Part 2

565 93 20
                                    

Jisoo membuka matanya perlahan-lahan. Dia terasa dirinya sedang terbaring di atas katil. Nampaknya bekalan elektrik dah ada.

Dia melihat sekeliling sambil memegang kepalanya yg terasa sakit. Dia melihat jam.

2:40 a.m.

Masih awal untuk bangun.

"Ehh, kejap! Lelaki tu! " Jisoo berkata apabila dia teringat lelaki bermata kuning itu. Dia melihat sekeliling dan tiada kelibat lelaki itu.

Dia segera bangun dan mengambil kayu hoki miliknya. Dia mahu memastikan jika lelaki itu sudah keluar atau belum.

Dia berjalan dgn berhati-hati menuju ke dapur dan betul! Lelaki itu masih lagi berada di dalam rumahnya!

Jisoo mendekati lelaki itu dgn hati yg berdebar. Dia mengangkat kayu hokinya dgn tinggi, bersedia untuk memukul lelaki itu.

Baru sahaja kayu hoki itu hampir menghentak kepala lelaki itu, lelaki itu menoleh ke arahnya sambil memegang kayu hoki.

Jisoo melihat lelaki itu dgn ketakutan.

"Tak baik pukul orang. " lelaki itu tersenyum sinis dan merampas kayu hoki.

Jisoo mengeletar dan mengundur ke belakang.

Matanya. Nampak aneh.

"Awal jugak awak bangun. " lelaki itu berkata dan meletakkan kayu hoki itu di atas bahunya.

"M-mata awak.. " kata Jisoo dgn terketar-ketar.

"Kenapa? Cantik kan? " kata Jin sambil tersenyum.

"A-ape a-awak buat dekat rumah saye?! " Jisoo berkata dgn suara yg terketar-ketar.

"Hurmm, soalan yg bagus. Saya pun nak tahu kenapa saya dekat sini. Kenapa ehh? " kata lelaki itu sambil memuncungkan bibirnya.

"K-keluar dari rumah saya atau saya akan report pada polis! " Jisoo memberi amaran.

"Ehh, awak ingat saya nak sangat ke masuk rumah awak yg kecil ni? " kata lelaki itu dan duduk di atas kerusi.

"Jadi kenapa awak di sini? Keluar lah! "

Jisoo memandang lelaki itu dengan penuh meluat. Perasaan takut tadi bertukar geram.

"Oky, sebelum tuh, biar saya kenalkan diri. Saya--"

"Saya tak nak tahu pun nama awak! " jerit Jisoo dengan geram.

Lelaki itu kemudian menjeling Jisoo dengan tajam. Matanya yg aneh membuatkan bulu roma Jisoo meremang.

"Jangan potong ayat saya time saya bercakap ye. Jangan mencabar kesabaran saya yg masih berbaki ni." kata lelaki itu dan berlalu mendekati Jisoo.

Wajah lelaki itu betul-betul dekat dengan Jisoo. Pipi Jisoo terasa panas.

Dia mengaku, lelaki itu mempunyai wajah yg sangat tampan!

"Saya Kim Seokjin. Panggil Jin. " kata lelaki itu atau dikenali Jin.

Baru Jisoo ingin membuka mulut, Jin mencelah.

"Awak Jisoo. Kim Jisoo. Awak tinggal seorang diri. Bekerja sebagai pembantu restoran. Awak tiada sesiapa mahupun kawan, keluarga. " Jin berkata sambil merenung Jisoo dgn lama.

Jisoo terkejut mendengar kata-kata Jin. Macam mana dia tahu?!

"Tunggu, macam mana awak tahu?! " Jisoo berkata sambil berasa hairan.

"Saya bukan manusia biasa macam awak, Jisoo. " kata Jin dgn wajah yg serius.

Mata Jin mula bercahaya seperti tadi. Jin menutup matanya dan menoleh ke arah lain.

Jisoo memandang dengan hairan.

"A-awak oky? "

"Jangan pandang mata saya. " kata Jin cuba membelakangi Jisoo.

"Kenapa? " tanya Jisoo dengan hairan. Dia ingin tahu. Siapa dia sebenarnya?

Beberapa minit Jin membisu, dia kemudian menoleh semula ke arah Jisoo.

Matanya berhenti bercahaya. Namun, tetap nampak aneh. Seolah-olah bukan mata manusia biasa.

"Takde pape. Just, listen to me. " kata Jin lagi.

Jin terkekeh kecil apabila ternampak Jisoo yg sedang memejam mata dgn rapat.

"Kenapa awak pejam mata awak? "

"Awak cakap jangan pandang mata awak. " kata Jisoo.

Jin tersengeh lalu memegang wajah Jisoo. Dia mendekatkan wajah Jisoo dgnnya. Jisoo mula mengelabah.

"A-ape awak buat?! " kata Jisoo dgn gelabah. Matanya masih lagi tertutup rapat.

Jisoo terasa bibirnya dicium oleh Jin. Dia kaku. Tidak bergerak. Dia segera membuka mata dan menolak dada Jin dengan kuat.

"Apa awak buat ni?! Berani awak cium saya?! " jerit Jisoo dan memukul bahu Jin beberapa kali.

"Haa, buka pun mata. " kata Jin lalu ketawa.

"Awak yg suruh saya jangan tengok mata awak tadi!! "

"Bila mata saya bercahaya jer, sekarang tak kan? " kata Jin terkekeh-kekeh.

"Tapi tetap mata awak nampak pelik!! " jerit Jisoo.

Tanpa disedari, kata-kata Jisoo tadi membuat Jin kembali serius. Dia merenung Jisoo dgn lama.

"Don't you ever said anything about my eyes. " kata Jin dgn serius.

"O-oky. S-sorry. " kata Jisoo mengetap bibir.

Jisoo memandang lantai dgn lama dan kemudian melihat Jin.

"Siapa sebenarnya awak? Dan kenapa awak pecah masuk rumah saye? " kata Jisoo ingin tahu.

Jin kembali tersenyum. Dia menyengetkan sedikit kepalanya.

"I'm your husband. "

Jisoo ternganga besar. Apa dia merepek ni?!

____

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒWhere stories live. Discover now