。 •́ ❥ ( 11 ) ❥ •̀ 。

46K 857 64
                                    

🌻🌻🌻

Anne mengangkat kepala apabila ketawa Eiden bergema sehingga ke ruang dapur ini. Dia sekarang berada di dapur membuat air untuk tetamu Eiden. Tapi tengok Eiden sedang bahagia bersama wanita itu buatkan Anne tak berani mahu menyela mereka. Jadi dia duduk seketika di dapur.

Tapi..

Anne membaca chat dan screen shot yang di hantar oleh Rachel sekali lagi. Chat ni buatkan dia terdiam. Dia terkedu dan terkelu semuanya. Terkejut pun ye. Sebab dia tak sedar betapa besarnya status sebenar Eiden.

Telefon di tangan kembali di telit. Gambar yang di hantar oleh Rachel di buka. News yang berada di top 1 now. Gambar Eiden bersama keluarganya. Tajuk besar di baca.

Eiden KarlHeinz, The Heirs of D'amico.

Rachel yang share benda ni, tapi gadis itu masih tidak tahu akan hubungannya dengan Eiden. Jadi dia hanya reply wow saja pada Rachel tanda dia kagum dengan Eiden. Tapi dalam hatinya. Siapa tahu?

Salah dia ke tidak ambil tahu tentang Eiden? No bukan tiada siapa yang bersalah dalam hal ini sebab mereka pun sudah berjanji mahu mengenal diri masing masing melalui hubungan ni. Jadi mungkin Eiden belum bersedia mahu menceritakan tentangnya. Jadi dia tidak boleh salahkan Eiden dalam hal ni.

Tapi..

D'amico.

Nama itu terlalu besar. Dia tahu nama gergasi itu. Eiden waris D'amico? Tiba tiba dia rasa kerdil di sisi Eiden. Umpama Eiden seekor gajah dan dia seekor semut. Dia terlalu kecil untuk berdiri di sebelah Eiden. Rasa tidak layak pula dia bersama Eiden. Buatkan dia merasa rendah diri saja. Siapa dia mahu berdiri megah di sebelah Eiden?

Dia tahu Eiden ni anak orang berada. Tengok saja diri Eiden sendiri sudah tahu tahapnya. Namun Anne tidak sangka Eiden lagi tinggi tahapnya dari yang di sangka. Apa perlu dia buat? Lebih - lebih lagi perkara ini boleh melibatkan media. Eiden kini sudah jadi tumpuan umum.

Mengetahui status Eiden lagi buat dia rasa gerun. Tambah lagi tetamu yang hadir itu. Valeria Cazacu. Isteri kepada Carstens D'amico, pemegang besar D'amico. Dan juga ibu kepada Eiden Karlheinz. Tiba tiba dia rasa gugup, gementar dan segalanya. Tadi masa mula - mula dia berhadapan dengan wanita itu tidaklah dia merasa apa - apa kerana dia tidak mengecam siapa wanita anggun itu.

Dan tidak pula Valeria menyoal siapa dia. Jadi dia berkelakuan seperti biasa melayan wanita itu sehingga Eiden keluar dari bilik dan dia beredar menuju ke dapur. Tapi sekarang.. Apabila dia keluar nanti, dia bakal berhadapan dengan keluarga besar D'amico. Walaupun Valeria kelihatan baik saja tadi tapi apabila Valeria mengenal siapa dia nanti? Adakah dia akan di benci? Kerana dia hanya gadis biasa.

"Baby?"

Terangkat bahu Anne mendengar suara Eiden yang menyapa dia tu. Dia terkejut. Anne mengangkat kepala memandang Eiden yang datang ke arahnya. Senyuman manis di hadiahkan kepada Eiden. Dia tidak mahu Eiden tahu yang dia sudah tahu statusnya. Takut Eiden tidak selesa pula. Buat masa sekarang dia perlu berjaga - jaga.

"Kau okay tak? Lama gila kau dekat dapur ni," Tegur Eiden, kepala Anne di kucup dan pinggang ramping itu dipeluknya dari belakang.

Anne menyembunyikan gugupnya dengan senyuman, "Saya okay je. Cuma tak nak ganggu awak dengan ibu awak."

Eiden diam sambil bibirnya mula mengucup leher Anne. Anne hanya berdiri dan membiarkan perlakuan Eiden itu. Tiba - tiba dia rasa takut pula. Lengan Eiden melingkari pinggangnya di pegang.

"Nanti mom awak masuk sini nanti, janganlahh.." Tolak Anne dengan lembut. Lengan Eiden di pegang dan di tepuk.

Eiden berhenti. Matanya memandang wajah sisi Anne yang menunduk menguis lengannya. Sekali lagi kepala Anne di kucup.

MISCHIEVOUSUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum