。 •́ ❥ ( 30 ) ❥ •̀ 。

28.9K 812 81
                                    

🌻🌻🌻

Anne mengerling Eiden yang duduk bersandar pada kerusi empuk dan besar di hujung bilik besar ini. Julien pula berdiri berpeluk tubuh dan Lucas mengambil tempat di sebelah Eiden. Wajah serius mereka dan juga suasana keadaan bilik yang tegang benar - benar menaikkan bulu roma Anne.

Pertama kali dia menjejakkan kakinya ke markas rahsia mereka. Satu je perasaan dia, takut. Apabila dia melangkah masuk rumah agam besar ini, dia sudah dapat rasakan bahawa dia tidak akan selamat. Sebab aura dekat sini benar - benar rasa gelap dan menyeramkan. Melihat wajah yang tidak pernah dilihat dan seram itu, buatkan dia seperti melangkah masuk ke dalam dunia lain saja. Dunia yang penuh kegelapan, sekali masuk tidak akan jumpa jalan keluar.

Kecuali, Mike, lelaki yang dia jumpa masa di gym hari tu. Dia terbungkam melihat lelaki kacukan arab itu. Tidak sangka lelaki itu juga terlibat di dalam ini, tambah lagi lelaki itu mempunyai kepakaran untuk mengodam maklumat dan data. Bab IT memang serahkan padanya. Kelihatan Mike sedang duduk di hadapan komputer canggih yang besar itu.

Terkebil - kebil mata Anne melihat code yang tak pernah dia lihat dan tahu. Kalau boleh tak nak tahu pun, tengok saja nombor yang beribu itu sudah buat dia sakit kepala.

Lelaki yang bertubuh besar yang berbual bersama Julien di tenung kejap. Anne menelan air liur melihat revolver yang tersemat kemas di pinggang lelaki itu. Dia tahu, bukan lelaki itu saja yang mempunyai pistol. Semua yang ada di bilik ini dibekalkan sepucuk pistol. Mata di larikan memandang dua lelaki yang berada di hadapan pintu masuk bilik. Rasa kesat air yang ditelan melihat wajah lelaki yang berparut di matanya dengan lengan penuh dengan tattoo, tambah pula AR-15 di tangan mereka. Rasa macam sedang masuk ke dalam sangkar harimau saja. Semua melihat dia bagai mahu menelan saja. Bila – bila masa dia akan dibaham oleh mereka.

Anne menahan nafas dalam, dia rasa gementar sekarang ni. Tak tahu kenapa dia terjebak dengan semua ni. Nyawanya seakan melayang sekarang ni. Oh god, please let me out safely later.

"Kalau bukan mafia habistu apa?" Anne berpeluk tubuh berdiri di hadapan Lucas yang sedang menyarung jaket kulit hitamnya. Lucas tersenyum kecil, rambut Anne di gosok sebelum dia bergerak mengambil file di atas meja kerjanya.

"Erm, mafia always involve drug, strip, dirty money, kill people, and so on. But we don't, we don't do that kind of work. Our work is clean. So I don't find any word that suits what our doing right now."

Anne mengangguk, "So... You don't kill people, right?"

Lucas terdiam, "Well, sometimes?"

Pucat terus wajah Anne sehingga mengamit senyuman sinis dari Lucas. Apa yang kau expect? Mustahil kerja mereka tidak melibatkan 'darah'.

Bunyi hempasan file menyentakkan Anne. Dia kembali fokus pada tengah bilik, meja besar sudah dikelilingi dengan ramai orang yang terlibat dengan meeting mereka. Anne mula bergerak perlahan mendekati Eiden. Dengan Eiden saja dia rasa selamat, walaupun melihat wajah Eiden yang tegang tanpa senyuman buatkan dia kecut juga seperti yang lain. Pertama kali, dia rasa aura gelap pada Eiden. Sisi gelap yang disembunyikan oleh Eiden. Dia tidak percaya yang Eiden juga terlibat dengan benda ini semua.

Eiden mengangkat kepala apabila terasa sentuhan lembut di bahunya, bibirnya terukir senyuman nipis. Tangan Anne di tarik sehingga gadis itu terduduk di atas pehanya. Bulat sekejap mata Anne.

"Eiden, no!" Anne berbisik keras, dan cuba untuk bangkit. Dia malu dengan orang sekelilingnya yang memandang mereka dengan tatapan tajam.

"Stay,"

Rontaan Anne terhenti. Bulu romanya berdiri tegak mendengar suara garau Eiden yang dalam itu. Terus dia diam di pangkuan Eiden, takut dia aura Eiden sekarang ni. Lebih baik dia ikut saja rentak lepas itu balik cepat. Dia tak bersedia lagi nak hadap semua ni.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now