2 | Idlan Hyqal's POV

Start bij het begin
                                    

"Ah, saya tak drink." Aku menolak lagi.

"What? Hmm, okeylah, abang, satu beer, satu soda okey." Emily menukar pesanannya lalu memandang aku semula dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

Aku membalas senyumannya. Memang aku tak pernah pergi clubbing sebelum ni atau main perempuan macam Thakif, tapi aku bukan budak baik. Daripada kerja aku pun dah jelas. Aku ni seorang hacker. Scammer, fraud, you can call me all that! Aku tak kesah sebab memang betul pun. Email yang aku hantar tadi tu bukan email biasa-biasa tapi itu email phishing untuk ransomware attack! Itulah antara cara aku buat duit ribu-ribu dengan mudah dalam masa sehari.

Nama aku Idlan Hyqal. Member panggil aku Hyqal. Macam mana aku boleh terjebak jadi seorang hacker ni, semuanya bermula masa aku Tingkatan 5, selepas aku dikeluarkan daripada sekolah MRSM Kuala Kubu Bharu waktu akhir Tingkatan 4. Dari Form 1 lagi aku masuk sekolah MRSM sebab result aku yang cemerlang dalam UPSR dan kekal sampai PMR sehinggalah suatu hari sewaktu Peperiksaan IGCSE masa aku Form 4, paper Math, aku terkantoi meniru kawan aku yang duduk meja sebelah.

Dia kawan baik aku ataupun aku cakap ex-kawan baik aku. Itulah pertama kali dan kali terakhir aku meniru waktu exam seumur hidup aku dan peristiwa itulah juga yang telah memberi impak yang sangat besar dalam perubahan drastik hidup aku sekarang. Daripada pelajar cemerlang kepada penipu, daripada anak kesayangan kepada anak terbuang.

Sekali tu je aku meniru, orang dah cop aku selama ni score exam sebab meniru. Mak ayah aku yang selalu bangga-banggakan aku depan student lain mengalami rasa malu dan penghinaan terbesar dalam sejarah hidup diorang. Mak ayah aku cikgu dekat MRSM tempat aku belajar tu. Abah aku ketua cikgu disiplin, mama aku pula cikgu Math senior. Mahu tak malu besar diorang? Anak yang diorang bangga-banggakan selama ni dah menconteng arang dekat muka diorang! Dalam exam besar pula tu bukan test kecil-kecil!

Tapi macam manapun, aku tetap tak rasa aku selayaknya dihukum macam ni sekali sebab kesalahan tu. Nak tahu apa hukuman aku dapat? Aku terus dipindahkan ke sekolah SBP kawasan pedalaman dekat Lahad Datu, Sabah. Sampai Sabah kot diorang campak aku! Ada seorang pakcik aku yang stay dekat sana. Diorang kirim duit setiap bulan tapi mama dengan abah tak pernah sekalipun jenguk aku dekat sana.

Dengan kurangnya perhatian terhadap diri aku, setiap weekend bila outing, aku akan lepak cyber cafe dengan kawan-kawan aku, dari situlah aku terjumpa, berminat dan mula belajar tentang skill-skill hacking ni. Awalnya aku self-learning je melalui website-website hacking tutorial. Sampailah aku dah jadi expert macam sekarang. Bila dah ada basic skill, yang advanced tu aku explore sendiri je.

Orang cakap hacking ni about talent and skill. Tak semua orang boleh belajar. Thankfully I got all of that, jadi aku pun akhirnya berhasil menjadi seorang hacker berjaya.

Lepas habis SPM pun abah dan mama masih tak nak aku duduk dengan diorang lagi. Setelah selesai Asasi, aku sambung belajar Degree course Software Engineering dekat UM. Inilah salah satu faktor yang membantu memantapkan lagi skill hacking aku. Lepas aku berjaya buktikan yang aku masih boleh score dan dapat Anugerah Dekan lepas diorang dah buang aku dengan TAK MENIRU, barulah diorang nak panggil aku balik rumah semula.

Tapi aku dah tak rasa nak duduk rumah yang cuma nak aku jadi "puppet" untuk tunjuk kejayaan mama dengan abah lagi dah! Tak cukup untuk pamer dekat saudara-mara dan kawan-kawan diorang, sesama adik-beradik pun kitorang kena bersaing untuk tunjuk siapa yang paling pandai, paling berjaya! Aku bosan dah hidup jadi puppet diorang! Sekarang masa untuk aku buat pilihan hidup aku sendiri dan aku sekarang dah berjaya dengan pilihan aku sendiri!

Playboy Squad: The UndercoverWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu