Orang Ketiga

2.2K 11 17
                                    

Chapter kali ini Dina tak mahu panjang lebar mengupas tentang curang kerana semua sedia maklum akan sebab-sebab terjadinya kecurangan.

Dina memerlukan kita semua untuk membantu Dahlia dengan kisah kekasihnya curang. Apa yang dia perlu lakukan?

Nama: Dahlia (bukan nama sebenar)
Usia: Lingkungan 20 an

Saya dah bercinta selama 2 tahun dan baru je putus dengan partner. Ini disebabkan dia kantoi curang selama 2 bulan dengan kawan sekelas di universiti. Untuk pengetahuan, kami baru 4 bulan bercinta jarak jauh sbb dia menyambung pelajaran. Permulaan hubungan semuanya indah belaka, dia berusaha mcm-mcm dan beriya-iya nakkan saya. Pada mula hubungan walaupun banyak kali ditolak namun usahanya membuatkan saya jatuh cinta. Dulu dia selalu sabar dengan saya. Kalau saya merajuk dan minta putus, dia akan menolak dan pertahankan hubungan kami.

Tapi semua dah berakhir sbb saya dapat tahu pasal kecurangan dia. Lebih buruk lagi bila dia dpt tahu saya chat perempuan itu. Dia telah memarahi saya padahal selama ini dia langsung tak pernah marah atau menyakitkan hati saya. Walaupun dia memilih perempuan lain, saya masih tak dpt melupakan dia. Saya sedia memaafkan kesilapan dia. Saya masih pegang janji manis dia yang meminta saya menunggunya habis belajar dan akan masuk meminang selepas itu. Ketika putus saya merayu meminta peluang untuk dia buka hati menerima saya kembali walaupun dia dah bagi tahu yang dia tawar hati dan tidak ada rasa syg lagi kat saya. Dia hanya boleh menerima saya sebagai kawan rapat saja.

Tapi semalam dia menyatakan akan memberi peluang untuk saya menawan hatinya kembali namun tidak berjanji akan menerima saya jika tiada rasa syg itu dalam tempoh 10 bulan. Sekarang saya cuba utk menawan hatinya kembali seperti mula kenal dahulu. Saya tahu apa yang saya buat mungkin tak bebaloi dan akan mengecewakan diri sbb dia dah memilih orang lain tp saya tak akan give up.

Please i need your help.

Apa patut saya buat? I love him so much. Saya tak nak kehilangan dia.

~~~

Jangan malu untuk berkongsi pandangan untuk Dahlia seperti yang para pembaca telah share pandangan tentang curang sebelum ini, kerana sedikit sebanyak kita dapat menyedarkan Dahlia tindakan nya untuk meraih semula hati kekasih yang dah curang adalah KURANG BIJAK, itu pada pandangan Dina sendiri.

Ada yang setuju dengan Dina?

~~~

Masalah orang ketiga sering dikaitkan dengan masalah utama dalam perhubungan cinta sama ada yang sedang menjalin hubungan cinta.

Mungkin sukar untuk menghidu perbuatan pasangan kerana sikapnya yang bijak dalam menyembunyikan perkara tersebut.

Tapi, jika ada tanda-tanda seperti dibawah, better watch out!

1. PERUBAHAN TINGKAH LAKU / MINAT
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa keluar bersama, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.

2. CEPAT MARAH
Ada sahaja yang tidak kena dibuatnya. Bahkan sudah mula berani melontarkan kemarahan di hadapan khalayak ramai. Tidak seperti pada awal perkenalan, segalanya sudah mula dingin dan mudah emosi dengan sesuatu perkara. Bila ditanya, dimarahi pula.

3. GELISAH TAK TENTU PASAL
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila telefon bimbitnya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

4. MULA TIDAK AMBIL PEDULI
Jika sebelum ini si dia sering membawa anda keluar menjamu selera, membawa anda ke klinik ketika jatuh sakit dan banyak lagi. Namun kini segalanya tiada lagi. Tatkala di tanya sering sahaja jawapannya adalah sibuk bekerja. Mungkin ya, mungkin juga ada sesuatu yang si dia cuba sembunyikan. Cuba selidik dan sebaiknya perhatikan perlakuan serta gerak-gerinya agar tidak mengundang kekecewaan di kemudian hari yang hanya diketahui akan kebenaran curang itu melalui buah mulut orang.

Bagi menutup kesalahan yang dilakukan, majoriti mereka yang curang terhadap pasangan licik dalam memainkan watak setia ketika bersama. Kemungkinan ramai ada yang ingin menutup syak yang mula dihidu dengan memberikan hadiah atau kejutan kepada pasangan mereka. Namun, jangan mudah berburuk sangka kerana takut boleh merosakkan hubungan. Jadi, selidik dengan teliti terlebih dahulu.

5. TERSASUL SEBUT NAMA PANGGILAN LAIN
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri 'papa-mama'. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan 'baby' atau 'sayang'. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.

6. MEMBESARKAN MASALAH KECIL
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

7. TIDAK MENGHUBUNGI ANDA
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

So, apa tindakan yang harus diambil jika ada tanda-tanda di atas?

Dina tinggalkan anda dengan quote di bawah yang amat 'deep' untuk kita faham dan sedari tentang curang!

Dina tinggalkan anda dengan quote di bawah yang amat 'deep' untuk kita faham dan sedari tentang curang!

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.



Curang Itu Satu Pilihan ( TAMAT )Kde žijí příběhy. Začni objevovat