1 | Permulaan

1.9K 130 5
                                    


8 TAHUN YANG LALU..

Khalif menutup Al-quran, lalu dicium kitab itu kepala, hidung, dan dada. Perlahan nafas dihembus, harini hari terakhir di sini, pasti lepas ini dia akan merindui kenangan di sini.

"Khalif, kenapa termenung jauh?" Tegur sahabat sebiliknya, Hazwan.

Tersentak Khalif apabila disapa.

"Tidak, tidak ada apa-apa." Senyuman pahit dilemparkan.

"Anta takut nanti di sekolah baru, anta akan hanyut?"

"Tidak, ana cuma.. ana cuma.." Wajah Hazwan dipandang sebelum Khalif menundukkan kepala.

Nafas ditarik sebelum mengangkat kepala dan memandang tepat ke arah mata Hazwan.

"Ya ana takut, sangat takut Hazwan."

Dia telah menghabiskan masa di madrasah ini sejak umur lima tahun, dan kini dia terpaksa dikeluarkan atas desakan umi dan abi sendiri.

Abi mahukan dia untuk mengambil alih syarikat, jadi dia perlu ada kelulusan dalam pelajaran, oleh sebab itu abi dan umi menyuruh dia ke sekolah biasa dan mengambil Sijil Pelajara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

"Kalau anta sentiasa membawa diri dalam keadaan ingat Allah swt, tiada apa nak dihiraukan Khalif." Hazwan melemparkan senyuman sambil menepuk bahu sahabatnya.

"Di sana nanti jaga la diri, ana tak ada mahu menasihati anta macam selalu. Dan jangan lupakan kami semua di sini, ada masa datang la."

Khalif mengangguk, lalu tangan kembali melipat baju dengan rapi sebelum dimasukkan ke dalam beg galas dan roda. Berat rasa mahu meninggal semua ini. Entah apa yang membelenggu tetapi Khalif dapat rasakan, dunia luar itu sangat menakutkan.

***

"KHALIF!" Langkah kakinya terhenti. Terus kepala menoleh memandang gerangan tersebut.

Ah gadis ini lagi, tak pernah putus asa walau sudah dia tolak berpuluh kali?

"Ana dengar anta nak pindah?"

Khalif hanya mengangguk, malas mahu melayan atau memberi respon lebih. Cukup sekadar dia menjawab pertanyaan si gadis itu.

"Kenapa anta tak bagitahu ana pun? Anta tahukan yang ana.."

"Sudahla anti, berapa kali anti mahu ana ulang? Kita masih muda, kejar dahulu cinta Allah SWT. Bukan ana sudah pesan pada anti berkali-kali? Ana tak dapat membalas perasaan anti. Dan terpulang kepada ana juga mahu pindah atau sebagainya, anti tiada hak dalam urusan ana. Minta maaf sekiranya bahasa ana kasar pada pendengaran anti." Khalif menunduk. Tak mahu memandang wajah gadis itu.

Gadis yang bernama Kaisara menggenggam tangannya. Kenapa Khalif begitu sombong dengannya? Sering sahaja lelaki itu menolaknya. Tak akan tak ada sekelumit pun perasaan terhadap dirinya. Akibat sebal dihujjah begitu terus Kaisara melangkah pergi.

Khalif terus menyambung perjalanannya tanpa arah, sekadar pusing-pusing di madrasah. Takut, nanti rindu mahu melihat suasana madrasah yang tenang itu. Biarpun madrasahnya kelihatan sedikit kampung kerana masih menerapkan konsep kayu tetapi masih semua ini bakal menggamit kenangan.

Keluhan sekali lagi dilepaskan. Macam mana lah pelajar di sekolah barunya nanti dan bagaimana penerimaan mereka? Adakah dirinya akan dilayan dengan baik? Atau buruk? Ah dia sendiri pun tak tahu!

"Baguslah anta mahu pindah, tidak la ana sakit mata menghadap anta tahun ni, acah suci!"

Satu suara yang amat Khalif kenal, siapa lagi kalau bukan Qaiyum? Satu-satunya lelaki yang tak pernah puas hati dengannya, ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

"Tak ada lah nanti ustaz memuji je anta, macam la baik sangat!"

Khalif cuba mengawal diri dari menjadi baran, songkok dibetulkan, sabar Khalif, ini semua ujian.

"Ana tengah bercakap dengan batu ke?" Saja Qaiyum memanaskan suasana tegang itu.

Bagi Qaiyum, Khalif ini sama sepertinya, membaca Al-quran, solat lima waktu, solat sunat tak tinggal, tapi entah kenapa satu madrasah memandang Khalif ini seperti malaikat yang tiada salah.

Dari kecil hingga ke besar, semua yang dilakukan Khalif semua indah di mata warga madrasah. Siap menjadi kegilaan gadis di sini, konon suami idaman puih!

"Sudah lah Qaiyum, ana tak ada masa nak bertengkar." Terus Khalif mengangkat kaki pergi dari situ. Makin dia layan, makin jauh pula nanti situasi itu.

***

"DUKACITA saya ingin memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir bagi Ahmad Khalif di madrasah, kerana esok dia akan berpindah sekolah di sekolah biasa." Ucapan dari Ustaz Malik membuatkan suasana di dalam dewan itu bertukar bingit apabila para gadis mula bising.

"Senyap semua."

Suasana kembali sunyi sepi.

"Oleh itu ana mahu menjemput Ahmad Khalif untuk menyampaikan ucapan terakhirnya."

Khalif mengambil microphone yang dihulur, agak lama dia berdiam diri melihat wajah para ustazah dan ustaz, pelajar-pelajar.

"Assalamualaikum."

Seluruh dewan menjawab salam itu kecuali Qaiyum yang sedang mencebik menyampah.

"Ana Ahmad Khalif ingin memohon ampun sekiranya ana ada buat salah, mahupun mengguris hati antum semua tanpa disedari. Ana.. berharap kalian mendoakan ana diluar sana agar berjaya dan begitu juga ana mendoakan kalian. Jaga la nama baik madrasah ini.

Sekiranya antum semua memerlukan pertolongan ana, sudah ana berikan nombor ana kepada ustaz Malik. Terima kasih juga keatas semua ustaz ustazah yang mengajar ana serta terima kasih kepada sahabat ana Hazwan, dan terima kasih kepada semuanya di sini, err.. itu sahaja."

Cepat-cepat Khalif keluar dari dewan, dadanya yang berdegup laju dipegang, tak suka di khalayak ramai, dan tak suka dikenali ramai.

***

"BERAPA kali saya nak cakap dengan kamu Qayeed? Tahun ni kamu dah nak spm, kenapa tak terfikir nak ubah diri tu?" Bebelan dari Cikgu Zakiah hanya masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.

Mata dijulingkan ke atas, bebel apa aje lah pompuan ni. Getus hati Qayeed.

"Kamu jangan nak tunjuk sikap biadap di sini Syed Qayeed!"

"Cikgu tu jangan nak biadap! Saya dari tadi duduk diam, cikgu cakap saya biadap pula." Terus beg sekolah dicapai dan keluar dari kelas.

Memekak dan merosakkan mood paginya. Pergi sekolah nak belajar bukan mendengar si tua itu membebel. Bod*h betul!

Kaki laju menuju ke tandas, sampai sahaja di situ kotak rokok diambil dari poket lalu seputung rokok dihujungnya dibakar dengan pengetik api sebelum dihisap.

Hembusan demi hembusan tanpa sedar seorang gadis di hadapan pintu tandas memandangnya.

"Kau nak apa lagi Hanum? Tak pernah tengok orang merokok?" Kasar Qayeed menyoal.

Sekadar menggeleng dan terus Hanum hilang dari pandangan.

"Itu lagi seorang, saja nak mematikan mood pagi aku."

Sekali lagi pintu tandas dibuka dan sekonyong-konyong muncul sekumpulan murid lelaki yang dia kenali.

"Yeed! Kau ni merokok tak ajak pun. Minta sebatang,"

Qayeed hanya mendengus sebelum memberi kotak rokoknya. Sudah lama ahli kumpulan mereka bergiat aktif dalam aktiviti haram ini di sekolah. Dan kemungkinan selepas ini akan ada mangsa seterusnya untuk meneruskan aktiviti haram mereka.

"Ada budak baru nak masuk. Kau tahu?"

Qayeed tersenyum. Sinis.

"Dan itu dia serigala pun mengejar mangsa!" Jawab salah seorang sebelum mereka bergelak ketawa.

***

Edit : 10 Jul 2023

Sekadar makluman, saya akan edit secara berperingkat. Jangan risau, tak jejaskan jalan cerita pun :)

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now