BAB 2

13 0 0
                                    

Kun menarik nafas dalam-dalam sebelum menolak pintu dan melangkah masuk.

Perlahan-lahan dia menutup kembali pintu dan sumpah, dia berasa takut untuk meneruskan langkahnya.

Manakan tidak, Jeffery mengeluarkan 'aura hitamnya' saat itu!

"Jay..." tegur Kun seraya mendekati rakannya itu.

Kedengaran Jeffery melepaskan dengusan berat.

"Aku cuba untuk tak marah kau... walaupun kau tahu tindakan kau ni kebudak-budakan, kan?" Jeffery memandang Kun yang terkulat-kulat menarik kerusi di sisinya.

Kun menelan air liurnya. Dia sengaja untuk berada lama di bilik air kerana tidak mahu menyaksikan pertemuan di antara Jeffery dan Hani!

Merinding bulu romanya saat terbayangkan adegan itu!

"Aku pun terkejut...yelah, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dia muncul. Siapa yang tak terkejut, kan?" Kun cuba membela dirinya.

Jeffery meraup wajahnya.

"Tapi aku betul-betul tapis calon-calon hari ni dengan adil. Kau baca sendiri kan pengalaman kerja dia?" tambah Kun.

Jeffery mengetap rahangnya. Benar. Pengalaman kerja Hani bersesuaian dengan apa yang mereka perlukan saat itu.

Tapi...!

"Kau....kau tak marah dia kan?" tanya Kun, takut-takut.

Jeffery menoleh ke arah Kun. Wajahnya kelat.

"Kau rasa?!" bentak Jeffery sebelum bangkit dari tempat duduknya.

Kun mengusap dadanya pelan. Lega kerana Jeffery tidak mengamuk teruk!

Beberapa minit setelah Jeffery keluar dari bilik itu, Kun bangkit dari tempat duduknya dan keluar ke tempat para calon menunggu.

"Baiklah. Terima kasih kerana datang hari ni. Calon yang diterima akan dihubungi esok. Tahniah pada yang diterima dan untuk yang lain, semoga dapat pekerjaan secepat mungkin. Terima kasih." ucap Kun pada enam orang calon yang datang hari itu.

Dan sebelum dia beredar, dia sempat berpandangan dengan Hani.






teaspoonheartteaspoonheart







Jeffery masuk ke dalam bilik pejabatnya dan melihat ada sesuatu di atas mejanya.

Melihat dari cara bungkusannya, dia tahu itu dari siapa. Ailee.

-Sorry, lunch hari ni kita cancel yaa. I suddenly ada kerja. Love you! -

Kad kecil itu diletaknya ke tepi. Iced Americano itu dicapainya lalu dihirupnya.

Rasa dingin air itu terasa ke seluruh tubuhnya.

Tiba-tiba wajah Hani muncul di mindanya. Dan itu membuat dia tertawa kecil, sinis.

Apa agaknya reaksi Hani saat tahu yang kini kopi bukan lagi sesuatu yang dia tidak sukai?

"Just like you. I loved you, but now I hate you." ujarnya lalu kembali menikmati air berwarna hitam pekat itu.

"Jeffery..."

Tubuhnya kaku sesaat sebelum dia mengetap rahangnya. Dia mendengus kasar sebelum menoleh.

"Boleh saya masuk?" tanya Hani.

"Awak siapa nak senang-senang jumpa dengan saya?" tanya Jeffery sebelum melangkah menuju ke tempat duduknya. Dia melabuhkan punggungnya lalu memandang wanita itu.

TEASPOON HEARTWhere stories live. Discover now