LDR (Hubungan Jarak Jauh)

1.5K 17 21
                                    

Long Distance Relationship atau Hubungan Jarak Jauh merupakan hubungan di antara sepasang kekasih atau suami isteri yang berjauhan di antara satu sama lain.

Semakin ramai pasangan yang mengamalkan cinta jarak jauh berikutan dengan kemudahan Internet dan sistem telekomunikasi mudah alih yang semakin pesat membangun sekarang ini.

Hubungan jarak jauh ini boleh berjaya sekiranya pasangan saling percaya pada satu sama lain.

Kekuatan cinta jarak jauh sebenarnya terletak kepada pasangan itu sendiri. Ramai yang berpendapat bahawa cinta jarak jauh sukar untuk dikekalkan. Ini adalah kerana mereka tidak berusaha untuk menjadikan cinta jarak jauh mereka sebagai satu tanggungjawab untuk mereka kekalkan.

Bila berjauhan, segala macam perasaan negatif mula menular di fikiran. Nanti suami cari yang baru ke? Isteri digoda abang duda hot ke? Siapa nak uruskan makan minum pakai suami? Kalau rindu macamana? Sama-sama boleh setia ke bila duduk berjauhan?

Mula-mula kita perlu faham dan ketahui bahawa pasangan juga boleh curang walaupun hari-hari ada depan mata ok!

:::

Tidak ada pasangan yang sedang bercinta mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Tambah-tambah lagi orang sudah berkahwin. Apalah gunanya berkahwin tapi si dia jauh dari mata kan 😉

Suami: Ayang, tadi bos abang bagitahu 2 bulan lagi Abang kena pindah kerja ke Melaka. Bos Abang cakap rumah semua dia dah sediakan.

Isteri: Hahh?? Abang kena kerja Melaka. Alaaaaaaaa jauhnyaaaa.. Pastu macamana dengan Ina nanti kalau Abang tak ada. Ina nak ikut. Ina nak ikut!

Suami: Haish sayang nak ikut macamana. Nanti siapa nak mengajar kat sekolah tu? Lagipun semua student-student Ayang kan sayang dekat ayang. Kesian dekat student Ayang tak dapat jumpa cikgu kesayangan mereka.

Isteri: Ooooo maknanya Abang tak nak jumpa Ina dah la ni? Sebab tu tak bagi Ina ikut sekali kan?

Suami: Hahaha bukanlah sayang. Bukan begitu maksud Abang. Ayang kan cikgu. Lagipun tak kan Ayang nak berhenti kerja kan. Kalau nak minta pindah pun bukannya boleh dapat dalam masa terdekat ni sayang. Ala KL dengan Melaka bukan jauh pun.

Isteri: Memanglah tak jauh.. Tapi macamana nanti kalau Abang suka dekat perempuan sana masa Ina tak ada? Hmmmm *Buat muka merajuk*

Suami: Ishh mana adalah sayang. Ayang ni fikir bukan-bukan je. Abang sayang dekat isteri abang yang ni sorang ni je.. *Sambil cubit pipi Ina*

Isteri: Yela. Abang duk Melaka sorang-sorang. Ina pulak duk KL. Mana Ina tak risau kan.

Suami: Alaa comel je isteri abang ni kan. Hehe. Ok lah, Abang janji Abang akan sentiasa ingat dekat Ayang walaupun duduk jauh. Dan Abang janji Abang akan balik tiap-tiap minggu jumpa Ayang ea. Dan dan Abang janji Abang akan cinta dan setia dengan Ayang sorang je. Mmmuaahhh *Terus cium pipi Ina*

Isteri: Hmm ok Abang. Ina ingat janji-janji Abang tu. Abang jangan nak nakal-nakal tau kat Melaka. Ina cubit Abang nanti! Ina akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Abang kat Melaka. *Malu-malu*

:::

Kebanyakan percintaan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Curang Itu Satu Pilihan ( TAMAT )Where stories live. Discover now