"Tak sangkakan, sudah lama masa berlalu sejak kita kecil dulu," ujar Ian.

Aku melihat ke arahnya. Dapat dilihat satu senyuman terukir di mukanya.

"Macam tak sangkakan semua itu terjadi. Kau masih ingat tak macam mana kita berjumpa dulu?" Soalan Ian membuat aku tersenyum.

"Gila aku tak ingat. Kau lah orang paling gila pernah aku jumpa dulu," balas aku membuat dia tertawa kecil.

Masih segar di memori aku bagaimana kami berdua berjumpa ketika kecil dahulu. Kami berdua datang dari sekolah rendah yang sama, namun berlainan kelas.

Aku dahulu langsung tidak mengenali dia kerana aku jenis malas untuk sibuk hal orang lain. Apatah lagi si lelaki terkenal ini.

Namun satu kejadian membuat aku mengenali dia. Kejadian itu adalah ketika aku terpaksa menjadi pasangan dia dalam satu aktiviti sekolah.

Pada awalnya aku fikir kami hanya akan jadi pasangan dan lepas kami tidak akan berhubung lagi, namun fikiran itu jauh pergi.

Selepas aktiviti itu, entah kenapa aku boleh berkawan rapat pula dengan lelaki ini. Setiap kali waktu rehat, muka berdua memang selalu bersama.

Aku pada waktu itu aku adalah seorang yang sangat pendiam jadi kawan pun macam ada tidak ada sahaja. Tetapi bila Ian muncul dalam hidup aku, baru aku faham bahawa mempunyai kawan itu adalah satu perkara yang sangat indah.

Ingat lagi aku dulu, satu kelas terkejut apabila melihat Ian datang bercakap dengan aku. Ya lah, siapa tak terkejut apabila lelaki terkenal sekolah masuk kelas dan berjumpa orang yang macam aku ni.

Aku juga terkejut pada waktu itu. Hampir hubungan kami sudah tak ada apa-apa lagi sejak aktiviti itu, namun disebab peragai Ian ini membuat hubungan kawan kami berdua kekal sehingga kini.

Kalau bukan disebabkan aktiviti sekolah itu, rasanya kami berdua mungkin tidak akan kenal antara satu sama lain. Dan aku mesti masih lagi macam dahulu. Pendiam dan selalu keseorangan.

"Kau ingat tak dengan kes waktu kelas seni kita dulu?" Aku tersenyum memandang Ian.

"Mestilah ingat. Kau boleh pula sengaja tumpah cat demi tak nak lukisan kau di tengok orang," balas aku sambil tertawa.

Walaupun Ian ini boleh dikatakan sempurna tetapi ada sesuatu yang dia tak boleh lakukan iaitu melukis. Dia punya tahap lukisan memang boleh kalah buruknya dari budak sekolah rendah.

Dan ketika dulu dia sanggup tumpahkan cat atas lukisan sendiri sebab tak nak orang lihat. Gilakan lelaki ini. Nasib sahaja kertas itu sudah ditanda oleh cikgu, kalau tak memang habislah markah dia.

"Ketawa tu ingat juga orang. Aku sini sakit hati tau," nadanya seakan merajuk.

Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala ini. Sejak aku kawan dengan dia memang hidup aku seperti sudah tidak ada rahsia antara kami berdua. Kalau ada masalah mesti akan cerita antara satu sama lain.

"Cik," aku menoleh ke kanan aku apabila nama aku dipanggil.

Kelihatan Mary datang bersama perempuan itu membawa satu talam yang berisi air teh dan makanan ringan.

"Saya ada sediakan ini untuk cik. Cik makanlah sama tuan Ian," kata wanita itu sambil tersenyum.

Aku mengangguk lalu dia hidangkan ke atas meja di hadapan kami berdua. Mata aku hanya memandang tajam sahaja Jane yang seakan malu apabila berhadapan dengan Ian.

Dasar perempuan. Memang tidak boleh lihat lelaki kacak sedikit. Sudah mulalah peragainya nanti. Entah apa lagi benda salah yang dia akan lakukan nanti untuk tarik perhatian Ian pula.

"Saya minta diri dulu ya," ucap Mary.

Aku mengangguk lalu Mary berjalan pergi dari situ. Sempat aku menjeling ke arah Jane itu. Entah kenapa aku dapat rasakan dia ada rancangan dalam hatinya.

"Auch!" Tiba perempuan itu terjatuh dari tangga gazebo ini. Baru tadi aku kata, dia sudah buat salah. Satu hati tidak buat salah memang tidak sah.

"Kamu okay?" Ian tiba datang menghulurkan tangan kepada perempuan itu.

Sejak bila pula Ian berjalan ke situ. Sedangkan aku ini tidak terdetak hati untuk bergerak, tiba lihat Ian sudah ada di situ. Baik hati sangat lelaki ini.

"Maafkan saya, tuan. Saya tak lihat tangga itu tadi," ujar perempuan itu.

Ian tidak membalas apa-apa dan hanya tersenyum.

"Saya Jane, maid baru sini. Nama tuan apa?"

"Tak perlu tahu nama dia. Kau sambung buat kerja kau. Buat malu sahaja terjatuh depan tetamu," balas aku dengan rasa menyampah di dalam hati.

Sangat aku menyampah dengan perempuan itu. Boleh pula dia kenalkan diri walaupun Ian tak tanya. Memang sah dia sengaja buat rancangan untuk jatuh supaya Iah itu selamatkan dia.

Dia ingat, dia dalam dunia novel. Heroin jatuh, hero tolong lalu jatuh cinta sama-sama. Tak adalah semua itu dalam dunia ni. Dia tu penuh dengan lakonan dia.

"Sa-saya minta diri dulu cik Rechel," aku menjeling kepergian perempuan itu.

Ian pula sudah kembali ke duduk di hadapan aku. Mukanya ditunjukan seperti tidak bersalah sahaja.

"Kau ni dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal Ian.

"Rajin betul kau tolong dia," balas aku dengan nada tidak puas hati. Entah kenapa aku sakit hati melihat Ian menolong perempuan itu tadi.

"Kenapa? Jealous je?" balasnya dengan senyuman senin.

"Buat apa aku nak jealous. Kau tahu tak perempuan tu lah yang aku kata maid tak berguna tu."

Lelaki itu tertawa. Ada benda lawak ke yang aku kata tadi? Rasanya tak.

"Aku tolong tadi bukan sebab iklas pun, tapi sebab aku nak pasti sesuatu."

"Kau nak pastikan apa?"

"Cara dia terjatuh. Tangga tu tangga menurun macam mana pula dia tak boleh nampak. Lainlah kalau tangga menaik tadi, bolehlah tersandung tangga tu. Lagipun kaki dia tadi memang salah posisi untuk jatuh," terang Ian.

Tahu rupanya. Ingatkan tadi sengaja jadi budak baik. Macamlah aku tak tahu bahawa Ian ini bukan jenis budak yang baik sangat.

Mungkin depan orang dia seperti malaikat tapi belakang macam-macam dendam dia simpan. Sama kes seperti Eva dulu.

Dulu hampir setiap hari aku dengan dia membebel pasal Eva dekat aku. Nasib sahaja sudah selesai. Kalau tak memang berdarah telinga aku dengar bebelan dia.

"Kau ni nak jealous agak-agaklah. Kau sendiri tahu aku bukan lelaki yang suka perempuan macam tu."

"Sejak bila pula aku jealous. Aku just tak suka perempuan tu," aku menentang pernyataannya.

Lelaki itu tertawa, sedangkan aku di sini masih sakit hati dengan usikan dia.

Ian tu jauh lagi muda dari kau pun, kau nak juga

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Ian tu jauh lagi muda dari kau pun, kau nak juga. Gatal betul perempuan tu. Memang pantang tengok lelaki kacak sikit.

Silent Melody [✔️]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu