Zaraa

1.4K 21 0
                                    

"Zaraa," sebutnya sepenuh perasaan. Kedua-dua belah pipi Zara disentuh. Dielus dengan lembut. Nikmatnya tidak dapat dia ungkapkan dengan kata-kata. Tahu-tahu sahaja dia telah menarik tubuh Zaraa rapat padanya. Malah, jari tangannya cukup pintar melonggarkan butang blouse Zaraa.

Segalanya indah. Terlalu indah. Bukan dia yang membawa Zaraa ke syurga, tetapi Zaraa yang memimpinnya. Setiap sentuhan Zaraa ada sakti... sehinggalah sentuhan balas Zaraa bertukar menyakitkan.

"Zaraaa, sakit sayang," ujarnya lirih. Dia masih mahu menjaga perasaan Zaraa. Namun demi Allah, dia kesakitan. Sentuhan Zaraa luar biasa kasar. Tiada lagi kelembutan.

"Zara nak bunuh abang ke ni?" Suaranya dikeraskan sedikit setelah Zaraa seperti tidak mendengar rintihannya. Sentuhan Zaraa seperti raksasa yang mahu membunuhnya.

"Zaraa!!!" Suaranya meninggi. Nanti baru dia meminta maaf seandainya Zaraa merajuk.

"Ayah! Ayah! Ayah!"

Serta-merta kelopak matanya terbuka luas. Tiada lagi kehangatan malam pertamanya bersama Zaraa. Yang ada cuma kedinginan. Dan juga Amirul yang duduk di atas perutnya. Patutlah hanya kesakitan yang ditanggungnya sejak tadi.

"Ayah sakit ke?"

Dia menemukan sepasang masa bundar Amirul. Sepasang mata yang diwarisi daripada Zaraa. Penuh prihatin raut muka si kecil yang berusia tujuh tahun itu.

"Tak, lah. Ayah sihat." Suaranya antara dengar dengan tidak. Masih mamai. Dahinya dipicit-picit biar hilang mamainya. Matanya juga sempat menjeling jam di atas bedside drawer. Baru pukul 3.00 pagi.

"Ayah sebut nama mama tadi. Lepas tu ayah senyum-senyum. Lepas tu ayah cium-cium pipi kita. Kita dah tolak pipi ayah, tapi ayah kuat sangat."

Tidak tahu apa warna kulit mukanya ketika ini. Dia perlu keluar dari topik ini sebelum Amirul melontarkan soalan-soalan berstatus luar biasa padanya.

"Mirul buat apa dalam bilik ayah?" Perlahan-lahan dia menolak tubuh Amirul ke tepi. Biar dia senang untuk duduk.

"Kita mimpi mama tadi."

Tumpuannya milik Amirul. Kemudian dia menarik Amirul ke dalam pelukannya.

"Kita mimpi mama datang. Kita panggil mama banyak kali. Tapi mama tak pedulikan kita. Mama dah tak sayang kita ke?" Suara Amirul cukup jelas memasuki halwa telinganya.

Pelukannya dikemaskan. Dia juga mencium ubun-ubun Amirul. Rasanya sama seperti ketika dia menyambut Amirul pertama kali dan kemudian diazankan. Masih terbayang segaris senyuman kepuasan Zaraa sewaktu dia selesai mengazankan Amirul.

"Mama sayang Mirul. Sangat sayangkan Mirul."

"Kita pun sayang mama."

Eratnya pelukan Amirul ketika ini. Sama seperti eratnya pelukan Zaraa sebelum nafas Zaraa hilang untuk selama-lamanya.

"Boleh tak kita tidur sebelah ayah?"

"Boleh sayang. Apa saja Mirul minta."

Dia mengengsot ke tepi sedikit untuk memberi ruang pada Amirul.

"Ayah..." lembut sahaja suara Amirul. Tubuh kecilnya sudah menempel di sisi sang ayah. Tangan kecilnya juga erat memeluk tubuh gagah sang ayah.

"Kita tak nak mama baru. Kita nak mama jer."

Dia mengelus rambut halus Amirul. Kemudian dia mencium kepala Amirul.

"Ayah pun nak mama saja. Tak ada siapa pun boleh gantikan tempat mama," balasnya tenang.

"Tapi ayah masak tak sedap."

Apa? Kurang ajar!

Nota Bonda PK:
PRA-TEMPAHAN AYAH SAYA DUDA SUDAH DIBUKA. WASAP ADMIN UNTUK MENEMPAH. JANGAN LUPA TEBUS BAUCAR SUMANDAK RM 5 ❤️
▶️ https://wasap.la/rumahpk
▶️ +6010 449 7835

la/rumahpk▶️ +6010 449 7835

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AYAH SAYA DUDA | Best SellerWhere stories live. Discover now