Part 23

306 54 16
                                    

Jisoo membuka matanya perlahan-lahan. Dia memegang kepalanya yg terasa pening.

Dia memandang sekeliling.

Terkejut dia dibuatnya apabila menyedari dia bukan lagi berada di rumahnya. Dia kini berada di sebuah bilik yg kosong dan sunyi.

Hanya terdapat sebuah katil dan cermin.

Kejadian yg dasyat tadi mula bermain semula di fikirannya.

Dia segera berlari ke arah pintu untuk keluar namun pintu dikunci. Dia cuba menendang pintu itu beberapa kali namun tidak terbuka.

Dia mula panik. Di dalam bilik itu tiada apa yg dia boleh buat untuk selamatkan diri. Tiada tingkap, tiada benda tajam.. Hanya ada dia, katil dan sebuah cermin yg terdapat di dinding.

"A-ape saye nak buat sekarang ni.. " kata Jisoo semakin putus harapan.

"Jisoo-ahh~"

Sedang dia memikirkan idea untuk selamatkan diri, dia terdengar seseorang memanggil dia dari belakang.

Dia segera menoleh ke belakang dan terkejut beruk apabila ternampak Taehyung sedang tersenyum sinis ke arahnya.

"M-macam mane awak dekat situ?! " katanya dengan takut, mengundurkan sedikit dirinya dari Taehyung.

"Aku kan ade kuasa. Tak mengejutkan pun aku muncul dekat mane-mane. " kata Taehyung, berjalan menuju ke Jisoo.

"A-ape awak nak hah?! "

Taehyung menyengetkan sedikit kepalanya dan merenung Jisoo.

"Nak kau lah. " kata Taehyung dan mengenggam lengan Jisoo.

Jisoo meronta-ronta cuba untuk melepaskan genggaman itu.

"Lepaslah! " jerit Jisoo dengan geram.

"Comel kau marah-marah ni. " kata Taehyung.

Dia mendekatkan wajahnya ke arah Jisoo untuk mencium.

Belum sempat bibir Taehyung terkena pada bibir Jisoo, Jisoo memberi penampar percuma ke arah muka Taehyung.

Taehyung terkejut dengan tamparan itu.

"Jangan berani sentuh aku! " kata Jisoo dengan geram. Panggilan 'aku' akhirnya keluar dari mulut Jisoo.

Taehyung memegang pipinya yg ditampar. Dia menjeling Jisoo dengan geram.

Dia menarik rambut Jisoo dengan kasar, memaksa Jisoo memandang dia.

Jisoo menjerit sakit sambil cuba melepaskan diri.

"S-sakitlah!! "

"Kau dengar sini ehh. Kau sekarang dah jadi milik aku. Jadi kalau kau nak terus hidup, buat cara nak hidup. " kata Taehyung dengan geram.

Taehyung menolak Jisoo ke bawah menyebabkan dia tersungkur ke atas lantai.

Kepala Jisoo terhentak ke lantai. Jisoo mengerang sakit memegang kepalanya.

Dalam masa yg sama, Taehyung memegang dadanya. Sakit di dadanya datang lagi.

Dia mengurut beberapa kali dan kemudian merenung Jisoo semula.

Dia menarik rambut Jisoo lagi sekali. Jisoo menjerit sakit. Air matanya hampir mengalir.

"Lain kali, tolong hormat aku. Kalau tak.. "

"Aku akan buat isi kulit kau melecur macam yg aku buat pada Jin kau tuh. " bisik Taehyung, memberi amaran.

Taehyung menolak kepala Jisoo dan menuju ke pintu keluar. Dia mengeluarkan kunci dari poketnya dan membuka pintu.

Jisoo yg ternampak peluang itu cuba untuk berlari keluar namun Taehyung segera menutup pintu dan menyebabkan Jisoo terhantuk pada pintu dengan kuat.

Jisoo memegang kepalanya yg sakit dan perlahan-lahan duduk dengan lemah. Dia menangis sekuat hati.

Taehyung ketawa jahat mendengar Jisoo yg menangis.

Dia suka melihat mangsanya menangis dan terseksa di dalam bilik itu. Ianya membuatkan dia berasa lebih berkuasa dan kuat.

"Seronok tengok kau terburu-buru. Kita tunggu bila kau kebuluran pulak nanti. " kata Taehyung sambil tersenyum sinis.

____

Jisoo menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh. Dia tak tahu sudah berapa lama dia berada dalam bilik itu. Tiada jam, tiada tingkap yg boleh dia berhubung dengan dunia luar.

Dia seolah-olah terperangkap di dalam gua yg gelap dan sunyi.

Kenapa? Kenapa semua nih saye yg perlu hadapi? Kenapa semua nih berlaku pada saye? Apa salah saye sebenarnya?

Dia bercakap sendirian sambil mengelap air mata yg tidak henti-henti mengalir.

Dia melihat sekeliling bilik yg kosong itu.

Sunyi.

Keadaan ini sama seperti ketika dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Ketika segalanya yg indah dan sempurna, hancur dan musnah dalam sekelip mata.

Kenapakah nasib saye macam ni? Kenapa?!

Jisoo bangun dengan geram. Dia geram dengan nasib yg menimpanya. Dia benci akan diri sendiri.

Dia segera berlari ke arah cermin yg tergantung di dinding dan menumbuk ia sehingga pecah berkecai.

Dia mengerang sakit. Dia menumbuk kaca itu beberapa kali dan melemparnya ke lantai.

Dia menjerit sekuat hati.

Tangannya mula mengalirkan darah yg banyak. Dia jatuh terduduk dan menjerit sekuat hati. Dia menampar-nampar kepalanya dengan geram.

Dia harap dia mati sahaja dari terseksa sebegitu.

Dia menumbuk dinding dengan kuat beberapa kali.

Tangannya teramatlah sakit. Namun, dia berharap kesakitannya akan berakhir nanti.

Sedang Jisoo berperang dengan emosinya, pintu dibuka luas. Kelihatan Taehyung sedang berlari ke arah Jisoo sambil memegang dadanya.

Taehyung memegang bahu Jisoo dan memaksa dia berhenti namun Jisoo meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Hey! Jisoo, berhentilah! "

"Lepas!! Biar jelah aku mati! Bunuh aku! Bunuh jelah!! " jerit Jisoo dengan geram.

Taehyung menyandarkan dia ke dinding dan memaksa dia berhenti. Taehyung memegang kedua-dua belah tangan Jisoo agar dia berhenti meronta.

"Hey!! BERHENTI! " jerkah Taehyung dengan kuat.

Jisoo berhenti meronta dan menangis semahunya.

"Bunuh jelah aku.. Tolonglah.. Aku dah penat. " rayu Jisoo dengan lemah.

Taehyung membisu beberapa minit.

"Kau tak boleh mati. " kata Taehyung dengan perlahan.

"Kenape?! Untuk ape kau buat semua ni?! Bunuh jelah aku senang. " marah Jisoo.

Taehyung tersenyum sinis sebelum bangun berdiri. Dia mengutip serpihan kaca tadi dan menggunakan kuasanya untuk melenyapkan serpihan kaca itu.

Dia tak mahu Jisoo guna kaca itu untuk membunuh diri.

Taehyung memegang wajah Jisoo.

"Tak seronoklah bunuh kau sekarang. Aku baru jer nak menikmati saat kau terseksa. " kata Taehyung sambil tersenyum sinis.

Jisoo menjadi geram. Dia menjerit sekuat hati dan cuba memukul Taehyung namun Taehyung segera berdiri.

Taehyung meninggalkan Jisoo yg sedang menangis teresak-esak itu.

Dia mengunci pintu dan berdiri di hadapan pintu itu.

"Kau tak boleh mati. "

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒWhere stories live. Discover now