadi CEO syarikat, takkan terbawa-bawa benda lepas kot?" Sindir Asiddiq.

Khalif hanya diam. Kaisara yang melihat Khalif tidak bersuara mula membuka bicara tentang meeting.

Sejam lebih berbincang dan makan bersama, ketiga-tiga mereka mula berdiri, Khalif dan Asiddiq mula berjabat tangan.

Tanpa sedar tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Asiddiq.

"Aku minta maaf, Aiman, Amad, Idan, Paan semua minta maaf. "

Khalif mengeluh, bibir digerak perlahan menyuruh Kaisara masuk kereta dahulu.

"Aku tak nak marah, jadi lebih baik kau lepaskan pelukkan kau ni." Mendatar suara Khalif.

"Tolongla Khalif, aku minta maaf sangat dengan benda lepas."

"Aku sibuk, dan aku tak nak dengar benda lama. " Khalif meleraikan pelukan, namun baru sahaja kaki ingin melangkah, namanya dipanggil.

"Khalif?"

"Ayah!"

"Eh Siddiq?"

Hanum dan Hadi yang sedang berpimpin tangan menyapa pandangannya.

"Han..num?" Wajah Asiddiq terkedu.

Hanum semakin berseri, malah semakin cantik dan matanya beralih memandang kanak-kanak disamping Hanum.

"Ayah." Matanya memandang kanak-kanak itu berjalan kearah Khalif.

Jangan-jangan mereka dah?!

"Kau tak payah buat muka macam beruk boleh tak? Ni anak aku, Hanum isteri aku."

"Ouh ister.. what?!" Jeritnya terkejut.

Khalif mengeluh lemah, lelaki ini masih seperti dulu.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now