Okoro

31 1 0
                                    


Langit-langit malam walaupun gelap cahanya gemilang. Serpihan cahaya siang menyinarkan bintang-bintang yang terapung. Sesekali butir bintang ini beralih tempat. Meninggalkan ekornya yang panjang. Kerlipan cantik. Bertambah cantik dengan kehadiran kelip-kelip yang muncul di sekeliling.

Langit malam menyerlahkan seribu rahsia alam.

Namun bukan hendaknya niat Okoro melihat keindahan bintang-bintang di waktu malam. Setiap malam dia berharap akan susuk cantik itu turun dari langit. Ponompulan, dewa jelita dari kayangan. Disayangi seluruh manusia.

Itulah susuk yang sering orang-orang lama ceritakan. Sering dijaja ibunya menjadi pembuai mimpi. Cerita baik-baik tentang Ponompulan sering membuat dia teruja. Seringkali Okoro membayangi kelibat Ponompuan ada di sekitarnya. Bermain di gigi sungai atau di padang huma.

Okoro mengeluh berat. Bukan sahaja keinginannya ingin bersua muka dengan dewi kayangan itu, dia juga mahu Ponompulan menyelamatkan umat bumi yang kian kebuluran. Kemarau panjang yang berlarutan membunuh banyak tanaman juga hidupan. Kemurkan Kinoingan menghukum manusia-manusia ini sehingga sekarang bagai tiadak kesudahan.

Tanah tidak subur,

Hujan tidak turun,

Matahari kian terik,

Semuanya membunuh alam.

"Okoro balik rumah nak, malam semakin pekat. Di luar tak selamat" Jerit ibu Okoro dari rumah panjang.

"Baik mak"

Laju kaki kecil ini berlari meninggalkan padang huma. Lari mendapatkan ibunya yang menanti di kaki tangga.

"Ponompulan, mana kamu wahai dewi cantik"

Kebiasaan pagi masing-masing turun bertani mengerjakan tanaman padi. Malangnya sudah berbulan-bulan tanaman huma mereka tidak mendatangkan hasil. Sepatutnya bulan itu adalah bulan menuai hasil namun bulan itu tanaman yang ditanam rosak dan mati. Pokok-pokok sayur dan buah kian layu. Pokok tidak membuahkan hasil lalu mati dimamah kemarau.

Masing-masing berduka cita. Merenung langit memohon ampun. Seorang huguan pogun berjalan membongkok ke tengah sawah. Dia merenung langit lalu sambil berdoa. Sudah banyak kali dia buat hal yang sama namun doanya tetap tidak dimakbulkan Kinoingan.

"Marah benar Kinoingan kepada kita" Keluh tok Pandit. Keringat akibat cahaya terik buat dia semakin resah.

"Apa kita perlu buat tok Pandit?" Soal salah seorang dari penduduk. "Ya, kita sudah buat upacara panggil hujan. Tapi lihatlah hujan tidak mahu turun" Keluh lagi seorang penduduk.

Tok Pandit melepas lelah yang panjang. "Aku tidak tahu apa lagi yang boleh ku buat, kita hanya mampu terus berdoa dan berharap dosa lama kita diampunkan"

"Ini semua salah Ponompulan, jika tidak kerana dia yang menghasut Tok Keranjan dan Tok Bandatik agar saling berperang. Sudah pasti kita tidak akan dihukum Kinoingan" Susuk gagah itu bersuara keras sambil mengangkat parang. Okora di sebelah hanya memerhati gelagat bapanya meluahkan rasa tidak puas hati.

"Sabar Taim, jangan disalahkan Ponompulan. Lagipun memang mereka berdendam sekian lama. Jika tiada cuka, perang tetap meletus" Ujar tok Pandit.

"Tetapi disebabkan cukalah, perang terletus tanpa berunding" Petah kata Taim sebelum meninggalkan orang kampung untuk mencari sumber makanan lain di hutan. Okoro hendak mengikuti bapanya namun si ibu sudah siap menggeleng kepala.

Okoro hanya mampu ketap bibir.

"Ibu, benarkan Ponompulan menghasut manusia agar saling berperang?" Soal Okoro kepada ibunya.

Sketsa Himpunan CerpenWhere stories live. Discover now