Part 29

339 54 17
                                    

Tit...Tit...Tit..Tit...

Hanya kedengaran alat bantuan pernafasan Bird VIP Infant di dalam bilik itu.

Suasana kekal sunyi.

Kelihatan Jin masih lagi terbaring di atas katil hospital, tidak sedarkan diri.

Terdapat tiga orang yg setia berada di dalam bilik itu menunggu Jin untuk sedarkan diri.

Wajah mereka jelas menunjukkan kerisauan. Adakah Jin akan sedar? Mampukah dia bertahan?

Sudah 2 minggu Jin tidak sedarkan diri.

Jin telah pun membuat operation di perutnya. Doktor beritahu yg luka di perutnya agak serius dan berlaku perdarahan yg teruk.

Jika mereka tidak datang ke hospital lebih awal, Jin mungkin tidak akan berjaya.

Jimin dan Jennie berasa agak kesal kerana tidak membawa Jin lebih awal.

Namun, ada seorang lagi yg lebih kesal dari mereka berdua.

Dia kekal memegang tangan Jin dengan erat, berharap Jin akan sedar dengan segera.

Dia mahu mengucapkan terima kasih dan memeluk Jin dengan erat.

Tanpa awak, saye mesti dah lama mati haritu Jin...

____

Flashback :

Jin tersandar ke dinding tidak sedarkan diri. Tangannya masih lagi memeluk badan Jisoo.

"J-Jin hyung? " Jimin mengerakkan sedikit badan Jin namun dia tidak merespon.

Jimin dan Jennie mula panik. Mereka segera bangun dan ingin membawa mereka ke hospital.

Baru sahaja Jimin ingin mengangkat Jin, dia ternampak jari manis sebelah kanan Jin terdapat cahaya berwarna merah berbentuk cincin.

Jimin melihat cahaya itu dengan hairan. Cahaya ape tuh?

"Jimin!! " Jennie memanggil Jimin dengan terkejut.

"Ape? "

"Tengok ni! "

Jimin memandang ke arah Jennie tunjukkan. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak jari manis sebelah kanan Jisoo juga terdapat cahaya seperti Jin berbentuk cincin.

"Cahaya ape ni? " tanya Jennie dengan hairan.

Jimin menggeleng tanda tidak tahu.

"Saye tak tahu. "

Tiba-tiba, luka di dada Jisoo mula mengeluarkan cahaya yg terang. Jennie dan Jimin melihat kejadian itu dengan mulut yg ternganga.

Jennie segera mengundurkan dirinya ke belakang kerana terkejut dengan kejadian itu.

Semakin lama, cahaya itu semakin terang. Cahaya itu mengelilingi badan Jisoo.

Jimin terperasan sesuatu.

"L-Luka tuh! "

Jennie tertutup mulut tanda terkejut.

Darah yg mengalir dari tadi mula hilang sedikit demi sedikit. Luka di dada Jisoo semakin hilang.

Beberapa minit kemudian, cahaya itu mula hilang. Apa yg lagi mengejutkan, luka tembakkan di dada Jisoo hilang!

Hanya terdapat kesan-kesan darah yg masih ada di bajunya.

[𝘾] DIFFERENT ° ᴶⁱⁿˢᵒᵒOnde as histórias ganham vida. Descobre agora