BAB 05

1K 6 0
                                    

ENJIN kereta dimatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ENJIN kereta dimatikan. Baharu sahaja pintu kereta dibuka, dia telah mendengar suara gelak Amirul. Bibirnya tanpa sedar turut mengorak senyuman. Dia suka mendengar gelak Amirul. Itu petanda hati Amirul sedang bahagia.

Namun perlahan-lahan senyumannya menjauh setelah dia menangkap ada suara lain memanggil nama Amirul. Bukan suara bekas emak mentuanya. Suara itu begitu asing. Oh, dia salah. Suara itu tidak asing. Cuma dia yang sudah lama tidak mendengar suara tersebut.

Langkah kakinya dicepatkan. Tanpa salam, dia membuka pintu rumah. Matanya terus mencari Amirul. Dia mahu memastikan apa yang di dalam kepalanya adalah benar.

Di ruang tamu sana, dia dipersembahkan dengan pemandangan Amirul sedang ketawa lepas. Amirul ditemani seorang wanita. Dia kenal wanita tersebut. Itu Suri. Adik Zaraa. Hilang kata-kata Encik Ariff Ezanee dibuatnya.

"Suri," sebutnya tanpa sedar. Itupun setelah hampir seminit dia terkesima tanpa kata. Lima tahun dia tidak melihat Suri. Lima tahun dia dihimpit perasaan bersalah pada wanita itu. Kali terakhir dia melihat Suri, ketika dia menolak hasrat wanita itu menjadi pengganti Zaraa.

Haruslah dia mengaku, Suri tidak sama seperti lima tahun yang lalu. Suri semakin dewasa dan sempurna. Suri sudah mampu menggetarkan jiwa lelaki yang melihatnya. Suri sudah bisa menggetarkan tulang rusuk kirinya.

"Abang Ariff." Suri bangun lalu terus menghampirinya. Setiap langkah Suri membuat dia meneguk liurnya sendiri. Sial! Dia mula berimaginasi yang aneh-aneh.

Suri mengorak senyuman manis untuknya. Suri juga menyalami tangannya. Demi Allah, dia kekok. Lima tahun dia tidak menyentuh tangan wanita, dan Suri memberinya peluang tersebut. Dia lupa sejenak haram untuknya bersentuhan dengan Suri.

"Suri tak perasan abang datang. Ralit sangat dengan Mirul, sampai bunyi enjin kereta abang pun Suri tak dengar."

Masya-Allah, suara Suri juga boleh membuat peluh dinginnya berlumba-lumba mahu keluar. Dia tidak pernah begini sebelum ini. Apa yang terjadi?

"Abang lagi teruk. Abang tak tahu Suri dah balik Malaysia. Suri tak beritahu abang. Mak pun tak cakap apa-apa."

Suri tersipu-sipu malu. Dan dialah yang hampir memeluk Suri. Selangkah dia menjauhi Suri. Naluri kelelakiannya lain hari ini. Dia bimbang dia bakal memalukan dirinya sendiri.

"Suri sampai awal subuh tadi. Baru sangat lagi. Mak pun Suri tak beritahu. Mak lagi terkejut daripada abang."

Rasanya, matanya payah mahu beralih daripada memandang Suri. Matanya menyukai apa yang dilihatnya sekarang. Tiada lagi Suri yang keanak-anakkan. Yang ada di depan matanya sekarang adalah Suri yang sudah sempurna untuk dijadikan suri hati.

"Berapa lama Suri akan berada di sini?"

Suri tunduk sejenak. Dia melihat Suri bermain-main dengan sepuluh jarinya.

AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now