BAB 4

5 0 0
                                    

"Kau suka makan yang manis-manis? Patutlah kau tak minum kopi." seloroh Hani.

"Masa aku tinggal dengan ibu, memang aku tak dibiasakan minum Caffeine. Ayah aku je yang minum, aku pulak apa ibu aku makan, minum, itu jugak la yang aku dapat." ujar Jeffery.

"Patutlah kulit kau cantik. Tak macam kulit kitorang dekat sini, gelap, kering, yeah kecik-kecik dah pandai minum nescafe, kopi tu semua." balas Hani.

"Hmm, lepas SPM nanti last dah aku dekat sini tapi...aku nak tinggal dekat sini lama lagi." beritahu Jeffery.

"Best kan tinggal dekat kampung?"

Jeffery mengangguk.

"Ada setahun lebih lagi...nanti bila kau dah besar apa sangatlah dari bandar tu ke sini." seloroh Hani.

"Hmm, kau sambung tingkatan enam kan?" tanya Jeffery.

Hani mengangguk.

"Itu je la pilihan yang aku ada kalau aku nak terus belajar. Masuk kolej aku tak mampu." jawab Hani jujur.

"Aku ingat nak pujuk ibu aku supaya aku boleh sambung tingkatan enam dekat sini laa. Macamana?" tanya Jeffery.

"Kau tanya aku, mana aku tahu! Ibu kau tak marah ke, kan dia nak kau balik lepas SPM?" bidas Hani pula.

Jeffery mendengus halus.

"Tapi kalau aku balik, ibu aku nak aku sambung belajar dekat oversea. Lama, sorang-sorang pulak tu." gerutu Jeffery.

Hani menggaru-garu pipinya yang tidak gatal itu.

"Kalau macam tu, pujuklah ibu kau. Sambung tingkatan enam dekat sini pun best jugak, ada aku boleh teman kau!" balas Hani.

Dan wajah Jeffery yang suram tadi kembali bersinar. Dia mengangguk.




teaspoonheartteaspoonheart





Jeffery membuang pandangannya ke luar dinding kaca bilik tidurnya. Dia menghela nafas sedalam mungkin sebelum dihembus kembali.

Perbualannya dengan Ailee kembali mengetuk ruang memori.

"Selama I tak ada nanti, you gunalah masa tu untuk fikir masak-masak. I tak akan ganggu you atau desak you. Hani tu masa silam you, I ni...depends dengan keputusan you nanti sama ada I boleh ada masa depan dengan you atau tak."

Jeffery mengetap rahangnya. Ailee sudah cukup baik dengannya.

"Kenapa kau muncul sekarang, Hani? Berlagak seolah-olah kau tak ada buat salah dengan aku."

Nampaknya dia tidak boleh terus membiarkan Hani bekerja di ruangan yang sama dengannya.

Sesak nafasnya! Mendengar nama itu sahaja membuat hatinya gusar.

Dan juga dia harus memikirkan perasaan Ailee.

Dia menaip mesej di telefon bimbitnya lalu menghantar pesanan itu kepada Kun.

Dia sudah membuat keputusan yang muktamad.





teaspoonheartteaspoonheart






Hani melangkah ke bilik mesyuarat setelah mendapat mesej dari Kun. Pelik juga dia mengapa dia dipanggil ke bilik mesyuarat.

Dan saat dia menolak pintu bilik itu, dia mula berasa tidak sedap hari kerana bukan hanya Kun yang berada di situ, tetapi Jeffery juga.

TEASPOON HEARTNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ